Terkenang kembali hari-hari awal saya bernafas dalam jiwa hamba. Kalau tak silap suku akhir tahun 2008. Syukur, Allah beri 'hadiah' yang sangat bernilai iaitu hidayah. Saya tidak lahir dari keluarga alim-ulama, tidak juga mendapat pendidikan di sekolah agama, jauh sekali aktif berdakwah semasa sekolah dahulu.
Namun, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambanya, maka tidak akan ada satu kuasa pun yang dapat menghalang kehendak Allah itu. Sungguh!
Lain orang, lain cara dapat hidayah.
Ramai orang menemui hidayah melalui jalan yang sukar seperti kehilangan ahli keluarga, muflis, kehilangan harta-benda dan mungkin ditimpa kecelakaan yang meragut nikmat sihat. Ada juga yang beroleh hidayah melalui paksaan seperti seorang anak yang dirotan bapanya kerana malas solat, atau seorang anak murid yang didenda oleh gurunya kerana tidak sopannya, atau mungkin juga anak gadis yg dipaksa berkahwin dgn lelaki soleh yang bukan pilihan hatinya. Namun akhirnya, hidayah Allah datang melalui jalan itu.
Ada juga yang beroleh hidayah melalui pencarian yang panjang. Nabi Ibrahim sendiri tercari-cari siapa tuhannya. Pernah dia membayangkan tuhannya berhala ,namun ternyata berhala itu ciptaan manusia, tidak mampu bergerak apatah lagi berkata-kata. Pernah juga dia menyangka tuhan itu matahari yang bercahaya terang menerangi seluruh alam kala siang. Namun akhirnya matahari bergerak dan diganti dengan gelap malam. Kata Nabi Ibrahim,'Tuhanku pasti tidak akan meninggalkan aku!'. Pencarian demi pencarian akhirnya menemukannya dengan Allah, pemilik alam ini.
Juga, ada orang dikurniakan nikmat hidayah melalui suasananya. Anak cina tertarik dengan islam kerana berkawan dengan anak orang islam. Anak india tertarik dengan islam kerana teman-temannya juga islam. Anak islam menjadi bertaqwa juga kerana sahabat-sahabatnya beriman. Saya juga sama, saya beruntung kerana 'terpengaruh' dengan orang yang baik-baik. Melalui merekalah, Allah turunkan hidayah.
Terhalang.
Tapi...umat islam harini tidak lagi boleh menjadi contoh buat non-muslim. Mengapa?
Sikap umat islam yg berdiri di muka pintu, tidak keluar dan tidak masuk menyebabkan orang-orang yang mahu masuk melalui pintu itu terhalang. Maknanya, orang islam kini ramai hanya islam pada nama.Tidak mengamalkan islam, tetapi mengaku islam! Ini menyebabkan orang-orang yang mahu masuk ke dalam islam tawar hati.
Sedikit perbandingan.
Hari-hari awal saya menerima hidayah, memang saya tinggal terus semua tabiat buruk saya dahulu. Antaranya tabiat mencarut dan mengarut yang sejak dari sekolah (sekolah lelaki,faham-fahamlah), sangat kronik. Syukur alhamdulillah tabiat tu tinggal terus, juga sifat-sifat buruk dan keji yang lain. Tak perlulah saya membuka pekung sendiri. Cukuplah. Saya serik menjadi orang yang tidak faham mengapa Allah jadikan saya manusia, bukannya burung atau pokok.
Jika dulu, hendak datang kepada perintah Allah,mudah! Biasalah, jika hati sudah 'diganti' dengan yang baru. Putih bersih berkilat, maka tentu performance bagus. Efficient. Namun semakin hari-semakin susah nak istiqamah dengan amal-amal baik. Jika dahulu kadar maksiat dan dosa hanyalah berlaku dgn tidak sengaja, tapi sekarang benyak pula dosa yang disengajakan.
Ah! Aku gagal utk beristiqamah!
Bukankah meninggalkan dosa itu juga satu perintah? bukankah melaksanakan perintah Allah itu ibadah?
Benar! tapi susah sekali hendak istiqamah lebih-lebih lagi dalam perkara meninggalkan dosa!
