Ustaz Jalal (part2)

Akhirnya,selepas berfikir apakah jawapan yg paling sesuai atas pertanyaan muridnya itu,ustaz Jalal menjawab dgn mengemukakan satu soalan pula kpd muridnya,'Jika dalm peperiksaan,siapa yg akan dapat nombor 1?Adakah org yg dapat nombor 1 lebih hebat atau org yg dapat no 2 lebih hebat?'.

'Mudah sekali ustaz.Sudah tentulah org yg dapat no 1 dalam peperiksaan itu lebih hebat drpd org lain!',jawab Mizan.

'Iya.Begitu juga lah dgn susunan rukun-rukun islam.Jika kamu lihat turutan dari nombor 5 hingga nombor 1,kamu akan lihat turutannya ialah haji,kemudian zakat,puasa,solat 5 waktu kemudian barulah mengucap 2 kalimah syahadah.Susunan ini juga ada makna yg tersembunyi.'

Murid-murid mengangguk-angguk tanda faham.Mereka benar-benar berminat dan ikhlas menuntut ilmu.

'Rukun islam kelima iaitu haji.Bagi ramai org,kalau kita tanya mereka,mereka akan kata hajilah ibadah paling susah!sebenarnya,hajilah paling mudah.Kerana haji cuma wajib sekali seumur hidup sahaja.Kemudian haji juga hanya dilakukan setelah cukup syarat-syaratnya.Seumur hidup sekali,susah tak?antara syarat haji ialah bla..bla..bla..(baca kat sini).Tak susah la kan.Kemudian,rukun islam keempat iaitu zakat.Zakat ini pula diwajibkan setahun sekali sahaja.Lagipun,bayarannya bukan mahal sgt pun tapi tetap ada org tak bayar.Setahun sekali,susah ke?mudah saja.Rukun islam ketiga pula ialah puasa di bulan ramadhan.Puasa ini mungkin agak berat sedikit kerana selalu kita baca dalam akhbar,org tak puasa.Mereka mmg tak tahu malu dgn Allah!Walaubagaimanapun,puasa cuma diwajibkan sebulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan sahaja.Lepas puasa,kita raya.Semua org seronok raya kan?kamu semua lagi seronok sbb dapat duit raya banyak kan?',Ustaz Jalal menduga.

Murid-muridnya tersenyum bangga.Mungkin teringat akan duit raya yg mereka dapat,mereka beli mainan.Alahai...budak darjah satu...!

'Kemudian,rukun islam yg kedua pula ialah solat 5 waktu sehari semalam.Bagi kebanyakan org,mereka menganggap sola ini mudah sahaja kerana solat ini boleh dilakukan di mana-mana sehaja.Di masjid,surau,rumah ataupun di tepi jalan sekalipun'.

Seorang murid menyampuk,'Boleh sembahyang tepi jalan ke ustaz?'

'Ya!boleh kerana Allah telah mengiktirafkan bumi ini sebaca suci dan boleh dilakukan solat di mana-mana tempat atas bumi ini.Jadi,tiada alasan bagi mereka yg tidak bersolat melaikan mereka sememangnya sengaja mendekati pinggir kekafiran!Kamu sudah kena mula bersolat.Ikut mak kamu solat,jgn tahu nak main saja',pesan ustaz Jalal.

(sekadar gambar hiasan,ustaz akhil hayy)

'Rukun islam yg pertama,mengucap dua kalimah syahadah itu sebenarnya rukun islam yg paling susah!Paling susah,tapi selalu dipandang mudah oleh orang.Berbalik kpd soalan Mizan iaitu ibadah berkaitan rukun yg pertama ini,sememangnya jika kita bandingkan dgn rukun islam yg lain,rukun-rukun yg lain semuanya ada masa tertentu dan masa wajibnya yg tersendiri.Dan bagi rukun islam yg pertama ini,kewajipannya ialah sepanjang hayat dan masa ibadahnya ialah 24jam sehari seumur hidup'.terang ustaz Jalal sambil memandang kearah Mizan sambil tersenyum.

