1 Muharram 1431H

Hijrah itu ialah perubahan dari satu keadaan kpd satu keadaan yg lain.Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Sungguh!Hidup ini seumpama mimpi yg pendek.Sekejap aje dah masuk tahun baru!
Tahun baru ini saya ada matlamat hijrah saya yg suka utk saya kongsikan bersama-sama.

1)Mahu mendapatkan solat yg khusyuk.
Banyak yg akan saya dapat melalui solat!

Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali pada org-org yg khusuk(Al-baqarah ayat 45)

Allah menyuruh saya untuk meminta pertolongan melalui solat.Sahabat-sahabat R.A semuanya mendapat hakikat khusuk.Maka,dengan perantaraan solat dua rakaat,maka semua urusan,masalah dan keperluan Allah selesaikan.Hanya dengan perantaraan 2 rakaat solat.

Ada banyak kisah sahabat Rasulallah dan solat mereka.Ada yg dipotong kaki semasa solat,tetapi langsung tiada rasa sakit!Ada yg dicabut panah semasa solat,ada yang dipanah musuh semasa solat,tetapi masih dpt meneruskan solat hingga selesai dan ada juga sahabat yg tiada makanan utk dimakan tetapi selepas selesai solat,pengisar gandum bergerak dgn sendirinya tanpa dikawal oleh manusia!

Saya risau sekiranya sepanjang 19tahun saya menjadi muslim,tiada lgsung solat saya yg khusyuk!"Tidaklah diterima amalan yg dikerjakan seseorang hinggalah hatinya hadir bersama-sama jasadnya itu"-Hadis mursal.

Yang paling saya takutkan ialah-"Sesiapa yg sembahyangnya tidak dapat megelakkan dirinya drpd perbuatan keji dan mungkar,tidaklah sembahyang itu mendekatkan dirinya dgn Allah melaikan dirinya semakin jauh dari Allah"-al hadis.

2.Saya mahu menjadi anak yang soleh
Ibabapa saya kedua mereka sudah tua.Jika diizinkan Allah,saya mahu berbakti sebaik mungkin kpd mereka sepanjang baki umur mereka,juga sepanjang umur saya.Nabi s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang amalan yg paling afdhal.Maka Baginda bersabda,amal yg paling afdhal ialah solat di awal waktu,berbakti kpd ibubapa dan jihad di jalan Allah-hadis riwayat muslim.

Seorang sahabat telah meminta kebenaran utk berperang di jalan Allah,tetapi Nabi s.a.w tidak membenarkannya kerana dia ada seorang ibu yg tua yg wajib dijaganya.

Juga pernah diceritakan bahawa ada seorang wanita yg mempunyai ramai anak lelaki.Semua mereka syahid,namun tidak sekalipun wanita itu menangis.Namun,selepas diberitakan tentang kesyahidan anak lelaki bongsunya,barulah dia menangis.Ketika ditanya sebab dia menangis(kerana dia tak nangis semasa anak dia yg lain gugur),dia menjawab,"Aku bukan menangisi kematian anakku,aku cuma bersedih kerana aku sudah tua dan tidak mampu utk melahirkan anak-anak utk mati di jalan Allah."

Oh!betapa wanita ini berbangga dgn pengorbanan anak-anaknya untuk agama Allah. InsyaAllah,ibu saya juga pasti akan bangga jika anaknya ini menyerahkan hidupnya untuk agamaNya.

3.Saya mahu meningkatkan taqwa


Wahai orang-orang beriman!Bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa kpdNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim(Ali Imran ayat 102)

Taqwa diertikan sebagai Tawadduk,Qanaah,Warak dan Yakin.Tawadduk ialah lawan bagi sifat takbur.Takbur ialah penyebab syaitan dikeluarkan dari syurga dan dijanjikan neraka yg kekal.Manakala tawadduk ialah perasaan rendah diri.Oh!saya akan berusaha utk memiliki sifat itu.. Qanaah pula ialah merasa cukup.Bersyukur dgn rezeki yg sedikit atau yg banyak.Yang sedikit mencukupi,yg banyak pula takkan habis.Warak ialah meninggalkan perkara yg haram dan menjauhi perkara yg makhruh kerana perkara makhruh akan membawa kpd haram seperti banyak sgt duduk dpn internet hingga terlalai drpd solat di awal waktu!Yakin ialah iman.Saya ingin meningkatkan keyakinan saya kpd perkara-perkara ghaib dan hari akhirat agar semakin hari,saya akan semakin dekat dgn Allah.

