Oh!Patutlah aku susah nak istiqamah

Daripada Abu `Amru (atau digelar juga Abu `Amrah)Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:Aku berkatatanya kpd Rasulallah.'Wahai Rasulullah..Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu.Baginda bersabda: Ucapkanlah,'Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah'-Hadis riwayat al-lmam Muslim.

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- Menurut imam al-Qurtubi pula,istiqomah ialah betul I’tiqad,kata-kata dan perbuatan.

2) Kelebihan Istiqomah
:
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia.Boleh rujuk surah Fusshilat :30-32 dan al-Jin :16.
- diberi keamanan ketika mati,di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira seperti pengampunan dosa,amal diterima dan syurga.

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Ok.Saya copy dan paste hadis yg terdapat dalam kitab himpunan 40 hadith Imam An-Nawawi.Jadi mudah untuk kita memahami apa itu istiqamah.Namun,walaupun kita tahu betapa Allah mewajibkan kita untuk istiqamah dlm iman serta besarnya ganjaran yg dijanjikan kpd kita,kita masih juga tidak mampu untuk istiqamah.Kenapa ek?

Istiqamah itu sukar kerana kita melakukan sesuatu yg bertentangan dengan nafsu kita.Nafsu sentiasa cenderung utk melakukan kerosakan,kebinaan berhibur serta kelalaian.Usah hairan jika anda melihat org yg dahulu istiqamah ke masjid,namun kaki mereka tidak sampai ke masjid,sebaliknya ke warung kopi sebelah masjid kerana terdorong untuk menonton bola sepak.

Antara melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran,meninggalkan maksiat itu mmg lebih susah.

Istiqamah susah kerana kita kurang bersyukur.Melakukan ketaatan kpd Allah sbnrnya satu pilihan drpd Allah,bukan pilihan kita sndiri!Ramai manusia yg dpt bangkit solat subuh wlpun tak dengar azan atau tidur lewat tetapi ramai juga yg rumahnya tepi masjid dan tido sblm isyak,tapi tetap tak dapat bangun utk solat subuh.


Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sekiranya kamu bersyukur,nescaya aku akan menambahkan nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatku,pasti azabku amat berat-surah ibrahim,ayat 7

Betapa pemurahnya Allah!Sudahlah Dia menjadikan kita hidup di bumi,memberi kita rezeki,tempat tinggal, pekerjaan, teman-teman dan mcm-mcm lagi,tetapi Dia hanya mahu kita untuk taat kpdNya.Lalu,sesudah kita taat,Dia ganjarkan pula dgn syurga yg kekal abadi!Oh!Bukankah itu nikmat yg besar dan hebat?

Maka jelas,dapat melakukan ibadah dan meninggalkan maksiat itu satu nikmat.Kufur dgn nikmat itu sprt tidak ikhlas,ujub,riak dan takabbur dlm melaksanakan perintah-perintahNya.Maka bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik 'kemampuan' kita utk taat kpdNya.

Istiqamah juga sukar kerana faktor suasana.Sekadar memberi gambaran,betapa jika saya beriktikaf di masjid,apa yg ada dlm otak ialah solat sunnat,baca quran dan zikir.Hilang hal-hal duniawi buat sementara.Namun,melangkah saja keluar dr masjid,terus terfikir macam-macam.
Mengapa masjid?kerana masjid terdapat persekitaran iman.

Persekitaran juga diertikan dgn maksud dengan siapa kita bergaul.Jika seseorang banyak menghabiskan masa dgn org baik,maka dia akan istiqamah buat baik dan begitula sebaliknya.

Untuk istiqamah juga,kita perlukan motivasi.Bagi saya,motivasi yg paling berkesan ialah satu hadis iaitu,...'amalan yg paling afdhal ialah amalan yg sedikit tetapi dibuat secara istiqamah...'

