Kontroversi: Ada tak ustazah nak kahwin dgn engineer?

"Adakah perempuan biasa tak layak utk mendapat ustaz?"-statement 1
"Ada ke ustaz yang nak kat engineer?"-statement 2

Dua buah statement yg berbeza lafaz,tapi maksudnya sama.Utk pengetahuan pembaca sekalian,saya terbaca keyataan berikut di status sorg sahabat di facebook.(dirahsiakan!)

Saya tertarik dgn soalan-soalan ini kerana terdapat perkataan ustaz.Siapakah ustaz?umumnya,ustaz diertikan sbgai org berilmu yg mengajar di masjid,di pondok atau di sekolah.

statement 1 memberi maksud seolah-olah ustaz itu hanya layak untuk seorang ustazah dan tidak layak bagi org biasa.Statement kedua pula mengambarkan seolah-olah ustaz tidak berminat dengan perempuan yang bukan ustazah.

Persoalannya,mengapa mereka mahukan ustaz?

Jawapannya mudah kerana gelaran ustaz sinonim dengan baik, taqwa, penyayang, bertanggungjawab dan berilmu.Ustaz juga dianggap sbgai golongan mulia di dalam masyarakat.Jika ada sebarang masalah berkaitan agama,pasti ustaz akan dijadikan sumber rujukan.

(ustaz kecil.hehe)
Roh dan jasad manusia mmg sifatnya suka kepada kebaikan.Maka mereka akn mudah tertarik dgn org-org yg baik seperti ustaz.

Kalian pernah tak membaca satu ayat drpd Quran",..sesungguhnya org yang mulia di sisi Allah ialah orang yg paling bertaqwa.."-(49;13).Dalam ayat ini Allah telah perincikan kpd kita,siapakah yang kita patut muliakan dan siapa yang kita tak patut muliakan.

Sebagai orang awam,saya sedikit terkilan dgn sikap sesetengah anggota masyarakat yg menilai manusia dgn kelulusan.Manusia akan dianggap mulia jika dia lepasan universiti luar negara.Manusia akan dianggap mulia jika dia memegang ijazah,master atau Ph.D atau apa-apa sijil.Adakah ini cara kita memuliakan manusia? (soalan ini kembali kpd penulis)

Salah satu adab sesama manusia ialah dgn memuliakan ulama,menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak.Siapakah ulama yg Nabi suruh kita muliakan mereka?

Ulama ialah org-org yg mahir dengan Quran dan dekat dengan sunnah.Merekalah org yg paling menyerupai Baginda.Allah sudah tetapkan,manusia yang berjaya ialah manusia yg dapat taat segala perintah Allah dan dapat ikut semua sunnah Baginda.Mereka inilah yang patut kita muliakan sebenarnya.

Ada ramai ustaz yang kelulusan akademik mereka ternyata hebat,tetapi ternyata tak sedikit ustaz yg tak bertaqwa.Ramai juga yg tidak mempraktikkan ilmu yg mereka belajar 5 tahun di unversiti dalam kehidupan mereka.Ramai juga ustaz yg terang-terang menyokong ajaran sesat sekular.Ramai juga ustaz yg menggunakan ilmu mereka untuk menyesatkan orang lain dgn kata-katanya dan tidak sedikit pula ustaz-ustaz yg berjaya memecahkan silaturrahim umat islam.

Orang yg berilmu tak semestinya ustaz kerana org yg berilmu hendaklah benar ilmunya!Ilmu yg benar terasnya hidayah dan taufik.Dgn ilmu ini,kita bisa membezakan haq dan batil.Dengan ilmu juga kita tahu apa perintah Allah dan kita taat.Dgn ilmu juga kita tahu apa sunnah Nabi lalu kita ikut semuanya.

