Sambungan kisah cinta semalam

Selesai solat magrib di surau METC,saya berganjak ke arah rak untuk menyambung tilawah al-Quran.Tiba-tiba saya terpandang pada sebuah buku.Sangat menarik covernya.Saya ambil dan belek-belek.Wah!sebuah buku cinta!Masih ada masa sblm kelas bersambung!Boleh baca...!haha
Buku itu telah diwakafkan dan saya yakin pasti pelajar metc juga yg mewakafkan ini kerana surau ini jarang menerima kunjungan drpd staff dan instructor.Mereka ada surau yg lebih cantik.Tajuk buku itu ialah "Pemilik Cintaku-selepas Allah dan Rasul". Mukaddimahnya sgt menarik.Apa yg dapat saya simpulkan ialah buku ini memang sangat menarik dan bernilai,lebih bernilai drpd harganya.Makna cinta sebenar yg diredhai lebih jelas skrg.Tahniah kepada penulisnya,moga ada nilai di sisi Allah.

Topik cinta ini sgt banyak dan suka diperbualkan oleh muda-mudi walaupun mungkin dia tidak bercinta.Mungkin kerana kita telah didedahkan dgn banyak filem cinta sedari kecil.Kita jadi lupa pada konsep cinta yg sebenar lalu kita meletakkan cinta itu sebagai matlamat.Kejahilan dan faktor persekitaran menyebabkan kita lupa bahawa cinta itu sebenarnya satu alat utk kita memperolehi kebahagian duniawi bahkan kebahagiaan ukhrawi yg kekal abadi!Kita telah meletakkan cinta kpd manusia tidak pada tempatnya.Ketahuilah,golongan ini tidak sempurna imannya!Sabda Rasulallah s.a.w,'Tidak sempurna iman seseorang drpd kalian sebelum diriku lebih dicintainya drpd hartanya,anaknya dan seluruh manusia'-riwayat al-Nasa'i

Teringat pesan seorang akhi(lupa nama dia.hehe),'Fitnah terbesar bagi kita ialah perempuan.Mungkin bila kita bertemu dgn perempuan yg tidak sopan akhlak dan penampilannya kita membenci.Sebaliknya jika kita bertemu dgn perempuan yg sopan dan solehah,kita rasa tertarik.Maka disitulah fitnah'.Tidak dinafikan,ada kebenarannya.Syukur juga kerana 5 tahun sy di sekolah menengah,saya bersekolah di sekolah yg semua lelaki dan 2 tahun di METC,saya juga tidak mempunyai sahabat wanita kerana pelajar perempuan cuma tidak lebih 5% dan mereka semua junior sy.Mungkin ini bentuk penjagaan drpd Allah drpd ftnah wanita.Alhamdulillah...

Betapa besar ganjaran yg Allah berikan kpd org yg mampu mengawal nafsunya.Bersabar dalam menolak sebarang bentuk zina dan cinta yg tidak halal.Subhanallah..alangkah ramai manusia yg mengikut telunjuk nafsu,mencari cinta yg tidak halal ini!Benarlah kata seorang sahabat,'Sering bercakap soal cinta akan membuatkan kita lupa kpd kematian'.Sedangkan kematian itu pasti akan datang.Maka beruntunglah org yg sentiasa bersedia."Hidup dua kali, mati hanya sekali"-akhi Shahrul,"Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal"(87:17)
Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”-surah Al-Isra’ ayat ke-32

Sahabatku,kita masih terlalu mentah utk bercakap tentang cinta.Kita punyai sgt-sgt banyak tanggungjawab yg belum kita laksanakan.Kita masih amat cetek ilmu yg perlu kita cari.Kita sangat buruk akhlak,yg kita wajib perbaiki dan kita juga sgt nipis iman yg kita perlu perbaharui.Usia muda ini perlu kita gunakan sebaik-baiknya utk meraih cinta Allah yg membawa kita ke syurga bukannya dgn cinta wanita yg memebawa kpd maksiat hati!Jangan lupa,bahawa sesungguhnya tanggungjawab yg kita ada melebihi masa yg kita ada!

Ingatlah pesanku ini,sekiranya kita benar-benar mencintai Allah,maka pasti Allah akan memberikan cinta pasangan yg soleh/solehah kpd kita.InsyaAllah...jadilah hamba yg soleh kerana jaminan Allah tentang ribuan bidadari syurga menanti org yg soleh!Saya juga percaya bahawa wanita adalah makhluk yg paling unik dan penuh dgn rahsia kebesaran Allah dan hanya suaminya yg sah sahaja yg layak dan mampu merungkai misteri ciptaan Allah ini =)
Previous
Next Post »
28 Komentar
avatar

iqbal. terima kaseh sebab buat post yg sgt menarik.
like like like!
heheheh.
iqbal, dah banyak kali try tak nak fikir pasal cinta!
dah banyak kali cuba tak nak jeles tgk org lain bercinta.
dah banyak kali nasihat diri jgn nak menggedik cari cinta.
tapi susah! sangat susah.
bila tgk org lain ade kekasih. bile bace blog org yg dok cerita pasal pakwe masing masing, rase rendah diri. rase tak lengkap.
nape nape nape.
dah penat fikir pasal benda neh!

