repost : Sakit Itu Nikmat Atau Musibah ?

Tahun 2008
Hari itu saya demam, tapi saya gagahi juga untuk ke kelas. Biasalah orang demam, mestilah senyap. Tapi, seorang kawan berkata, 'Demam ye?banyak dosa la tu'.

Kes kedua, semasa saya bersolat jumaat di Lembah Subang, selipar seorang sahabat telah hilang. Kami pun sibuklah mencari seliparnya. Tanpa sedar, kami diperhatikan oleh seorang pakcik lalu dengan selamba dia berkata, 'Hilang selipar ye? ni mesti sebab tak bayar zakat'.

Banyak lagi kejadian yang serupa, tapi cukuplah 2 contoh itu. Sikap manusia, sentiasa terburu-buru. Seringkali mulut yang ini bercakap tanpa ditimbang oleh rasional akal. Saya tak faham apa rasionalnya mengaitkan antara demam dengan banyak dosa dan apa logiknya selipar hilang dengan tak bayar zakat?

Sabar Orang Sakit.
Benar, memang ada hadis menceritakan- tidak akan ada satu orang, yang sekiranya pada malam harinya dia sakit lalu dia bersabar dengan sakitnya itu kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Hadis ini kerap didengari dan diulang-ulang. Tapi, sesekali tidak ia menyatakan tentang berapa banyak dosa kita.

Mengaitkan sakit dangan kafarah (penghapusan) dosa itu ada benarnya. Namun mengaitkan sakit dengan dosa, sangatlah pelik!! Apakah hanya orang yg berdosa yg sakit? Ketahuilah, Firaun pun tidak pernah sakit seumur hidupnya. Kerana itu, dia berani mengaku sebagai tuhan. Manusia yang banyak dosa macam dia, tak ditimpa sakit pun?

Atau mungkin kita fikir sakit hanya untuk orang yang berdosa? Ketahuilah, Rasulallah s.a.w sebelum kewafatannya diserang oleh sakit yang teruk hingga menyebabkan Baginda tidak mampu berdiri memimpin solat. Baginda maksum, tapi tetap sakit.

Maka,pemahaman kita bahawa sakit ialah musibah atau bala adalah kurang tepat. Kerana sesungguhnya sakit itu ialah nikmat daripada Allah. Zahirnya, orang yang terlantar diatas katil pasti tidak akan mampu melangkah kakinya ke pusat hiburan dan tempat maksiat. Sedetik pun dia tidak akan bermimpi untuk buat jahat, kerana dia hanya menginginkan sihat.

Manusia yg sakit akan lebih mengingati Allah! Itu pasti. Hatinya akan mengingati dosa lampaunya, menimbulkan keinsafan, dan taubat. Kalau mati sempat taubat, bukankah itu satu pengakhiran yang membahagiakan?

Sakit itu nikmat! 
Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita seluas langit dan bumi ini, sekiranya kita bersabar diuji dengan sakit. Lihatlah Nabi Ayub a.s, sakitnya yang bertahun-tahun, tidak sesekali menyebabkannya lupa kepada Allah. Sebaliknya, sabarnya itu telah meningkatkan darjatnya hinggalah diiktiraf oleh Allah di dalam Quran sebagai hamba yang penyabar.

Sakit juga satu bentuk peringatan daripada Allah. Di dalam Surah As-Sajadah ayat 21, Allah berfirman bahawa Dia pasti akan menurunkan 'siksa yang dekat' di dunia ini sebelum siksaan yang sebenar di akhirat dengan harapan semoga orang fasik dan kafir kembali kepada kebenaran. Betapa Allah menginginkan agar kita terselamat daripada neraka yang pedih.

Orang yang sakit juga akan 'menikmati' kasih sayang dan perhatian yang lebih. Hubungan kekeluargaan akan menjadi kembali erat. Hubungan silaturrahim juga akan semakin kuat. Bermaaf-maafan, bertukar-tukar doa dan juga nasihat. Bertepatan dengan satu sabdaan Baginda tentang tanggungjawab seorang muslim terhadap saudara muslimnya yang lain. Salah satunya ialah dengan menziarahi orang sakit.

Seperkara lagi, doa orang yang sakit ini sangat dimakbulkan. Mungkin orang yang tak berfikir panjang akan kecewa kerana mungkin sudah lama berdoa dan berubat namun tidak juga sembuh. Harus diingat! tidak semestinya doa kita ni Allah jawab di dunia. Mungkin Allah akan beri diakhirat nanti dan itu lebih baik kerana saat itu, kita masing-masing helpless. Harta sudah hilang nilai, yang bernilai cuma amal soleh, tapi amal soleh sangat sedikit! Mudah-mudahan, doa ini akan 'topup' pahala kita.

Allah tidak menyusahkan kita.
Ujian-ujian untuk kita diberikanNya sesuai dengan kemampuan kita. Saat sakit ini, kita perlu banyakkan taubat, bermuhasabah dan berdoa, supaya kita terselamat daripada neraka. Rasionalnya? Lebih baik terselamat daripada neraka daripada terselamat dari menghidap mati kanser.

