Kenapa tidak boleh pukul dia??

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kpd semua pembaca yg budiman.

Teringat semasa zaman sy masih bersekolah rendah.Semasa saya masih di bangku sekolah,darjah 4 (10tahun) kalau tak silap.Suatu peristiwa yg menyebabkan sy menjadi siapa saya sekarang.

Ibu saya ialah seorg Ustazah di skolah agama rakyat di Felda Jengka 5.Semasa di skolah dulu,sy sering ke sekolah bersamanya dgn motosikal.Suatu hari,selepas skolah rendah(sesi pagi),sy merajuk dgn mak saya,sy pun tak ingat sebabnya.Saya merajuk lalu sy terus ke skolah agama dgn berbasikal(jika sy tidak silap).

Emak tahu sy keluar dr rumah ketika waktu zohor masih awal.Maknanya emak tahu saya belum bersolat zuhur.Semasa di sekolah,ada seorg ustaz ni,namanya Ustaz Wahab.Dia guru besar,(emak masih mengajar sekarg sbgai penolong kanan).Emak paggil sy waktu sekolah sudah tamat.Emak tanya saya,sy solat zuhur tak tadi.

Sy takut lalu sy cuba menipu mak.Saya kata sy sudah solat sebelum sy 'lari dr rumah' sbb merajuk tadi.Emak suruh Ustaz Wahab check sy samada sy solat tak.Ustaz Wahab ni ada satu keistimewaan yg sampai sekarang sy masih meraguinya.hehe..Ustaz ni boleh tahu org itu ada bersolat atau tidak.Ustaz periksa dahi sy lalu dia kata sy tidak bersolat zuhur td.(Ustaz ini popular dan ditakuti oleh murid-murid semua kerana kemampuannya utk tahu org tu bersolat atau tidak).

Saya akhirnya mengaku yg sy tidak bersolat.Takutnya bila tgk muka emak.Saya tahu emak malu,marah dan geram.Di rumah,baru sy tahu betapa marahnya emak pd sy.Emak pukul sy bertalu-talu.

Sakit?Memang sy menangis.Mak tibai dan rotan guna rotan buluh yg sampai sekarg saya masih ingat lg.Sesudahnya,mak suruh sy Qada' solat zuhur sy.Itulah kali pertama sy Qada' solat.Bukan setakat itu,emak juga menghukum sy dgn tidak membenarkan sy keluar rumah selama seminggu.

Jujur sy katakan,di usia yg mentah itu sy benar-benar rasa 'benci' mak ats ketegasannya.Sy sudahlah dipukul,di halang keluar bermain pula seminggu.

Namun,syukur alhamdulillah kerana Allah mengurniakan emak kpd sy.Sejak dari hari itu sy tidak pernah meninggalkan solat sehinggalah ke hari ini.Semuanya kerana emak.

Terima kasih emak,kerana memukul sy.Terima kasih emak kerana menghukum saya.
TERIMA KASIH EMAK KERANA MELAHIRKAN SAYA.

Sesungguhnya jika Emak tidak menghukum sy sebegitu,nescaya sy takkan tahu betapa pentingnya solat.Kerana emaklah sy tahu betapa pentingnya solat.Kerana emak jugalah sy kenal Pencipta,dan kerana Emak jugalah,sy akan menjadi pencinta islam keranaNya.

Terima kasih emak kerana mendidik sy bukan dgn cara memanjakan saya.

Akhirul kalam,smoga setiap ibubapa dan anggota masyarakat dan setiap pembaca sekalian dpt mengambil berat akan solat kerana solat ialah amalan pertama yg ditanya kelak.Cacatnya solat,pasti cacatlah amalan lain.Sesungguhnya solat ialah pembeza org mukmin dan kuffur..(semoga Allah menjadikan kita hambaNya yg menunaikan solat)..
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

haru..
rotan dgn buluh bkn spesies lain ke?