Tambahnya lagi,'Apabila kita mengucapkan dua kalimah syahadah,kita memberi saksi bahawa tiada tuhan selain drpd Allah.Ini bermakna kita kena percaya dgn kekuasaan Allah sepenuh hati dan sepanjang masa.Kerana kita sudah berikrar bahawa kita yakin akan tiada kuasa lain selain drpd Allah.Kita kena yakin bahawa setiap apa yg berlaku kpd kita,semuanya diketahui oleh Allah.Setiap susah,senang,sihat,sakit,semuanya daripada Allah.Tiada sesuatu apapun di dunia ini yg dapat memberi manfaat dan mudharat selain dengan izin dan ketentuan daripada Allah Taala Yang Maha Berkuasa.Kita juga kena yakin bahawa kita ini hamba,dan tuan kpd kita ialah Allah.Jadi,setiap perintah Allah kita wajib buat dan setiap larangan Allah kita wajib tinggal.Jika kita tak buat apa yg Allah perintah dan kita ikut hawa nafsu kita,maka tuhan kita bukanlah Allah tapi hawa nafsu itu sendiri.Itulah yg dinamakan sebagai ajaran sekular iaitu meyakini bahawa hukum manusia lebih baik drpd hukum Allah.Jadi,mereka mentuhankan manusia,bukannya Allah'.

'Kemudian,sambungan daripada aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, ialah...Muhammad itu pesuruh Allah.Kita wajib yakin bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah 24jam sehari seumur hidup.Ini kerana jika kita meragui akan kenabian Nabi Muhammad s.a.w,maka kita punya syahadah terbatal.Antara ibadahnya ialah dgn cara kita melaksanakan segala sunnah Nabi s.a.w.Banyak sunnah-sunnah Baginda drpd sebesar-besar sunnah hinggalah sunnah-sunnah yg kecil.Dan yang paling penting,kita sesekali tidak boleh memperlekehkan sunnah Baginda s.a.w walaupun kita tidak mahu buat.Sebagai contoh,kita tak suka ada janggut lalu kita kata kpd kwn kita,aku tak simpan janggut macam Nabi sebab zaman nabi takde gillet nak cukur janggut.Jangan!!itu sudah masuk dlm meragui kebenaran Baginda dan jika berlaku sedemikian,kita sudah tidak yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sedangkan dlm ucapan syahadah kita kata tiada tuhan selain Allah,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.'

'Jadi ustaz,kalimah syahadah ini ialah ibadah setiap masa lah kan?tak sama macam ibadah lain lah ustaz.Susah la ustaz...',kata Mizan.

'Ish,tidak susah jika kita beriman.Sebagai umat islam,kita mmg wajib menjadi orang islam yg yakin bahawa tuhannya ialah Allah sahaja dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yg benar dalam setiap perkara.Secara mudahnya,kita hendaklah buang prasangka dan ragu-ragu dalam hati kita setiap saat.Untuk perkara ini,sejak dari kecil lagi kamu semua kenalah usaha betulkan yakin kamu bahawa Allah itu Maha Mengetahui,Maha Kuasa,Maha Agung.Patuh perintahNya,dan tinggal segala laranganNya'.pesan ustaz Jalal lagi.

Loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat.Ustaz Jalal menamatkan kelasnya hari itu sambil hatinya berperang,adakah aku benar-benar yakin dgn Allah atau adakah aku yakin dgn makhluk...Dia beristighfar...

*******
Para pembaca yg budiman sekalian,kita sering memandang mudah akan 'maksud' dan 'hak' penyaksian kalimah tauhid kita itu.Kita rasa kita sudah islam dgn solat,puasa zakat atau haji kita,sedangkan dalam hati kita ada penyakit iaitu penyakit meragui ketuhanan Allah.Kita mmg tak menyembah manusia,tetapi jika kita mengutamakan oerintah manusia drpd perintah Allah,bukankah itu maknaya kita lebih mengagungkan manusia drpd Allah?