Pernah anda dengar ungkapan seorang tokoh yg berilmu,'Nabi Muhammad berjanggut kerana di zaman Baginda tiada gillet(pisau pencukur)' atau pernah dengar,'jika kita laksanakan hudud maka pasti org ramailah yg kudung tangan.Lepas tu nak kerat apa?kaki?lepas tu kerat apa lagi?..'(lebih kurang begitulah kata-katanya)

Ada satu kisah benar diceritakan oleh seorang doktor.Di hospital,dia banyak mengalami kes kematian pesakit.Pernah ditanya kpdnya sepanjang puluhan tahun dia mentalkinkan org mati,ada tak org yg mati sempat ucap kalimah Lailahaillallah.Beliau menjawab hanya seorang budak mat rempit sahaja yg boleh mengucap kalimah agung ini dan bila diperiksa ternyata mat rempit ini menyimpan miswak(kayu sugi) di dalam koceknya.

Allah memuliakan mat rempit kerana budak tu cinta kpd sunnah nabi.

Org yg berilmu mesti tahu bahawa sunnah membawa kejayaan.Apa yg Nabi s.a.w buat atau sabdakan,semuanya datang drpd Allah.Kita manusia yg kononnya berilmu banyak pula mempertikaikan sunnah Baginda.Ketahuilah,antara fadhilat bersiwak ialah mudah utk mengucapkan kalimah Lailahaillallah sblm mati dan yakinlah,wajib syurga bagi mereka yg berjaya mengucapkan kalimah agung ini.

Orang yg berilmu pasti tahu dakwah itu wajib.Tapi berapa ramai yg sanggup tiru Baginda Nabi s.a.w dan para sahabat r.a yg siang-siang mereka seperti singa,mengajak manusia meningglkan taghut serta mengisbatkan Allah,dan malam-malam mereka seperti tikus yg merintih bermunajat moga Allah kurniakan hidayah kpd setiap manusia terutama diri mereka.Sedangkan tidak sedikit ustaz yg hanya melihat kemungkaran dilakukan di hadapan mereka!Sedangkan mereka ada mulut untuk menegur dan mereka ada 'baju besi' utk menghalang panah!

Kesimpulannya,Allah telah menetapkan kejayaan kita dgn sejauh mana kita taat semua perintah Allah dan ikut sunnah Baginda s.a.w.Mendapat gelaran ustaz itu tidak menjadikan seseorang itu mulia disisi Allah.Sebaliknya tahap ketaqwaan itulah yg patut kita gunakan sbgai kayu ukur nilai kemulian seseorang.Mahukan suamimu ustaz?lebih baik jika kamu cari orang yang bertaqwa.

'Perempuan-perempuan yg keji untuk lelaki yg keji sedangkan perempuan yg baik utk lelaki yg baik...'(An-nur ayat 26)

NOTA PENTING- entry ni disiarkan pd 22/12/2010.Saya sengaja re-publish semula sbb saya yakin ramai kg yg tak faham tentang konsep mulia tu.moga bermanfaat~
Previous
Next Post »
37 Komentar
avatar

salam adik iqbal..

humm..entri yg baik. terme kasih berkongsi.

zaman skrg nih, org yg blaja agama ramai yang tewas. makin hebat penguasaan ilmu agama, syaitan yg mggoda pun bukan pangkat bawahan, maka disinilah ramai yg tewas dgn hasutan hebat para syaitan.

bg akak, dont jugde the book by its cover. ustaz bukan malaikat, ustazah bukan maksum. sekadar lulusan luar negara apa ade? gelaran ustaz tu xda makna kalau hati dan amalan di jalan syaitan.

gelaran tidak memberi makna, tetapi, hati yg memiliki taqwa itu yg penting..

Balas
avatar

erhmmm.. perasan juga pasal ni..
kalau ustaz.. jodohnye mesti dengan ustazah.

mungkin ada pasangan yg berlawanan. tapi kurang...

Balas
avatar

Ade ke ustaz nak kat engineer?