Balas
avatar

rotan guna buluh la..sakit woo..tapi budak sekarang ni jek yg manja..sikit2 nak nages.haha

Balas
avatar

ohhhhhhhhhhhhhhhh..... cerite yg sgt mengharukan.. dh tgh malam ni n sy alhamdulillah dpt bace ngan khusyuk. n terasa sedih plak..hiba baca cite ni... tu baru kene rotan, belum kene ikat kat pokok mangga penuh kerengge.. huhu time tu mesti bertaubat n takkan tinggal semayang sampai bile2.. :)

Balas
avatar

itulah pentingnya hukuman sebagai pengajaran..dan bersyukurlah kerana yg kene hukum pulak tahu berfikir dan insaf...

Balas
avatar

to paan ->
hehehehhe,rasanya tak penah kot kena ikat kat pokok mangga.Tapi kena rotan tu pun da cukup sakit da.hehe..agak2nya kan paan..kita kena jalankan hukuman sebat utk org2 yg tinggalkan solat lah.btol tak?kasi tangkap then hukum.baru dorg taw solat ni PENTING..huhu

to arazma@ami m->
hai kak.salam!
manusia ni mmg perlu blaja kena pukul.Takleh dimanjakan sgt.nanti mengada-ngada..
sy sebenarnya tak salahkan anak-anak 100% klo dia jahat,(i mean jahat sbb jenayah)..sbb kdg2 mak bapak dorg tak didik btol2..biar anak2 menangis,jgn mak bapak yg menangis sbb malu.kan?

Balas
avatar

naseb baik kamu ingat+insaf...
alhamdulillah~

Balas
avatar

ya..dari masa kecil la kena didik btul2.. klu bole, dari dlm kandungan lg bg dia dengo zikir2 pd Allah...

ape citer kat skola lama iqbal??

Balas
avatar

memang solat penting tetapi ada satu yang sering diabaikan parents.. tentang keesaan Ilahi..

Balas
avatar

Akak bela anak perempuan tak payah pukul2....cakap saje dh dengar. Dia org mula solat fardhu 5 kali dari seawal usia 6 tahun lagi...

Bila dapat anak lelaki...susahnya Allah saje yang tahu. Dah 8 tahun pun jenuh menyuruh....kadang2 kena gertak juga. Tapi sekali akak tinggikan suara...kelam kabut dia akur...takut jg dia. Setakat ini belum lagi guna rotan...masih boleh dikawal.

Balas
avatar

Salam iba, yes, i noticed u've changed your tajuk blog sebab mase u tukar tu i mmg tgh tgk blog u haha.. :) nice tajuk!

anyway iba nak mintak satu je, leh tak setting satu page tu kurangkan skit bilangan post yg terpapar, sebab scrool down nye button tu dh kecik susah nak scrool down, selalu terlajak! haha :D just my 2 cents je.. :)

Balas
avatar

to cebisan harapan-->
haha..yes,alhamdulillah..hopefully next time,i can act before someone scold me~!hehe

to ummumishkah-->
parents takleh manjakan anak sgt2.ada satu kisah sorg soleh ni,da dekat nak masuk syurga da pun..tapi malangnya tak sempat masuk,dia kena pggil dgn anak dia sbb dia tak halang,tak didik dan tak ajar anak dia buat soleh.Bahayanya jd parents~!!

to kak asyiq-->
wah,anak laki mmg mcm tu ek?anak sedara sy yg laki pun extra nakal gak.geramnya klo nak layan dia.(sy pun mcm tu kot)hehe

paan lee-->
terima kasih tuan!hehe..nak bg cantik sikit blog ni.baru PAAN NAK BACA.kaN?hehehehehehe

Balas
avatar

back to zaman kanak-kanak.. hehe..

lebih kurang je, sebab dulu kecik-kecik pun nakal jugak. tambah pulak geng yang rapat cume abang je..

kene rotan dengan bulu ayam rilex je.. hehe..

pernah kene ikat kat pokok yang ada kerengga merah tu sebabnye main tak ingat nak balik rumah lepas tu lewat pergi ngaji.. sedey.. masa tu rasa macam mak dah tak sayang..

tapi bila dah besar, rasa kelakar.. hehe..

a mother is like that, as hard as rock outside but as soft as silk inside..

sayang emak!

Balas
avatar

dik, kak T pun dah luper cite ni. Tapi cam same jek pngalaman kite ni kan? huhuuu

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443