Buku kecil bewarna biru

'Tengok jap buku tu',pinta seorang sahabat kpd saya.

Lalu saya hulurkan buku kecil bersaiz poket itu kepadanya.Dia membeleknya dgn khusyuk.Sesuatu yg jarang dilakukannya.Dibaca sedikit isi kandungan buku berwarna biru dan hitam itu.

'Ko beli buku ni harga RM10?',tanyanya seperti terkejut kerana terlihat tanda harga dibelakang buku itu.

'Tak mahal pun buku tu.',jawab saya selamba.Saya mula merasakan tidak senang.

'Membazir giler!buku kecik mcm ni pun da RM10!!'

Saya geram.Marah.Lalu tanpa sengaja saya terbalas,'Buku ni orang islam aje yg baca!!'

Mukanya berubah.Dia membebel seorang diri dan saya meredakan marah dgn berlalu pergi darinya.
*********************************************************
Masih ingat lagi tak dgn cerita tentang kawan-kawan saya?ada yg masih tak solat.3 orang semuanya dan dia ialah salah seorang daripada daripadanya(klik sini)

Saya mengaku,mmg saya salah kerana beremosi kerana saya menyalahi tertib dakwah.Dakwah yg diajar oleh Baginda ialah mendatangi manusia dgn rasa belas kasihan,bukannya dgn melepaskan geram.Oh!saya salah kerana saya menaruh geram kepadanya.Moga Allah ampunkan saya dan beri saya hidayah.

Pembaca budiman,mahukah saya ceritakan tentang buku kecil berkulit biru itu?
Tajuknya ialah Jadi Seperti Muhammad.Buku yang saya sedang baca dan fahami.Buku ini keluaran PTS MILLENNIA SND.BHD.

Buku ini menceritakan tentang manusia paling mulia dan sebaik-baik makhluk,iaitu Nabi Mulia Muhammad S.A.W.Buku kecil ini sgt-sgt-sgt menarik.Di dalamnya diceritakan segala-galanya tentang baginda,iaitu sifat-sifat fizikal Baginda dan peribadi baginda.

Indahnya di dlm buku ini,segalanya diceritakan dgn jelas dan ringkas.Diceritakan tentang fizikal nabi yg disaksikan oleh sahabat r.a seperti Baginda tidak terlalu tinggi tapi tidak terlalu rendah serta dada dan perutnya sama paras.Diceritakan juga tentang adab baginda berjalan sperti membuang halangan di jalanan,merendahkan pandangan,berjalan seperti sdg turun bukit dan lain-lain.Selain itu diceritakan juga tentang sifatnya kpd keluarganya.Ternyata Baginda seorang yg romantis dan penyayang serta pembersih.

Diceritakan juga tentang solat Baginda iaitu solat sunnat dilakukan lama-lama,namun solat fardu dilakukan tidak terlalu lama kerana faktor kesihatan dan keperluan makmumnya.Cara bacaan Quran Baginda juga diceritakan.Baginda juga beristighfar dan bertaubat lebih 100 kali sehari walaupun Baginda bebas drpd dosa!

Terlalu banyak jika saya mahu ceritakan disini.Cuma apa yg mahu saya highlight kan ialah jgn kedekut dgn ilmu.Baginda cinta dan menuntut kita utk cintakan ilmu.RM10 utk mengenal Allah atau RM10 utk topap yg sia-sia?

Bagi anda yg rasa mahu mengenali Baginda Rasulullah,silalah cari buku ni.Ada dijual di Popular.Mari bersama kita jadi hamba yg bersyukur iaitu dgn cara menggunakan segala kurniaan Allah utk kita mengenali Allah dan hamba dan kekasihNya,Rasulullah S.A.W

Tambahan-->exam ditunda until further notice.Jadi sekarang tgh praktikal dan byk masa terluang kat kelas.
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

salam...wah ,,,ulasan yang baek....kene ade keazaman yang tinggi nie untuk jadi sperti nabi saw...like akhlak bginda membuatkan musuh akan tumbang ,kawan jadi sayang.....doa kan saya dan seluruh ummat supaya diberi kan akhlak seperti baginda saw...

