Maafkanlah dan lupakanlah!

assalammualaikum..saya ade seorg kwn baik..saya rasa dia membenci saya dlm diam..prlukah saya menjauhkn diri saya agar kehidupannya lbih sng?
Pernah dengar ungkapan, "You can run, but you cannot hide."

Memang tak kena pun, sebab saya main petik je. Benda yang kebetulan terlintas dalam kepala otak saya saja, tapi saya faham bahawa setiap masalah, perlu kita selesaikan dan bukannya kita lari. Nak lari, boleh. Tapi masalah tu takkan selesai. Mungkin bertambah buruk pula jadinya nanti!

Berkenaan dengan kawan tu, boleh tak kita define apa maksud kawan baik?

Kalau dah membenci, benci dalam diam pula tu... adakah masih boleh kita panggil dia sebagai kawan baik?

Begini nasihat saya. Kita rujuk balik kepada satu pesanan Rasulullah; "Seorang muslim itu ialah cermin bagi saudaranya."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah berkata tentang sahabat sejati, "Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu?" Para sahabat menjawab, "Ya, wahai Rasulullah..." Lantas Baginda bersabda, "Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah."

Saya suka nak highlight perkataan ini- "Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah."

Nampak tak? Kawan baik dan kawan yang baik ialah mereka yang mendekatkan kita kepada agama, dengan Allah. Tak seharusnya dia pelajar ijazah agama di UIAM, tak juga seharusnya pelajar master jurusan agama di KUIS, atau ustaz muda di sekolah pondok, atau mungkin juga penulis blog islamik! Tidak. Yang penting ialah, setakat mana sahabat itu membawa kita kepada dekatnya dengan Allah, maka setakat itulah kita wajar berdamping dengannya.

Kan hadis pertama tadi menyatakan bahawa sahabat itu cermin. Jika kawan kita baik, maka kita akan turut menjadi baik secara berperingkat. Dan jika sebaliknya, dia jahat... maka kita juga akan sama terpalit dan berpaling ke polar binasa. Dan ia sangat bahaya!

Jadi, nasihat saya... kalau dia sahabat yang baik, jangan lepaskan dia! Tapi jika dia sahabat yang merosakkan, maka biarkanlah dia. Sila faham betul-betul. Membiarkan bukan bermakna kita biarkan dia terbinasa, hanyut, lalai, bahkan mereput. Tidak!

Membiarkan bermaksud, tidak berdamping. Dalam al-Quran... dalam surah At-Taubah, Allah isytiharkan kepada umat manusia, bahwa teman sejati manusia ialah Allah, Rasul-Nya, dan kaum muslimin yang bertaqwa. Di tempat lain, Allah tinggalkan persoalan untuk kita membuat koreksi diri, "Adakah wajar bagi hati kita, untuk condong kepada orang yang zalim? Dan adakah patut, kita jadikan orang-orang yang tak beriman dan beramal soleh ini sebagai pendamping kita, yang kita jadikan idola... jadikan ikutan?"

Jelas. Jika sahabat anda orang yang baik, maka usahakanlah memujuknya. Muhasabah diri- apakah aku ada berbuat salah dengannya? Atau, aku melukai hatinya, dalam sepi dan tidak ketahuan?

Wallahua'lam.
-----------------------------------------
Salam.. Macam mana nak redhakan hati dgn dugaan Allah.Contohnye,dah maafkan org yang kecewakan kite.tp hati masih rasa sakit bile teringat.
Dalam bab memaafkan orang, kita takkan dapat menafikan hakikat bahawa manusia yang paling pemaaf ialah Rasulullah. Dalam beberapa peristiwa yang disemadikan dalam sirah, Rasulullah pernah menyimpan kesedihan dan rasa seakan-akan mahu membalas dendam terhadap kematian bapa saudara yang dia cintai, Hamzah Bin Abdul Mutalib hingga Allah datangkan wahyu kepada Baginda berupa teguran, agar baginda tidak membalas dendam.

Nampak sangat Baginda cinta dan sayangkan Hamzah, dan nampak sangat... Baginda bersedih dan kesal, kepada pembunuhnya- Wahsyi.

Wahsyi, kita kenali dia sebagai bekas hamba yang dimerdekakan oleh tuannya, Hindun binti Uthbah kerana berjaya membunuh Hamzah. Tak lama, Wahsyi menerima hidayah. Dia bertemu Rasulullah, menyatakan keislamannya. Baginda menerima, bahkan memaafkan, walaupun Wahsyi ialah orang yang telah membunuh Hamzah. Tetapi pinta Baginda, Wahsyi jangan muncul di depan Rasulullah secara terang-terangan.

Ditanya kepada Baginda, adakah baginda tidak memaafkan Wahsyi, si pembunuh insan yang dia cintai. Lalu jawab baginda, "Aku gembira, bangga dan bahagia dengan keislamannya. Cuma aku akan bersedih dan teringat kepada Hamzah setiap kali aku memandang wajah Wahsyi. Oleh itu, janganlah dia berada di hadapanku."

