Buat Kalian Yang Sedang Exam

Risaunya berasas
Satu hari, ibu menelefon saya. Lama kami berbual. Di hujung-hujung perbualan, sempat ibu berpesan, "Jangan 'taksub' sangat menulis. Kalau ada exam, berhenti la dulu. Jangan terlalu fokus pada blog. Berehat lah sesekali".

Kerisaun seorang ibu yang sangat berasas. Apa tidaknya, saya masih belajar. Ditaja pula. Pastilah ibu risau. Risau kalau-kalau anaknya ini gagal dalam study. Kerisaun yang sama juga dizahirkan oleh seorang sahabat. Pernah satu hari beliau menegur, "Selalu update blog ni, tak study ke?"

Hehe.. dah tahu, bertanya pula. Kalau dah saya sedang update blog, pastinya tika itu saya tidak study.

Saya Bukan Budak U.
Saya tak pernah masuk universiti. Sekadar berada dalam kawasan, pernahlah. Maka, sistem pembelajaran saya dengan anda semua sangat berbeza. Tersangat lain. Tapi dalam banyak-banyak perbezaan, tetap wujud banyak persamaan. Saya ada exam. Saya ada cuti. Saya ada program. Tapi mungkin tidak sehebat program di universiti kalian.

Di Facebook dan blog, rata-rata sahabat sedang menghadapi peperiksaan. Ada yang sampai gugur rambut belajar. Tanda stress. Kasihan buat kalian. Moga-moga, dalam kesulitan kalian mengulangkaji, saya dapat menyelit, memberi sedikit motivasi buat kalian.

Mudah-mudahan kita sama-sama sedar, bahawa belajar itu wajib. Wajib, walaupun subjek itu bukan subjek agama. Kerana apa? kerana amanah.

Ya, kita memikul amanah. Apa kita kira bahawa kita belajar ini, tanpa ada tujuan? Kita punya matlamat. Kita punya tanggungjawab. Kita menghabiskan bertahun-tahun untuk belajar. Hasilnya, sebuah pekerjaan menunggu. Dengan itu, kita mampu membina kehidupan sendiri, tanpa menyusahkan orang lain.

Tapi ia tidak terhenti disitu.

Kita punya tanggugjawab yang lebih besar iaitu membangunkan islam melalui potensi yang kita ada. Bukan hanya kehidupan dunia yang harus dikejar, bahkan kehidupan akhirat juga perlu. Malah, ia lebih utama. Kejar akhirat, sebelum 'ia lari'.

Stress.
Bosan.
Pening.

Itu simptom yang saya alami. Sedang dan pernah dialami. Kerana itu, seorang sahabat yang sama berpesan, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang yang berbakti kepada agama? Kerana itu, jangan malas. Jangan bersikap lemah. Dan jangan manja". 

Oh! Saya pernah terlupa, bahawa perjuangan islam ini bukan untuk orang 'lemah' iaitu orang yang putus asa, orang yang malas, dan orang tidak rela bekorban.

Saya suka melihat budaya seorang sahabat ini. Dia bakal doktor. Selalu sibuk, tapi ada masa untuk mengikuti program-program keagamaan. Dalam kepadatan program, dia punya masa untuk membelek-belek buku perubatan yang dia bawa. Susah payahnya hanyalah kerana sebuah tanggungjawab, iaitu menjadi doktor yang berpegang dengan islam.

Sama halnya, dengan seorang sahabat lain, yang membawa tutorial bersama ketika mengikuti program keagamaan. Selesai program, orang lain ada yang berbual dan ada yang beribadah, tapi dia tidak. Otak dan tangannya bekerja.

Saya cemburu dengan mereka. Mereka punya masa, yang mana dengan masa itu mereka mampu melaksanakan dua kewajipan iaitu kewajipan belajar untuk kehidupan dunia dan kewajipan belajar untuk kehidupan kekal (akhirat).

Saya juga punya masa yang sama, 24 jam. Tapi apabila dekat saja dengan exam, maka saya seperti terpaksa melupakan sebentar kehidupan akhirat. Pernah, hari esoknya exam tapi malam ni ada usrah. Saya tinggalkan usrah untuk belajar. Wajar?