Saya rasa, ataupun ini memang mindset saya, ataupun apa yang saya nampak, (kesimpulannya ini ialah berdasarkan pengamatan saya semata-mata). Memang persoalan yang kerap bermain di fikiran ialah, ade ke ustaz nak kat sa.. err engineer? Engineer sinonim dengan ganeih!hehe, panjat sana, panjat sini. Keje kat pelantar minyak pun ade! Hehe. Doctor sinonim dengan lembut. Tapi, saya engineer to be. InsyaAllah :) And im happy with it. Kenapa saya pilih engineering? Sebab dulu nak amek medic. Tapi SPM biologi dapat B3. Jadi saya terus tukar pilih engineering. Agak kentang disitu. Tapi setelah 'membesar dan menempuh ranjau sebagai seorang pelajar engine', saya dah tak boleh tengok darah. Tengok orang accident ke, tengok mata mat rempit tersembul keluar sebab accident tapi mat rempit tu tak mati lagi, memang saya dah tak boleh tengok darah. Darah orang lain la. So, sekarang saya rasa, ada hikmahnya Allah bagi saya B3 dalam SPM. Sebab kalau Allah bagi saya A untuk bio dalam SPM, dan saya teruskan amek medic, saya takut silap haribulan, pesakit yang rawat doktor. Bukan doktor yang rawat pesakit. Hehe. Jadi, saya suka je engineering. Ok, back on track. Saya aci kerat kuku, selalunya ustaz-ustaz nak isteri yang lembut-lembut ja. Kalau boleh, nak isterinya yang kerja sebagai cikgu/surirumah/doctor. Yang penting bukan engineer. Sebab engineer lasak kot. Tak sesuai dengan kehendak seorang lelaki. Pendapat kamu? Saya banyak cakap hari ini. Sori! huhu

Balas
avatar

Salam...

Semua ketetapan kehidupan makhluk di alam ini ditetapkan oleh Allah SWT termasuklah jodoh. Bila sampai waktu ketetapan yang telah Allah rencanakan maka berlakulah ia, tidak perlu kita persoalkan jodoh seorang dgn seseorang.

Allah yang menggerakkan hati seseorang itu utk menyayangi dan mengasihi bakal pasangannya.

Balas
avatar

Salam Iqbal..

Kalau nak tetapkan cikgu dengan cikgu, doc dgn doc, atau ustazah dgn ustaz, itu seolah mendiskriminasikan jodoh, sedangkan ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah.

Biar je. Artis pun boleh kawen ngan Ahli Parlimen,... Hehehehe

Balas
avatar

kepada semua-->
terima kasih banyak2 kerana sudi baca dan memahami.Saya tidak meolak ketentuan Allah cuma saya mahu membuka mata manusia sejagat bahawa tidak semestinya ustaz sahaja yg alim,sebaliknya engineers juga alim.Bukankah kita patut berusaha?same thing apply here.Kita usaha cari jodoh terbaik..biar Allah yg tentukan setakat mana usaha kita..

Balas
avatar

komen sy :

buleh sgt ustaz kawhin dgn bkn ustazah =D klau dh jdoh kn..
blum tntu lgi klau dpt ustzah, akn bhagia.ade ustzah yg trer ilmu agma, tpi bab kbersihan, ptong kuku, pkai tdung pn renyuk2, lipatan xbetul, garang mcm singa..ha..(ni based on crmah yg sy dgr hari tu)

rmai ustzah yg elok2, n xkurg jge yg xbrape m'jage bab2 laen. bgitu gak dgn org byase..cm engineer ke..nmpk mcm lasak, tpi hakikatny, ble dpn hsband, mne twu lmah lmbut je.ilmu agma pn ade ;) buleh la bncang2 dgn husband.

