Alhamdulillah

Hari ini,kita perlu banyak syukur lagi dan lagi.Teruskan bersyukur kerana hari ini Allah masih belum tarik nikmat iman dan islam yg diberikan kpd kita.Allah masih beri kita hidup.Oksigen utk kita masih ada lagi.Nasi utk kita masih ada dan air utk kita juga masih ada.Syukur banyak-banyak.Sempena dgn itu,ada beberapa perkara yg berlaku pada saya dan sy bersyukur dgn perkara-perkara tersebut.Antaranya ;

1. Hari Jumaat yg lepas saya berpeluang melawat KLIA dan Hangar MAS di KLIA.Satu exposure dan pendedahan yg bagus utk saya dan utk kerjaya saya.Kali pertama sy menjejakkan kaki ke dlm pesawat Boeing 777 milik MAS.Walaupun tak sehebat Airbus A380 atau pesawat besar lain,B777 ini sudah cukup hebat dan moden.Saya juga berpeluang utk melihat bagaimana pekerja-pekerja bekerja dgn kapal terbang.A very good trip and benefitial.InsyaAllah,i will love my future job.

2. Hari Sabtu,kami melawat Kidney Foundation di PJ.A good activity too.Kami dibawa melawat ke pusat buah pinggang negara.Di sana kami melihat bagaimana sukarnya pesakit buah pinggang yg sudah kehilangan hungsi buah pinggang mereka.Mereka terpaksa menjalani rawatan yg mahal.Pesakit-pesakit akan menjalani satu proses perubatan utk membuang kekotoran dalam badan mereka melalui satu alat yg disambung ke artery dan vein kita.Kemudian ada taklimat kesedaran ringkas disampaikan oleh pembantu pusat buah pinggang kpd kami.Boleh bukak di sini utk maklumat lanjut Di sebabkan saya ini mmg lemah dalam matapelajaran Biology(dari skolah dulu mmg tak minat,sory cikgu Azirah),maka saya cuma nak katakan bahawa kita patut bersyukur kerana masih diberikan nikmat buah pinggang yg sehat.Jikalah Allah tarik nikmat tersebut,maka sengsaralah hidup kita.Bersyukurlah...

3. Malam sabtu dpt iktikaf di masjid Sri Petaling.Alhamdulillah syukur sbb sudah lama tak dapat ke sana.Dapat juga dengar pesanan dan nasihat ulama-ulama.Antara point yg indah yg boleh sy kongsi ialah bilamana Nabi s.a.w mula-mula mendapat wahyu dan mula-mula mendakwahkan kalimah tauhid,dia menjemput semua penduduk-penduduk Quraisy ke satu tempat.Maka baginda bersabda;'Aku telah membesar di sekeliling kamu semua.Kamu semua melihat aku membesar.Maka apakah pandangan kamu semua terhadapku?',Semua penduduk itu berkata,"Wahai Muhammad,kami melihat kamu sebagai seorang lelaki yg terbaik.Kamu jujur,tidak pernah menipu,tidak pernah menzalimi sesiapa serta kamu seorang yg berkata benar".Kemudian Baginda s.a.w bersabda;'Sekiranya aku khabarkan kepada kelian bahawa sesungguhnya di sebalik bukit ini ada satu pasukan musuh ingin menyerang kamu,apakah kamu akan percaya?".Mereka penduduk Quraisy pun menjawab;'Kami percaya kerana kamu tidak pernah menipu".Lalu Baginda bersabda,'Maka ketahuilah kalian,bahawa aku menyeru bahawa tiada tuhan selain Allah...".Panjang lagi,cuma point dia ialah para da'ei sewajarnya mengikut akhlak yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulallah.Ini tidak,kita berdakwah,tapi akhlak kita buruk,muamalat kita teruk dan munakahat kita banyak silapnya.Fikir-fikirkanlah...kerana dakwah itu utk diri kita,bukannya utk orang lain.Allah akan mengazab org yg tahu lebih dahulu drpd mengazab org yg tidak tahu.

