....Allahuakhbar...Allahuakhbar...
Nyaring suara muazzin melaungkan azan.Tak disangka,kami sampai ke Masjid Negeri sama sama dgn masuknya waktu isyak.Sepertimana yg telah saya hebahkan di facebook,mlm tu saya dan Shamil ke Shah Alam utk mendatangi satu majlis.Betapa berbunga dan membuak-buak rasa ingin bertemu dgn seorang tokoh islam yg sangat-sangat saya kagumi iaitu Syeikh Yusuf Qaradawi yg memberi pesanan-pesanan,motivasi dan ceramah secara langsung.
Silap kami kerana bertolak selepas maghrib.Sangkaan kami ialah majlis berlansung slps solat isyak,namun ternyata kami telah ketinggalan selama 30 minit!Ruginya!Majlis diberhentikan sebentar utk memberi laluan kpd azan isyak,dan kami terus duduk di dalam majlis slps itu.
Malang sekali,ruang dalam masjid sudah dibanjiri oleh umat islam yg tersangat ramai.Syukur,sambutan yg sgt2 menggalakkan.Sedikit perkongsian kpd mereka yg tidak dapat mendengar ceramah beliau.Antara isi kandungan ceramahnya yg smpat sy catit,wlpun banyak tertinggal ialah(1)Surah-surah Makiyyah dan surah-surah Madaniyyah.Surah-surah yg diturunkan semasa sblm hijrah lebih kepada usaha membina iman dlm diri para sahabat manakala surah-surah Madaniyyah kebanyakannya didatangkan dgn perintah-perintah agama.Ayat-ayat Madaniyyah menggunakan permulaan,'Wahai org-org yg beriman...' sedangkan ayat-ayat Makiyyah menggunakan 'Wahai manusia..' Apa maksudnya?Allah menurunkan perintah-perintahNya seperti solat,puasa,sedekah,jihad dan lain-lain hanya selepas sahabat-sahabat mendapat iman itu.Masakan tidak!Mereka sanggup meninggalkan harta kekayaan dan keluarga di Makkah utk menyertai hijrah RasulAllah ke Madinah.Bila iman sudah mantap,maka mudah utk melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya.
(2)Nabi selepas berhijrah ke Madinah,berjaya membentuk masyarakat Rabbani.Umat islam disatu padukan.Para sahabat ketika itu sentiasa menunggu-nunggu perintah drpd Allah.Setiap perintah drpd Allah,mereka laksanakan dgn bersungguh-sungguh dan mereka ketika itu sangat takut melakukan maksiat,dosa hatta kesilapan.Abu Dzar pernah ditegur oleh Baginda s.a.w kerana Abu Dzar r.a pernah memandang hina seorang budak dgn panggilan 'Hai budak hitam...' Baginda bersabda,'kamu masih memiliki saki baki sifat jahiliyyah dalam dirimu'.Mendengar hal itu,Abu Dzar menyesal lalu meminta agar budak lelaki itu menghukumnya ats keterlanjuran katanya td.Oh!betapa mereka takut dgn murka Allah!
(3)Setibanya Baginda s.a.w,Baginda telah membina 3 benda iaitu masjid,pasar dan persaudaraan.Pertama,masjid dibinia bukan sekadar utk beribadah malah dijadikan sbgai medan pertemuan,perdidikan,perbincangan dan lain-lain.Kemudian,pasar dibina untuk mengukuhkan ekonomi orang islam kerana ketika itu,pasar di Madinah dikuasai oleh org Yahudi.Baginda menerapkan nilai jujur dan amanah ketika berniaga.Baginda juga membina persaudaraan yg jitu iaitu dgn mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.
(4)Seorang Ansar bernama Saad bi Rabi' dipersaudarakan dgn Abdul Rahman bin Auf.Saad bin Rabi' r.a seorang yg kaya.Dia menawarkan separuh kekayaan dan menawarkan salah seorang isterinya utk Abd Rahman,namun Abdul Rahman menolak dan hanya mendoakan keberkatan kpd Saad.Dia hanya meminta agar ditunjukkan dgn jalan ke pasar.Berkat doanya kpd Saad bin Rabi',juga kerana taqwa yg tinggi,Abdul Rahman bin Auf telah menjadi org yg paling kaya pada zaman Baginda.Semua harta kekayaannya itu dibelanjakan di jalan Allah Taala kerana cinta dan kasih kpd Allah.
(5)Masyarakat ketika itu berakhlak mulia.Semua para sahabat semuanya boleh dijadikan contoh.Baginda juga menegaskan tentang konsep kemuliaan hanya dgn taqwa.Baginda membuat perumpamaan manusia seumpama gigi sikat,semuanya sama sahaja.Yang membezakan antara manusia itu hanyalah tahap ketaqwaannya kpd Allah.
(6)Para sahabat r.a,mereka selalu mendahulukan org lain drpd diri sendiri(dlm soal-soal selain drpd ibadah).Pernah,di dalam perang sahabat r.a sanggup menggunakan badan mereka sbgai perisai utk menghalang anak panah drpd mengenai sahabat yg lain.Mereka juga mengamalkan sunat,iaitu memberi lebih drpd diminta.
(7)Sahabat ketika itu,jika melakukan dosa,mereka akan cepat-cepat bertaubat.Ada beberapa kisah sahabat r.a menawarkan diri mereka utk menerima hukuman seperti yg ditetapkan Allah dlm Quran.Ada sahabat yg mengaku zina lalu meminta untuk direjam kerana takut akan murka Allah.Mereka lebih takutkan hukuman akhirat drpd hukuman di dunia ini.
