Aku sendiri pun sebenarnya dah ada 3 polisi insuran. Dua daripada dua syarikat berlainan, dan satu medical card yang company bagi.
Anak aku pun lahir-lahir terus aku register untuk takaful.
Aku sokong takaful ni, tapi aku tak jual polisi takaful. Part time pun tidak. Bagi aku, benda ni besar manfaatnya bukan setakat memudahkan orang yang hidup, tapi juga menyenangkan orang yang dah mati.
Sebab kita takut, kalau tiba-tiba ditimpa musibah. Mana nak cekau duit?
Atau tiba-tiba mati mengejut. Hutang piutang siapa nak bayar? Anak isteri takkan nak mengemis dengan orang?
Ramai orang yang kata, "Saya bukan tak mahu. Tapi saya tak ada duit nak bayar bulan-bulan".
Alasan saja. Orang yang tak ada duit ialah orang yang keperluannya tidak cukup, bukan kehendaknya tidak cukup. Ada orang boleh berjoli beli baju baru, keluar dating, tonton wayang, main futsal, atau melancong, tapi tak ada duit untuk beli polisi takaful.
Padahal dia lupa yang malang itu tak berbau.
Nabi S.A.W selalu mengingatkan kita tentang 5 perkara antaranya sihat sebelum sakit.
Tapi dalam duk promote takaful, aku juga nak tegur sikit orang-orang yang jual takaful ni supaya mereka tak berlebih-lebihan sampai boleh merosakkan hati. Bukan semua tapi segelintir kecil.
Kadang-kadang bila terlalu menjual slogan "kami cuma mahu membantu anda", aku rasa macam korang ni hipokrit pula. Kalau dah namanya membantu, tak perlulah letakkan batasnya pada takaful.
Kalau si Mamat tu pernah reject kau, tapi satu hari dia disahkan menderita satu penyakit kronik, takkanlah kau nak kata, "Nasi dah jadi bubur. Dulu kau tak nak ambil takaful. SEKARANG AKU DAH TAK BOLEH TOLONG KAU".
Yang ni aku cukup menyampah dengan agen takaful.
Kau dah sempitkan makna membantu. Tak salah kalau buat collection, atau buat sumbangan peribadi. Atau paling kecil pun, bantu senangkan hatinya.
Tak payah ungkit benda yang dah lepas.
Kau tak sedar, yang kau dah menimbulkan penyesalan dalam diri dia. Sudahlah diri ditimpa musibah, hatinya yang rapuh pula makin direnyuk-renyuk dengan kata-kata sinis, "Itulah, dulu aku dah cakap kau tak mahu dengar".
Agen takaful yang matang mestilah tahu cara bersimpati.
Apapun, kalau korang masih belum ada polisi insuran dan merasakan 'tak perlu' kepada perlindungan takaful, maka aku pun tak boleh kata apa.
Mungkin kau yakin kau tak akan sakit derita. Atau mungkin kau fikir, kalau sakit boleh segera dapat rawatan di hospital kerajaan. Atau kau yakin kau mati nanti keluarga kau tak akan sengsara atau mungkin juga kau yakin yang hutang piutang kau akan langsai sebelum kau mati.
Atau tak mati, tapi cacat kekal.
Siapa tahu kan.
1 Komentar
Duit tidak boleh beli KESIHATAN..
BalasTapi untuk SIHAT,kita perlukan duit..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443