Balas
avatar

cintailah manusia yg mecintai allah

Balas
avatar

.. nak kawin (bukan nak bercinta) sbb nak belajar agama...............

Balas
avatar

wah2..pengolahan yg mnarik! :D
buku fatimah syarha mmg best2 sume..
and yup..sgt stuju dgn post ni
sgt susah sbnarnya nak jga hati..
tipu la kalau x pernah b'bual dgn mmber2 bout topik ni kan..hehe
berangan utk merancang msa dpan, xsalah
tpi berangan yg mmbwa pd penyakit hati tu yg salah..

cara utk elakkan?
(utk prempuan)
elakkan drpda b'kawan rapat dgn lelaki..kalau ade yg nak kenal lebih2 tu,kalau bleh,jgn la dilayan sgt...hehe
ckp hal2 yg pnting je,n b'bual pn b'pada2..
based on my experience la ni..
klau sy kan,klau org laki tgur ke ape,
lgi prefer depan2,cm kt wall fb ke,blog ke..
klau msg/ym/n so on ni cm kureng sket~
(bunyi cm bajet kn?huhu)
susah taw..xpasal2 kena menyembunyikan diri sbb nak jge hati :D

eh,cm t'panjang plak dah..huhu..
btw,nice one! ;)

Balas
avatar

reen_sofia==>
Itulah pasal.Saya rasa kamu patut try cari buku tu,baca dan fahami.Penulis buku tu nama dia fatimah syarha,buku terbitan telaga biru~sgt menarik dan sgt mudah utk difahami =)


embun di tgh malam==>
U got my point bro!konsep halawatul iman iaitu kemanisan iman-cinta manusia KERANA Allah semata-mata~


^inas^==>
Erm,lelaki-lelaki di luar sana,pastikan diri kita dilengkapi dgn ilmu kerana kita bertanggungjwb mendidik isteri dan anak-anak kita.Juga kerana satu sabdaan Baginda s.a.w yg mksudnya terlebih atau terkurang,'Tiada kemurkaan yg lebih Allah murkai ketika hamba mengadapNya melebihi kemurkaan atas kejahilan isterinya".


Iejan==>
TQ atas tambahan.Sgt-sgt dihargai dan diharap kamu sudi tambah lg bila2 nanti.hehehe...Jazakillah ukhti~

Balas
avatar

assalamu`alaika...

akhir2x ni..blog/ fb nta dihiasi bunga2x cinta...
mcm biasa
seorang mukmin tu mesti berhati-hati..
agar tidak tercampak dlm kemurkaan Illahi..
klu tidak binasala diri...

Balas
avatar

iqbal; like this.

reen_sofee; org baik dijanjikan juga yg baik;)

Balas
avatar

Salam...

Ingatlah zina terbukti menjadi salah satu sendi perosak ketenangannya, penghancur nilai keluhurannya, masyarakat yang binasa akibat penyakit ini bukan satu dua, dan dalam konteks keluarga, keadaannya tidak berbeda, ia merosak dan menghancurkan.

Balas
avatar

salam...
ehmm...berturut2 post cinta ye.
InsyaAllah saya pun dlm proses utk entry terbaru ttg cinta juga...
Sebenarnya cinta itu fitrah...namun manusia yg menjadikan ia fitnah. Kerana, dgn bercouple dikatakan "cinta". Maka rosaklah ia, kerna "cinta_couple" membawa ke dunia zina. wallahu'alam...
Saya selalu cakap benda nie, iaitu kata2 dr ustz Hasrizal, "menjadi bukan mencari"...cuba kita menjadi yg terbaik, untuk kita peroleh yg sama dgnnya.
p/s : hayatilah cinta dari NYA dan jua kekasihNYA dahulu barulah kenal cinta sebenar antara lelaki dan perempuan. Pasti akn temui manisnya...wallahu'alam.

Balas
avatar

Salam iqbal. Cinta kepada Allah, Rasul-Nya, ibu bapa dan kekasih masing-masing ada tingkatnya dan berbeza-beza. Belailah rasa cinta itu mengikut darjat yang ada kerana kemanisan tidak dapat diceritakan kepada orang lain...