Ape2pn, soal jodoh tu, Allah yg ttapkan, dgn siapa kta djdohkan akhrnya, redha n terima seadanya =)

Balas
avatar

ye..kebanyakan minda masyarakat Malaysia sekarang hanya memndang kepada klulusan dlm bidang akademik tanpa menitik beratkan soal iman dan akhlak seseorang..akibatnya,perkahwinan ramai x berkekalan sehingga mati seperti yng diharapkan..moga-moga kita tergolong dalam golongan yang cemerlang dalam akhlak dan akademik..insyaAllah..

Balas
avatar

"Nabi Muhammad x bercukur sebab x de gillet"...saye rase saye tau sape pemimpin yang celaka tue..minta maaf bahasa kasar..

Balas
avatar

salam iqbal best entry awak kali ini,
dalam islam kita disuruh untuk mencari yang sekufu dengan kita agar bila dah berumahtangga tidak akan menjadi beban buat kita.. dlm mencari isu yang soleh buat solehah atau solehah buat si soleh itu semua jodoh sebenarnya... boleh jadi Allah temukan kita dengan orang yang kurang agamanya kerana Allah mahu kita betulkan dia kepada yang lebih baik. Boleh jadi Allah temukan kita jodoh yang lebih baik berbanding kita agar kita bertambah dekat denganNYA.. Semua itu ada hikmahnya.. Allah tidak akan ciptakan manusia dengan sia-sia..
"SETIAP WAKTU DIA(ALLAH) BERADA DALAM KESIBUKAN." (Ar-Rahman:29)

Balas
avatar

~to you know who im..
sayer same mcm kamu..org takot dgn engineer or 'engineer to-be' sbb ke'ganas'an yg ade..dan org takot dpt isteri engineer..krn exposure nye..

saidatina Hafsah juga keras org nye..mewarisi peribadi Saidina Umar al-khattab..Rasulullah S.A.W. sndr pernah jauh hati dgn Hafsah..tp dia tetap Ummul Mukminin..isteri Rasulullah S.A.W. di syurga jua nanti kata Jibril..
wallahualam =)

Balas
avatar

Jodoh pertemuan di tangan tuhan...
mak aku seorang ustazah dan di takdir kan jodoh nya dengan seorang askar yang dulu nya agak jahil tentang agama...
alhamdulilah abah aku kini sudah banyak berumah..mungkin mak aku di jodohkan dgn abah aku untuk membimbing nya..

Balas
avatar

nazierah-->
Ape2pn, soal jodoh tu, Allah yg ttapkan, dgn siapa kta djdohkan akhrnya, redha n terima seadanya =)

Yup!thats right!tapi kena la usaha jugak cari.sedangkan nasi pun takkan datang dpn mata,inikan pula jodoh..haha...well,kamu nak ustaz ke?haha


nazrul fazli-->
cemerlang dunia dan cemerlang akhirat!itu matlamat saya juga as i'm gonna be that engineer!haha...bebab dakwah ini terletak di bahu setiap manusia,baik ustaz mahupun engineer hatta pencacai pun...kan?


pengidam syurga-->
semua itu ada hikmahnya dan hikmah hanya boleh diperhatikan dengan mata hati... =)


fara jeff-->
mengapa perlu takut kpd engineer yg sinonim dgn keras?boleh jadi mereka lebih bertaqwa drpd ustaz-ustaz.Boleh jadi juga engineer yg banyak gaji inilah yg membiayai pengajian ustaz-ustaz itu...
papepun,pilihlah pasangan hidup yg soleh atau solehah


imam-->
bro,aku pun mcm ko gak.Mak aku ustazah tp bapak aku org biasa.so dlm banyak hal,bapak aku diam dan dengar,kdg2 menambah bila masa aku 'diajar' oleh mak aku.haha..oh!miss that moment!

