Kau ni nak pergi tahlil orang mati ke??!

Kawan-kawan yg terdekat dgn sy pasti tahu banyak keburukan saya(Ya Allah,aku berlindung drpd kejahatan yg ada pd diriku).Salah satunya,saya tak gemar keluar kecuali terpaksa atau memang keluar ramai-ramai.Sebab mudah,saya tak minat bersesak-sesak.Ok!Saya nak bawa satu isu berkaitan penampilan dan fokus saya ialah lelaki muslim di tempat awam.

Dua minggu lepas saya dan kwn-kwn dibawa ke pameran kraf tangan dan semalam pula,kami menonton pertujukan belon panas.Biasalah,program sebegini pasti akan dibanjiri pengunjung dan faham sajalah bagaimana penampilan rakyat Malaysia di tempat awam dan sesak sebegini.Sepertimana yg saya kata,fokus entry ini lelaki muslim.Di Malaysia,tak susah nak tahu org itu islam atau tidak kerana umum setuju,melayu mesti islam.Mudah utk mengenali lelaki islam.Jika diperhati,bermacam-macam corak pemakaian ada dari pergi pejabat hinggalah gaya balik joging.Pendek kata macam-macam ada!

Tapi satu fenomena yg kurang seimbang ialah mengapa tak ramai orang yg nak berpakain sunnah?Mungkin bagi kebanyakan orang,memakai jubah atau kurta di tempat-tempat sebegini adalah sukar.Tapi setidaknya kita boleh juga pakai baju melayu atau mungkin juga boleh mengenakan kopiah di kepala?

Umum tahu hadis ini,'Islam bermula asing dan akan kembali juga dengan asing'.Dan akan ramai juga menganggap pelik jika melihat orang-orang yg memakai jubah,kurta dan serban di tempat-tempat sebegini.Persoalan yg mungkin timbul dalam kepala orang awam pasti ialah,'Mengapa perlu pakai cmtu padahal aku sudah menutup aurat dgn sempurna?'

Saya teringat satu hadis,yg mana Rasulallah bersabda,'Sesiapa yg menghidupkan mana-mana sunnahku di zaman kehancuran ummat,maka Allah akan mengganjarkannya dengan pahala 100 kali mati syahid'.Waaauuuuu!!!!Memang dalam menafsirkan hadis ni,ulama berbeza pendapat tentang taraf syahid itu.Ada juga yg kata syahid dunia shj.Wallahua'lam.Tapi itu bukan masalahnya sebab pahala 100 syahid tu memang tersangat-sangat-sangat-lah lumayan!Bang!!!takna ke??

Cakap pasal sunnah,ramai org tak taw bahawa sunnah yang ada pada Rasulallah itu sgt banyak!Dari kita bangun tido,sampai tdo balik ada banyak amalan Baginda yg kita perlu ikut.Dan salah satu ialah berpakain.Takpe..memang tak berdosa pun kalau anda tak mahu pakai kopiah or serban tu.Jangan risau ya!

Namun,ingatlah satu hadis,Rasulallah berpesan,'Janganlah kalian meremehkan sesuatu perbuatan yg baik walaupun hanya dengan menyambut saudaramu dengan muka yg manis'-hadis riwayat Muslim.Kenapa saya kata berpakain sebegini baik?Kerana ada satu doa yg Baginda ajar,'...Ya Allah,berikanlah aku hidayah dan jadikanlah aku sebab untuk orang lain mendapat hidayah..'.Apa kaitannya dengan berpakaian pula?

Kaitannya ialah,jika kita muncul ditengah-tengah org awam dgn penampilan seolah-olah 'baru balik masjid',InsyaAllah kita akan boleh menimbulkan sedikit getaran dalam dada-dada manusia lain.'Ish...lupa la,aku belum solat',"Malunya aku tgk akak tu berpurdah lagi,esok aku kena pakai tudunglah".'Malu la pakai shorts,esok aku tak pakai dah'.Inilah yg dinamakan 'show-dont-tell' atau dakwah bil hal.Tak perlu cakap,org sendiri faham.Biar bila orang tengok kita,orang ingat Allah.
(Gambar kenangan tilawah Quran Ramadhan lepas,dpt buah tangan tuu)

Satu perkara lagi,bila mana kaki kita melangkah keluar rumah kita terdedah kpd bermacam jenis godaan dunia dan yg paling berat ialah...perempuan(siapa lagi). Tak mudah nak menjaga pandangan mata drpd melirik ke peha-peha gebu pompuan tapi sekurang-kurangnya dengan berkopiah,akan timbul rasa 'malu sendiri'.InsyaAllah,ia akan banyak membantu memperkuatkan sistem immunisasi(klik) drpd godaan duniawi.

Hikmah kecilnya sudah sy lihat sendiri,bilamana saya melihat seorang abang tu dia tak pakai,tp pegang aja kopiah dia.Rupa-rupanya ada tahi burung.Tepat-tepat burung tu target kepala orang.Syukur dia pakai kopiah,kalau tak kan dah kalut bila rambut kena tahi burung.Mana nak cari air nak basuh rambut?eiiii....

Kesimpulannya,sangatlah digalakkan supaya kita sedikit-sedikit belajar nak pakai kopiah atau simpan janggut.Kita hias diri supaya nampak mcm orang nak g masjid,wlupun sebenarnya nak tengok belon panas dll.Moga-moga kita dpt hidayah sbb nak ikut sunnah dan org lain pulak dpt hidayah sbb insaf tgk cara kita berpakain.