Kesimpulan
Semua orang perlu mencari hidayah. 'Ikat tali unta dahulu, kemudian bertawakkal'-riwayat ahmad. Yakinlah, jika kita mendatangi (ingin mencari petunjuk) Allah dengan berjalan,Allah akan mendatangi kita(memudahkan jalan bagi kita) dengan berlari. Usah mengamalkan prinsip 'bulan jatuh ke riba'.
Fikirlah, adakah kita mampu menahan sakit dan peritnya azab Allah yang di akhirat kelak, 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun dunia ini? Jika jawapannya 'tidak', ayuh kita berhijrah.
22 Komentar
salam!
Balaswaaa..seriously best!
btol2..
mmg susah jugak nak istiqomah.unless, hati kite kuat ntok bermujahadah..
insyaAllah..
sgt benar..cara n wasilah Allah hadirkan hidayah dlm hati tu berbeza antara satu individu muslim dgn yang lain..cume depends kat kite jugak kan either nak grab ke x?..
hm,
btol3..
hidayah itu perlu dicari, bukan datang jatuh ke riba..
namun ape2 pon, kite hanya mampu berusaha,
hidayah itu semua milikNya..
Allah yang Maha Mengetahui..
mge trus istiqomah.
insyaAllah..
salam iba :)
Balasiba, mmg susah utk kite istiqamah :)
ape yg boleh kite lakukan adalah utk sentiasa berdoa dan kita berhijrah sikit2 :)
lame kelamaan, perkara yang baik itu insya-ALLAH akan tertanam dlm diri kita :)
bgus pOst ni sebagai 'reflection' kpd diri sendiri :)
Selalu berdo'a agar hati kita tidak berpaling setelah diberi petunjuk disamping berusaha untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari
BalasSubhanallah =)
Balaseh eh..nk tmbh komen!=D
Balaspnah dgr x,
klau b'temu dgn org kafir,maka ktakanlah(dalam hati):
"Aku tdk thu bgaimana keadaannya kelak, mngkin di akhir usianya dia mmeluk Islam dan b'amal soleh.Dan mungkin boleh jdi di akhir usia driku kufur dan b'buat buruk..
hidayah itu smemangnya mlik Allah,
1st time dgr ayat 'hidayah itu perlu dicari' dri blog kak safiqa a.k.a tulip putih 1 msa dlu =)
share2 la perjlanan hidup smasa dlm proses Allah beri hidayah tu =D msti ada peristiwa di sebaliknya kn..insyaAllah, kbaikan yg dceritakan utk djdikan cntoh&pngjran itu plakuan yg mulia disisiNya..moge2 kta smua dpt mnfaat & moge2 dpt trus b'istiqomah di jalanNya..Aaamiin..
setiap hari aku memohon agar di beri petunjuk dan mendapat hidayah dari-Nya/
BalasInsyaAllah
tulip putih-->
Balasiya...saya akan sentiasa mencari hidayah..
muz-->
salam muz!lama tak dengar khabar!oh...rindunya..
Apa yg ko kata tu betul~mmg kita perlukan penghijrahan yg sedikit demi sedikit.Biar konsisten agar menjadi kebiasaan dan akan istiqamah...
kak tirana-->
Iya,kena selalu berdoa.Doanya sendiri telah dinukilkan di dalam al-Quran.Surah Ali-Imran ayat 8.
"Ya Tuhan kami,jgnlah Engkau jadikan hati kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami,dan kurniakanlah kpd kami rahmat dari sisiMu,kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia)"
Nazierah-->
Terima kasih atas doa kamu.Saya juga akan sentiasa mendoakan kamu juga.insyaAllah.Proses semasa mula-mula mendapat hidayah?er...rasanya biasa-biasa saja kot.Tengoklah,kalau boleh dibuat sbgai kisah yg memberi ikhtibar,akan saya usahakan~ =)
si-Tedi-->
iya,kena mintaj hari2..doa nya dirakamkan dlm ayat 8 surah Ali-Imran.
assalammualaikum
Balasiman pun ada pasang surutnya...
kerana hati kita pun sering berbolakbalik.
apa pun, doa kita agar matinya kita sebagai syuhada, dan dihimpunkan kita nanti bersama orang2 soleh
salam iqbal...