Balas
avatar

salam

tak semestinya.
walaupun bilangan ustaz kawin dgn ustazah tu ramai..
ada kenalan, suaminya wartawan sedangkan dia bergelar ustazah.
lain kan?

err..jwb soalan tak ni?
hehe

Balas
avatar

assalamualaikum wbt.

nak tumpang tnye..ustzh ni mksdnye..guru pmpn yg ngajar agama sahaja or any subjects?eventhough sy ni trainee teacher but somehow bnd cmni leh gk wt kite konpius ;p

kt mktb sy, ade bkl2 ustzh n ustz yg da btunang..yg laki..biasela..their tendency to choose their partner based on their job too...klu dh ustaz..mst cri pendidik juge..tp bkn sume..jodoh kn di tgan tuhan..

if ustzh lak..xramai la tunang ngn ustaz..ade la gk tp mostly parents jdohkan so ad yg dpt dktr,pegawai,lecturer..

ni skop di kolej sy..dunie luar..tatawla..

in a nutshell,i think ur post is a bit bias but maybe it is ur own way to catch others eye.

salam.

Balas
avatar

salam :

jodoh pertemuan di tangan Tuhan..Allah menciptakan sepasang suami isteri itu utk saling melengkapi, untuk saling menutupi kelemahan antara satu sama lain..pengamatan sy kat uia sendiri, fenomena kawin dlm waktu blajar mmg perkara biasa, dan ramai jgk student engineering jodohnya dgn student bidang agama, camtu jgk dgn student2 course2 lain, engineering ke, economic ke, law ke, itu semua sekadar utk memenuhi tuntutan sijil di dunia, tapi kesungguhan individu masing2 utk memantapkan bekalan ilmu di dada, itulah yg sepatutnya mnjadi nilaian, seterusnya usaha utk terus istiqomah dgn ilmu yg di kurniakan.. nilailah dgn pandangan Allah..:)

Balas
avatar

nak baca semua komen ni tp tak terdaya.. huhu.

i dont have comments but i want to say that..

i just love guys who come out to meet people and talk about Allah Almighty.

Balas
avatar

TERIMA KASIH SEMUA YANG MENINGGALKAN KOMEN.SEMOGA UKHWAH KITA DIBERKATI ALLAH TAALA =)

Balas
avatar

to Anon

wut do u mean by his post is a little bit bias? errr i dont get ye

Balas
avatar

assalamualaikum wbt..

to me..ad x ustzh nk kwin dgn engineer 2..bias cz knpe ustzh?i think it put other muslimah yg keje slaen dr ustzh 2 tidak menjd pilihan org lelaki..sdgkan sy pnh brjumpe dktr prmpn yg hafal Al-Quran n evrtym i went to met her,tak lekang kalam Allah dari mlut die.ade je die nsihatkan sy macm2..

everyone got their own style n talent to write..maybe sbb sy ni seorg bkl guru bidang bahasa..penilaian sy terikat dgn gaya penulisan di mana kita tidak boleh menjadikan status,pgkat,jantina,agama sebagai persoalan kerana ia mungkin menyinggung pembaca..sorry2~ :)

1 of my lect told me, jgn memilih jodoh yg baik untuk kamu tetapi kamu sendiri tidak layak untuknya.
tapi,jika jdoh kamu itu tidak baik seperti kamu,ubahlah ia dan jika jdoh kamu tu baik then teladanilah dia.

then,some1 argued..jodoh di tgn tuhan.rmai je org yg xbrape alim dpt jdoh alim.dlm Al-Quran ada sebut..
'Perempuan-perempuan yg keji untuk lelaki yg keji sedangkan perempuan yg baik utk lelaki yg baik...'(An-nur ayat 26)

lect tu pon answered, siapa kita nak menilai seseorang itu keji ataupun tidak..siapa kita nak menilai iman seseorang serta taqwanya..(by dat tym,whole of my class tunduk je..including me..nk nanges pn ade..)

lect 2 smbung lg..wpun sy ni seorang lect agama yg dipggil ustzh, adakah iman sy ni tinggi sgt dari iman seorang yg tidak bergelar ustzh?ilmu agama yg byk kt dada sy ni klu sy x amalkan..mgkin iman sy ni rendah sgt disisi tuhan kita.

