"Seriously! Umur 12 tahun dah kahwin?", dia tergelak.
"Takut maksiat katanya", temannya menambah. Mereka berdua ketawa. Kedengaran sini.
[kredit] |
Sebelum itu, suka saya tegaskan bahawa berkahwin atas alasan mahu elak maksiat ialah satu keputusan yang baik. Saya tak kata itu tak bagus. Tak ada. Tapi, saya melihat bahawa ada satu perkara yang jauh lebih baik dan bagus daripada itu. Bahkan, saya juga melihat kepada beberapa perkara yang saya rasa releven, untuk saya menyokong pandangan saya iaitu; ada yang lebih baik daripada berkahwin kerana takut zina.
Laut yang dalam.
Pernah tak kita dengar pepatah, "Jangan membina rumah di tepi pantai, jika takut dilanda ombak".
Saya rasa pepatah ini sangat releven dengan orang yang takut terjebak ke kancah maksiat dan perzinaan.
Mengapa?
Kerana Allah tegaskan dengan setegas-tegasnya dalam ayat 32 surah al-Israk, "JANGAN DEKATI ZINA", dan ayat itu Allah akhiri dengan penegasan, "Sesungguhnya ia adalah perkata yang amat sangat keji".
Allah faham manusia. Kerana, Allah yang ciptakan kita. Allah tahu naluri dan sifat kita. Kerana Dia yang jadikan kita. Atas ilmu-Nya, Allah memberi kita amaran berupa satu perintah, agar kita jauhi zina. Larangan ini bukan sekadar, 'Jangan buat' tetapi ia bermula seawal "Jangan cuba mendekat!".
Oleh itu, saya melihat masalah orang yang terancam untuk berzina, ialah kerana dia telahpun mendekati zina itu sendiri.
Melalui jalan apa?
COUPLE.
Bukan saya nak marah. Tidak. Cuma, saya nak menimbulkan kesedaran, atas kesilapan kita.
Kita merasakan, "Kami keluar jalan-jalan sahaja. Bukannya pegang-pegang, bukannya cium-cium pun".
Kita tak merasakan itu kesalahan. Jauh sekali merasa itu satu dosa dan pengkhianatan kepada ibubapa dan Allah Taala.
Orang yang usianya masih muda hijau, tapi sudah terjebak dengan perhubungan yang intim (walaupun atas nama sahabat), maka saya tak terkejut jika mereka akan menyebabkan seorang bayi yang comel, dilahirkan. Pun comel, bayi lemah itu terpaksa menerima hakikat bahawa kehadirannya atas dunia ini hanyalah masalah!
Dan ya, bayi itu akan haramkan lidahnya selama-lamanya untuk memanggil lelaki yang memandangnya dengan benci itu ayah, dan diharamkan juga lidahnya untuk memanggil gadis muda yang meleleh air matanya sesal itu sebagai ibu.
Orang yang bercouple tak fikir kan macam ni?
Sebab mereka sedang berbuat maksiat. Orang bermaksiat ialah orang yang dicintai dan dikasihi Iblis dan syaitan. Maka, sudah tentulah syaitan akan membuatnya merasa elok perbuatannya bercouple itu.
Ah, bukankah Allah sendiri yang berkata bahawa syaitan itu menyesatkan manusia salah satunya dengan menghiaskan kejahatan mereka hingga nampak cantik dan molek di mata pelakunya.
Itulah yang berlaku kepada orang yang bercouple. Rabun dan buta.
Kesimpulan.
Senang sahaja nak elak diri daripada berzina.
Tak payah bercouple. Thats it.
"Tapi, macam mana nak kenal dengannya?"
Oh. Korang ingat kalau duk dating dan keluar sama-sama, dan berbalas SMS tiap malam, korang sudah kenal dengan dia?
Ingat apa kata seorang ulama silam (yang saya takut-takut saya silap namanya), "Jika 20 tahun pun kamu berpacaran, yang kamu kenal selama 20 tahun itu cumalah lakonannya".
Orang bercinta, sudah tentulah mahu kelihatan sempurna dan elok sahaja di hadapan mata orang yang dicintanya. Maka, yang dipaparkan hanyalah kesempurnaan, sedangkan itu cuma setitis air di lautan. Yang selebihnya ialah keburukan, dan itulah yang dirahsiakan.
Sebab itulah bila ada orang menelefon Ustazah Norhafiza Musa di radio IKIM dan mengadu masalah rumah tangganya, ustazah berpesan, "Banyakkan bertaubat. Kerana mungkin kesukaran dan masalah yang datang dalam rumah tangga ini adalah kerana kesilapan kita sebelum kahwin. Mungkin kita masuk ke alam perkahwinan dengan jiwa yang penuh dosa akibat perhubungan intim (walaupun belum berzina lagi) saat sebelum kahwin itu".
Bukan nak bongkak, tapi saya berani kata yang saya tak risau saya akan terjebak dengan zina, KECUALI jika roomates saya nak buat pedajal saya, dengan mengupah seorang pelacur cantik, dan mengurung saya dengan pelacur itu dalam bilik dan menggoda saya.
