#67 Ahli Sukan Yang Tak Mampu Menolak Ajal

Menurut WHO, jika kita nak sihat dan hidup lebih lama, kita perlu jaga pemakanan, elakkan pengambilan gula, lemak, dan garam, dan selalu bersenam. Menurut WHO lagi, bagi orang dewasa berumur 18 hingga 60 tahun, kita disarankan untuk bersenam selama 150 jam seminggu (senaman kadar sederhana). Atau 75 jam dalam seminggu jika senaman itu berintensiti tinggi.

Bagi pemain bola sepak profesional, 75 atau 150 itu mudah-mudah saja dilepasi. Secara teori dan logik, mereka ialah golongan yang paling sihat kerana mereka ada disiplin yang sangat ketat terutamanya dalam bab diet dan gaya hidup.

Tapi tak tahulah kalau ada yang terjebak dengan rokok, mabuk-mabuk, dan seks rambang.

Kelmarin, kita (saya) dikejutkan dengan berita kematian seorang bekas pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote. Dia meninggal semasa sesi latihan bersama kelab baharunya China, Beijing Enterprises Group FC yang bermain dalam divisyen 2 Chinese Super League.

Cheik 'ismael' Tiote rebah semasa latihan, dan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital. Sebagai penyokong Newcastle United, saya sangat sedih dan berduka cita. Lebih-lebih lagi beliau saudara kita di dalam Islam dan terkenal sebagai muslim yang taat dan komited.

Sebenarnya ini bukan pertama kali ahli sukan jatuh pengsan dan meninggal. Pada 25 Januari 2004, penyerang Benfica dan Hungary, Miklhlos Feher tiba-tiba saja tumbang di atas padang. Ketika itu pasukannya Benfica sedang mendahului pasukan lawan, Guimaraes dengan jaringan 1-0. Pada minit-minit kecederaan, beliau rebah. Pasukan paramedik berusaha keras bagi menyelamatkan beliau tetapi gagal.


Pada perlawanan separuh akhir piala dunia 2003 antara Cameroon dengan Colombia, Marc Vivien Foe tumbang di atas padang pada minit 75 perlawanan. Dan dia meninggal dunia tidak lama selepas itu pada usia 28 tahun.

Paling tragik, Antonio Puerta, seorang pemain pertahanan Sevilla juga meninggal dunia selepas jatuh pengsan di atas padang semasa perlawanan Liga Sepanyol di antara Sevilla dengan Malaga. Beliau ialah seorang pemain yang dikatakan mempunyai bakat yang besar dan masa depan yang cerah. Tetapi usianya tidak panjang. Dia meninggal di usia muda, 22 tahun.

Di Malaysia sendiri pernah juga ada kes pemain bola sepak yang meninggal dunia di atas padang. Pada 13 Jun 2015, semasa perlawanan persahabatan antara T-Team menentang Kelantan, seorang pemain import pertahanan T-Team, David Oniya telah jatuh pengsan di atas padang. Beliau dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tak lama kemudian.

Punca kematian mereka dikenal pasti sebagai "cardiac arrhythmia", sejenis keadaan di mana jantung berhenti secara mengejut. Keadaan ini berlaku kerana "hypertropic cardiomyopathy", iaitu otot jantung menebal lalu mengeras hingga boleh berhenti berfunsi secara tiba-tiba.

Namun begitu, ada kes-kes terpencil di mana orang terselamat daripada ambang maut. Fabrice Muamba, seorang pemain tengah Bolton Wanderes pernah jatuh dan jantungnya berhenti berdegup semasa perlawanan Piala FA menentang Tottenham Hotspurs. Hanya selepas 44 jam dalam unit rawatan rapi dengan peluang untuknya selamat amat tipis, Fabrice Muamba mula sedarkan diri dan mampu menggerakkan jari tangan dan kakinya. Di usia yang masih terlalu muda iaitu 23 tahun, dia bersara dari bola sepak dan bergiat di dalam badan amal selepas mendapat 'nyawa baharu'.

Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka.

Pertama, ajal dan kematian akan datang dengan tiba-tiba. Ada yang mati ketika sedang berbuat dosa maksiat, dan ada yang mati ketika beribadah. Cuba fikir, apa agaknya orang yang mati ni sedang fikir minit-minit sebelum dia mati?

Sudah tentu dalam fikiran mereka ialah esok, lusa, bulan depan atau sepuluh, dua puluh tahun depan!

Semua orang ada perancangan. Ada angan-angan yang panjang. Tapi kita terlupa bila-bila sahaja mati boleh datang, dan menghacurkan angan-angan dan perancangan kita. Kerana itulah 'hari ini' sangat penting kepada kita. Kerana 'hari ini' sudah tentu ada. Esok, belum pasti.

Kalau nak buat baik, buat amal, buat hari ini. Jangan ditangguh kerana maut tak akan pernah tertangguh

Kedua, orang yang sihat pun tak boleh 'menipu' kematian. Mungkin pakar perubatan, dietition atau nutritionist boleh cadangkan itu dan ini, atau kata jangan kepada itu dan ini. Tapi hakikatnya itu semua risiko. Ramai perokok yang sakit jantung tapi ada juga yang panjang umur. Semuanya kerana risiko. Ada orang yang sembuh dengan ubat begitu juga ada yang mati dengan ubat. Setiap rawatan, setiap ubat, semuanya tentang angka. Makin tinggi peratusan untuk selamat, atau makin tinggi peratusan untuk mati. Semua itu tindakan dan pilihan manusia. Dalam kata lain, itulah iktiar dan usaha kita. Tapi yang menentukannya ialah Allah.

Serupa macam orang yang terkena penyakit jarang (rare) seperti 1 dalam 1000. Risiko cuma 0.001 peratus tapi Allah berkuasa untuk beri kita 0.001% dan tidak memberi kita 99.999%.

Sebab itu dalam kesihatan, kita jangan berlagak. Nak kata, "aku tak bersenam pun sihat", atau kata, "aku makan makanan ringan dan fast food pun tak pernah sakit pun".

Kerana kita sedang bermain dengan angka dan masa. Risikonya akan makin besar dan masanya akan makin cepat.

Begitu juga dengan kata-kata, "Tak perlu ambil suppliment. Cukup dengan apa yang ada",

Kerana perlu diingat, kesihatan ialah suatu yang holistik. Ada perkara yang perlu diambil dalam kuatiti yang banyak. Ada dalam kuantiti sederhana. Dan ada yang perlu ditinggalkan. Suppliment itu sendiri maksudnya "pelengkap", atau mencukupkan apa yang kurang. Sama sekali bukan ubat yang bertujuan merawat.

Kerana holistik itu satu untuk semua. Bukan dibiar 'tempang' hanya kerana sebuah persepsi.

Previous
Next Post »
0 Komentar