tepuk dada tanya iman.

tidak perlulah kita menilai seseorang dari gelaran mahupun pangkat serta pendidikan kerana ALLAH itu maha mengetahui keikhlasan hambanya memenuhi tuntutan agama.

p/s: sorry klu sy menyinggung tuan punye blog :)

Balas
avatar

salam.
hm, after reading the whole comments from the readers..

tak tahu la kan nk comment ape..
ape2 pon, jgn la m'judge org by the appearance, their look, their ways of life, lifestle, and so on..

how sure are you if, the ones who are so bad at their looking, their ways of life, lebih mulia dr kita dr pandangan Allah..

ksmpulan kat sini, ukuran kemuliaan seseorang hamba hina ALLAH S.W.T hanya la pada ketakwaan seorang pdNya semata-mata bukan pd apa y dia ada..

kita insan y hina TAK PATUT untuk mengukur kebahagian seseorang...
kebahagian itu hanya hadir dariNya..

so, ape2 pon, reflek pada diri masing2,sejauh mana ketaqwaan kita..

n jodoh itu ketentuannya..spt y dah di explain oleh commenters kat atas ni..
ade hikmah atas segala ketetapan y ditetapkan oleh Allah

redha ats segalanya..insyaAllah.=)

y to anonymous:

mybe awak ckp a bit bias sbb gune term 'ustazah' ea..
pndpat sy, mungkin tuan punya blog nk highlight kan on 'gelaran' itu mmbawa kemulian, bukan tahap ketakwaan itu..
meaning, masyarakat kini lebih concern on 'gelaran' or 'status' seseorang dlm masyarakat, instead of tahap ketakwaan seseorang individu itu pada tuhannya..

just my poor opinion,
minta maaf jika ada mengguris mana2 hati pembaca..
wallahualam...=)

Balas
avatar

sory, ade trtinggal:

how sure are you if, the ones who are so bad at their looking, their ways of life, lebih

mulia dr kita dr pandangan Allah..
mybe some of them need time to correct or improve their ways of life..

Balas
avatar

TUAN PUNYA BLOG tak tersinggung pun sebab dia tahu ada org salah faham tentang post ini.Sbb my point is,org yg mulia ialah org yg bertaqwa,bukannya ustaz-ustazah...saya cuma sentuh sikit tentang jodoh..dan rasanya tiada lgsung part jodoh yg saya pertikaikan.Ada ke?kalau ada saya mintak maaf ya..jgnla berhenti drpd membaca blog ini dgn kesilapa saya itu.Saya bukan maksum..
=)

Balas
avatar

salam iqbal...!!!

wawawawa!!!terlepas entri nie.. hak3..!! aduh x larat nk bca semua coment.. nk comment apa pn dh tak taw dh... tapi apa yg psti dont judge a book by its cover.....

err about surah An-Nur ayt 26 yg brmaksud perempuan yg keji untk lelaki yg keji dn prempuan yg baik hnya untuk lelaki yg baik... kt sini bleh tak klau saya nak wat satu kesimpulan, klau prempuan yg keji tu berubah jadi baik maka x layak ke dia untk lelaki baik?? then klau prempuan yg baik tu pulak jd jhat layak ke dye tuk lelaki baik?? wat i want to stress here is that Allah tu maha berkuasa and Dia bleh flipkan hati n iman kita juz like that... sekelip mata je... kadang2 orag yg alim macam ulama pn bleh turn into beast taw x.. na'uzubillah... sy tak tujukan pada sesiapa.. cuma sy teringat yg saya prnah mnonton satu telemovie kt astro tajuknye "Antara Garisan".. sesungguhnya selepas menonton cerita itu hati sy berasa sgt insaf dn yg pasti iman itu sntiasa ada turun naiknya... apa yg pntig istiqamah..^^

yg pasal layak ke tak ustaz n ustzah tu dgn engineer or wat so ever called jwatan2 lain, sy rasa x mnjadi persoalan pun sebb mcm yg kita semua taw jodoh pertemuan Allah yang tentukan... di Luh Mahfuz segalanya telah dirancang utk kita semua.. kita kena terima apa shaja yg d cakapkan dengan hati yg terbuka... dont juz look on one prspective.. buka pndangan anda dari sudut yang lain juga.. lihat pd dua2 bhagian iaitu ngative dn positif...

