#15 Artis

Aku bukanlah peminat dunia hiburan. Aku tak kenal pun siapa si polan dan siapa si fulanah. Yapi sekadar tahu kerana ada Fb saja. Kadang-kadang terbaca sebab Berita Harian yang tulis, kadang-kadang sebab takat Fb yang share.

Aku bukanlah ulama untuk mengeluarkan hukum, tapi pada pemerhatian aku, geng-geng penyanyi dan pelakon (dan pelawak) ini dipuja-puja dan disanjung-sanjung melebihi tahap yang sepatutnya.

Tak salah kalau setakat kenal. Sebab diorang ni memanh selalu keluar Tv. Tapi yang menyedihkan bila mereka disanjung dan disegani berlebih-lebihan. Siapa mereka itu?

Mereka cuma sekelompok manusia yang pandai menyanyi.

Dan pandai berlakon.

Atau juga pandai berlawak.

Tapi adakah mereka alim dalam agama? Jelas sekali tidak. Sebab kalau ikutkan agama, menyanyi ni pun ada limitnya.

Antaranya lirik tu tidaklah memuja makhluk secara berlebihan.

Ini sampai ada yang kerana tak nak clash dengan perempuan tu, dia sanggup meminta Allah matikan dia. Tak ke bodoh tu?

Atau kita sayang sangat kat seseorang tu sampai boleh kata lelaki tu sebagai lelaki teragung. Kalau nak kata Nabi Muhammad sebagai manusia teragung itu betul, tapi nak kata boyfriend kau sebagai teragung tu kan dah merapu namanya.

Kalau perempuan pula lagilah ketat syaratnya. Tak kisah dia berhijab ataupun menyanyi lagu selawat sekalipun, suara mereka tetap aurat kepada lelaki lain. Kadang-kadang aku hairan kenapa lagu yang dinyanyikan oleh perempuan pun boleh tembus di corong radio IKIM.FM.

Padahal dalam program tahsinul ibadah, atau dalam program agama yang lain, ustaz IKIM sendiri yang kata suara wanita tu aurat, maka tak boleh menyanyi di khalayak awam (kecuali audien perempuan atau lelaki mahramnya).

Dalam bab lakonan pun serupa. Gelenh kepala aku bila terbaca keratan akhbar minggu lepas perihal seorang pelakon lelaki yang kononnya sedang belajar agama di India, keluarkan statement, "Saya akan pegang tangan perempuan jika perlu".

Tambahnya lagi, "Lakonan ialah amanah, dan dakwah".

Oh, sebab lidah boleh twist, kita ingat hukum agama pun boleh kita twist.

Belajar agama pun kalau hati masih berat mahukan kepada maksiat, maka kita takut asbab belajar tu menjadikan manusia makin jauh dengan Tuhan.

Maka harini aku suka nak mengajak diri kita supaya kurang-kurangkan cakna kita kepada artis-artis ini. Jasa mereka terlalu kecil untuk dihargai. Sebaliknya kita perlu lebih menghargai ustaz-ustaz dan ulama kita.

Ulama kita makin lama makin berkurang. Tidak seperti artis, ulama yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Tidak begitu. Artis ni rasanya setiap minggu pun akan muncul muka baharu. Tapi alim ulama, nak cari orang sealim Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato' Harun Din, Ustaz Fadhli Yamani, dan seangkatan mereka tidak semudah itu.

Kita pun dah besar. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Dah tak berbaloi habiskan masa dengan drama jam 7 malam, atau konsert jam 9 malam.

Baik kita fikirkan nasib kita dalam kubur nanti. Beringatlah sedikit bahawa setiap manusia akan dihidupkan sesudah mati (mahsyar nanti) bersama-sama dengan manusia yang dia suka (cinta) di dunia ini.

Kita suka sangat dengan artis, tak mustahil nanti bangkit bersama mereka.

Sedangkan orang lain bangkit bersama ulama.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443