4. Lepas zuhur ada usrah pulak.Banyak input dapat.Syukur sbb masih diberikan teman-teman seperjuangan yg mengejar akhirat dgn menggunakan jambatan dunia.InsyaAllah masing-masing akan memperjuangkan islam di dalam aviation industry.

5. Lepas asar pula ada ziarah.Syukur sbb Allah masih pilih saya utk melakukan satu sunnah Nabi s.a.w yg besar.Dikala org islam saling mendengki,mencela dan menghina,kami cuba utk saling kenal-mengenal kerana persaudaraan atas jalan taqwa.Cuba belajar-belajar utk mengikuti sunnah Baginda dan cuba belajar-belajar mengikuti jalan yg ditinggalkan oleh Baginda.Semoga Allah menerima usaha kami utk belajar menghidupkan sunnah baginda di akhir zaman.



6. Malam tadi pula ada kuliah bulanan Ustaz Zawawi Yusof Shah Alam.Dalam pengajian Sunnah dan Sains.Antara topik yg dibincangkan ialah persoalan hangat tentang sejadah yg bersolat.lalu Ustaz membawa hujah bahawa di akhir zaman ini akan berlaku banyak perkara-perkara yg pelik.Antara hujahnya ialah hadis-hadis yg memperkatakan tentang seorang lelaki yg mana kasutnya akan berkata-kata mengegurnya dan hadis tentang batu-batu dan pokok-pokok yg berkata-kata mengkantoikan atau memberitahu bahawa org Yahudi ada menyorok di sebalik mereka.Selain itu,Beliau juga membicarakan tentang hadis berkaitan hati iaitu...jika hati baik,maka seluruh anggota juga baik...,dimana dari suduh perterjemahan bahasa arabnya,Qalbun itu boleh juga merujuk kpd jantung.Jadi,dari sains perubatan,jika jantung kita rosak,maka seluruh anggota badan kita akan sakit sebagaimana yg dikaji oleh pakar-pakar perubatan.Maka bersyukur sungguh saya sbb Allah beri ilmu yg sangat bernilai dan semoga dgn ilmu ini,sy beroleh manfaat sedikit sebanyak.

7. Saya juga bersyukur kerana sebagaimana yg kita sedia maklum,bahawa hari ini semakin ramai orang-orang Barat(saintis dan bijak pandai),mereka mengkaji tentang hadis dan quran lalu mereka menjumpai kebenaran dan kesahihan hadis dan Quran.Justeru,agama islam semakin berkembang di Eropah.Syukur alhamdulillah.Tapi,saya sedih kerana di Malaysia,wlpun bermacam-macam peringatan Allah beri(gempa bumi,sejadah solat,ayat Quran pd badan bayi dll),umat islam di Malaysia sudah ramai yg sudah hilang iman dan islamnya iaitu sekadar islam pada nama dan sy takut kerana tiada jaminan bagi saya utk saya mati dlm keadaan menyerah diri kpd Allah.

8. Saya bersukur kerana dapat juga sy tukar layout blog ni.Walaupun banyak masalahnya,tapi InsyaAllah akan improve dari masa ke masa.Credit tu ameenmuslim for his kind assintance!Semoga layout ini lebih friendly drpd dulu punya.
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

jarang ada orang yang macam ko ni iba.aku pun dah tak tahu la manusia sekarang. kalau jln je kt malaysia ni dh x mcm malaysia lg. yg melayu pun mcm omputih.

aku xtaw mcm mane mase dpan kite. mcm mana umat islam malaysia time 2. sekarg ni pn dh trumbang ambing. ni ke diakatakan ngara islam terbaik??

pd dasarnya kalau diperhatikan lgsung xde yg baik. pnuh dgn hasad dengki. meluat aku dgn manusia yg bertopengkan melayu ni. harap je islam..tapi...nauzubillah.