one more about pagkat ke taraf ke darjat ke or education level yang pd pndangan saya menjadi ciri utama dalam mncari jodoh.. hahahaha... sy tak taw knapa itu yg mnjadi ciri utama.. sedangkan Rasulullah menekankan bahawa agama menjadi ciri pertama dalam mncari pasangan hidup.. kedua keturunannya ketiga barulah harta nye dn ke 4 rupa prasnya..(peringatn kpd sy sndiri.. tolong btul kan jika sy salah...).. bia tiada kelulusan yg diiktiraf oleh dunia janji dye memiliki amalan dan ibadat yang mendpat pengiktirafan dr Yang Maha Esa.. =))

p/s dr sy: impikan seseorang yg mampu membimbing sy di dunia mahupun d akhirat kelak dn yg penting dye perlulah mmpunyai ilmu agama yg melebihi saya supaya dye boleh membimbing sy... actually kn klau kita wt satu list apa yg kita idamkan dn apa yg kita tak idamkan, selalunya 70% dr apa yg kita idamkan tu tak kan dapat sebab Allah tu maha adil.. dn sesungguhnya Dia maha mengetahui.. =)

note: sorry lew iqbal lepas geram lak g komen panjag2 nie... then klau ada komen yg terkeluar dr tajuk hrap d maafkan la yeh.. apa pn pun iqbal, kuatkan smangat then fightin'!! salam..

Balas
avatar

panjangnya komen cikgu aira!TERIMA KASIH kerana beri pendapat juga.betul kata-kata cikgu tu..

Balas
avatar

"ikan di air, asam di darat, dalam periuk, bertemu jua"

xkisah siapa pun
kalaulah jodoh menetapkan itu, rasanya tiada yang mampu menolak :)

Ps: Mungkin tuan tanah boleh cuba baca karya terbaru Noor Suraya -Jaja & Din, hal seorang wanita biasa yang pergi meminang ustaz ;D

Balas
avatar

Salam semua. Sebagai seorang engineer to be, saya cuma terfikir la. Agak sukar/ saya memang tak pernah nampak lagi seorang ustaz memilih seorang engineer sebagai isterinya.

Lets put us in one situation.
Ada seorang ustaz (kita anggap la ustaz di sini baik dan sangat bertaqwa etc). Dan ada 2 orang calon isteri. (Dua-dua sama cantik, sama baik, sama soleh, cuma seorang bekerja sebagai ustazah, seorang lagi bekerja sebagai engineer). Selalunya, (selalunya ye) seorang ustaz tend to choose ustazah as his wife.

Somehow it makes me wonder, kenapa ye macam takde ustaz nak jadikan seorang engineer sebagai isterinye. Memang jodoh telah ditentukan oleh Allah. But im not talking about that point right now. Kesimpulannya, memang manusia akan menilai manusia yang lain dengan gelaran. For me, mungkin saya mengharapkan seorang engineer yang tahu ilmu engine juga tahu ilmu akhirat. :)

Balas
avatar

zaman skrg ni..hmmm org yg kte lihat baik..org 2 la yg paling jahat dn mlakukn perbuatan terkutuk..susah utk kte jgke peribadi seseorg berdasarkn peribadi luarannya..even die mrupakan seorg ustaz atau pn ustazah..:) kn3..??

