Kisah pemuda dan seorang alim

Pada zaman dahulu tinggal seorang alim.Pada suatu hari,si alim tadi telah didatangi oleh seorang pemuda.Si pemuda tadi berkata,'Wahai tuan,saya ialah seorang pemuda yg jahil.Saya tidak pernah bersolat.Saya tidak pernah berbuat kebaikan.Saya seorang yg jahat.Saya selalu buat maksiat.Saya selalu langgar perintah Allah.Saya selalu berjudi.Saya selalu minum arak.Tetapi,saya mahu berubah.Izinkan saya menjadi pengikut tuan.'

Si alim tadi berkata sambil tersenyum,'Baiklah.Aku tersangat berbesar hati jika kamu mahu berubah dan insaf.Aku akan bantu kau'.

'Tetapi,sy ada satu masalah tuan',balas pemuda tadi perlahan.'Saya tidak mampu meninggalkan ketagihan saya kepada arak.'

Orang alim itu berkata,'Oh,tidak mengapa wahai anak muda.Perkara ketagihan itu bukan masalah.Kesanggupan kamu untuk cuba berubah itu sudahpun merupakan satu rahmat yang besar.Mulai hari ini,kamu bawa semua barang milikmu ke pondok kecilku.Aku mahu kau tinggal bersama-samaku'.

Sejak hari itu,pemuda kaki minum tadi tinggal bersama-sama orang alim itu.Dia belajar agama dengan si alim tadi.Namun,dia masih juga tidak mampu melepaskan keinginannya yg kuat kepada arak itu.Lalu pada suatu hari,dia meminta kebenaran utk minum arak dengan org alim itu.

'Wahai guru,aku sudah mencuba utk meninggalkan arak ini.Namun keinginanku membuak-buak menyebabkan aku tidak mampu menahan keiginanku ini.Izinkanlah aku untuk minum sebotol arak',pinta pemuda itu dgn bersungguh-sungguh.

'Tahukah kamu bahawa minum arak itu berdosa besar?',tanya si alim itu dgn lembut.

'Ya.aku tahu.Tapi aku benar-benar tidak mampu mengawal ketagihanku.Aku bimbang perkara yg lebih buruk akan berlaku jika aku tidak dapat minum'.

'Baiklah,jika begitu kau boleh minum tetapi kau mestilah minum di dalam tandas tanpa pengetahuan orang lain',jawab orang alim itu dengan meletakkan syarat.


(tangis keinsafan)

Maka,si pemuda tadipun pergilah ke tandas untuk minum arak itu.Setiap kali keinginannya memuncak,dia akan minum di dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapapun.Suatu hari,semasa dia sedang menikmati arak itu,tiba-tiba dia tersedar.Sudah kerap sungguh dia minum arak secara sembunyi di dalam tandas.Dia terfikir betapa hinanya dirinya itu.Dia sedang menikmati minuman yg hina di tempat yg hina!Dia rasa malu dan menyesal lalu dia mencampakkan botol arak itu tika itu juga.

Sejak dari itu,dia sudah tidak lagi minum arak.Dia benar-benar sudah insaf dan bertaubat.
***
Jika ada sesiapa yg berminat utk mendalami islam,maka kita haruslah terima dgn hati yg terbuka.Terima keadaannya seadanya.Yang penting,azamnya itu.Sedikit demi sedikit,kita ajak dia berubah.Janganlah kita terlalu memaksa dia untuk berubah kerana takut-takut dia akan lari.Janganlah kerana sikap kita yg terlalu memaksa dan menekan menyebabkan keinginan mereka utk kembali kepada islam hancur.Oleh itu bertindaklah dengan kesabaran dan penuh bijaksana.Ingatlah,yang memberi hidayah bukannya kita tetapi Allah.
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

oh! Faham.. kena ikut rentak dia perlahan-lahan.

orang nak berubah bukan boleh secara mendadak

bukan boleh terus nak buang tabiat yg selalu jadi amalan di..
:)
TQ

Balas
avatar

yup..betol tu..hidayah milik Allah..yg boleh kite lakukan hanyalah mndorong sahabat itu dan mendoakannya..:)

Balas
avatar

pemberian hidayah itu kerja Allah! ye.

kita hanya menyampaikan saje.. dgn hikmah.

err. bab hikmah yg payah ni, for certain people. hehhe.

Balas
avatar

salam...

cara 'halus' lebih baik daripada cara 'kasar'...contohnyee cara ibu mendidik anak2...