Balas
avatar

Dan kak tirana juga bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menatap dan membaca cerita yang ditulis oleh iqbal ini..Terimakasih kerana berkongsi cerita

Balas
avatar

salam iba..
bgus post ko ni..
btol tu..
dah mcm2 nikmat yg ALLAH berikan,
sama ada secara langsung, ataupun tidak,
kite je yg x nampak tu..
syukur alhamdulillah dgn ape yg kite ade skang ni.. =)

Balas
avatar

Assalamualaikum...:)

alhamdulillah dlm bercerita dikaitkan dgn sedikit pesanan, ingatan, nasihat dan pengajaran, moga yg tersurat itu dpt dijadikan pendorong utk terus beramal...& menjauhi segala larangan Allah.

Balas
avatar

dear iqbal,

nnti ade cerita2 lg dgr dari masjid sri petaling, sampaikan la kat blog ye..

suke yg ayat font kuning tu (kena select baru bleh bace).. rase cam ade ade org tunding kepala sy sndri.

p/s: layout cantekk :-)

Balas
avatar

Ayap-->
aku suka berkongsi kata-kata imam Hassan al-Bana,"Jika kamu mahu melihat islam tertegak di tanah air kamu,maka tegakkanlah islam di dalam diri kamu".Org baik ramai lagi ayap(petanda baik bahawa kiamat insyaAllah takkan berlaku dlm masa terdekat ini),tapi seperti biasalah org yg baik ni mestilah takkan famous seperti artis-artis.Sapelah yg cintakan ulama lebih drpd artis?tak ramai...

Kak Tirana-->
terima kasih juga kerana sudi singgah disini~

Muz-->
tidak lupa juga nikmat persaudaraan dan persahabatan kita.Thanks Allah kerana temukan kami dan jadikan kami sbgai kawan.Semoga nikmat persaudaraan kita takkan terputus.aminn...

Abd Razak-->
Segala yg baik datangnya drpd Allah dam segala yg buruk juga datang dariNya tapi disandarkan kpd kelemahan saya.setiap yg berlaku pd kita itu ada hikmah yg besar.Jika kita berfikir,maka kita akan sedar.kan?

Inas-->
Saya tak suka tunding-tunding orang ni.Semua nasihat khas utk saya sbnarnya.Yang bermanfaat,harapnya semua org akan dpt manfaat yg sama dan apa-apa yg tidak bermanfaat,harapnya semua org pula akan dijauhkan darinya pula.Layout cantik?tapi still banyak yg kurang la..huhu

Balas
avatar

Wah...wajah baru. Akak pun pilih layout yg putih tp rasanya lebih suka yg gelap! Sesekali kena berubah jg. Jemu jg mata memandang.

Betapa besarnya nikmat yg Allah beri....walau hanya sekecil buah pinggang. Bila dh rosak....lumpuh seluruh aktiviti hidup kita. Bersyukurlah.

Mohon Allah kurniakan kita hidayah....kita yang tahu ni akan lebih utama disoal dan diazab oleh Allah. Terasa gerun.

Balas
avatar

kak Asyiq-->
wajah baru tapi pengisian yg sama jew.haha

Nikmat Allah mmg besar.Bayangkan org yg buat pemindahan buah pinggang,mereka terpaksa bayar 100ribu sbgai kos pembedahan dan 2500 setiap bulan utk ubat-ubatan sehingga akhir hayat.Bayangkanlah kalau Allah kenakan bayaran kpd anggota badan kita...bagaimana agaknya..

Balas
avatar

salam

terang benderang ye blog ni skrg =)
syukran atas perkongsianny..n betul, ayat yg font kuning tu mnyntuh hti..bnykny klemahan dri..

keep spreading the words of Allah,
may Allah bless u..

Balas
avatar

Salam Iqbal..cantik wajah baru blog..teruskan berkarya, berdakwah di Jalan Allah

Balas
avatar

Nazierah--
blog ni terang ea?harap-harap hati pemilik blog ni pun akan terang jugak la..huhu

Imanshah--
sama-samalah kita cikgu..

Balas
avatar

Assalamualaikum.. ziarah sahabat.. nice blog... teruskan menulis.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443