Kata Abang azhar,'Orang dulu-dulu belajar sunnah sebab nak kejar pahala tp org sekarang belajar sunnat sbb nak kata,'oh!ni sunat je,tak dosa pun kalau tak buat'.So fikirlah,adakah anda salah seorang yg mengabaikan sunnah?

(muhasabah diri juga sbb masih tak mampu istiqamah berkopiah kerana undang-undang METC tak membenarkan pelajar lelaki menutup kepala)
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

iqbal paka baju apa tgk belon panas.

tetapi kan, jujur cakap, faktor cuaca sering menjadi alasan. Tapi bila kita ckp mcm tu, org akan cakap, api neraka lagi panas,

MasyaAllah. kena sama2 muhasabah diri.

Balas
avatar

persepsi msyrkt skeliling pn mjd stu hlgn utk individu mgikuti sunnah2..
cth: ble kite pkai pkaian yg mgikut sunnah..mreka sering pndg serong+mgata perihal baik itu sbg stu perilaku yg blagak baek!!!
hmmmmm..

Balas
avatar

hari tu pergi ceramah by ustaz morshid,
about sunnah Rasulullah la
tpi ustz tekankan yg solat fardhu dlu sbb 99.9% org kt msia (ktanya) xsdar dyorg solat xikut sunnah nabi :)mse tu pn cm tsentak sbb ade antra teguran ustaz tu tkena btg hdung.
pape pn,sgt2 stuju dgn post ni :)
sjuk mta snany tngok org laki (bkn dgn nfsu taw) bile pkai kopiah ats kpala :)

Balas
avatar

Si tedi-->
saya?er..kan ada gamba tu..sy pakai biasa-biasa je sbb pegi 'mcm rombongan sekolah'.so kena seragam la..hehe..

dunia mmg panas,so tak salah kita kata nk kata dunia panas.Sebab takkan ada org yg waras nak masuk neraka.kan?hehe

Balas
avatar

Nuraisyyah-->

Wah!teruja dapat komen drpd kamu.upanya kamu pun ada blog ya!

Itulah yg dikatakan ujian dan cabaran ketika mengikut sunnah.memang kita tak lepas drpd umpatan dan persepsi buruk org lain.tapi itu bukan masalahnya kerana sudah terang lagi bersuluh,syaitan akan membisikkan kedalam hati manusia supaya timbul rasa benci kpd sunnah Nabi.

Jadi usah takut,kita hidup BUKAN mencari redha makhluk sebaliknya kita mencari redha Allah shaja~

Balas
avatar

NAZIERAH-->
Salam iejan~
Tiada manusia yg ilmunya setanding ilmu Nabi S.A.W kerana Baginda berguru dengan Jibril a.s(wahyu).Jadi,memang takkan ada org yg tahu semua perkara.Saya tak menolak fakta bahawa tidak sedikit umat islam yg penampilannya warak,tp ilmunya cetek.Bahaya!kerana boleh jd golongan ini akn beramal tanpa ilmu.

jadi apa yg perlu kita lakukan ialah kita cuba amalkan sedikit demi sedikit apa yg kita tahu.Dan dalam masa yg sama,kita cuba perdalami dan perhalusi ilmu yg lain.Banyak lg yg saya tak tahu dan i'm looking forward to learn from anybody including u,iejan =)

Mmg guys yg pakai kopiah ni nampak sejuk mata memandang.Saya sendiri rasa mcm tu.Rasa selamat.So,hati akan lebih cenderung utk mendapatkan khidmat dorg if nak naik teksi or g kedai diorang.hehe

Balas
avatar

Salam...

Memang betul jika memakai pakaian yang dari sunnah Rasulullah s.a.w insya Allah kita akan terhalang dari melakukan perkara mungkar.

Balas
avatar

saya sokong saudari nazierah di atas...solat adalah soalan pokok umat islam..sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada kemungkaran..sebab tak solat atau solat tapi x sempurna menyebabkan masyarkat jadi haru biru. tetapi sebelum solat perlukan ilmu..mengikut konteks malaysia,budaya ilmu kurang disebabkan kurangnya penggalakan budaya ilmu..setakat kempen membaca tidak cukup.membaca mangga, URTV,Hype dsb dikira sebagai membaca..kena ada yg lebih daripada itu..

Balas
avatar

nak elak dosa, tunaikan kewajipan agama, nak tambah pahala, lakukan sunnah :)

insyaAllah hati akan bahagia..

Balas
avatar

Abd Razak-->
InsyaAllah.Saya pernah cuba dan saya betul2 rasa 'lain'.Rasa lebih selamat~


Nazrul fadzli-->
setuju juga.memang kalo solat kantoi,semua akan kantoi jugak.huhu..
kempen membaca?ibubapa dan masyarakat perlulah lebih bijak


Kak Deena!!-->
Wahhh....ringkas aja,tapi mendalam maksud tu kak! =)

Balas
avatar

salammualaika ..entri yg sgt bagus....

Rasulullah merupakan org yg plg bijak...kenapa kita x berusaha cara hidup org yg paling bijak...

insyaAllah ...Allahu a`alam...

Balas
avatar

Bagi saya, pakaian tidak melambangkan apa-apa selain status diri. Ya, menutup aurat satu hal tapi kalau hanya fizikal di tutup tapi perlakuan tak serupa pakaian, tak bermakna apa-apa.

Saya tak pakai serupa orang ke masjid di mana-mana majlis atau ke mana-mana. Saya seorang rock hanya selesa dengan jean lusuh yang kadang-kala koyak di hujung kaki seluar.

Balas
avatar

Dapat beli buku Life is an Open Secret di Pesta Buku?

Balas
avatar

salam pei pan-->
saya juga sama~hehe...buku?sy tak pg lagi la..huhu

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443