Malam jumaat juga istimewa kerana umat islam di Malaysia akan membaca surah yassin slpas drpd solat magrib.Yang indahnya,bacaan Yassin ini dijalankan secara berjemaah dan beramai-ramai di masjid-masjid atau surau-surau.
Namun,kebelakangan ini banyak timbul permasalahan dan perdebatan berkenaan aktiviti membaca Yassin di malam jumaat.Antara yg menjadi isu ialah Baginda Nabi saw sendiri tidak pernah menyatakan dalil berkenaan membaca Yassin di mlm jumaat,sebaliknya Baginda menyebutkan tentang pembacaan surah al-Kahfi.
Tetapi bagi saya,tidak salah jika kita ingin membaca Yassin kerana
- Membaca Quran itu dituntut kpd semua umat islam.
- Yassin dibaca kerana ia mudah dibaca oleh semua kelompok masyarakat tua dan muda(bukan semua org reti membaca Quran)
- Kita baca Quran hari-hari,bukan baca Quran ari jumaat sahaja
- Kita tak pernah mewajibkan bacaan Yassin(kalau ada kuliah,proceed jela dgn kuliah)
- Kita baca Yassin sebab mengisi masa lapang antara maghrib dan isyak utk elak drpd buat sia-sia(borak,umpat,tidur)
Baru nak mula bercerita ni...
Malam jumaat.Lepas solat sunnat slpas magrib,saya duduk menunggu org baca Yassin.Lama tak start lagi.Kemudian sy pandang sekeliling.Rupa-rupanya ustaz takde.Imam da balik sbb dia mengajar malam-malam.
Yang tinggal cuma org-org yg sebaya ayah saya dan beberapa org budak METC yg jelas umur mereka lebih kurang saya.Ammar(bakal engineer yg hafiz Quran) pun takde waktu tu.Selalunya dialah yg akan mengetuai sesuatu majlis jika ustza takdeJadi sebab semua org tak sedia nak ketuai bacaan Yassin maka mereka menyuruh saya utk mengetuai majlis.
Mungkin sebab mlm tu sy terpakai jubah,tu pasal sy disuruh.Lalu,saya dgn buat-buat confident nya ambik mic nak conduct bcaan Yassin.First time tu conduct.Agak nervous la.Takut-takut bacaan sy salah,tak lancar atau tersekat-sekat. ='(
Alhamdulillah semasa membaca surah Yassin tu,semua huruf dan kalimah dapat dibaca dgn sempurna tanpa sekat-sekat.(Mungkin sebab sering baca).Kemudian lepas baca ada doa bacaan Yassin utk memohon rahmat Allah.
Part doa ni terus saya start gigil.Apa tidaknya,saya mmg tak lancar baca tulisan arab jika tidak dibaca secara lagu.Ruginya saya,dulu kecil-kecil taknak blaja bahasa arab.Dah besar,nak baca tulisan arab terus gagap.
Waktu tu ada membe duk sebelah,nama dia Amin.Saya ingat nak hulur kat dia,lama saya pandang-pandang dia tapi dia tak layan.Aduh,tpaksa baca.
Permulaan doa lancar,tapi masuk pertengahan doa habis hancur.Macam budak-budak nak baca Iqra' gamaknya.Mmg tersekat-sekat.Malu betul sebab mic. tu mmg 'on' ke dalam surau dan luar surau.Nasib baiklah org-org kat sana memahami =)
But,i got my lessons;
1-Setiap manusia sepatutnya mengakui kesilapan diri.Mengakui kesilapan dengan erti katanya,ingin mengubah atau berubah kearah yg lebih baik bukannya berbangga dgn kesilapn yg kita lakukan.Ini boleh diertikan dgn keadaan remaja-remaja(mungkin saya atau anda juga),yg berbangga dgn maksiat yg dilakukan seperti berbangga-bangga dpt mencuri,dpt berzina dan seangkatan dengannya.