Kita bersaksi bahawa Muhammad itu benar.Ajarannya benar.Kenabiannya benar dan kerasulannya benar.Tetapi,jika kita tidak yakin dan memperlekehkan sunnahnya serta apa
yg dibawa olehnya,maka adakah kita termasuk dalam kalangan org-org yg membenarkan kerasulannya?

Taubat...sesungguhnya sy benar-benar sudah menzalimi diri sendiri.... =(
Previous
Next Post »
18 Komentar
avatar

salam...

cerita yg boleh dijadikan pengajaran utk diri kita,
kalimah syahadah yg sering di pandang mudah...tp utk melaksanakan memang payah...lalai, ego, terasa diri kita sudah sempurna...

terima kasih kongsi cerita nii ^_^

Balas
avatar

salam sahaba'..
adeh..pasal rukun Islam ni tade pn dalam subjek akidah dalam islamic studies..rukun iman ade laa..

susalah..rukun Islam ni banyak..bukan je same je kat sume tempat..

ade madzhab rukun Islam ada jihad..tapi dari kecik kita belajar 5 je kan..

kalo belah2 syiah tu,,rukun Islam diorang tade ngucap syahadah pn..

tah2..
kene banyak study lagi.

Balas
avatar

Salam...:)

Asas bagi pembinaan iman dan Islam bagi seorang insan ialah penyaksian berhubung kewujudan dan ketuhanan Allah yang Maha Esa dan pengakuan serta penyaksian bahawa Muhammad itu pesuruh dan utusan Allah.

Dengan asas inilah barulah disusuli dgn ibadah solat, puasa, zakat dan haji.

Balas
avatar

Salam Iqbal,

Persoalan ini adalah persoalan yang sama macam seorg kawan non muslim tanya akak....masa di asrama UM dulu.

"kenapa amalan baik hanya Allah terima dari orang2 Islam shj....kenapa amalan baik orang bukan Islam tidak diterima oleh Allah?"

Analoginya amat senang....

Seorang tuan tanah menyuruh kita bercucuk tanam dan mengusahakan ladangnya. Semua peralatan disediakan. Upah juga lumayan.

Setahun kemudian kita dtg menuntut upah apabila hasilnya telah dituai....tetapi tuan tanah menolak keras (enggan bayar upah)

Kenapa? Rupanya kita pergi buat di ladang orang lain....macam mana??

Ladang= mengucap dua kalimah syahadah.

Hasil tanaman = ibadat/amalan baik/zakat,puasa,haji dll

Upah= pahala/pemerimaan Allah

So, nak diterima amalan kena mengucap dua kalimah syahadah dulu.

Dlm senario di atas...dengan budak2, jwpn lebih simple diperlukan...lebih mudah faham

Nak buat cucur tepung....bahan no 1 ialah tepung, bahan no 2 ialah bawang,bilis dll.

Adakah kita panggil cucur tepung kalau bahan no 1 nya tak ada...? Mungkin kita panggil ikan bilis goreng sahaja!!!!

Simple dan mudah faham untuk budak sekolah rendah!!

Eh...nak buat entry ke ni?

Sorry.

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus
avatar

cun09--> salam kak.sekadar beri peringatan kpd diri saya agar lebih berhati-hati

abid-pm-->salam saudara,sy tak faham apa yg saudara tulis...pelik sgt...

Abd Razak-->salam akhi=) yup!u got me..itulah mesej saya.Kita sebenarnya tak sedar,betapa selama ini kita tersilap.Kita fikir kita sudah islam,tetapi kita masih ragu-ragu akan kuasa Allah dan kerasulan Baginda...

kak Asyiq--> Iyalah kak.Analogi yg sesuai utk budak kecik.Takpe,akak dialu-alukan utk menambah,beri komen dan pendapat.terima kasih kak~

Balas
avatar

walaupun nampak biasa disisi manusia tetapi inilah kunci syurga...tanpa kalimah syahadah,syurga itu hanyalah khayalan...

Balas
avatar

salam...mksud encik abid_pm,rukun islam tu byk...ikut mazhab..mcm tu ker?

Balas
avatar

entri kali ni mmg bgus...
sy sudah mengetahui jawapan yg tidak diketahui slama ini...terima kasih krna encik iqbal mnulis entri ni..