Sent by BlackBerry

Balas
avatar

muslim surfer==>
wah!ana menukar nama nta!haha..arap tak marah.Nak copy,nak paste,nak edit ke...silakan..lillahi taala!


the selipar==>
hehehe...ye cik.Maaf tak tahu nama.erm,thank sbb like.Hopefully Allah juga like~


Abd razak==>
betul tu.Ia satu bisul yg sentiasa mengalirkan nanah yg busuk dan meggelikan

Balas
avatar

ana like this..nak cari buku tu..insyaAllah..tapi mungkin bila dah cuti kot...

Balas
avatar

saya suka baca entri2 berkenaan cinta yang mengingatkan kita kepada tuhan. terima kasih sebab saling mengingatkan. sekurang-kurangnya bila hati mula lalai, saya sedar kembali.
epp epp, ayat skema pulak.
heh. thank you again.

Balas
avatar

tahniah iqbal, anda buktikan lagi dengan berdakwah gune IT... tahniah lagi sekali...

*sorry, dah lame xjalan sini, skrg prepare utk final, he

Balas
avatar

tahniah iqbal, anda buktikan lagi dengan berdakwah gune IT... tahniah lagi sekali...

*sorry, dah lame xjalan sini, skrg prepare utk final, he

Balas
avatar

buku pemilik cintaku setelah Allah dan rasul, saya baru dapat baca separuh.. buku tu memang best sesangat.. (^__^)

Balas
avatar

musafir kehidupan==>
InsyaAllah.Moga ada manfaatnya.


Amy==>
Tak usah berterima kasih kpd saya atas sebuah tanggungjawab.Awak sgt2-sgt2 diaulu-alukan dan dimuliakan di sini.Silalah dtg lagi =)


Fid==>
Gudluck exam bro!


Faarihin==>
Waaahhhhhhhh....kamu pun baca ye?best kan?hehehe...saya baca kurang 3 jam jew.Sbb nak abiskan cepat~hehehe

Balas
avatar

eh...saya baca juga buku tue, tp dah lama...tahun lepas...maaf saje je nak mencelah...
sememangnya...takdir kita itu di tgn Allah...kalau nak lagi cuba baca "seindah mawar berduri"...sambungan dia "tautan hati"...semua tue penulisan fatimah syarhah.

Balas
avatar

nur islam==>
InsyaAllah klo ada masa~ =)

Balas
avatar

Salam Iqbal.

Kak selalu datang baca N3 diblog ni tp jdi silent reader je. Alhamdulillah.. kak ketemui anak muda yang begitu bersemangat bermujahadah.. teruskan perjuangan. Kak link blog ni di dua-dua blog kak. Terima kasih ke blog kak (mungkin makcik)

Balas
avatar

fuhh...entri cinta lg..mmm,tahniah iqbal, teruskn tinta juang!

Balas
avatar

Kak Werdah==>
Wah...terima kasih kak.Doakan saya tetap thabat~


Kak Deena==>
Biasalah kak...saya kan jiwang terlebih.haha...erm,bukan apa,saya risau tgok sahabat-sahabat yg hanyut bercinta.Sgt menghampiri zina

Balas
avatar

baguslah kalau takot tngk, remind them. dorang xsedar so tegur dorang sbb kita yg lebih teruk dari dorang kalu kita sedar tp kita ignore. ckop senang but hard to practise kan. haihh;)

Balas
avatar

Alhamdulillah...Iqbal masih dipelihara oleh Allah dengan perasaan tu.Alangkah baiknya kalau masih dapat ditarik balik masa2 yg lepas kerana terlalu byk kesilapan yg dilakukan dlm bercinta.Sesungguhnya masih bertuahnya anda yg belum terjebak dgn cinta manusia kerana byk teselindung mushibah berbanding kebaikan.Percayalah...

Balas
avatar

PERHATIAN SEMUA.SANGAT PENTING NI!!!!


Ada org kata--> HADIS PALSU!: "SESIAPA YANG JATUH CINTA, KEMUDIAN DIA MENAHAN DIRI DAN MENYEMBUNYIKANNYA,KEMUDIAN DIA MATI, MAKA DIA MATI SYAHID. (Imam Yahya bin Main berkata: "Darah orang ini halal."). Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekali pun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan....Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan,apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi.Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang
bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia. Sahabatku!. Jika benarlah
anda menyintai dan menyanyangi Rasulullah SAW. Maka janganlah berdusta
terhadapnya!. Sebarkan.""

Saya mohon maaf atas kejahilan saya dan meletakkan hadis ini di dalam blog saya.Jzkkk

Balas
avatar

Ni semua buku kak fatimah syarha, alhamdulillah, sekarang kita mesti menggilapkan bakat pemuda pemudiuntuk terus bersatu memperjuankan islam. InsyaAllah, hati kita seolah olah diketuk oleh keadaan sekeliling kerana nak ubah nasib umat islam. Allahuakbar !

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443