'Aik?',berkerut dahi Mat,pelik.'Apa jenis soalan ni?Apa maksud ko dgn puaka?'
'Ko rasa anggota badan manusia yang mana yg paling banyak jahat?',menjelaskan soalannya.
'Oh!erm...aku rasa mata kot.Sebab dgn mata manusia yg 2 biji inilah,aku banyak tengok maksiat.eh!ko nak taw?tadi,masa aku nak g toilet,aku ternampak ada pompuan pakai skirt pendek giler,tapi kaki dia ada parut taw!buruk!haha.Aku rasa dia mesti...'
'Oi Mat!Tak payah cerita laa..',potong Mail.'Aku tak rasa yg mata ko tu anggota badan puaka ko'
'Habis tu?',Mat kehairanan.Sudahlah cakapnya tadi dipotong tiba-tiba,Mail boleh pulak kata mata dia tu tak jahat.
'Aku rasa anggota badan ko dan aku sendiri yg paling berpuaka ialah mulut kita ni'kata Mail sambil meletakkan jarinya di atas bibirnya.
'Huh?Jelaskan kat aku',Mat ingin tahu.Dipalingkan badannya drpd screen komputer lalu mengadap Mail.
Dalam hati Mail terasa geli hati kerana Mat jarang sekali serius."Allah jadikan mulut kita ini satu ada hikmahNya.Dia tahu yang mulut kita ini banyak memberikan masalah kpd kita.Sebagai contoh mudah,pasal perempuan yg ko cakap tadi tu.Ko tengok perempuan tu.Aku taktaw la ko sengaja ke tak,tapi ko terpandang kaki dia.Aku taw ko tahu yg melihat aurat perempuan itu haram.Berdosa!Tapi dosa bila ko tengok aurat,dosa tu terbatas kpd ko dan of course,pompuan tu.kan?"
Mat mengangguk-angguk.Sememangnya tadi dia tidak sengaja terpandang betis amoi tadi.
'Tapi bila mana ko nak bercerita pasal perempuan tu,ko telah melibatkan orang lain.Dalam kes tadi,ko libatkan aku.Ko cakap kaki dia berparut kan?Ko tahu tak,saat perkataan tu terkeluar je dari mulut ko,ko telah mengumpat dia.Dosa mengumpat tu bukan ko aje yg dapat,aku pun dapat sbb aku dengar sekali.Haram bg telinga kita ini utk mendengar benda-benda yg haram bg mulut kita katakan!Itu pasal aku potong cakap ko tadi.Kalau tak,ko mesti akan makin rancak bercerita sehingga membuat andaian yg bukan-bukan.Boleh jadi ftnah!"
'Tapi,aku cakap benda yg betul.',kata Mat.
'Mat,ko tahu tak?Ada satu kisah,ada seorang perempuan pendek dtg berjumpa RasulAllah.Aisyah r.a terpandang perempuan tu.Bila perempuan itu berlalu,maka terkeluar dari mulutnya,'...pendeknya perempuan itu...'.Lalu Baginda Nabi s.a.w telah menegurnya,Wahai Aisyah,sesunggguhnya kamu telah memakan danging saudaramu itu'.
'Itu baru sikit aje Mat.Baru cakap perempuan tu pendek saja RasulAllah dan kata salah.Ini apakah lagi kalau kita bercakap pasal benda-benda yg lebih memalukan seperti parut.'
'Owh,jadi maknanya mengumpat itu ialah kata-kata yg jika org yg diumpat dengar,maka dia akan marah la.kan?',tanya Mat.
'Absolutely bro!',kata Mail sambil menepuk bahu Mat lalu menyambung,'Tapi ko kena ingat,selain mengumpat,ada juga fitnah.Fitnah berlaku bila kita mengatakan sesuatu yg tidak benar pada org itu.Contohnya ko kata aku ada bela jin!'
Terburai tawa Mat bila mendengarnya.
Sambung Mail,'Bila ko dah umpat orang tu,ko wajib mintak maaf kat org tu.Kalau tak,Allah tak ampunkan kita.Sebab dosa yg dilakukan kpd manusia lain hanya akan terampun bila org yg dianiaya itu memaafkan kita.'
'Lalu aku mcmane?'tanya Mat,kaget.
"Oh!terpulanglah samada ko nak mintak maaf atau tidak.Pertamanya ko tak tahu kan?ko baru tahu,jadi Allah takkan menghukum org yg melakukan kesalahan kerana tak sengaja,terlupa atau terpaksa.Ko mengumpat kerana terlupa dan tak sengaja kan?Kedua,ko mengumpat perempuan tu sebab perempuan itu sendiri yg menjadikan dirinya utk diumpat!'
