Kasihanlah pada mereka.


Satu perasaan yang telah pupus dalam diri kita, namanya kasihan. Kalau nak bercakap fasal perasaan, sebenarnya banyak sekali perasaan-perasaan kita yang tak sepatutnya ada tapi ada dan yang sepatutnya ada tapi tiada.

Bahasanya mudah. Rasulullah juga manusia seperti. Setiap manusia ada fitrah dan ada perasaan. Maka begitulah juga Rasulullah. Baginda ialah rahmatan lil a'lamin tapi adakah kita hanya boleh kata bahawa pada diri Rasulullah hanya ada kasih sayang semata-mata?

Adakah kita mahu samakan Nabi kita dengan Jesus yang disembah orang kristian kerana dalam bible, mereka mendakwa yang Jesus ialah Tuhan Cinta sebagaimana Jesus, apabila ditampar pipi kanan, dia akan memberi pipi kirinya pula ditampar.

Adakah Rasulullah manusia sebegitu? Yang hanya ada kasih sayang tapi tiada perasaan lain?

Tiada marah. Tiada geram. Tiada sedih. Tiada merintih.

Baginda bukan seperti itu. Baginda S.A.W yang saya kenal ialah manusia sempurna luar dan dalam. Sempurna emosi dan spiritualnya.

Maka Baginda ada marah tapi bukan marah seperti kita. Baginda cukup marah bila islam dicela dan dimaki. Kita teladani dan kita juga marah bila islam dicerca dan dimaki.

Baginda berkasih sayang kepada setiap makhluk. Kita teladani. Kita mengasihi ibubapa, guru-guru dan sahabat. Kita mengasihi binatang, persekitaran dan alam sekitar.

Baginda bersemangat. Kita teladani. Kita juga bersemangat dalam beribadah, bekerja dan bermuamalat.

Tapi satu yang kita jarang-jarang ada.

Rasulullah S.A.W pernah satu ketika, menangis apabila melihat jenazah seorang yahudi melintasi Baginda. Para sahabat lalu berkata, "Wahai Rasulullah, mengapa kamu menangis? Si mati itu ialah seorang Yahudi!"

Lalu baginda yang masih berjejeran air mata itu lalu bertanya, "Bukankah dia seorang manusia"

Rasulullah ialah seorang yang paling kasihan kepada orang lain, dan kita tidak meneladani sifat yang satu ini.

Kerana kalau betul kita kasihan kepada diri kita, mengapa kita buat dosa? Kalau betul kita kasihan dengan orang lain pula, kenapa kita biarkan mereka buat maksiat?

Kalau betul kita kasihan dengan sahabat kita yang bukan islam, kenapa sampai bertahun-tahun kita bersahabat bersama mereka sekali pun mulut kita tidak dibuka untuk menceritakan tentang islam yang sebenar kepada mereka?

Di mana sifat belas kasihan kita, wahai kaum muslimin?
 
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

tersentuh dgn sifat Rasulullah S.A.W.yang sempurna.

"Kalau betul kita kasihan dengan sahabat kita yang bukan islam, kenapa sampai bertahun-tahun kita bersahabat bersama mereka sekali pun mulut kita tidak dibuka untuk menceritakan tentang islam yang sebenar kepada mereka?"

saya cuba..cuba untuk berdakwah dengan mereka,dengan cara yang halus.malah mungkin mereka tidak menyedarinya..tapi,itu yang saya mampu setakat ini.akhlak yang baik.

kadang2 saya termalu sendiri.sbb semangat nak dakwah dengan orang bukan islam,sedangkan lemah utk menegur sahabat2 di kalangan akhwat sendiri(dr segi aurat).

Balas
avatar

Kalau betul kita kasihan dengan sahabat kita yang bukan islam, kenapa sampai bertahun-tahun kita bersahabat bersama mereka sekali pun mulut kita tidak dibuka untuk menceritakan tentang islam yang sebenar kepada mereka?
T_T
memerlukan kekuatan.
apapun.nice.utk renungan dan muhasabah diri kita semua.
Jzkl

Balas
avatar

"Kalau betul kita kasihan dengan sahabat kita yang bukan islam, kenapa sampai bertahun-tahun kita bersahabat bersama mereka sekali pun mulut kita tidak dibuka untuk menceritakan tentang islam yang sebenar kepada mereka?"

:'(

Tersentuhnya.

Balas
avatar

Kerana kalau betul kita kasihan kepada diri kita, mengapa kita buat dosa? Kalau betul kita kasihan dengan orang lain pula, kenapa kita biarkan mereka buat maksiat?

Kalau betul kita kasihan dengan sahabat kita yang bukan islam, kenapa sampai bertahun-tahun kita bersahabat bersama mereka sekali pun mulut kita tidak dibuka untuk menceritakan tentang islam yang sebenar kepada mereka?

Terasa kena tampar.....cuba tapi I could say not 100 percent all out......teringat pada seorang teman baru meninggal.......entah rasa ralat sbb tak cuba nasihatkan 100 percent benda yang dia buat tu salah.....saya sampai balik terfikirkan keadaan dia disana nanti even terfikir bagaimana saya nak menghadapi dia di masyhar kelak apabila dia nanti ckp kenapa kau tak ajak aku buat kebaikan sungguh2?Allahurabi.....menangis airmata darah sekali pun tak dpt mengembalikan dia....moga Allah mengampuni dia dan mengampuni saya juga.......

Sometimes kita lenggang kangung dalam kehidupan dan dakwah sbb kita fikirkan kita banyak masa utk bertaubat sehingga kita tidak rasa sense of urgency bahawa hidup ini hanya sekali dan hakikatnya Allah boleh mengambil siapa2 dan apa2 yg dipinjamkan kepada kita bila2 sahaja........

Use the present that Allah give to you now or you will regret it.....

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443