#28 Dari Qatar ke Jakarta

Jenayah bunuh dan buang bayi bukanlah jenayah yang baru. Negara kita pun berada dalam kelompok negara yang paling banyak kes-kes ini, dan kita berasa jelik serta malu denganya. Tapi hari ini, gejala buang bayi dah naik ke tahap yang lebih dahsyat.

Sepanjang hayat saya, inilah kali pertama saya dengar cerita bayi lahir dan dibiarkan mati di dalam tandas kapal terbang. Mujur mayat bayi itu ditemui oleh tukang cuci kabin.


Bacaan lanjut mendapati, pelaku ialah seorang rakyat Indonesia yang bekerja sebagai orang gaji di Qatar. Dia melahirkan bayi di dalam tandas pesawat. Kini dia ditahan di ICU dan pak polisi belum berjaya mendapatkan maklumat daripadanya lagi.

Selepas membaca komen-komen dari warga antarabangsa, saya terkejut kerana bukan seorang atau dua yang berkongsi cerita yang serupa. Sebaliknya ramai. Kata mereka, memang itu 'nasib' amah Indonesia di sana. Ramai yang tidak bernasib baik yang menjadi objek seks bagi pak-pak arab.

Selepas mereka itu mengandung, pak arab ini akan menghantar mereka pulang ke Indonesia. Lalu dek kerana malu, ramailah yang mengambil cara mudah dengan membunuh kandungan mereka.

Setakat mana kebenaran cerita ini, kita semua tak tahu. Boleh jadi ia berita fitnah daj berniat jahat mahu menjatuhkan air muka sesetengah pihak dan bangsa.

Apa yang kita runsingkan, jika umat Islam yang terlibat. Perogol, mangsa rogol, dan pembunuh. Yang kaya dengan jenayah cara orang kaya, yang miskin juga tak mahu ketinggalan.

Aduhai dunia. Bilakah agaknya kita akan mencicip rasa aman?

Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443