'Eh...aku tak faham tu'
'Kalau aku sengaja sebelah kaki selipar,sebelah kaki lagi kasut.Pastu aku keluar jalan2 kat KL ni,mesti org kata aku gila kan?',maka mereka mengumpat aku!Soalnya,berdosa tak mereka umpat aku?Oooo..berdosa! Tapi,dosa tu bukan pergi kpd mereka,tapi pergi pada aku sbb aku sengaja mengundang fitnah utk diri aku.Aku sengaja mahu diumpat dgn sbb menjadikan diri aku pelik dan menjatuhkan maruah diri aku sendiri'
'Subhanallah,indahnya islam.Tak sangka begitu islam menitik beratkan tentang kosep maruah'
'Betu tu!Orang yg suka mengumpat ni di akhirat kelak akan dtg kpd Allah dgn keadaan muflis.Kenapa?sebabnya dia didatangi oleh org yg pernah dia umpat semasa kat dunia dulu.Pahalanya akan diambil oleh org yg diumpatnya hinggalah habis semua pahalanya.Namun,masih ada org yg diumpatnya,maka dosa org itu akan ditanggung pula olehnya!Lalu org itupun dicampakkan ke dalam neraka!Oh ruginya!!!'
'Mat,janji dengan aku dan Allah sbgai saksi,kita sama-sama jangan mengumpat ya!Jika ada org umpat kawan kita,kita wajib selamatkan kawan kita drpd diumpat.Boleh?'
'InsyaAllah.Aku akan usaha utk tidak mengumpat dan memfitnah lagi.Terima kasih banyak-banyak Mail.Kau lah teman aku dunia dan akhirat kelak.InsyaAllah',ucap Mat sebak lalu memeluk erat sahabat karibnya itu.
*******************
Sahabat sekalian,mari kite merenung satu hadis,"Siapa diantara kamu yang beriman dengan Allah dan hari kiamat,hendaklah dia berkata baik atau diam"-riwayat Bukhari.Sesungguhnya org yg banyak berkata-kata ialah org yg jahil kerana org berjaya meluruskan lidah,pasti akan berjaya meluruskan tindakan.Org yg lurus tidakannya pasti akan berjaya meluruskan imannya.Dan org yg lurus imannya,terbentanglah syurga untuknya selamanya.(pesanan kpd diri sendiri)...
15 Komentar
post kali sangat menarik...indahnya Islam dapat dilihat dalam cerita ni..pokok pangkalnya hati adalah raja kepada jasad kita..ia juga raja yg mengarhkan untuk melakukan kebaikan atau keburukan...nabi Muhammad SAW bersabda"sesungguhnya dalam jasad kamu ada segumpa darah yang mana kalau baik ia,maka baiklah keseluruhannya tetapi apabila jahat maka jahatlah keseluruhannya dan ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati"..
Balasbgus2.. :)
Balascerita d atas cerita benarkah?
salam.well said!
Balasmenarik2!
br nk bg opinion pasal hati jugak..
ape2 pon, berbalek pada hati la kan.
kalo hati mengarah mulut ntok tidak mengumpat, x pon mengarah anggota2 lain ntok tidak buat against syara', maka tidak berbuatlah jasad berkenaan kan?..
pokok pangkalnye kembli pada hati..
:)
tp again, post ni menarik la..
bagus perbualan2 n cara menyerapkan kefahaman kpd org lain.
ley amalkan ni..insyaAllah..=)
Nazrul Fazli-->
BalasHati yg busuk dan berulat sahaja yg akan menyebabkan manusia tak nampak kesalahan sendiri.Yang nampak hanya kesalahan org lain.
aliaFar-->
Cerita rekaan aja.Nama Mail dan Mat tu takde kena mengena dgn yg hidup atau da mati.
=)
Tulip Putih-->
iya.Takkan berzina seseorang jika hatinya tak berniat utk zina.Takkan mencuri seseorang tanpa niat mencuri.Begitu juga,takkan bangun utk solat jika tiada niat utk menunaikan solat~
=)
salam iqbal...
Balasperkongsian yg menarik...tq.
**peringatan untuk kaum hawa**
salam, tenkiu, bermanfaat..~
Balasassalammualaikum
Balasnak elak mengumpat ni memang susah sikit...
aduhai..
Balasbila di teliti balik.. dalam kehidupan ni.. banyak rupanya kita memperkatakan tentang orang lain.
Terima kasih atas ingatan!
huhu..
Balasselalunya org tu tak sedar dia telah mengumpat atau menjadikan diri sbg umpatan atau ape saje yg buruk la.
beware~
susah nyeee
ya..kerana mulut badan binasa...lebih baik diam dari bekata-kata..hehehe
Balascun09-->
Balasmoga ada manfaatnya~~
syuhada'-->
salam kembali.sama-sama =)
kl citizen-->
iyalah kak.mmg susah pun..tapi wajib kita berusaha juga.
si tedi-->
sama-sama.pesanan kpd diri saya juga~
inas-->
iya..kena banyak hati-hati..
imam-->
hehe..kena banyak diam.tapi kita banyak menaip.maknanya takleh tulis ngarot2 la ek?haha
menarik tulisan ko
Balassuka ku baca....
yups
bahagian mulut memang susah dijaga dan paling puaka
subhanallah
Balas:)
salam ziarah dr cairo.
i guess u r my junior kan? i mean lg muda
nice post :)
hans-->
Balasthanks sudi singgah sini.rajin2la singgah ea.. =)
fathiyyah-->
mungkin kot sbb saya still 19tahun..
bestnyeee post ni. i loike~
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443