Pertama sekali,pengertian negetif ni sangat meluas.Antaranya ialah ;
- Percayakan kpd kuasa lain selain Allah(syirik)
- Membenci ma'ruf(kebaikan) dan mengagungkan mungkar
- Saling mengajak/tolong menolong kearah kejahatan
- Menentang bimbingan ulama dan org baik
- Memusuhi islam
Semua org sedia maklum syirik tu dosa yg tak diampuni.Semua org tahu juga syirik tu ada 2 iaitu syirik besar
Rasulallah pernah bersabda,drpd Mahmud bin Labid r.a,"Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil."Mereka (para Shahabat) bertanya: "Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?" .Beliau menjawab: "Riya'"~riwayat imam Ahmad.Jadi sebelum tu saya nak tanya,bagaimana kalau kita lebih mencintai harta kita drpd Allah.atau lebih mencintai awek/pakwe kita drpd Allah,atau mungkin mentaati bos kita lebih drpd Allah?Fikir-fikir kan lah...
2.Benci kebaikan dan mengagungkan kemungkaran
Ini pun tanda iman negetif sbb ia membawa kpd ajaran sesat yg baru dimana kita boleh bertindak sesuka hati mengikut apa yg kita suka.Ini membawa kpd kita bersikap menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal.Nak contoh gak ke?saya ambik contoh latest la..'kita' benci hukum hudud sbb kita rasa hukum buatan Allah tu kejam giler,tapi kita boleh pulak memberi lesen judi utk menggalakan umat islam berjudi secara tak langsung.Persoalan sekarang-siapa Tuhan dan siapa hamba?kalau mcm ni punya keadaan,nampaknya kita la tuhan sbb kita seolah-olah memaksa Allah utk ikut keinginan kita pula.Nauzubillah
3.Tolong menolong/mengajak kpd kemungkaran
Benda ni rasanya dah jelas sbb ada dalil dlm surah al-Maidah ayat 2-"Tolong menolonglah kamu berbuat kebaikan dan ketaqwaan,jgn tlh menolong utk buat kerosakan dan dosa".Yang ini pun selalu saya pesan kpd kawan-kawan saya-'Korang kalo nak buat jahat,tolong jgn ajak org lain join.Buat sorang-sorang!'.Sbb apa perlunya kita utk tak melibatkan org lain?
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan kebaikan,maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya,dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.~riwayat Imam MuslimRasanya sgt jelas hadis ni!Kalau kita ajak kwn kita buat dosa,maka kita turut sama dpt dosa kwn kita dan of course dia pun dpt dosa jugak.Lagi menakutkan ialah kalau kita ajar kwn kita buat sesuatu kejahatan cth:ajar kwn kita tengok web lucah,pastu kwn kita tu bgtaw pulak org lain,org lain ajar pulak org lain sehingga hampir 500 org tahu pasal web tu,maka kita turut sama dpt dosa 500 org tu sbb kita jd pioneer ajar org utk buka web tu dan atas sbb usaha kita mempromosi dan mengkomersialkan benda tu,maka boleh kot kita ungguli award 'tokoh dosa'.
4.Menentang bimbingan dan nasihat ulama
Tanda negetif iman ni lagi 1 ialah menolak pandangan atau nasihat org alim.Yg ni pun diceritakan dlm hadis gak iaitu kesan menolak nasihat dan bimbingan ulama,Allah akan turunkan 3 bala iaitu-hilang keberkatan,diperintah oleh pemerintah yg zalim dan mati dlm kekufuran.Contoh perbuatan yg menolak bimbingan ulama ;-menghina ulama,menyakiti org alim,menzalimi serta menfitnah org baik dll.Boleh di lihat kpd diri kita juga,setakat mana kita kecintaan dan keterbukaan kita utk menerima teguran?kalau kita ni mmg jenis yg tak boleh lgsg terima teguran berbentuk keagamaan,maka berbaloilah utk kita berubah sekarang! kerana itu tanda iman negetive.