Balas
avatar

gelaran tak melambangkan taqwa & ilmu yang dimiliki..

tak harap pun pada yang hebat.. cuma harap dapat sorang lelaki yg mampu bimbing sya ke jalan ALLAH..

cute la budak tu heheee

Balas
avatar

profesyen tu tak melambangkan apa2.. itu hanya kerjaya.. hati dan perasaan juga tak akan bertaut hanya kerana title ustazah dengan ustaz atau engineer sesama engineer. tidak... tak mustahil seorang yang bekerjaya tinggi berkahwin dengan penagih dadah? ada, bukan?

begitu juga dengan beberapa sikap masyarakat yang letakkan syarat nak menantu atau suami/isteri hanya dari negeri sekian sekian... mana mungkin? kalau jodoh dengan negeri lain, bagaimana? mahukah kita menolak suratan takdir? tidak, bukan?


kerja apa pun tak jaminkan jodoh... jodoh tu ketentuan Allah.. realitinya, makcik dni ustazah di sebuah politeknik dan berkahwin dengan seorang engineer di syarikat swasta. pertemuan pula tidak diduga... sudah jodoh.. takkan kemana..


kerja apa pun tak kisah, asalkan bahagia ^__^

Big Fish Moment with Pizza Hut

Balas
avatar

uikkk...ntahlah...aku no komen arr bende ni...

sbb aku bukan ustaz dan bukan juga engineer...dan aku bljr pun tak tinggi...so...aku tak tau arr dorg ni camana...aku harap seme ok ok je arr...hehe

Balas
avatar

bg saya,jodoh tu ketentuan Allah. saya pn pernah terfikir gak mcm tu dulu. tp yg penting kita reflek gak diri kita ni sape. kita ingin sesuatu yg baik tp diri kita sendiri tak merubah ke arah demikian.

tapi yang ingin saya state kat sini,jangan melihat profesion je kita menilai seseorang itu baik. itu luaran je. jgn ingat org pakai kopiah selalu,dia tu alim. Allah tidak menilai melalui pemakain. jn ingat org kerja ustaz,dia tu bebas dari melakukan dosa. sebab dia pun manusia biasa,bukan nabi. dan jgn terlalu taksub dngn kata2 sorang ustaz,mksud di sini bukan tak nak percaya apa yg ustaz tu kata tp kena selidik dari pelbagai sumber juga,tanya ustaz lain gak. sebab kata-kata dan percakapan sorang ustaz tu bukan dalil aqli mcm nabi.

ntah...tu pendapat saya je. harap maaf lau tersinggung,minta diperbetulkan kalau salah.

Balas
avatar

semua org kena paham konsep sekufu dlm islam....hak perempuan & wali mujbirnya unt memilih bakal pasangan yg sekufu..kufu yg paling penting ialah kufu dr segi ketaqwaan... ade je guru bahasa inggeris yg layak jadi ustazah..tapi dia ta dipanggil ustazah sbb die ngaja BI..engineer cam Ir ex-MB perak tuh bagus gak kan?? :)

Balas
avatar

perempuan yg baik untuk lelaki yg baik.. :)

tak kisahlah engineer dgn ustazah..
asalkan ke2nya baik
dlm quran pun x cakap engineer dgn engineer...:)

p/s: kalau dpt tahfiz sgt bonusssss.. <3..bersyukur

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Assalamualaikum..

Cuma singgah di sini untuk menyatakan rasa terima kasih kpd Inche Iqbal sebab entry2 awak selalu saya jadikan sumber/bahan bacaan tika diri rasa mahu bermuhasabah.Sungguh, saya hati saya terkesan. Terima Kasih pada Inche Iqbal, dan syukur pada Dia yang Maha Pengasih kerana masih memberi kesempatan untuk saya muhasabah diri.

Terima kasih.

Balas
avatar

kepada 'engineer to be' atau 'engineer is me'^^
cepat tunjukkan yang engineer pun pandai la nak lembut2.mana diorang tau perempuan tu kasar?sebab profesion je.cheh.sdgkan askar pun tak semestinya garang.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443