(8)Syeikh juga bercerita tentang kewujudan org-org munafik.Org munafik di zaman ini jauh lebih dasyat dan ramai drpd org munafik pada zaman dahulu.Beliau juga menceritakan perihal Saidatina Aisyah r.anha yg difitnah oleh kaum munafik di dalam surah At-Taubah.Dan org antara org yg turut melakukan fitnah itu ialah Mistah bin Utasah yg berada di dawah tanggungan Abu Bakar r.a.Antara sifat munafik ialah suka menabur fitnah,menjatuhkan maruah org lain dan bersangka buruk.Dalam soal ibadah,mereka akan bersolat dlm keadaan malas dan mereka juga benci untuk bersedekah.
Ceramah drpd Syeikh Yusuf Qardawi ialah dlm bahasa arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.Siapa penterjemahnya itu?saya pun tak tahu sbb saya tak dpt masuk ruang solat sbb penuh dgn manusia.Saya sekadar mendengar di luar.Tak dpt tengok muka(kecewa...)
Sedikit yg sy tak suka ialah keriuhan kanak-kanak.Oh!ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian!awasilah anak-anak anda.anak-anak anda riuh dgn adengan kejar mengejar, gusti,menyanyi dll.Mmg tak dpt nak duduk dgn tawajjuh.Bukankah sepatutnya adab-adab di masjid dijaga?Bukankah mengganggu org lain itu berdosa?mmg tiada dosa kpd kanak-kanak,tetapi kpd penjanga mereka?(Take note please!)
Sebelum balik,sempat juga kami singgah di karnival maal hijrah yg berlangsung di perkarangan masjid.Di situ baru saya nampak kawujudan-kewujudan persatuan-persatuan pelajar islam dan NGO's yg selama ini tidak saya ketahui wujudnya.Yang saya tahu cuma GAMIS,itupu sekadar nama.Sememangnya kerana saya tak berpeluang berada di Universiti.
Papepun,syukur sgt2 sbb diberi peluang oleh Allah utk dtg mendengar pesanan ulama unggul itu.Terima kasih kpd penganjur dan kpd syeikh Yusuf Qardhawi.InsyaAllah ada manfaatnya.
8 Komentar
INI CUMA BERDASARKAN APA YG SAYA DAPAT SEBAB MALAM TADI SAYA TERLEPAS 30MIN YG PERTAMA DRPD CERAMAHNYA
Balassalam maal hijrah~
Balasahh.. seandainya sy masih bekerja di shah alam lg sy akan pegi join gakkk..
Balasso, thanks to u sbb buat laporan dan semoga apa yg disampaikan itu org yg terkemudian juga akan memahaminya insyaAllah.
TQ~
WAAH! bestnye dapat jumpe n cube faham fikrah YQ! terasa rugi takdapat join sama sbb terikat dgn komitmen lain.(T_T)
Balasp/s anyway, salam taaruf!=)
♥chentaMAYA™-->
Balassalam juga buatmu =)
inas-->
Moga bermanfaat dan moga2 org yg terkemudian lebih paham drpd org terdahulu.mungkinkan?dulu keje s.alam ea?ooo...
al-ikhsan-->
salam taaruf juga saudara.tidak mengapa,kita bisa berkongsi..kan?hehe
bestnyerrrr~
Balasalhamdulillah la kn sbb bpeluang! =)
dgn pkongsian ini, mka bterusan la pahala krn mmberi mnfaat pd yg mmbca =D
assalammualaikum iqbal
Balasalhamdulillah, bertuah iqbal dapat hadir
dan terima kasih beri sedikit ulasan ttg ceramah tu
salam..
Balasbr dpt comment..
hm, first trima kasih ats perkongsian.
best3!
btol kate iejan, selama maner internet ini wujud kat dunia, berterusanla insyaAllah kata-kata disini kekal..insyaAllah.n y mmbaca nye pon dpt manfaat..
sje nak berkongsi jugak.:)
mostly y YQ cerita ni kan psal sejarah masa lmpau.which is sejarah islam masa dlu.jom kita melihat hikmah disebalik sejarah2 islam y dibentang..
cam y point 1st ni, penurunan ayat diturunkan pd peringkat awal lebih focus kat akidah kan..
then bile akidah dan mntap, br la disentuh bab2 hukum hakam..
kalo kite melihat hikmah penurunan ini, n bagaimana ia boleh diaplikasi dlm hidup kita, bukan setakat mengetahui sje..
cm dlm usaha dakwah (insyaAllah), one of the approaches y bleh kite gune is clearkan dlu akidah n pegangan islam.serapkan kefahaman islam dgn sebenar2 kefahaman..cara ni yg Rasulullah gune kan..so, bile basic dah kukuh,insyaAllah, kita akan faham kenapa nk ikot syariat2 Allah y ditetapkan..
ni salah satunye la y ingin berkongsi..
sejarah islam itu sgt luaskan..
mari kita mengambil hikmah n m'applykan apa y rasulullah n para sahabat lakukan ntok perjuangkan islam..
n kalo refer sejarah dulu, islam pernah jadi WORLD order kan, di mana islam tu sgt tertegak kat ats muka bumi..
tp skrg kalo nk compare, world order ke islam tu?
skrg ni, org barat byk menguasai dunia kan?
so, as muslim y faham, kite la kan kene perjuangkan islam tu semula..tak gitu?..
sbnrnye, setiap point kat sini bleh dihuraikan dgn lebih terperinci kan.hehe..nt pnjg la pulak! hohoho..
wallahualam..
(kata2 ini menasihati diri sendiri jugak!!)..huk3..
jom terus bekerja ntok islam.
insyaAllah..
just my opinion..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443