Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah.
Pertama sekali, dan berkali-kalinya, saya lafazkan rasa syukur dan terima kasih
kepada Allah kerana dengan susun atur rencana-Nya yang Maha Cantik, jari jemari saya mampu menari di atas papan
kekunci komputer saya, menulis sedikit sebanyak perkongsian untuk diri saya khususnya
dan untuk sidang pembaca umumnya. Tahniah kepada kalian kerana sanggup berhabis
sedikit wang yang Allah beri untuk melabur dalam perkara-perkara yang perlu,
seperti mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan semangat kita untuk
mendakap redha-Nya.
Demi Allah,
saya bukan menggarang kitab. Untuk memanggil naskah ini sebagai buku pun saya
rasa sudah tidak layak, kerana yang benarnya ia hanyalah sebuah perkongsian pengalaman, perkongsian
hati, dan perkongsian jiwa daripada manusia yang telah banyak berbuat dosa.
Saya tidak
mengatakan buku ini istimewa, tetapi saya merasakan ia mungkin istimewa kepada
‘orang-orang yang biasa’ iaitu orang-orang yang timbul tenggelam imannya dan
orang seperti saya dan punya potensi untuk menghuni neraka.
Konsep buku ini.
Jika boleh,
saya berharap agar para pembaca memulakan pembacaan dari muka yang paling
hadapan, helaian demi helaian hinggalah bertemu ke kulit belakang. Saya akan
menggunakan bahasa yang santai dalam setiap artikel. Bukannya saya tak tahu
bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bahasa sastera yang amat indah tetapi saya
berkehendak agar apa yang sampai kepada kalian semua ialah benda-benda yang
mudah untuk dihadam oleh hati kerana saya perhatikan, sudah ada banyak
buku-buku agama yang dipasarkan di pasaran buku. Sudah ‘banjir’. Tetapi,
sambutan yang diberikan masih terlalu kurang. Saya fikir, para pembaca kurang
menggemari buku-buku agama kerana bahasanya yang berbelit-belit seterusnya
membawa kepada ketidak fahaman terhadap persoalan yang diketengahkan. Jadi
prinsip buku ini sedikit berbeza.
Saya menulis
dengan cara sederhana. Sebab itulah, jika anda ini sudah tahap seperti Syeikh Nuruddin al-Banjari, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal atau yang setaraf dengan ulama
seperti mereka, maka buku ini ialah suatu yang membuang masa untuk anda baca. Tapi kalau anda sedar yang anda pun
lebih kurang saya saja (yang timbul tenggelam), maka memang sangat wajar untuk
anda membacanya.
Akhir
sekali, saya berdoa agar Allah datangkan kebaikan kepada anda semua. Moga ada
saham akhirat buat saya yang menulis dan buat kalian yang membaca.
“Selamat
berubah”
Hamba Tuhan
yang sedang berubah-
Iqbal Syarie.
----------------
Apapun, sama-sama nantikan dengan sabar. Moga usaha kerdil ini dipandang sebagai amal soleh oleh Allah S.W.T.
4 Komentar
Wah wahhhhh. Nampaknya 2 buku nak kena beli, dan 3 buku yang perlu dikhatam balik Malaysia nanti. Huuu~
BalasMoga Allah redha bro! :D
Sy akan cuba mencari buku anda! ;)
BalasSemoga bertemu tajuk yg sesuai & semoga kita semua timbul dan xtenggelam2 lagi..=)
cadangan :
Balas1) Aku, Pengemis Cinta Illahi
2) Lontaran Hidayah, Sahutan Tarbiyyah
3) Transit-transit Kehidupan/ Kejahilan
Cadangan ana;
BalasPada Hati yang Mahu Melihat.
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443