Anda semua betul

Cukup bercakap soal jodoh!Ramai org yg salah faham tentang entry saya yg lepas.Tiada terniat dan terlintas untuk saya mendiskriminasi jodoh apatah lagi mempertikaikan tentang qada' dan qadar.Sebaliknya sy cuma ingin bercerita tentang 'kemuliaan' manusia pada pandangan Pencipta.Biarlah,kerana saya dan Dia lebih tahu.

Seringkali,ingatan sy tentang peristiwa sblm solat jumaat bermain-main dalam minda.Jumaat lepas,saya ke masjid airport dgn menumpang van seorang saudara dan jiran yg saya anggap sbgai abang saya sendiri.Dalam perjalanan,kami berbual dan ada satu kata-kata nasihat yg dia berikan khas kpd saya yg hingga kini saya masih memikirkannya.

'Iqbal,kita ini tak pernah betul',katanya.

'Aik?',saya hairan.Bagaimana mungkin kita tak pernah betul.

'Jika kita lihat ada org buat maksiat,terutamanya sahabat kita,kita jgn sesekali salahkan mereka.Sebaliknya salahkan diri sendiri.Salah saya kerana saya tak tegur dia!salah saya kerana saya tak dakwah dia!salah saya kerana saya tak nasihat dia!salah saya kerana saya tak bimbing dia!salah saya kerana saya tak mendalami dia!salah saya kerana saya tak cuba utk tahu masalah dia!salah saya kerana saya tak mendampingi dia!',katanya.

Biarlah saya kenalkan dia sebagai Abg Man.

(Anda mabuk?boleh ber kung-fu?)
Sambungnya lagi,"Jika kita rasa diri kita ni betul,dan kita menyalahkan dia sepenuhnya,maka syaitan akan 'cucuk' kita.Dgn itu kita akan rasa bahawa kitalah sahaja yg betul.Org lain semua tak betul.Maka akan timbul penyakit hati,riak,bongkak,takbur,bangga dan jutaan sifat dan penyakit hati yg kita takkan perasan.Sebaliknya,jika kita rasa bersalah ats sebab maksiat yg dia lakukan,maka syaitan akan takut dan gerun utk menggoda kita.Apa tidaknya,seorang yg rasa bersalah ats kesalahan org lain pasti akan rasa bersalah dgn diri sendiri dan takkan membenarkan diri melakukan kesalahan yg sama.Sebaliknya,dlm hati kita ada rasa saya betul,maka syaitan akan goda dgn membisikkan,'Ah!kau buat ini sekali aja.Budak tu dah buat ratusan kali.Nanti kau taubatlah!(mungkin begitulah kata-kata syaitan.tanyalah dia sendiri.hehehe)..Siapa sangka kita akan mati masa itu juga?'

Mendalam sungguh kata-kata Abang Man.(saya huraikan dgn ayt sendiri agar anda bisa fahami).Sungguh,saya teringat akan satu sabdaan Baginda yg mulia,'Tidak beriman seorang penzina ketika dia melakukan zina dan tidak beriman seorang pencuri ketika dia mencuri'...
Jika saya hidup 60tahun tanpa maksiat,dan genap 60tahun 1 hari,saya rasa teringin sgt buat maksiat(minum arak).Kononnya buat kali pertama dan terakhir,lalu saya buat dan ditakdirkan saya mati dlm keadaan demikian,adakah saya mati dlm iman?Oh!tidak mungkin....oleh itu,takutlah akan saat sblm kita mati kerana boleh jadi org yg kita jijik kerana maksiatnya itu diberi hidayah utk bertaubat sblm mati,sedangkan kita?sudah terjaminkah?

Saya juga terbaca satu hadis drpd Abu Hurairah r.a bahawasanya Baginda s.a.w bersabda;"Jika seseorang berkata;'Orang ramai(sekarang ini) sudah rosak',maka org yg berkata itu sendirilah yg paling rosak di antara mereka.-riwayat muslim.

Penjelasan imam Nawawi dlm kitabnya,riyadus-shalihin;sesorang yg merasa dirinya betul dan berbangga dgn kebaikannya dan memandang lain,maka itu haram.Sebaliknya jika pandangan itu berbentuk simpati keatas sikap mereka yg meremeh-temehkan urusan agama mereka,maka hal itu dibenarkan dan pandangan ini dipersetujui oleh ulama-ulama.

Mari kita bermuhasabah,apa sebenarnya diperkatakan oleh hati kita bila terlihat kemungkaran?Adakah kita berasa bangga dan selesa dgn diri kita?Apakah usaha kita utk mengubahnya?Biarlah jawapan itu dijawab oleh hati kita...
Previous
Next Post »
11 Komentar
avatar

Salam...

Sesungguhnya jalan hidup yang kita lalui ini adalah jalan yang tidak sederhana. Jauh, panjang dan penuh liku apalagi jalan dakwah yang kita tempuh saat ini. Ia jalan yang panjang dan ditaburi dengan halangan dan rintangan, rayuan dan godaan. Kerana itu dakwah ini sangat memerlukan orang-orang yang memiliki muwashafat ‘ailiyah, yakni orang-orang yang berjiwa ikhlas, itqan dalam bekerja, berjuang dan beramal serta orang-orang yang tahan akan berbagai tekanan.