Balas
avatar

si tedi-->
ya.anda benar...berpesan-pesan dgn sabar~

melatidaisy-->
Hidayah hak mutlak Allah.Bapa saudara,abu talib Baginda juga mati dalam keadaan kufur walaupun Baginda sedaya upaya menyeru islam kpdnya.

inas-->
mmg payah kecuali dgn ikut cara Nabi saw dan sahabat baginda.oleh itu,para pendakwah kenalah ikut Nabi,jangn ikut duka hati.

cun09-->
Iya.anda benar...dakwah itu dari selembut lembut hinggalah kepada sekeras-kerasnya.

Balas
avatar

betul
benda yang nak buat takleh drastik
kena belajar perlahan2 dan ikhlas melakukan
apa2pun thanks comment blog saya dan pasal pendapat kawan saudara tu ada betulnya tapi saya kurang bersetuju untuk entry saya tu
haha
apa2pun entry yg bagus
thanks lawat blog saya

Balas
avatar

a'ah la..

betoi jgk kan??

if nak wat jahat..

kite wat jahat kat tmpat yg hina cggitue..

kat tmpat yg owg laen x nmpak!

baru kite tau btape hinenyew kite..

wat mende tue!!!

Balas
avatar

salam

kisah yg bermanfaat buat panduan mendidik sesama manusia

teriima kasih

Balas
avatar

Salam...:)

Article sgt baik...syukran

Manusia mampu berusaha dan berikhtiar ke arah kebaikan namun hidayahnya daripada Allah. Pun begitu jika dihati berhasrat utk berubah maka itulah hidayah

Balas
avatar

Hidayah perlu kita cari dan usahakan. Kesanggupan dia untuk berubah itu penting walaupun dengan perlahan2 mengikut kemampuan.

Balas
avatar

Tapi kalau kita solat penuh, puasa lagi, tapi still buat dosa besar. Camne tu?

Iman itu turun naik. Nak maintain alamak susahnya. Tambah pula duduk sorg. Kalau duduk ramai2 boleh saling mengingatkan.

Saya buka blog kamu mase office hour. Huhu. Kerja tak sampai lagi.

Balas
avatar

hans-->
salam saudara.anda dialu-alukan utk singggah di sini.selalula singgah ea..hehe

GhOstsTone-->
salam saudara.Iya..biar timbul rasa hina.kerana taubat perlukan rasa hina

tinta kasturi-->
Yang baik itu semua datang dari Allah,juga yg buruk.Berkongsi itu amanah~

Abd Razak-->
Benar.Keinginan utk berubah itu juga hidayah sebenarnya.Cuba bayangkan jika dia berubah fikiran kerana kesilapan kita...

Asyiq-->
benar kak..semua orang mahu jadi baik,tapi bukan semua orang mampu tinggalkan kebiasaan secara mendadak.sabar.

shahidah-->
dosa berlaku sebab solat tak sempurna.Solat yg paling rendah pangkatnya ialah solat yg mampu mencegah dari keji dan mungkar manakala solat yg tinggi pangjkatnya mampu menarik nusraf(bantuan) Allah.

Balas
avatar

betulkan..ramai yg so called daie ni kurang berhikmah dalam dakwahnya...cerita yg menarik...

Balas
avatar

Nazrul Fazli-->
susah hendak jadi berhikmah kerana kita umumnya senang teremosi..

cebisan harapan-->
really?its not a matter of words,da messages are more important

Balas
avatar

wah.nice post!..
a gentle reminder to us..

kita bukan pmberi hidayah..namun Allah jua..

tp kita boleh berusaha ntok mmbantu mereka2..insyaAllah..

Balas
avatar

salam fieqa~
iya!betul tu..kalau kita tengok sirah Baginda,kita akan tengok bahawa Baginda berdakwah kpd bapa saudara baginda,abu talib yang mana ketika bapa saudaranya tu hampir mati pun baginda tetap juga dakwah.Malangnya walaupun dia bapa saudara baginda yg sgt2 baginda kasih,dia tetap mati sebagai kafir.Hidayah milik Allah.Kita ini cuma asbab@perantara kpd kedatangan hidayah saja

Balas
avatar

salam,

ish..ish..sanggup minum kat tandas..

Balas
avatar

ada kisah seorang pemuda yg setelah mendengar ceramah tentang pengharaman arak, berazam hendak berhenti minum arak.Kemudian dia telah jatuh sakit sehingga Doktor mengatakan hanya arak dapat menyembuhkan penyakitnya, Namun dia sangat kuat keazamannya untuk berubah sehingga akhirnya meninggal dunia dalam ketaatan meninggalkan larangan Allah. Tidak dapat dibayangkan sekiranya dia mengikut nasihat Dr sedangkan ajalnya memang sudah dekat. Masya Allah, di manakah manusia2 seperti pemuda tersebut?

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443