#14 Cinta Pada Negara

Kecintaan pada negara ialah suatu kewajipan dalam islam. Khianat kepada negara, hinggakan dalam mazhab Imam Abu Hanifah, seseorang itu sampai boleh dihukum bunuh (takzir) jika hakim memutuskan dia bersalah.

Cinta pada negara tak semestinya dengan cinta kepada pemimpin. Ada orang dia cinta kepada PM, tapi belum tentu lagi cinta kepada negara. Ada pula yang sebaliknya. Benci sebenci-bencinya kepada sosok figur bernama ehem-ehem tetapi sangat cinta kepada negara.

Tetapi sampai kini kita belum lagi jelas bagaimana mahu mencintai, dan bagaimana mahu menunjukkan kecintaan kita kepada negara.

Adakah cukup dengan mengibarkan bendera Malaysia pada bulan Ogos dan September?

Semalam aku ternampak di Facebook viral cerita beberapa orang pelancong dari Australia yang berbogel hingga hanya menampakkan seluar dalam mereka yang diletakkan gambar bendera negara kita.

Aksi mereka ini mendapat respons yang pelbagai. Majoriti rakyat negara kita menunjukkan rasa marah dan berang dengan tindakan mereka. Sebahagian pula back up mereka dengan beberapa alasan yang tak munasabah.

Aku pun ada baca komen beberapa orang 'mat salleh' pada protal Fb BBC NEWS. Kebanyakannya marah dengan tindakan polis Malaysia yang menahan mereka.

Antara point mereka, "Kalau bercakap soal menghormati undang-undang negara yang dilawat, mengapa di Britain muslim dibenarkan untuk memakai apa-apa yang mereka mahu, tetapi tidak mereka?"

Jika mengembara di dalam hutan, maka elakkan dari gigitan ular bisa. Racunnya sahaja boleh membunuh, paling tidak pun boleh lumpuh.

Jika 'mengembara' di dalam dunia yang sementara, maka elakkan dari gigitan 'pemikiran liberal'. Racunnya bukan sahaja boleh membunuh kita, tapi membunuh tamadun kita. Membunuh bangsa, dan membunuh jiwa melayu.

Bercakap soal hak individu untuk berpakaian, tetapi lupa tentang hak kenegaraan.

Kepentingan negara mestilah diletakkan di tempat yang lebih tinggi daripada kepentingan diri sendiri. Kerana itulah walaupun kita tak suka kepada undang-undang negara ini, kita tetap perlu ikut kerana ia bukan hanya memberi kesan kepada kita seorang, tetapi kepada ramai.

Contoh, orang duk maki-maki kepada penguatkuasa majlis perbandaran. Puncanya, mereka mengeluarkan sama kepada peniaga yang berniaga tanpa lesen, tanpa permit. Bila penguatkuasa tak saman, kita kata penguatkuasa tidur atau makan gaji buta. Tapi bila penguatkuasa buat kerja, mereka dituduh sebagai virus pula.

Padahal antara lain sebab mengapa lesen dan permit diperlukan adalah supaya peniaga-peniaga ini mempunyai rekod dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Bayangkan satu hari 30 orang beli nasi lemak, dan semua keracunan makanan. Esoknya budak tu dah tau orang sakit perut maka dia pun dah tak berniaga lagi, jadi apa tindakan yang boleh diambil daripada orang yang keracunan makanan itu tadi?

Antara lain maksud mencintai negara ialah dengan menjaga infrasruktur dan fasiliti premis-premis kerajaan. Penjawat awam khususnya, perlu amanah dan ikhlas dalam bekerja kerana secara tak langsung mereka dibayar dengan hasil negara. Kalau perlu gunakan harta awam, gunakan dengan cermat.

Ni tidak. Aku tengok ada orang yang ambil ubat dari klinik kerajaan, dia buang merata-rata sahaja ubat tu. "Tak apalah, benda free!".

Padahal dia tak nampak proses di sebaliknya. Ubat-ubat yang kita dapat tu bukannya murah. Ada yang mencecah sampai Rm5 sebiji pun ada. Bila dah dapat percuma, hargailah. Simpan di tempat yang betul dan makan ikut aturan doktor.

Dan paling penting adalah, jika betul kita cintakan negara, maka janganlah lantik orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin kita. Carilah orang yang boleh bekerja untuk rakyat, dan orang itu amanah.

Ini tidak.

Mamat tu masa PRU saja nampak batang hidung, lepas tu sibuk duk mencekau projek. Orang jahat macam itu pun kau boleh kata 'mati syahid' jika kau mati mempertahankannya.

Kata pemakan dedak karang, marah. Tapi fikir sendirilah. Pemimpin yang baik sepatutnya menjaga rakyat jelata, bukan menjaga kroni.

Apapun ingatlah bahawa kedaulatan Malaysia ini adalah nikmat perjuangan nenek moyang kita dahulu. Kita berjaya menghalau kuasa asing dari Tanah Melayu ini, maka janganlah hari ini kita melambai-lambai tangan mengajak mereka kembali menjadi Tuan kepada kita.


Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443