2-Setiap orang sepatutnya sentiasa berusaha utk menuntut ilmu.Tuntut ilmu iaitu ilmu yg akan membantunya utk menjawab soalan yg ditujukan oleh dua malaikat di dalam kubur.Sesungguhnya Mungkar dan Nakir takkan bertanya soalan,"berapakah gaji anda?"
3-Setiap perbuatan bergantung kpd niat.Jika niat kerana Allah,beruntunglah amalan walaupun sedikit.Tetapi jika niatnnya kerana manusia atau kepentingan duniawi(selain kerana Allah),maka sia-sia semuanya walaupun amalannya banyak.
4-Hendaklah kita berlapang dada jika kita tidak bersetuju dgn sesuatu.Janganlah kita terlalu mudah melenting dan terburu-buru kerana terburu-buru itu datang dari syaitan.Berlapang dadalah dgn perkara-perkara khilafiat.Usah hina menghina sesama ulama ataupun sesama abdi.
5-Istiqamah dalam amalan.Amalan yg terbaik ialah amalan yg dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.Usahlah kita hanya menunggu hari jumaat sahaja utk membaca Quran,sebaiknya baca setiap hari.Usah baca Yassin sahaja,bacalah surah lain jika mampu.Jika tak,tuntutlah ilmu wlpun kita terpaksa upah orang utk ajar kita.
6-Doa Yassin tu kalau tak lancar boleh ganti dgn doa lain.Sebab tujuan kita berdoa adalah umum utk kebaikan semua org dan kita sama sekali tidak pernah mewajibkan sesuatu yg Baginda sendiri tidak mewajibkan.
1-Setiap manusia sepatutnya mengakui kesilapan diri.Mengakui kesilapan dengan erti katanya,ingin mengubah atau berubah kearah yg lebih baik bukannya berbangga dgn kesilapn yg kita lakukan.Ini boleh diertikan dgn keadaan remaja-remaja(mungkin saya atau anda juga),yg berbangga dgn maksiat yg dilakukan seperti berbangga-bangga dpt mencuri,dpt berzina dan seangkatan dengannya.
2-Setiap orang sepatutnya sentiasa berusaha utk menuntut ilmu.Tuntut ilmu iaitu ilmu yg akan membantunya utk menjawab soalan yg ditujukan oleh dua malaikat di dalam kubur.Sesungguhnya Mungkar dan Nakir takkan bertanya soalan,"berapakah gaji anda?"
3-Setiap perbuatan bergantung kpd niat.Jika niat kerana Allah,beruntunglah amalan walaupun sedikit.Tetapi jika niatnnya kerana manusia atau kepentingan duniawi(selain kerana Allah),maka sia-sia semuanya walaupun amalannya banyak.
4-Hendaklah kita berlapang dada jika kita tidak bersetuju dgn sesuatu.Janganlah kita terlalu mudah melenting dan terburu-buru kerana terburu-buru itu datang dari syaitan.Berlapang dadalah dgn perkara-perkara khilafiat.Usah hina menghina sesama ulama ataupun sesama abdi.
5-Istiqamah dalam amalan.Amalan yg terbaik ialah amalan yg dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.Usahlah kita hanya menunggu hari jumaat sahaja utk membaca Quran,sebaiknya baca setiap hari.Usah baca Yassin sahaja,bacalah surah lain jika mampu.Jika tak,tuntutlah ilmu wlpun kita terpaksa upah orang utk ajar kita.
6-Doa Yassin tu kalau tak lancar boleh ganti dgn doa lain.Sebab tujuan kita berdoa adalah umum utk kebaikan semua org dan kita sama sekali tidak pernah mewajibkan sesuatu yg Baginda sendiri tidak mewajibkan.
(post ini ditulis selepas muzakarah dgn ustaz-ustaz yg boleh dipercayai kebenaran mereka)
p/s-->saya suka utk mendengar pendapat anda tentang yassin malam jumaat.Diharap anda dpt memberi pendapat dengan hati yg terbuka dan lapang dan jika ada rasa ingin 'mengkafirkan' org lain,sila tinggalkan blog ini dengan istighfar. =)
21 Komentar
ada yg kata Yassin ini adat..