Semoga azam tahun baru in dapat dicapai.InsyaAllah.Anda punya azam tahun baru cmne pulak?
Ayuh!kita sama-sama hijrah!
Previous
Next Post »
20 Komentar
avatar

salam maal hijrah dan selamat berazam baru

Balas
avatar

Insha Allah.. niat baik akan terlaksana! :)

Balas
avatar

nak jadi anak solehah memang susah..tetapi kita sebenarnya akan diberikan kekuatan jika niat kita ikhlas kerana-Nya..insyaAllah Allah akan permudahkan urusan hidup kita..salam maal hijrah buat saudara..semoga tahun ini membawa sinar yang lebih gemilang dalam hidup kita..

Balas
avatar

Salam maal hijrah..bertambah lagi usia kita semua, tak pasti samada amalan kita juga bertambah!!

Balas
avatar

Hans-->
salam maal hijrah juga~

ummumishkah-->
insyaAllah.moga Allah mudahkan.

Nazrul Fadzli-->
iya!saya yakin jika selangkah saya bergerak untuk mendekatiNya,Allah akan lebih banyak memudahkan saya.
terima kasih..salam maal hijrah juga~

cikgu shahnun-->
semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita tahun lepas dan memberikan tahun ini kegemilangan bg kita.

Balas
avatar

assalammualaikum

sekejapan je bertukar layout ya...
insyaAllah tercapai... ameen

Balas
avatar

Salam Maal Hijrah. Hijrah itu perlukan pengorbanan. Itulah semangat yang perlu ada dalam diri. Mungkin kita tidak pernah terfikir kerana apa Allah tidak berikan bantuan pada Nabi s.a.w. ketika berhijrah sepertimana pristiwa israk mikraj. Sebaliknya diuji dengan kepayahan dan rintangan sepnjg perjalanan ke madinah.Itulah simbolik pengorbanan dalam hijrah.Allahu a'lam

Balas
avatar

kl citizen-->
salam maal hijrah juga kak..moga diberi keberkatan~

fikri fauzi-->
selamat tahun baru islam juga dear fren~

hamba fakir-->
tepat sekali!hijrah perlukan pengorbanan...insyaAllah saya sedia bekorban...

Balas
avatar

salam ma'al hijrah nice entry ya akhi ^_^....

Balas
avatar

Salam...:)

Salam maal hijrah :)
Jangan pernah ada rasa putus asa dlm usaha utk meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT

Balas
avatar

Pengidam syurga-->
owh..terima kasih.Datang lagi ea

Abd Razak-->
Putus asa itu mungkin tak.Tapi putus jalan mungkin ada kadang2...tp kalau semangat tu ada,Oh!everything is possible!

Balas
avatar

salam maal hijrah..

moga segala impian tercapai dan diberkati Allah..

tahniah layout bru...cantik..

Balas
avatar

♥chentaMAYA™ -->
salam HIJRAH juga saudari~

deena farhana-->
salam maal hijrah kak..
Amin...harap2 Allah terima doa akak.
Layout baru,pengisian juga ingin baru~hehe

Balas
avatar

salam maal hijrah iqbal.. =)...

smoga awak dpat merealisasikan semua azam - azam anda... dn smoga awk mendpat kekuatan dr Allah agar awk trus beristiqamah dlam melakukan apa yang awak azamkan...

fightin'!! =)

Balas
avatar

salam maal hijrah juga..

byk manfaatnye post ni..terkena kat diri sndiri jugak..
byk bnde sgt perlu diubah..

m'refresh kan hati...

jazakallah atas perkongsian..

Balas
avatar

Jard the Great-->
salam maal hijrah juga.Selalulah singgah2 di sini ea =)

cikgu aira-->
insyaAllah.terima kasih.Aminn ya Rabb

Tulip putih-->
Oh!maaf kalau entry ini membuatkan kamu rasa tak senang.Terima kasih juga~

Balas
avatar

salam maal hijrah :)

semoga api azam baru terus bersemarak dlm hati di iringi dgn redha Ilahi. amin..ma'annajah!

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443