Balas
avatar

Anak Pendang Sekeluarga-->
Doa saya moga saya dibangkitkan bersama-sama Baginda kelak kerana sabda Baginda,kelak kita akan dibangkitkan bersama-sama dgn org yg kita cintai.InsyaAllah..sama-sama kita berdoa ya saudara~

Balas
avatar

salam dik..

perkongsian yg bermanfaat..kak teruja bace..

ramai je yg bersikap mcm kwn2 adik tu..hrp kita dpt membimbing dgn fatonah org yg mcmtu..

moga adik sntiasa sukses dan sentiasa dlm pandangan Allah agar terus berada di jalan Nya.

nice entry..

Balas
avatar

deena farhana-->
saya pula teruja dgn perkataan 'fatonah'..terima kasih kerana ingatkan saya kerana seringkali dakwah saya dicemari sikap terburu-buru.Terima kasih juga ats doanya itu..

Balas
avatar

orang2 yang tak suka membaca memang akan rasa membazir beli buku yang mahal yang bersaiz kecil.. kalau saya.. lagi nak beli adalah.. tak sabar nak tunggu pesta buku bulan 3 ni.. (^__^)

Balas
avatar

Salam...

Berdakwah bukan melihat pada hasilnya tapi pada kesungguhan kita dalam kerja tersebut. Andai kesungguhan itu kita letakkan atas perjuangan hanya kepada Allah semata ianya akan terhasil atas kehendakNYA jua.

Lihat saja dakwah yang dilakukan Rasulullah di Taif

Balas
avatar

Kita tak perlu marah dengan orang yang malas mahu membaca. Marah bukan caranya. Biarlah dia perlekeh, dia nak cakap apa pun. Kita tahu apa yang kita baca.

Hulurkan buku tu atau apa sahaja buku kepada orang-orang ini. Mungkin, satu hari nanti mereka juga akan minat membaca.

Saya tak cakap kosong sebab saya dah buat. Mengambil masa hampir 3 tahun. Alhamdulillah, menjadi. Kena sabar dan yang penting jangan marah.

Kita kena tunjukkan kita yang membaca ini jauh bezanya dengan mereka, tapi bukan dengan cara kita merendahkan mereka. Anda seorang yang berilmu, pasti faham apa yang saya ingin sampaikan.

Balas
avatar

berdakwah mestilah secara berhikmah... dan memang byk cubaan dalam berdakwah tu kan...

Balas
avatar

Salam..

Menarik..murah pulak tu..

Nak jumpa Nabi Muhammad saw...tapi layakkah?

Balas
avatar

Wah, buku yang bagus nampaknya
perlu masuk dalam list ;D

Balas
avatar

salam iqbal,

saya rasa tak perlu kot kamu nak mention pasal 3orang budak yang tak solat tu. Cuba bayangkan kalau mereka baca post kamu. Apa perasaan mereka? Somehow, saya rasa pendekatan kamu salah.

Tidakkah statement ini
"Masih ingat lagi tak dgn cerita tentang kawan-kawan saya?ada yg masih tak solat.3 orang semuanya dan dia ialah salah seorang daripada daripadanya" seolah-olah macam mengaibkan mereka.

Still, saya rasa pendekatan kamu salah.
If im wrong, then u tell me, where did i go wrong.

Balas
avatar

Terima kasih kpd semua yg berikan pandangan.Tetapkan terus berikan pandangan anda.Saya hargai semuanya..terima kasih~

Balas
avatar

Salam! Sdr Iqbal,
Kadang2 tu bukan tak nak beli tetapi penulisan dan kajiannya tidak menggambarkan hal yg sebenar. Contohnya: Rasulullah adalah ketua panglima perang yg menyertai 29 peperangan besar sepjg hayatnya dlm usia 53 tahun setelah berhijrah ke madinah. Sebagai ketua, dlm peperangan baginda berada dlm barisan hadapan sekali bila bertempur. Begitu juga, dlm Surah Dhuha:8 `Dan Dia (Allah) mendapati mu( Rasulullah) sbg seorg yg kekurangan (Miskin), maka Dialah (Allah) yg mengkayakan mu`. Oleh itu dlm Perang Khaibar, baginda mendapat 7 kota Khaibar yg setiap kota dilengkapi dgn tentera dan Datuk Bandar. Betapa kayanya Rasulullah mendapat AlFai dan AlGhanimah. Wallahualam

Balas
avatar

salam..

RM10 je..tu pun nak terkejut. buku ttg ilmu, apa salahnya. ntah apa2 kwn iqbal tu, kalo akak la..sekeh kepala dia dua kali :D

p/s: ckp je, mana berani buat. kang dia saman akak..haha!

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443