Balasada yang kata kena baca tapi bukan wajib..
bagi aku.. pucuk pangkalnya.. surah Yassin sebahagian dari ayat Al-QUran..
seperti kata kamu.. sama2 lah kita mengimarahkan bacaan Al-QUran tidak kiralah malam apa sekalipun..
eh! ini pendapat secara kasar bagi aku yang bukan tinggi ilmu agamnya.. :)
terima kasih si tedi atas komen.Baca Yassin ke tak baca lebih baik?
Balassudah tentu baca lebih baik..tapi kalau baca yasin dgn baca majalah,baca yasin lebih afdal kerana fadhilat surah yasin itu sendiri.
entahlah,pape pun yg penting kita kena baca Quran dan terjemahannya~
Syabas! ada keberanian untuk mencuba. Berdo'a sebaik-baik dalam bahasa yang kita fahami sebab do'a kita keluar dari hati nurani bukan setakat di mulut sahaja.
BalasAkak selalu berpesan kpd adik2 senior....cara utk mengatasi ketakutan ialah dengan mencuba utk melakukannya bukan dgn cara mengelakkan diri. Kemudian kali kedua ketakutan itu akan mula berkurangan sehinggalah ianya menjadi kelaziman pd kita...tiada lg ketakutan.
BalasTahniah krn berani mencuba dan bersedialah utk menerima pendapat org lain utk terus memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Ada dlm hadis lain mafhumnya menyebut bhw Yaasin adalah qalbu alQuran...ianya dibaca atas apa2 niat dan Allah akan makbulkan. Mungkin atas dasar ini membaca Yaasin dijadikan adat di masjid2 utk membacanya setiap mlm Jumaat oleh masyarakat kita.Asasnya membaca Al-Quran...apa2 surah pn digalakkan. Asal niat kita baik....
Cuma ubahlah dari sudut kebiasaan pd diri sendiri...baca pula Surah alkahfi krn hadis ada menyebut ttg fadhilat membacanya di malam Jumaat.
Jgn pula kita menjadi mereka yg mahu menafikan ttg adat membaca Yaasin di mlm Jumaat sehingga meninggalkan jemaah di qaryah kita. Silaturrahim perlu jg dijaga krn ianya ada kepentingan dan maslahah yg lebih besar.
Bkn senang mahu menukar persepsi masyarakat kecuali dgn ilmu yg benar....namun kita tidak berupaya memastikan sesuatu ilmu itu dpt diterima sebaiknya oleh mereka yg menerimanya...
Tengoklah apa yg berlaku pd Dr Asri...byk hikmah yg boleh dipelajari.
p/s Dr Asri tu classmate akak di KISAS thn 87 dan 88.
Wallahu a`lam.
assalamualaikum...
BalasBagi saya takder masalah membaca surah yaasiin cumanya jangan menetapkan malam jumaat tu wajib membacanya.
Sepatutnya kita membaca surah al-kahfi pada malam jumaat, Rasulullah s.a.w ada bersabda, "Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Juma’at.” (HR Hakim 3349)
yasin juga elok di baca waktu pagi.. sebelum memulakan hari siang dgn aktiviti harian, hanyutkan diri dalam ayat2 indah surah yassin..
BalasinsyaAllah..
..and, tahniah! lps ni selalu2 la offer diri sndri utk jd ketua majlis yassin hehhe.
p/s: istiqamah ni satu usaha yg perlukan kekuatan hati betol2 nih. huhu.
kak tirana--doa melalui hati.Betul tu kak!sy pelik betul bila tengok org yg baca doa tapi tangan dia duk tergaru-garu,duk bergoynng,main-main..padahal mulut tengah meminta sesuatu.Agak-agaknya kalau kita mintak duit ngn ayah kita,tapi kita sengih2,garu2,lompat2,bapak kita nak bagi tak?Allah jua yang Maha Memberi =)
Balaskak Asyiq--terima kasih atas komen akak yg panjang lebar.Seronok baaca..Thanks..
