Sampai sebulan, hampir setiap hari ada berita baharu tentangnya keluar di media sosial. Menjadikannya sangat istimewa walaupun sekadar menjual nasi lemak.
Bukan setakat penguatkuasa sahaja turun berjumpa, MB Selangor pun tak melepaskan peluang turun padang bertemunya.
Apa kata kita 'twist' sedikit cerita. Kita buat nasi lemak ibu tunggal.
Pertama sekali, ada tak Ustaz yang mahu hebahkan tentang kesungguhan ibu tunggal ini mencari sesuap nasi demi anak-anak yang kelaparan di rumah?
Kedua, adakah nasi lemak mak cik ni akan terkenal dan viral di media sosial?
Ketiga, kalau dia disaman kerana tidak punyai permit perniagaan, adakah MB Selangor akan datang mengadab membawa bersama borang permohonan?
Keempat, ada atau tidak pihak yang akan kagum dengan kegigihan dan pengorbanan mak cik ini?
Kelima, ada atau tidak pihak yang akan membantu keluarganya?
Ketahuilah, petanda yang seorang wanita itu menjadi 'objek' ialah apabila orang memberikannya perhatian dan penghargaan, hanya kerana dia cantik dan comel.
Saya bukanlah mahu berkata buruk kepada sesiapa. Mungkin anak dara itu pun tak minta diberikan perhatian sebegitu. Mungkin memang rezekinya, Allah beri nasi lemak dia laku. Tapi kita inilah yang perlu meletakkan neraca yang betul di dalam prioriti sosial.
Cukup-cukuplah beri perhatian kepada orang yang cantik sahaja kerana orang yang susah juga berhak mendapat perhatian yang serupa daripada kita semua.
0 Komentar
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443