Pasti akan ada perbezaan pendapat. Ada yang kata ok, ada yang kata tidak. Lalu, timbul persoalan, kewajipan terhadap amanah atau kewajipan terhadap ilmu akhirat, mana lebih utama?

Maka, saya tampil dengan sebuah konklusi, 'kenapa tak mahu ambil dua-dua?'

Dalam islam, Time management bukanlah suatu yang remeh. Bahkan ia adalah sesuatu yang sangat berat dan diaggap 'berat' dalam islam. Dalam banyak hadis, Rasulallah menekankan tentang keperluan kita untuk bergera dalam beramal. Dan dalam al-Quran juga, Allah sebut فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ- Berlumba-lumbalah kalian dalam mengerjakan kebaikan.

Kita harus cepat! Maka, tidak perlu kita study last-minute, bukan? kerana kita sudah faham, bahawa study itu juga satu ibadah.

Kesimpulan
Sejujrnya, saya kagum dengan semangat kalian. Sungguh! Dan.. ambillah semangat itu, letakkan ia dalam urusan akhirat kalian. Moga-moga, kita bukan hanya sekadar bersungguh-sungguh ulang kaji buku pelajaran, tapi tetap bersungguh-sungguh 'ulang kaji' al-Quran. Bukankah kematian itu peperiksaan yang paling besar?

Dan bukankah, SPM (sijil padang mahsyar) itu akan menentukan arah hidup kita untuk kehidupan yang kekal?

Ayuh! Kita study kerana Allah, dan kita jawab exam pun kerana Allah. Allah tak marah kalau kita gagal exam dunia, tapi Allah marah kalau exam di akhirat nanti kita gagal.

GOODLUCK SEMUA!
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

saya suka entry ni... terima kasih...
GDLUCK!

Balas
avatar

saya juga doakan adikmu di STAR akan berjaya iqbal

Balas
avatar

jazakallahu khairan atas nsihat n prkongsian ^___^

~~exam mode~~

Balas
avatar

slm.. lemahnya diri ini nak menunaikan kewajipan kedua-duanya..
lagi2 bila nak exam ni..
sya doakan semua sahabat yang menduduki peperiksaan dapat menjalaninya dengan lancar,.. Ameen

Balas
avatar

yang penting kena selalu mencari ilmu..hanya pada diri kita sendiri punya kekuatan atau tak...

iqbal exam ea...gud luck ya...:)

Balas
avatar

alamak. sedikit terasalah! hehe.

Balas
avatar

Allah memang tak marah kalau kalau gagal exam dunia, tapi usaha tu kena ada. fardhu kifayah juga di tuntut tau :)

*berjaya dalam exam di dunia boleh jadi aset kita dalam berdakwah :)

Balas
avatar

selamat ber-exam. ini saat saat manis. lepas ni tak ada lagi lah.

so, do the best. be the best. think the best...

Balas
avatar

macam penyejuk hati pun ade artikel ni..hehe
ade 3paper lagi sblm habis..:)
doa2kan ya..

Balas
avatar

esok2 buat lah tips nak hadapi spm. spm form 5 punya na

Balas
avatar

Suka entry ni ^^ menyedarkan saya bahawa esok ada exam tapi 1 apa pun tak study lagi..

Terima kasih T.T

Balas
avatar

entry yg menyedarkan..

terima kasih..


good luck!

Balas
avatar

nice entri!!! erm...taw xper....exam yang terbesar ialah kematian..isk3..takut bila dgrkannya...insaf2.....
(pst-stuju ngan ayat ko..spm+ sijil padang mahsyar)

Balas
avatar

sy pun tgh final exam..xbyk masa utk study memandangkan sy bekerja sambil blaja.ya time management especially for those yg buat part time mmg very critical.kena bijak curi2 masa..

Balas
avatar

menjelang 4 hari utk final exam..
tqs ye!
moga Allah permudahkan jihad kita..
ilmu utk kehidupan dunia dan akhirat..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443