Cukuplah dgn melakukan amal yg sedikit atau ringan,tetapi hendaklah berterusan.Ramai org tertipu,beranggapan melakukan amalan yg banyak akan diberi ganjaran yg banyak,namun ternyata mereka mudah menjd jemu dan putus asa.Bila sudah 'futur',langsung tak buat.

Ketaatan dgn paras iman itu sama.Jika iman meningkat,mudahlah melakukan taat.Jika iman merudum,senanglah melakukan kemungkaran.Oleh sbb itu,hiduplah dlm jemaah manusia yg boleh menegur dan menasihati kita di kala kita mengalami krisis kejatuhan iman.Kawan-kawan yg baiklah penyelesaiannya.

Akhir sekali,istiqamah sukar tanpa keyakinan bahawa setiap amalan yg aku lakukan,Allah akan beri ganjaran yg setimpal.Ops!bukan pahala yg kita mahu,sebaliknya redhaNya yg kita cari.

Kesimpulannya,istiqamah itu mmg susah tanpa mujahaddah yg tinggi!Seseorang itu hendaklah sentiasa memohon pertolongan drpd Allah Taala.Doalah dgn bersungguh-sungguh.

Jikalau saya ini seorang bos,maka saya pasti akan menaikkan gaji dan pangkat pekerja-pekerja saya yg bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan dan sentiasa konsisten dgn mutu kerjanya.Begitulah jika istiqamah dgn melaksanakan segala suruhanNya.Moga Allah berikan kita darjat yg tinggi,pahala yg berganda-ganda dan bonus syurga yg tiada lagi kesusahan di dalamnya.

p/s-->Wahai Iqbal,perangilah nafsumu sendiri sebelum anda diperangi oleh para malaikat dan Allah Taala.
Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

very nice one.
allah beri idea byk pd awk utk buat entry yg baik. =)

"Ramai manusia yg dpt bangkit solat subuh wlpun tak dengar azan atau tidur lewat tetapi ramai juga yg rumahnya tepi masjid dan tido sblm isyak,tapi tetap tak dapat bangun utk solat subuh." - i like...

Balas
avatar

salam ziarah kat new layout!

hm..huraian y sempurna dan smpai pd maksudnya..
btol2...
kadangkala kita susah ntok istiqomah disebabkan sebab2 y dah dinyatakan..
huk, muhasabah buat diri..

sekadar berkongsi,
manusia itu terdedah pd dua tarikan:

1) tarikan iman, niat,kesedaran dan perasaannya terhdp tanggungjawab. dari sini, dia akan
sentiasa beada dlm beramal salih atau azam kebaikan..

2) tarikan ke2 - tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kpd dunia. menyebabkan dia lalai,malas,pnjg angan2 dan berlengah ntok belajar apa y dia jahili..

huk2..muhasabah buat diri juga..

n berkenaan dgn motivasi,
pd hemat sy, motivasi terbaik itu adalah alquran..
cube try baca link ni,

http://narawastuilmu.blogspot.com/2009/11/dari-mana-datangnya-motivasi-itu.html

mge ad manfaatny..wallahualam..

sekadar perkongsian..

Balas
avatar

assalammualaikum iqbal

memang banyak dugaan bila nak terus berada dalam jalan kebaikan...

Balas
avatar

Inas-->
Allah yang beri ilham menulis...kan?
Untk taat perintah Allah,itu ialah pilihan Allah sendiri..kan?

Tulip putih-->
terima kasih berkongsi!Allah aja yg dapat membalas budi baik saudari.Terima kasih lagi sekali lagi.

kl citizen-->
Cabaran itulah yg best~!hehehe

Balas
avatar

layout baru nih ringan sikit
owh,nice entry
dah baca dgn teliti tadi
teruskan dengan entry yg baru
dapat tambah ilmu agama

Balas
avatar

hans-->
oh!MAAF sgt2 kerana saya rasa entry saya ini mmg panjang...maaf ea..semoga ada manfaatnya..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443