Ajak-ajak ayam

Dalam bahasa melayu,jom bererti mengajak.Ia membawa makna yg sama seperti perkataan ayuh dan mari Kata ajakandigunakan utk mengajak atau mempelawa atau menyuruh seseorang utk melakukan sesuatu bersama-sama.(Betul ke apa saya tulis tu?)

Dewasa kini(ayat SPM, hehe),penggunaan kata ajak sprt jom dan ayuh begitu banyak dlm kehidupan seharian.



contoh 1-> "Ayuh adinda,kita bersantap!" ,ajak Pekan kpd Melur.(klassik giler..)


contoh 2->"Jom!kita pergi curi ayam Pak Lebai.Dia kat masjid skrg!",Iqbal mengajak kwn-kwn dia.(mcm kisah benar jew...)


contoh 3 ->"Jom kita ke masjid.Aku tunggu ko.Pergilah bersiap-siap dahulu",ajak Jalaluddin kpd Afiq(housemate ni diorg ni). 
Contoh yg pertama ialah mengajak seseorang kpd sesuatu yg harus.Sesuatu yg harus ialah jika dibuat tak dpt dosa dan ditinggalkan juga tiada dosa.Seperti makan,tiada masalah jika kita mengajak org utk makan atau memenuhi ajakan seseorg utk makan di kedai.Biasanya org yg ajak akan belanja.Jadi,rugi la tolak.kan?

Contoh yg kedua ialah ajakan utk melakukan dosa,maksiat,aniaya,kemungkaran dan kejahatan.Ajakan ini berdosa kerana contoh mencuri ayam murahan itu berdosa.Dinyatakan dgn jelas dlm Quran yg suci.Kita dilarang utk memenuhi ajakan org yg mengajak kpd kemungkaran ini.Lebih malang,sesiapa yg mengajak kpd kemungkaran dan org yg diajaknya itu berbuat mungkar,maka dia pun dpt 'saham dosa' dia tanpa dikurang sedikit pun!tak takut ke?Sambungan bacaan di sini.
 

Contoh ketiga pula ialah ajakan kpd kebenaran dan kebaikan.Ini ialah ajakan yg benar dan dituntut dlm agama.Contoh Jalaluddin mengajak Afiq bersolat di masjid secara berjemaah kerana Rasul melarang keras umatnya bersolat sendirian jika mendengar azan! Ajakan kpd kebenaran ini hukumnya wajib mengikut keupayaan individu.Inilah dakwah. Ajakan kebaikan ini seharusnya diperbanyakkan dan org yg diajak hendaklah memenuhi ajakan itu.Pahala org yg diseru dan dia memenuhi ajakan kebaikan itu akan dinikmati jua oleh si pengajak tersebut tanpa dikurang sedikit pun.Best kan? Kpd org yg diseru pula,tak pyh susah perah otak memikirkan alasan utk lari,penuhi saja kan lebih mudah?


Kesimpulannya,jika kita mahu berbuat kebaikan,maka ajaklah juga sahabat handai dan org sekeliling kita utk berbuat kebaikan juga.Jangan sesekali mengajak kpd keburukan!Ikhlaskan niat dan istiqamah ajak walaupun mungkin org yg kita ajak hatinya sekeras batu api taknak lgsung dengar apa yg kita ajak.Hidayah milik Allah.Berlemah lembut dan bijaksanalah dlm mengajak org berbuat kebaikan~Akhir sekali,berdoalah kpdNya.(60;40) 
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim) 
 P/S-kalau rasa blog saya ni sempoi,ajak la kwn-kwn baca dan follow..hehe..ops!terpromote pulak!!hehe

 Artikel ini pernah disiarkan pd  3/7/2009 pd jam 11:37 AM
Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

hari ni dapat belajar bahasa nampaknya.. wah menarik ijtima' tu!

Balas
avatar

Amal maarruf nahi mungkar..mengajak ke arah kebaikan dan melarang dari berbuat jahat. Kalau asyik ajak ke arah kebaikan tapi tak larang dari berbuat jahat pun tak boleh jugak,

Balas
avatar

ummumishkah-->
ijtimak ulama semestinya akan lebih menarik daripd konsert rossa dan kawan2.hehe

Tirana-->
salam kak.Sy tak nafikan cegah kemungkaran juga ialah 'mesti' tapi sy sendiri pernah laluinya.Hidayah mudah dtg melalui amar makruf.
kenapa Allah sebut amar makruf dahulu drpd nahi mungkar?kerana automatik kita akan tinggalkan kemungkaran jika kita da dpt 'isi' ibadah..tp sy setuju sgt2 dgn pendapat akak.hehe

Rafeeqa-->
Best!dpt tgk ulama France.Ulama France hebat taw.Bayangkan usaha mereka sehingga agama islam dah jadi agama kedua teramai di France selepas katolik.Ulama dari Eropah ramai yg bila masuk islam,terus berhenti kerja,jual saham,rumah besar,kereta besar.Duitnya di infakkan dan diguna utk agama Allah.Tengoklah besar pengorbanan ulama kat sana smpai ramai yg masuk islam berbeza ngn malaysia sbb kat sini ramai yg nak murtad...huhuhuhuhu..

Balas
avatar

andainya masjid klia tu dekat ngan kuala kangsar!

Balas
avatar

takpewla kak,takde rezki kita doakan ajela agar majlis lancar dan dirahmatiNya..InsyaAllah

Balas
avatar

awal2 baca dah tergelak, tgk contoh pertama tu.. huhu

perkongsian yg baik..
kira macam summarynya amal makruf nahi mungkar lah? macam tu?

Balas
avatar

ni mmg blog yg share sal agama yg sempoii daaa .. hahahhahahaha ...


>>___<<


jom sayang kita tidoo ..
(ni ajakan kearah kebaikan yg
sungguh2 ... ekekkeke))

Balas
avatar

frodo-
Ok bro!aku mmg nak g tdo pun..nanti susah nak bangun subuh!heeee..Tq ingatkan aku utk tdo!hehehehehe

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443