Oh Tuhan. Sukarnya!



Atas nisan modenisasi,
Ku kumpul luruh damai,
Relungnya aku pikul, bersirat.
Gelungnya aku junjung, berpisat.

Lalu aku lepaskan bebanan peradaban,
Biar tersimbam atas kanvas sejarah,
Terbanglah debu susah payah,
Bercerita,

"Kurun ku ialah kurun terbaik"

lalu semilir bertiup,

"Kemudian, kurun selepas itu"

kini angin tersenyum,

"Kemudian, kurun selepas itu"

Sejarah itu dinoktakan,
Dengan saat yang terhenti, 
Lalu degupan taat menurut,

Manusia kini sekaliannya mati,
Mati jiwanya dihempap bata kemodenan,
Mati imannya dihurung perawan kehaiwanan,
Mati hatinya diwarna pelangi kemaksiatan.

Aku yang melihat bingkai jiwa,
Sambil mencicip secangkir kebanggaan,
Seakan tersenyum,

"Ah, itu mereka. Bukan aku"

Aku yang memandang petaka di bawah,
Berlunjur kaki menikmati irama kasih sayang,
Seakan bahagia,

"Manusia hari ini semuanya sudah rosak"

Hingga aku terlupa, 
Bahwa senyumku itu dipenjara,
Bahagiaku itu diperjaja.

Sukarnya menjadi lelaki akhir zaman,
Dan darahku mengalir membentuk kata,
Oh Tuhan, Sukarnya!

-----

Allah, tamakkanlah hatiku untuk melakukan taat dan jadikanlah hatiku tawar untuk bermaksiat.
  
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Ok.terasa sukarnya.Lebih mudah menjadi wanita akhir zaman.Patuhi syariat,Allah yang menjaga.
Tak lagi risau apa-apa.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443