Balas
avatar

Salam saudara iqbal, erm,bijak2 ustaz jalal tu, berhikmah menerangkan,perkongsian yg cantik dri kamu:)

Balas
avatar

Nazrul Fazli-->
anda betul.Jika tiada syahadah dan penyaksian yg sempurna,maka ilmu di dada cuma sekadar 'tahu' dan bukannya 'faham'.Itu pasal kita tgk ramai org yg berilmu,tapi ilmu dia tak bawa apa2 manfaat kerana dia keyakinannya kpd Allah tak sempurna(termasuk juga saya mungkin...)

Nur Najihah-->
Semoga kita dapat amalkan dan juga sampaikan kpd org yg tak tahu

Arnamee-->
Iya,zaman dah berubah,dunia dah maju.Ustaz2 pun kena kretif jugak kot...hehe

Balas
avatar

Putra al-maliki-->
semua ustaz sy minat!hehe..khususnya ustaz zawawi yusuf s.alam.Kuliah bulanan dia pasal Sunnah dan Sains.Saya suka semua kuliah,tp kuliah dia paling best sbb dia cerita kaitan sunnah Baginda dengan sains.Baru nampak kehebatan Allah

Balas
avatar

assalammualaikum

memang tepat sekali analogi ust jalal...

Balas
avatar

Mantap la blog kamu. Bagus2.
Saya kurang masa untuk update blog. Maklumlah wanita bekerjaya sekarang ^^

Im impressed dengan ustaz jalal. =)

Balas
avatar

salam..syukran ats prkongsian cerpen ni..padat dgn msg..stuju dgn kmu..syahadah tu nmpk simple sgt tp sbenarnye amt berat dan prlu sgt brhati2 dmi mmeliharanya..tmbah2 lagi di akhir2 zaman ni ramai manusia yg lebih takutkn hukum manusia brbanding dgn hukum Allah..contohnye,sy sedih bile fikirkn sahabat2 perempuan yg mlibatkan diri dlm bidang kejururawatn [mksud sy di sini di hospital swasta]..d mana mereka langsung tidak dibenarkn utk bruniform lengan panjang..cukup skadar tutup siku dan berskarf utk mlindungi kpala sbg ganti kpd tudung..itu swasta..nasib baik kalau kerja nurse under goverment x de masalah ni..tapi timbul plak prkara yg sama bile ade sahabat sy yg masih blajar dlm bidang ni di HUKM mngadu yg spnjang diorg bgelar student nursing tu uniform mereka wajib lengan pendek...stokin tgn pon tak dibenarkan pakai..die prnah je buat ape yg betul dan abaikn rules tu malangnye dia di heret jmpe org atasan..kononnye student degil dan x ikut peraturan..hancur luluh hati sahabat sy..hati sy jgk..dan sy yakin hati anda smua jgk..undang2 apakah ini?? lngsung tak memelihara hak2 wanita islam..padahal kerja nurse ni teramat mulia..merawat n mnjaga mereka2 yg sakit..entahla..sampai bile nk berterusan mcm ni sy pon x tau..semoga suatu hari nanti tertegaklah daulah islamiyah yg berteraskn hukum2 Allah seratus peratus..bkn amik yg mana berkenan je..wallahu a'lam..

Balas
avatar

a kl citizen-->
terima kasih kak,sudi tinggalkan komen.Ustaz jalal itu cuma rekaan saya sahaja.hehe

Shahidah-->
Iya,bekerja pun masih mampu luangkan masa utk menuntut ilmu.saya kagum dengan kamu!semoga selamat sentiasa di negara orang

melatidaisy-->
Erm,tidak banyak bezanya dengan kebanyakan tempat.Itulah,jika pemerintah sudah rosak akalnya,yg merana ialah org bawahannya pula!jika di tempat sy belajar,pemakain kopiah dilarang.Janggut juga dilarang.Memang sudah nak amalkan sunnah.

Balas
avatar

Boleh tak nak 'copy n edit' citer ni dan letak kat blog..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443