Nak ubah persepsi masyarakat mmg susah.Lebih2 lagi kalau masyarakat yg jahil.Kalu akak nak tahu,saya sudah merasai aura 'dagang' iaitu menjadi makhluk asing di bumi sendiri.Paham x kak?nanti sy post la.hehe
Abd Razak--terima kasih kerana setia memberi nasihat yg ikhlas.terima kasih juga ats hadisnya itu.Quran itu syifa' iaitu penyembuh.Maka ianya amat mujarab utk menyembuhkan sakit kufur.Pada pendpat saya,org Malaysia tak baca surah al-kahfi sbb panjang sikit drpd yassin dan mereka baca tak lancar.Sebab tu kot,tapi at least boleh baca sorang-sorang kat umah sebenarnya..tapi kalau da ada penyakit berpuas hati dgn amal yg sedikit...susahlah..mungkin saya juga =(
Inas--Baca yassin di awal pagi tu amalan org2 kaya sbnarnya.Sebab apa,sbb org2 kaya yg saya jumpa(jemaah tabligh),mereka mmg tak pernah miss Yassin waktu pagi dan solat sunat Dhuha.Itu yg diorang ajar kat saya dan ternyata kesahihannya kerana Allah telah membuka pintu rezeki mereka dan memudahkan segala urusan mereka.Itu hebatnya org yang dicintai Allah...(ingin jua dicintaiNya).Aminn...
^_^ orang Islam selalu nak memperdebatkan perkara2 furu' macamni..
Balasbaca Yasin tu mmg bagus..'sepertimana yg dihujah oleh shbt2 kita'.. tapi kalo kita khaskan bacaan tu tuk hari malam jumaat je..tu yang jadi janggal skit.. hari lain tak nak baca quran..malam jumaat je bca Yasin..
ade gak kebaikannya..hafal jugak Yasin tu kalo da slalu baca..
tapi bila plak nak bca surah lain..?? ni yg bahaya.. takot2 org masyarakat akn rsa bca yasin malam jumaat da cukup..ari lain x bca pon x pe..
Akhi Iqbal leh ja blaja Arabic skg..
Ilmu tu ade d mn2..
yg pntg ade kemahuan dan kesungguhan ^_^
blaja untuk ilmu ja..
bekalan untuk meneruskan kehidupan..
Arabic bahasa Syurga..
jika dunia ini persinggahan.. mengapa tidak kita perbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan..
^_^
salam..
Balassy stuju dgn anda, jgn letak bacaan Yasin pd mlm jumaat ni sbg perkara wajib, baca dgn niat ibadah.. ape yg penting niat kite kn.. drpda duk bace majalah, atau duk borak kosong sementara menanti waktu isyak baik kite baca Quran..
menghidupkan sunnah tu besar pahalanya dan amat dituntut, jd amat elok jika kite amalkan surahtul kahfi pd malam Jumaat,sbb ade hadis Rasul yg mnjadi dalil. jika selama ni kite terbiasa baca Yassin pd mlm jumaat, ape kate kite slow2 try ubah, amalkan bacaan Al Kahfi plk, sy x maksudkan kite tgglkn terus Yasin, trpulangla, mgkin boleh diselang2..
dan sy stuju dgn pendapat kak asyiq [senior sy rupenye], kite cuba ubah dr sudut kebiasaan diri sendiri dulu sbb nk ubah persepsi masyarakat kite bkn sng, lg2 jamaah surau d kampung2..kite sbg generasi muda [lbh2 lg kaum
muslimin] harus mncari pendekatan yg lbh mudah untuk mngubah adat ini dlm masyarakat sbb hakikatnya yg sunnah itu lebih afdhal..yg pnting bak kata kak asyiq jgn pula ditinggal jama'ah kmpung tu sbb menjaga silaturrahim itu jg prlu diutamakn..
semua ikhtilaf ini berlaku dgn kehendak Allah, dan Allah x ciptakan semua ni untuk memporak perandakan ummat, bahkan agar ummat islam dpt berfikir dgn lebih matang dgn menggunakan aqal yg Dia kurniakan..
hanya pendapat dr jiwa hamba.
salam..