5.Memusuhi Islam
Yg ni sgt jelas ciri org Yahudi atau mungkin org چئنا dan اندىا (betul ke sy eja jawi ni?) kat Malaysia yg menentang islam(kafir harbi).Tapi fokus sy bukan kpd non-muslim,tapi kpd muslim sendiri.Sy rasa banyak aje org islam yg menentang islam.Mmg secara zahir tak menentang dgn senjata,tapi tentang dgn ideologi dan pemikiran.Ramai cerdik pandai dan ilmuan islam sendiri yg bertindak memبابيbuta menolak islam.Contoh; memusuhi ulama,menolak hukum serta sistem ekonomi islam dan suka pula mengejek org yg buat baik.Rasulallah pernah bersabda akn wujud 1 golongan yg tak nak masuk syurga.Sahabat yg terkejut tanya la sapa org tu.Rasulallah kata,org yg taknak masuk syurga ialah org yg taknak ikut sunnah Baginda.Persoalan saya- Kalau betul kita taknak ikut sunnah,perintah dan hukum islam,maka mengapa kita perlu mempertikaikan lagi?cth dlm isu bertudung.Maaf girls~Kalau kita taknak pakai tudung,tak payah pakai la(dosa tanggung sendiri)..jgnla kita nak mempertikaikan pula kenapa perlu pakai,kenapa takleh kalau tak pakai,kenapa menyekat kebebasan,kenapa itu.kenapa ini..bla..bla..bla.. Ni semua ciri-ciri kita memusuhi hukum Allah dan memusuhi Allah!
Ok.Tamat sudah episod iman.Sebarang pertanyaan,komen,lontaran pendapat dan perkongsian dgt dialu-alukan.Terima kasih sudi membaca.Saya amat hargai dan berterima kasih.Moga ada manfaat.
20 Komentar
hamik kau tokoh dosa!
Balasmemang menusuk kalbu!
hahaha
saya tak taw adakah saya seteruk ini.?!
terima kaseh buat saya evaluate diri saya!
^^
alhamdulillah..pagi2 ni buat iktibar sejuk sikit rasa hati..
Balassalam,
Balassyukran iqbal, perkongsian yg amat2 bermnfaat utk semua, teruskan usaha dakwah ini.keep ur nice work k :)
(1)-reen sofia
BalasInsyaAllah kamu okey.Jgn risau.At least kita ada kesedaran nak berubah.InsyaAllah jalannya akan mudah~gudluk reen!
(2)-hentakberlipat
moga ada manfaat~blog korang lagi best!
(3)-Kak melatidaisy
insyaAllah.Ilham menulis tu dtg dari Allah juga~alhamdulillah
aku harap aku tak termasuk dlm golongan ni...ishhh...thanks bro...
Balassmoga kita dlindungi dr bnda2 cmni .;)
BalasSalam sdra..
BalasTeruskan usaha sdra dlm menyampaikan kebaikan, moga Allah berikan kekuatan buat sdra...ameen
syukur tak smpai ke tahap negatif...
Balas(4)-mario
BalasInsyaAllah.moga-moga kita tak join group tu~moga kita semua mati dalam iman...hehe
(5)-gula2 kapas
InsyaAllah!thanks ziarah ye cik gula kapas
(6)-Abd Razak
moga kita sama-sama diberikan kekuatan ini.InsyaAllah
(7)-hanie@nisya
Alhamdulillah.moga sama-sama mati dalam iman positif~
harap=harap diri dan keturunan tak memiliki iman sebegini
Balastula...org nk ikut sunnah nabi payah sgt,,contoh jilat jari lepas mkn,,,geli la ap la....padahal byk kebaikn jilat jari...contoh dkt hjg jari kita ade satu enzym yg dpt membntu proses pencernaan....tu cntoh yg plg mudh la.. n byk lgi la kan...;)
Balasteruskan menulis. ada yang terima, saham dapat pada kita :)
Balassyukran atas peringatan :)
(8)-aklcitizen
BalasSalam kak.InsyaAllah..doa banyak2 moga kita sama-sama tak masuk dlm golongan manusia yg negetif
(9)-fasyaAbdy
Contoh yg baik..mmg banyak sgt sunnah yg baik utk kita ikut..terpulang kpd kita nak ikut sunnah syaitan ke sunnah rasul..
(10)-maCy
Suka dpt komen drpd maCy.Thanks sudi singgah sini~
sejuk tgok blog nie..ehehe...risau gak iman aku camne nie...ermmm...harap2 aku x amalkan iman sebegitu...thx comment :)
Balas(11)-nas
BalasAku lg suka ko dtg baca dan komen.Selalu2 la ziarah aku yek~hehehe
Nauzubillah min zalik...
Balasharap2 la iman kita kuat boleh mengelakkan dr jd golongan ni
mari elakkan bersama
Balascall of duty!
Balasthanx atas pnduan n nasihat...
Balassalam..
Balasmari kita sama2 berdoa agar seluruh umat Islam terpelihara dr iman negative ^^ ~amiin..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443