#12 Meninggalkan ibadah

"Amir, jom ikut ayah"

"Pergi mana ayah?", matanya dialih dari skrin Tv.

Pak Mat sedang mengikat serban di kepalanya. Nampak mudah sahaja dia melakukannya.

"Pergi masjid"

Amir, pemuda yang baru menginjak dewasa itu memandang ayahnya, pelik.

Tak pernah pula ayah aku ajak aku pergi masjid, getus hatinya.

"Ada apa kat masjid ayah?", soalnya seakan keliru.

"Ada apa lagi, ada solat jemaah lah", selamba tutur Pak Mat.

Amir sengih. "Er, tak apalah kalau macam tu. Ayah ajalah yang pergi. Amir solat kat rumah saja. Penat sikit", dia berdalih.

"Lagipun Amir segan nak pergi masjid sebab takut orang kata apa pula nanti. Iyalah. Kampung kita ni kan jarang-jarang ada orang muda pergi sembahyang kat masjid", tambahnya.

"Takut riak je nanti", tiba-tiba dia teringat pada Pak Majid. Pak Majid tu ringan mulut. Takut nanti kena puji pula dengan Pak Majid tu. Dia tu memang dari dulu berkenan betul dengan Si Amir ni. Biasalah budak pandai. Kebanggaan orang kampung.

Pak Mat cuma menggelengkkan kepala. Dia sedih, tapi dia pendamkan saja. Nanti dia akan uruskan hal anak terunanya ini.

-----

Meninggalkan amalan soleh kerana takut riak. Pernah jumpa tak dengan kawan-kawan kita yang kata, "Tak mau takut nanti orang kata riak pulak".

Atau mungkin kita sendiri pun ada rasa macam tu, lalu kita pun tak beramal.

Nak puasa sunat, tapi takut nanti kawan-kawan kita ejek. Nak semayang sunat lebih sikit, tapi risau orang kata apa.

Menurut Imam Ghazali, spesis manusia yang meninggalkan amal kerana takut riak itu sendiri telahpun riak.

Kita buat baik, ikut perintah Allah, tinggalkan dosa, semua ni kita buat untuk siapa?

Siapa yang beri ganjaran dosa-pahala kepada kita nanti?

Bukan manusia bro. Tapi Allah.

Sebab tu jangan mudah sangat tertipu dengan bisikan syaitan. Selalu jugak aku dengar, "kalau tak ikhas, baik tak payah buat".

Rasa macam nak marah pulak. Hmm. Aku ni dah 26 tahun solat (mungkin 20 tahun bila tolak umur belum mumayyiz). Adakah aku tahu aku ikhlas bersolat?

Aku pun tak tahu. Ikhlas tu bukannya kerja kita. Ikhlas tu Allah yang nilai. Kita cuma mencuba dan berusaha untuk ikhlas.

Marilah sama-sama kita ubah diri kita. Jangan kita tinggalkan sesebuah kewajipan kerana benda-benda yang tak munasabah ini. Jangan senang-senang ditipu oleh syaitan.

Dalam hal keduniaan kita tak risau pun orang pandang apa. Tapi dalam bab mengikut perintah Allah, bukan main banyak alasan sengaja ditimbulkan.

Aku doakan korang kuat. Dan doakan aku juga sama kuat!
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443