Masalah itu benar-benar membingungkannya.Masalah itu ialah kekosongan masjid-masjid daripada orang-orang untuk bersolat.Lalu,raja itu memanggil para pembesarnya untuk bermesyuarat membincangkan cara menyelesaikan masalah ketiadaan org yg bersolat berjemaah itu.
Lalu setiap pembesar pun memberikan pendapat mereka masing-masing.Setiap pendapat yang diberikan hampir semuanya tidak bernas.Tiba-tiba,seorang pembesar yg bernama Amin tampil memberikan pendapatnya."Tuanku,patik ada satu idea yang patik yakin akan berjaya menarik penduduk-penduduk untuk mengimarahkan masjid-masjid di negeri kita ini.Sudikah tuanku mendengarnya?"
"Hai Amin,katakan kepada beta.Semoga cadanganmu itu benar-benar baik"
"Begini,kita gunakan saja harta kerajaan yang melimpah ruah ini.Kita tawarkan kepada sesiapa yang bersolat berjemaah di masjid,mereka akan diberikan 1 dirham setiap kali selesai solat"
"Erm...bagus.Beta fikir cadangamu baik sekali.Baiklah,sekarang juga kamu hebahkan dan beritahu kepada semua rakyat bahawa mulai subuh esok,semua orang yg solat berjemaah di masjid akan diberikan wang daripada kerajaan",perintah raja.
Dengan segera,berita itu disampaikan kepada rakyat.Semua orang gembira mendengar berita itu kerana mereka akan mendapat wang percuma.
Subuh keesokannya,semua masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan manusia.Selesai solat,mereka beratur untuk mengambil wang mereka lalu pulang.Begitulah keadaanya semasa waktu solat yang lain pun.
Pemberian ini berterusan sehinggalah masuk bulan yang ke 3,wang untuk diberikan kepada orang yg solat berjemaah sudah habis.Oleh kerana sudah beberapa hari tidak mendapat dirham seperti kebiasaanya,maka orang ramai pun sudah mula menjauhi masjid.Mereka tidak lagi mahu bersolat berjemaah.Lalu masjid itu lenggang seperti sediakala.
Keadaan ini menyedihkan si raja itu.Maka baginda pun memanggil para pembesarnya utk bermesyuarat sekali lagi.Lalu Amin sekali lagi tampil memberi cadangan.Dengan bersungguh-sungguh dia berkata,"Tuanku serahkan saja pada patik,patik janji dan pasti,InsyaAllah esok masjid-masjid kita akan kembali penuh kembali".
Mendengar janji Amin,raja pun memberi Amin tangunggjawab untuk menyelesaikan masalah ini.Lalu sekali lagi Amin dan pengikutnya membuat pengumuman kpd rakyat-rakyat.
Esoknya,masjid-masjid kembali penuh dengan rakyat yang mendirikan solat berjemaah.Raja itu sangat gembira dengan keadaan itu.Maka,baginda pun bertanya kepada Amin dengan rasa kagum,'Wahai si bijaksana,apa yang kamu beritahu kepada mereka hinggakan mereka dapat kembali menunaikan solat berjemaah di masjid?'
Amin tersenyum lalu dia menjawab,"Patik khabarkan kepada mereka,sekiranya mereka tidak mahu bersolat berjemaah di masjid,dinar-dinar yang pernah diberikan kepada mereka akan diambil semula oleh kerajaan.Maka sebab itulah mereka datang".
***
Para pembaca budiman,susah sangatkah kita untuk bersolat berjemaah?sedangkan Allah telah beri kita bermacam-macam nikmat.Nikmat kenderaan,nikmat payung atau baju hujan jika hujan,nikmat kaki untuk melangkah ke masjid,nikmat mata untuk melihat jalan,nikmat lampu untuk melihat dalam gelap dan sejuta lagi nikmat yang kita sendiri tak sedar.Adakah kita mahu agar Allah miskinkan kita,Allah timpakan bala,azab,penyakit,musibah dan balasan yang buruk kpd kita barulah kita mahu mengimarahkan masjid-masjid dan surau?Ketahuilah,solat secara berjemaah itu ialah fardu.Janganlah anda mengecualikan diri daripada mendatangi rumah Allah.Kini,sudah banyak masjid yang beroperasi 24 jam.Fikirlah,apa yang akan kita jawab bila ditanya oleh Allah kelak?
9 Komentar
Assalamualaikum...
BalasSungguh, ramai manusia lebih cenderung kepada dunia hinggakan untuk ke masjid hanya memandang kepada harta dunia, lalu segala janji Allah akan syurga dilupa...
Moga kita terselamat dari sifat begini
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Salam..
BalasManusia lebih suka kejar harta duniawi..memang tak boleh dinafikan..sebab aku pun same je~.
tp Alhamdullillah,,solat tu penuh lagi.
salam ^_^
BalasManusia tidak nampak balasan dr ALLAH apabila melakukan sesuatu kebaikan, tapi bila diberi balasan yang mereka nampak terus mereka lakukan...
Bulan Ramadhan masjid2 di semua tempat penuh...kerana budaya melayu
Salam Aidiladha...
bersolat jemaah tu amatlah dititikberatkan..hmm..malu pun ada jg bila bce n3 ni..kndg2 perasaan malas untuk solat berjemaah pun ada jg dlm diri ni..mdh2an dpt dbuang cpt2.huhu
BalasAbd Razak-->
Balasmaaf lambat balasnya.Semoga Allah menyembuhkan penyakit wahan yg hampir semua kita sedang menderitainya.
Abid_pm-->
solat itu tiang agama.Takut2 kita akan terkeluar drpd agama jika kita tinggalkan solat.
cun09-->
iya tu.islam ini agama wahyu,bukannya agama akal.Jadi apa yg ada dlm islam ini banyak benda ghaib yg kita tak nampak.sbb itulah balasan yg besar dan hebat Allah telah janjikan kpd hambaNya yg beriman kerana keyakinan kita dgn perkara-perkara yg ghaib.
syahbandar 87-->
salam syah.iya,kadangkala mmg akan timbul perasaan mcm tu.sama juga dgn saya...
Salam, cerita yang kreatif! Kalaulah betul2 kerajaan laksanakan, bagus jugak! Mungkin mula2 dapat duit, tapi lama2 nnt mungkin rakyat rasa syok pulak nk datang masjid; x dpt duit pun x ape =D (mcm sesetangah syarikat promosi produk mereka dengan pertandingan2 yg ada hadiah duit supaya produk mereka laris di pasaran..)
Balassalam..
Balasalangkah indahnya kalau semua manusia sedar akan nikmat2 Allah itu..syukran ats cerita yg mnarik ni..teruskn perjuangan dgn tinta anda:)
miss Bazla-->
Balasitulah...zaman sekarang ni kita tak nampak ganjaran dari Allah.kita cuma nampak duit aja.27 dengan 1 pun kita tak taw mana lebih banyak.ops!bukan kita,tapi saya...huhu
melatidaisy-->
Iya..biasalah,bila dah hilang nikmat tu baru kita tahu nak bersyukur.terima kasih kerana memberi semangat
salam,
Balassuami akak selalu kena paksa pegi terawih jemaah. dia kesian nak tinggalkan akak ngan anak2, tp akak yg mithali ni (hoho!) kata takpe, pi la. kejar la kebaikan terawih berjemaah tu selagi boleh.
keyword: jemaah ^^
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443