Perkara yang sama berlaku pada Hindun. Hindun, termasuk dalam beberapa orang yang perlu dibunuh kerana kecabulan, kerosakan, dan permusuhan yang dia nyalakan kepada kaum muslimin sebelum fathul makkah (pembebasan mekah), tetapi Allah berikan dia hidayah. Dia masuk islam, dan Rasulullah menerimanya dengan hati yang terbuka. Betapa pemaafnya Baginda, segala kekejamannya di zaman jahiliyyah dimaafkan, termasuklah perbuatannya merobek dan memamah hati Penghulu syuhada', Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib!

Kita boleh rujuk dalam al-Quran, Allah berfirman: "(Orang-orang bertaqwa itu ialah) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik waktu lapang maupun waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (ihsan)."

Boleh rujuk surah ali-Imran ayat 134.


Juga, dalam peristiwa hadisul ifk (fitnah yang dilemparkan oleh munafikun kepada Saidatina Aisyah r.anha), di mana salah seorang yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu ialah Ummu Misthah. Ummu Misthah ialah antara seorang kerabat Saidina Abu Bakar dan kehidupannya selama ini disara oleh Saidina Abu Bakar. Lalu, kerana keterlibatannya dalam penyebaran fitnah terhadap anak tercinta, Saidina Abu Bakar mahu memotong bantuan tersebit, lalu Allah menurunkan firman-Nya:

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Kalau rasa susah sangat nak memaafkan, sila baca susunan perkataan daripada kitabullah yang telah saya bold diatas. Jika kita mahu dimaafkan, kita sendiri perlu memaafkan. Jika kita mahu disayangi, kita sendiri perlu menyayangi!

Now, we must forgive... and forget!

Tapi ingat, seorang muslim takkan terjatuh dalam lubang yang sama dua kali!

Wallahua'lam.
----------------------------------------------
Assalamualaikum Makin lama saya makin tak suka dengan kerjaya saya. adakah disebabkan saya tidak beristikharah sebelum membuat keputusan menerima kerja ini menjadikan saya sentiasa mahu berhenti. Bila difikirkan hutang perlu dibayar, saya masih bertahan
Waalaikumussalam.
Kerja apa? Kerja yang halal dan baik-baik saja, kan? Jadi, terpulanglah. Kalau rasa tak suka, carilah kerja lain. Tapi kalau bimbang hutang tak terlansai, maka bertabahlah. Ubah rutin kita di tempat kerja, selalulah tersenyum, memesrai (bersahabat dengan) rakan sekerja,  berfikiran positif, dan sentiasa berdoa kepada Allah, agar Dia mudahkan dan cantikkan hari-hari kita.

Kalau nak kata sebab tak buat istikharah, hmm... boleh jadi juga! Sebab tak minta petunjuk Allah dahulu. Tapi kita umat islam wajib percaya, segala-galanya sudah tertulis. Jadikan pengajaran. Moga hubungan kita dengan Allah akan jadi tambah akrab, kerana Dia sudah menjadi 'konsultan' kita :)

Wallahua'lam.
------------------------------------------

Ada beberapa soalan lagi, tapi saya mengantuk (penat). InsyaAllah nanti saya jawab lagi, mana-mana yang saya tahu. Yang tak tahu, saya biar dululah ya.
 

Previous
Next Post »
5 Komentar
avatar

wah menjawab persoalan sekarang. ni yang nak tanya jugak ni.

okay komen takde kena mengena =='

Balas
avatar

Terima kasih. Jawapan dua pertama sgt dekat dan mesra alam. Saya suka kalau jawapan anda disokong dgn sirah atau ayat Quran :)

Balas
avatar

suka sangat perihal saling memaafkan tu..^^

Balas
avatar

Situasi

A-jahat nak berubah jadi baik
B-Baik

A nak berdamping dengan B, tapi B tak nak sebab tau A jahat. B berusaha lari daripada A.

Kesian A, dia nak berubah... Tapi, semua orang benci dia. Termasuk B. Sedih TT

Akhirnya, A fed up nak berubah. Alang-alang jahat, biar jahat selamanya...


TOLONG A.... She's someone

Balas
avatar

salam ziarah, pencerahan yang baik,..namun perlu diteliti akan kesahihan kisahnya..antaranya kisah hindun itu..anda perlu melakukan takhrij dan tahqiq ke atasnya se
cara ilmiah dan kajian yang rapi insyaAllah, boleh rujuk ta'liq para ulama' jika rajin.

dengan itu Iqbal akan mengetahui sama ada ia datang dari sumber yang sahih, dhaif, majhul, israilliyat dan sebagainya..

manhaj dalil itu adalah utama bagi sahabah, tabiin dan kibarul ulama' supaya setiap apa yang dinaqalkan itu punya sandarannya.

^__^

wallahumusta'an

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443