Selamat tinggal Bayyinat

Saya sebenarnya rindukan zaman mula-mula buat blog dahulu. Masa tu, Facebook baru sahaja ada. Belum popular lagi.

Seronok bila "blog-walking" dari satu blog ke blog yang lain. Macam-macam cerita ada. Perkongsian pengalaman, semuanya amat bermakna. Kita komen di blog orang, orang pun komen di blog kita. Ada sesetengah blogger otai siap buat blog review dan ada juga yang buat contest.

Meriah sangat.

Tapi itu dulu. Sekarang ni blog dah kurang releven. Tenggelam dengan kehadiran Facebook. Nama-nama besar seperti Ustaz Pahrol Juoi pun dah tak banyak keluarkan artikel baru.

Semua orang lebih selesa dengan status FB. Tulis panjang-panjang tetapi lebih mudah dan puas. Pembaca atau receipiant pun lebih ramai. Kadangkala melebihi sasaran pula.

Pada satu sudut, bagus. Nak like mudah. Nak share pun senang.

Tetapi bila dah mudah sangat nak share dan komen, masalah lain pula timbul. Kadangkala bila kita check pada comment section tu, boleh nampak orang berdebat. Kalau debat dengan adab, OK lagilah. Tapi ramainya yang tak ada adab. Semua orang dimaki padahal orang boleh tahu, dia siapa.

Secara tak langsung dia memberitahu orang lain dia ni panas baran, zikirnya ialah makian, dan hobinya ialah provok. Atau perkataan lainnya, keyboard worrior!

2008-2018. Genap 10 tahun usia blog saya.

Banyak ilmu saya dapat. Kawan-kawan yang baik-baik, selalu beri nasihat, dan kawan-kawan yang masih bersahabat di Facebook.

Paling penting, kerana blog ini jugalah saya berkenalan dengan isteri saya. Dia pun salah seorang reader juga.

Saya tiada niat untuk delete blog ini. Kerana saya secara personal, masih buka dan baca tulisan sendiri. Kerana semua perkongsian ini saya tulis bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada reminder buat diri sendiri.

Jika ada yang baik, itu daripada Allah. Ambillah dan amalkanlah serta doalah agar saya juga beramal dengan kebaikan.

Jika ada keburukan, itu adalah saya. Maaf saya pinta. Semoga Allah golonkan kita dalam golongan pendosa yang diampunkan-Nya.

Saya akhiri kalam saya dengan ucapan selamat. Tiada ucapan perpisahan kerana kita semua menuju ke destinasi yang sama. Jalannya mungkin berbeza-berbeza, jadi biarlah ucapan selamat ini menjadi doa, agar kita semua selamat daripada ujian di di dunia ini.

Dunia ini syurga bagi orang kafir, tetapi penjara kepada kaum beriman.




Latest
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

You have write well on special topic which is very useful. thank

Balas
avatar

So wonder this post . Love and likes it . Keep continue sharing , thanks .

Balas
avatar

Thanks for sharing, this is a fantastic blog post.

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 08d2d9bb7e637843198e5348629502f2
numara onay
website kurma
sms onay

Balas
avatar

Thank you for your explanation, very good content. 9942bd9eade8a3aab1a33b700bedf05f
altın dedektörü

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443