Hah. Yang itu saya tak tahulah apa nasib saya. (Nauzubillah)
Sebab, kata-kata Allah sendiri tentang Nabi Yusuf dalam surah Yusuf ayat 24, "Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, jika sekiranya dia tidak melihat (tanda kebesaran) dari Tuhannya"
Allah sedang beritahu kita bahawa setiap manusia mempunyai nafsu. Bezanya para Rasul, nafsu mereka dididik dan dijaga secara langsung dan terus oleh Allah.
Maha Suci Allah, yang Maha Mengenali setiap makhluk-Nya.
Bila Allah kata jangan dekati tu, jangan dekatilah...
Kalau tak, it is just a matter of time and chance, untuk kamu berzina!
Muda untuk bahagia.
Kerana saya fikir, masa muda ini lebih penting untuk diisi dengan soalan-soalan seperti, "Apa yang aku boleh sumbangkan untuk islam", berbanding "Macam mana aku nak kahwin ni? tak tahan dah ni!"
Tapi yang sebenarnya, saya pun memang ada perancangan saya sendiri :D
Tapi yang saya rancangkan bukan hanya duit dan pekerjaan, tapi persediaan ilmu dan emosi. Jika hari ini, bertahajjud walau seminggu sekali pun saya rasakan sukar, maka sudah tentulah belum masanya lagi untuk saya bernikah. Jika hari ini, hafazan saya setakat surah-surah pendek yang memang pendek, maka sudah tentulah saya tak mampu untuk tanggungjawab yang lebih besar daripada itu.
[kredit] |
Cuma itulah. Foundasi yang tiris, akan menjanjikan ketirisan iman, dan daripada ketirisan iman inilah, rumah tangga yang dibina cepat roboh dan berkocak.
#Semoga Allah beri kita kefahaman tentang maksud 'setia di dalam mencintai', kerana jika kepada Allah pun kita tak mampu setia mencintai, maka jangan bermimpi yang kita akan mampu untuk mencintai makhluk ciptaan-Nya.
8 Komentar
mungkin saya kenal barangkali budak yang berkahwin itu. pasangannya berumur 19. ya, satu perkahwinan muda yang gempar di kawasan saya iaitu kulim, kedah. saya juga setuju kahwin untuk mengelakkan maksiat, cuma saya tidak berapa setuju dengan kenyataan bahawa orang tua perempuan itu mengahwinkan anak mereka kerana dia tidak mahu pulang ke rumah. oleh kerana itu, mereka terpaksa merestukan perkahwinannya.. bagi saya, masa depan mereka masih lagi cerah. kalau sudah terikat begitu, mungkin agak sukar sedikit dalam beberapa aspek. walau bagaimanapun harapnya perkahwinan mereka mendapat redha Allah dan berkekalan. insyaAllah
Balassalam wrb..
Balaskalau saya sendiri, saya pernah juga dan sering 'terjentik' hati utk menikah dini(belum tamat kuliah),utk elak maksiat bukanlah faktor utama pernikahan, tetapi kalau saya secara peribadi, saya takut melihat dunia pada masa kini, anak muda ramai yg berpeleseran, yang mahu sama2 membawa risalah Islam itu, tidak ramai. maka, saya secara peribadi berpendapat, sekiranya org yg kita redha agama yg ada padanya datang menyampaikan hajat, maka tidak salah utk kita terima(pastinya setelah istikharah n istisyarah).cumanya buat masa skrg, fokus kepada membentuk diri, menjaga diri sebaiknya, cintai Allah setulusnya, semoga Allah kelak akan mengurniakan seseorang yg Dia cintai kepada kita(ceeewaaahh, syoknya sembang keluaq tajuk) ='D
buat masa skrg, sy prefer nikah khitbah atas kekangan2 tertentu, wee wee wee
in fact, perkahwinan menuntut seribu satu tanggungjwb,bkn skdr m'hllkn hbgn llk perempuan yg bukn muhrim..
Balasni la yg sy cri2 slme ni~nice article~
nyue ad perbaca mengenai..perkahwinaan muda..bagus utk mengelak maksiat, tp satu jangka masa yg panjang...sy xfikir begitu... bukan mendoakan penceraian tp senario begitu...
Balasterkena juga pias2 e3 itu..xpe la..apa yg awk ckp itu betul..sy xnafikan..couple lama pun dosa, even kita ckp kita xbuat dosa..bohong sgt la...
Assalammualaikum...Salam kepada semua blogger2.. bg pendapat saya.. umat akhir zaman sekarang KURANG/tidak percaya pada janji2 Allah.. perkahwinan merupakan sesuatu yang diredhai dan diberkati.. Allah akan mengurniakan banyak rezeki kepada insan yang ingin berumah tangga... kalaw yang takot jatuh ke lembah zina tu.. Allah dah tetapkan hukum hudud.. so pikir2 sendiri la...
Balasthumbs up!
BalasUlama silam tu,kalau tak silap saya.imam hassan al banna
Balassahabat, sy minta maaf tak sempat bace semua tp mgkin berkaitan dgn pasangan muda yg kawen baru2 ni ye? umur 18 dgn 12 kan.. moga Allah terus bantu.. mgkin ade ngtif nye tp insyaAllah boleh jd positif dgn izin Allah.. kan..?
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443