Balas"Dan mereka yang bersungguh2 mendapatkan kami (ALLAH) nescaya Kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan2 Kami"
(Al-Ankabut 69:29)
Berdoalah agar kita diberi hidayah,istiqomah dan tidak jadikan hati kita kearah kesesatan dan sentiasa dirahmati oleh ALLAH...
Syukur Alhamdulillah dik jika hidayah Allah itu dianugerahkan utkmu...manafaatkan lah dan mohonlah pada Allah agar kita sentiasa berada di jalan yg benar dan diredhaiNya...Aminnn
BalasKl citizen-->
Balassalam kak..iya..iman ada pasang surutnya.itu yg menakutkan tu...jika saya mati dlm keadaan iman saya surut,oh!sia-sianya hidup..
cun)9-->
salam kak~
iya,saya akan sentiasa berdoa agar diberi hidayah sentiasa.
puteri92-->
Terima kasih kak.Mohon didoakan agar hidayahNya akan kekal bersama kita..
betul tu
Balasbudak2 islam skrg xleh nak dijadikan contoh
kalau nak berdakwah kang kena batang hidung balik
susah
subhanallah..=)
Balassgt2 bergune..
sronok sye bce..
terime kasih krne berkongsi ye..
ad sdikit sbyk ilmu yg sye dpt n sye bru tw..
moge sentiase dirahmati ALLAH dan dpt tros beristiqmh di jlnNYA..
insyALLAH,,amiinn..
=)
hans-->
BalasOps!rasanya saudara tersalah tafsir kata-kata saya.Saya tidak mengatakan remaja islam tidak boleh berdakwah,sebaliknya digalakkan berdakwah kerana hukum dakwah itu wajib kpd semua manusia.Apa itu dakwah?mengajak kpd yg baik dan mencegah drpd buat buruk~
selendang hijau...eh,jingga la-->
ops.Semuanya dtg dari Alla.Yang baik tu jadikanlah panduan yg buruk pula jadikan pengajaran ea..semoga kita semua dalam himpunan org2 yg mendapat hidayah selalu..
Salam...
BalasAda orang amat beruntung mendapat hidayah seawal usia remaja dan tak kurang juga merasa rugi dalam usia yg agak senja baru mendapat hidayah namun itu tidak menjadi masalah, yang penting di akhir kehidupan kita mendapat kasihan belas dan pengampunan dari Allah.
Bila Allah redha dgn kita dan kita redha dgnNYA itulah kejayaan yg hakiki
..."Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [At-Tahrim: 8]
Balasistiqamah 'mohon hidayah' Allah.
Abd Razak-->
Balasbenar...yg penting ialah saat kita mati.Adakah kita mampu utk ucapkan kalimah...huhu
Inas-->
terima kasih ats doa itu
Bersyukur, terjaga dari "lena" dari terus di "buai". Cuma kita perlu lebih istiqamah lagi - tidak cukup dengan apa yang ada.
BalasIman orang awam macam kita macam tu la....ada naik dan turunnya.
BalasBab istiqamah ni mmg susah....kena hati yang cekal dan kuat untuk mendapatkannya. Semua orang macam tu iqbal....sbb kita bukan manusia sempurna.
kak Asyiq-->
Balaskita bukan maksum,tetapi kita dituntut untuk menjadi seolah-olah maksum.kan?jauhi semua laranganNya =)
salam..
Balassaudara iqbal..
jujurnya sy tidak mengenali diri saudara,tp penulisan2 saudara amat menarik minat sy utk membaca n trus membaca..sy juga manusia biasa..yg bru dberi ksedaran n hidyah dr NYA..subhanALLAH..mmg DIA sgt berkuasa..sy juga sdg dlm tempoh mmperbaiki diri..sy jugak berharap agr diri sy istiqamah dlm menjalani perintahNYA..
AMINN..
Bila tengok topeng tu diri rasa hodoh.tapi tak terfikir pulak kehodohan masa buat maksiat....
Balas:(
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443