Balasbgi sy x der salahnya baca yaasiin mlm juma'at...walaupun Rasullullah x wat...apa salhnya kita wat...kn dpt pahala,x gitu?hal ni sama jgk mcm org kata solat terawih x pyh wat 20 rakaat sebabnya Rasullullah wat 8 jer...kita 8 rakaat abih kul 9.30 mlm..Rasullulah wat 8 rakaat mungkin satu juzu' al-quran...selagi ia mendtgkn pahala,tidak salah kalu nk kerjakan...bid'ah hasanah..x gitu?(sy hnya bgi pndangan dri sudut kaca mata sy & brdasarkan ilmu yg dipelajari...sekiranya ada salah &silap..mohon ditegur)
salam alaik.. sekadar nak berkongsi...
Balasselalu malam jumaat di Balai ISlam (surau) kolej kediaman saya akan buat bacaan Yasin secara berjemaah tetapi di sebabkan ustaz yang memberi tazkirah pada hari rabu terpaksa baik awal maka kami mengambil keputusan untuk membaca yasin pada hari rabu dan tazkiranya akan disambng ada hari khamis...
xsemestinya baca yasin pada hari khamis malam jumaa saja...
bacalah pada bila2 masa..
lebih bagus kalo dapat dibaca setiap malam sebelum kita tidur...
manfaatkan masa untuk membaca yasin...
insyaALLAH akan mendapat keberkatan...
Mira pon nak belajar bahasa Arab sebenarnya.. suka melihat sahabat saya yang fasih berbahasa inggeris, Arab dan melayu...
harapan di hati, semoga sebelum Mira pergi menghadap Iahi, Mira telah menguasai bahasa Arab dengan baik...
amin
Saudari ana muslim--Terima kasih ats comment saudari.Setuju bahawa dunia ini persinggahan dan kita sebagai manusia yg berakal semestinya perlu menyiapkan bekalan dengan sebanyak-banyaknya.Hajat nak blaja bahasa Arab mmg ada membuak-buak.Cuma tiada masa dan duit aje.huhu
Balasmelatidaisy--Terima kasih banyak2 atas pendapat anda.sungguh,ia menjadi obor pembakar semangat buat kami utk menjadi pemimpin yg memimpin masyarakat utk menghidupkan sunnah.Cadangan saudari insyaAllah kami akan muzakarahkan dan bincangkan agar dapat hidupkan sunnah.Quran tetap akan menjadi bahan bacaan utama mengalahkan surat khabar~
Nur Najihah--salam dik.Thanks atas pendapat.Kalau pasal tarawih tu,ia diperkenalkan oleh sahabat baginda semasa zaman pemerintahan khulafa' ar-rasyidin.Maka sunnah-sunnah yg mereka perkanalkan sudah diiktiraf oleh baginda dalam sabdaan baginda.Bagi bacaan Yassin,mmg takde dalil pun.Yang ada cumalah surah Al-Kahfi.Tapi ulama kita membudayakan(BUKAN MEWAJIBKAN) kerana mereka berfikiran jauh kehadapan.mereka tahu ramai org takde masa dan tak reti baca Quran.Jadi sebagai usaha utk membuatkan umat islam baca jugak,maka dianjurkan bacaan yassin berjemaah agar org yg tak reti baca pun boleh baca dan org yg takde masa pun bole curi-curi masa.Ini cuma saranan dan anjuran,maka jika ada pihak yg kata wajib baca ternyata mereka da salah..kita wajib tegur...