Balas
avatar

yep...memang kita tak pernah betul..
kalau kita sentiasa betul pun...
yg kita rasa betul tue adakalanya tak betul jgk...
so yg mampu membetulkan kita hanya Allah...

sering juga diingatkn naqib kt skolah dlu...
klu tgk org wt maksiat..jgn benci diorg..
benci prbuatan diorg tp ltkkn rsa kasihan...
ltkkn rasa bersalah dalam diri...
kerana kita tak membawa mereka ke jalan kebenaran...

Balas
avatar

aku tak tau nak komen ape..aku pon tak betol jugak..
susah nak tegur mereka yg buat maksiat nie..
kadang2 terasa bersalah pulak..
hishhh...

Balas
avatar

huk..
dalam makna entri ni..
terima kasih ats peringatan.
Moge Allah sje y balas..
insyaAllah.
Ya Allah, jauhkan kami dr perasaan riak, takabbur n bangga diri, sebaliknya timbulkan perasaan bersalah jika kami tak mampu untuk berbuat apa2..

Balas
avatar

like someone always says to me..

'klu awk tak rasa kesian terhadap ape yg sedang berlaku kpd umat skrng, iman awk dlm keadaan yg bahaya..'

Balas
avatar

Abd Razak-->
benar kata-kata ustaz.Mmg jalan dakwah ini jalan berliku.Susahnya...Ah!!!


Ruhul Jadid-->
Benar!Hanya Allah sahaja yg mampu membetulkan hambaNya yg dipilih..


imam-->
aku pun cm ko gak.Berbuih mulut nasihat membe2 aku,ttp takde perubahan.biarlah,yg penting doa hidayah tak pernah tinggal.Imam,kita ni mmg tak mampu cegah guna tangan tapi kita ada mulut,kita boleh nasihat.Paling kurang kita kena doakan mereka.ok bro?=)


tulip putih-->
terima kasih atas doa kamu yg tulus itu.Sy memperingatkan diri sendiri sahaja.


inas-->
Erm,yg paling menarik ialah,'Jika seseorang itu disukai oleh semua org,hendaklah dia bermuhasabah dan melihat dirinya kembali kerana org-org yg mencegah kemungkaran dan mengajak kpd kebaikan selalunya tidak disukai terutamanya oleh pelaku maksiat'..

Balas
avatar

salam iqbal...!! nk sebok2 lagi kt sini.. ngeeee :D

actually sy nk ckp bnda yg sama mcm tulip putih... apa yg sy nk ckp 2?? entri awk nie sgt2 la mndalam mkna nye..(smbil mnundukkan muka sbb rsa cm terkena dri sendiri jew.. mksudnya kadag2 rsa dri nie btul walhal sedar kita slah tapi ego nk mngaku kesalahan sndiri.. tu pun tak de la selalu.. kadang2 la.. =P)...

sesungguhnya apa yang awk tulis itulah yg sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarag... nampak kesalahan org lain tp kesalahan sndiri pejam mata je.. ada satu peribahasa ~~ semut di seberang sungi nampak, tapi gajah didepan mata tak nampak...~~ maksudnya kita nmpak je kesalahan orag lain wlaupun kesalahan tu sgt2 la kecik sedangkan kesalahan kita sendiri yg semeamangnya terang-terangan kita butakan je mata kita...

sebaliknya mcm yg abg Man anda kata la, jgan slah kn orag tp tegur dlu diri kita sndiri.. sama - samalah kita mnyeru ke arah kebaikan.. sama - samalah kita merubah sesuatu yang tidak elok ataupun sesuatu yg salah kepada sesuatu yang lebih baik... saling tegur menegur antara satu sama lain..

p/s dr sy: semoga hati dan iman kita semua sentiasa terpelihara dr memiliki perasaan2 yg bongkak, riak, takbur dn sgala perasaan yg negatif.. aminn =)

note: sorry again sbb komen panjag berjela juga on this entri... tak tau knapa nk blas dndam mnaip pnjag2.. agap je la mcm sy brkongsi pndangan ye.. :)

Balas
avatar

salam iqbal...

kadang2 diri ini terasa... layakkah aku menasihati orang lain??

Balas
avatar

nice entry!
ingatan yang bagus ;D

Balas
avatar

i agree with the entry.
but a partial agreement :p

it's good for self reflection. to maintain our heart.

but we always need to be careful of the ideology of postmodernism,
where,
"the absolute truth is there is no truth"

above all, it's a nice reflection. only if people will realize that "pendapat aku betul, tapi aku juga mungkin salah"

Balas
avatar

Saya dah nasihat kawan saya tu,tpi,dia x nk dgr,dia kata kononnya dia dh brubah tpi,kami(kwn2 dia) x nmpk perubahan dia..
*sje nk ngadu :D

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443