Sebabnya?
Bukankah, kalau bukan kerana kanser pun, manusia tetap akan mati?
Lebih utama, takutkan neraka. Bukan takut diserang kanser.

Yang pasal selipar hilang tu lagilah pelik! Mana pakcik tu tahu sahabat saya tak bayar zakat? Dia bayar la pakcik!Hish pakcik ni...mudah sangat membuat andaian.

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 12; Allah melarang kita daripada berprasangka.Sungguh, buruk prasangka betul lah pakcik tu. Silap-silap, boleh bergaduh kalau yang dituduh tu bukan orang yang penyabar!

Kesimpulan
Sementara diri tengah sihat, tidakkah diri rasa terpanggilkah untuk beramal?

nota : Jangan salah faham. Artikel ini bukan membicarakan tentang 'perlu sakit' sebaliknya ia lebih kepada 'jambangan bunga' kepada orang sakit. Dan harus diingat, kita wajib menjaga kesihatan.
Previous
Next Post »
15 Komentar
avatar

hah,betol..masa aq form 1 kt kat seri jngka,ad 1 musim bdak2 hostel dmam2..rmai minx pg klinik..then cikgu ckap,awk sume byk dose sbb tuh asyik sakit jew..ckgu yg ckp mcm tuh..ta pham aq..btw,thnks ntok blog neyh..aq phm n bila ad org ckp mcm tuh,tau la aq nk jwp..and,bkn 'pk cik' 2 n 'kwan' ko je yg ckp ayt 2 tp rmai lg..erm..tq..pjg plak aq m'bebel kt cnet..thnks lot..

Balas
avatar

bukan akak tiri dan bukan kakak kandung..abes tu?

Balas
avatar

nina-->
terima kasih sudi ziarah blog aku ni.Len kali ziarah lagi la..selalu pun takpew.hehe

al-hikari-->
bukan kakak kandung dan bukan kakak tiri.Maka,mestilah kakak angkat.kan?hehe..tak pun,org yg kita nggap sbgai kakak.boleh gak kan cmtu.

Balas
avatar

bagi orang yang beriman sakit itu nikmatlah..ujian Allah untuk mereka yg beriman dengan sakit yang menimpanya seperti kisah para nabi.

dan bagi orang yang lalai pula sakit sebagai peringatan mahupun balasan Allah atas perbuatan lampaunya..

kedua-duanya mempunyai perkaitan yang berbeza..namun jika dia kembali beriman dan sempat bertaubat setelah sakit itu juga tanda dia menerima hidayah Allah juga..

Balas
avatar

sakit itu nikmat.. bukanker sakit itu juga salah satu penghapus dosa.. (^__^)


singgah kamu kejap..

Balas
avatar

salam singgah sebentar di ruangan ini...moga ceria selalu..

Balas
avatar

salam persingahan...
semoga sihat dan bahagia selalu, di samping keluarga tersayang...

Balas
avatar

salam..dah lama xsinggah pondok ni..

kelu lidah bace entri ni..apepun, semoga kakak iqbal tu sembuh..amin :)

tq ;)

Balas
avatar

kak deena-->insyaAllah akak saya tu da sembuh sbb dia da boleh blogging dahh tu!hehehehe

Balas
avatar

suke tang part doa org sakit tu.dan tertarik bila awk ckp.doa org sakit slaluny dimakbulkn...

ad himah Allah bg sy dmm. ;)

Balas
avatar

salam.bagus article ni.boleh share?

Balas
avatar

sakit tu nikmat, sakit tu pun dugaan,
nikmat tu pun ujian jgak..

setiap hari kita diuji kan... :D

Balas
avatar

siapa yang sakit, kemudian dia sabar, Allah mengampunkan dosa-dosanya :D kan kan ?

sabar je lah kawan :D

Balas
avatar

Salam Iqbal.

N3 ni amat menyentuh perasaan makcik. Apa yang iqbal tulis ni memang benar. Makcik juga selalu dengar ada yang pandai-pandai kata bila rumah jirannya terbakar atau kecurian merekapun buat kesimpulan orang tu tak bayar zakat, sedangkan Allah sendiri banyak memberitahu tentang persangkaan ni dalam ayat-ayatnya.Siapalah kita nak menyangka begitu, cuma kita boleh muhasabah diri kita itulah yang paling utama.

Benar sakit tu nikmat tapi sakit tu bukan Allah yang beri, kitalah yang mencarinya cth tak jaga makan minum, tak bersenam dan membuat pilihan yang tak tepat apakala ingin berubat. Nabi Ibrahim apabila bicara tentang 8 nikmat yang Allah beri kepada kita bila sebut bab sakit baginda tak kata Allah beri aku sakit, itulah adab yang Allah ajar kita, Nabi Ibrahim kata apabila aku sakit Allah sembuhkan sedangkan makan, hidup, mati dan lain-lain Nabi Ibrahim mulakan dengan Allah memberi.

Suka baca N3 iqbal.. tp selalunya silent reader je. Teruskan memberi....

Balas
avatar

Alhamdulillah, it made me cried. Jazakallahu khairan katsran ya akhi. Semoga diberkati oleh Allah swt :]

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443