Mira--saya ada sahabat yg boleh bercakap 9 bahasa!lagi hebat bukan?Dia menuntut ilmua di India dan Pakistan.Sahih Bukhari,sahih muslim dan banyak kitab2 hadis yg besar ada dlm otak dan hati dia.Dan dia itu cumalah seorang bunuh binaan yg datang dari Myanmmar.. =)
ALLAH tidak menilai pekerjaan kita di dunia asalkan kerja yang halal..
Balastetapi ALLAH menilai manusia itu dari hati yang bersih yang mengagungkan ALLAH swt... tiada 2, atau tiga.. hanya DIA YANG ESA...
Salam.
BalasTak usah rendah diri. Saya pun begitu. Boleh baca Yasin, tapi untuk baca doa Yasin, merangkak juga.
Yang penting, kita doa untuk kesejahteraan. Jika tak guna doa yang biasa, ia bukan satu dosa.
Itu pandangan saya.
Salam
Ibrahim Nyior--Terima kasih atas nasihat~saya takkan malu utk menuntut ilmu.Malu yg Allah suroh saya buat hanyalah utk malu berbuat maksiat.
Balassalam..
Balassatu entri yang sangat baik..satu perkongsian yang sangat berguna.:)
Assalamualaikum..
BalasBacaan Yassin pada malam jumaat memang tiada hadis nabi diriwayatkan..
tapi kalau tak silap,,bacaan Yassin diwajibkan pada zaman Khalifah arRasyidin jadi khalifah Islam..
tak pasti sama ada Saidina Umar ataupun Saidina Uthman..
tapi kebanyakkan ahl sunnah waljamaah mengambil bacaan Yassin sebagai rutin pada malam jumaat..
Banyak lagi perbezaan yang jelas dlihat jika mahu dibandingkan..
macam Madzhab Syafie, solat jamak dan qasar hanya golongan musafir dan tidak berkuasa je boleh lakukan.
sedangkan Rasulullah menjamakkan solat Zuhur dengan Asar ketika baginda berkuasa dan tidak musafir..
dan tak perlu baca zikir selepas solat mengikut ajaran Wahabi~
Salam Iqbal..
Balasapa jua yg dilakukan secara berterusan selalunya akan berkekalan diingatan tapi jika sesekali mmg akan mudah lupa sptmana membaca Al-Quran jika lama tak membaca seakan ditarik segala ilmu didada..nak bacapun tergagap-gagap..sptmana juga sembahyang...jika tiada latihan melatih diri setiap waktu..mmg liat utk dilaksanakan..Hari Jumaat mmg hari yg penuh berkah..sentiasalah penuhi hari jumaat dengan amalan wajib dan sunat yg berkekalan..mana tahu kita juga diberi kelebihan utk meninggal pada hari jumaat..
Abid pm--waalaikumussalam.Banyak yg saya tak tahu tentang apa yg ditulis tu.thanks.(banyak lagi aku kena balaja ni)huhu
Balaskak Zai--tentang kebiasaan tu,saya sgt setuju dgn pendapat akak.Benda yg kalau dah lama kita tinggalkan mestila akan membuatkan kita janggal bila kita nak buat balik.
Pasal mati hari jumaat tu,sy impikan mati di jalan Allah,jika tak dipilihNya,sy mohon agar mati pd hari Jumaat keran fadhilatnya.Jika masih tak layak utk sy,memandailah jika sy mati bukan dlm keadaan sedang buat maksiat kpdNya..takutnya....huhu
Sejujurnya saya juga specific kan hari khamis malam jumaat untuk baca yasin.
BalasHari-hari lain, saya baca Al-Quran kat mana yang saya berhenti.
Yang penting, ikhlas kan diri. Dan doa semoga setiap amalan diterima Allah.
Bersyukurlah anda sebab masih boleh solat berjemaah dengan orang sekeliling.
Kami di sini, nak dengar azan subuh pun dengar ikut computer je.
thx...da dapat jwpn pasal persoalan yassin tu :)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443