Tahun ini, saya mahu mengajak para pembaca Bayyinat yang sangat dekat dengan hati saya ini, untuk menonton video pendek ini-
Sudah tonton?
Pertama kali saya menonton video ni, saya rasa ada sebuah perasaan yang aneh mengalir membasahi hati. Saya terdiam sendiri.
Dan kali pertama video itu saya pertontonkan kepada 'adik-adik' saya, saya juga mengesan riak wajah mereka yang berubah. Semua terdiam pada hujungnya, bahkan semua seakan-akan tersentak.
Saya teringat pada sebuah ayat di dalam al-Quran, yang sering kita baca... sering kita ulang-dengar... dan mungkin telah kita pahat dalam otak kita. Sebuah ayat yang berbunyi, 'Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam islam secara total.'
Total dan menyeluruh, sebuah gambaran bahawa agama ini ialah suatu pakej yang unggul. Pakej yang tak boleh kita buraikan, kita sekularkan dengan kita ambil mana-mana yang kita suka lalu meninggalkan sisi-sisi yang kita tak suka. Begitu juga, kita tak boleh mendakap ajaran ini dalam situasi-situasi tertentu.
Adapun, dalam skop maulidurrasul... kita, hakikatnya gemar berbohong. Kita memperagakan kecintaan kepada Baginda pada satu hari sahaja; iaitu 12 Rabiulawal. Kerana kita fikir, itu ialah hari kelahiran ar-Rasul. Sedangkan ulama sendiri berbeza pendapat, dengan pendapat yang ramai mengatakan tarikh sebenar ialah 1 Rabiulawal. Wallahu'alam. Artikel ini tak bertujuan untuk berhujah tentang benda furuk dan cabang, sebaliknya bertujuan untuk menjamah hati agar ia mampu melihat kepada benda pokok dan utama- perangai kita.
Seorang sahabat Rasulullah bernama Abdullah bin Salam meminta kepada Rasulullah agar malam-malamnya, dia diizinkan untuk beramal dengan kitab taurat. Rasulullah murka hingga merah padam wajahnya.
Lalu, perbuatan kita yang memperingati, berselawat, mencintai Rasulullah hanya pada satu hari yang khusus, menjadikan Rasulullah suka?
Pesan saya kepada kalian yang kononnya mengaku cintakan Rasulullah; jangan jadi penipu besar. Di sisi Allah, apa nilai selawat yang meniti di bibir, jika sekiranya ia hanya terlontar atas sebab 'orang lain pun buat'.
Kan hakikat kita begitu. Ada orang buat, kita pun nak buat. Hinggakan maulidurrasul sendiri pun perlu kepada campur tangan media atau televisyen. Tahun ini, TV3 meriah dengan iklan sempena maulid nabi, tapi adakah satu hari khusus memperingati Rasul, berupaya menanam dan menelan seluruh hari yang berlalu dengan memperolok-olok golongan yang Rasul cintai?
Orang tanya saya, bagaimana yang buktikan kecintaan kita kepada Rasul.
Jawab saya, buat apa-apa yang Rasulullah suka. Dan sekarang tanya diri sendiri. Sebenarnya apa sunnah Rasulullah S.A.W yang kita paterikan dalam peribadi kita. Dakwah dan tarbiyyah? Ada tak kita wakafkan kehidupan kita untuk itu?
Atau, adakah cinta kita kepada Rasulullah ialah cinta yang bermusim dan terhad kepada beberapa hari utama dalam kalendar islam sahaja?
Teruskanlah bermain wayang jika begitu.
Kerana cinta perlukan pengorbanan!
7 Komentar
salam maulidur rasul...
Balas....assalamualaikum..salam maulidur rasul..smoga kecintaan terhadap rasul smakin mendalam...smoga Allah menanamkan cinta kite kpd rasul n kpd umatnye...
Balas....assalamualaikum..salam maulidur rasul..smoga kecintaan terhadap rasul smakin mendalam...smoga Allah menanamkan cinta kite kpd rasul n kpd umatnye...
Balasxbole tngok video~ :|
Balastersentak juga
Balaskerna itulah kadang kala amal menunjukkan kejap cinta kejap tak.
istiqamah kuncinya, mujahadah caranya, tak putus asa adalah kekuatannya
ana belajar sesuatu hari ni
alhamdulillah.
moga Allah merahmati kita semua
amin~
Salam Iqbal
Balasmaaf akak copy ayat ni dan akak tak berapa jelas.kenapa Rasulullah murka ya?
Seorang sahabat Rasulullah bernama Abdullah bin Salam meminta kepada Rasulullah agar malam-malamnya, dia diizinkan untuk beramal dengan kitab taurat. Rasulullah murka hingga merah padam wajahnya.
Kak Suhaili Sarif- Sebab islam dah lengkap, dan tak perlu dah agama lain. Dan Rasulullah marah sebab mahu penganutnya masuk islam secara keseluruhannya. Samalah macam kisah Saidina Umar yang dimarahi kerana membaca kitab injil. Rasulullah kata, "Al-Quran dah sempurna jadi kenapa nak baca injil lagi? Kalau Nabi Musa masih hidup, nescaya dia akan menjadi umatku dan patuh dengan syariatku."
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443