Rehlah Pertama

Segala puji bagi Allah atas semua nikmat kurniaanNya.Sabtu lepas dapat saya berkumpul dgn beberapa org ustaz dan org soleh di Pantai Bagan Lalang kerana mengikuti satu program islami.Inilah pertama kali saya menyertai program seumpama ini.Setinggi-tinggi terima kasih kpd murabbi,abg Ihsan kerna mengajak kami bertiga.

Seawal jam 10 pagi,kami mulakan perjalanan dan terus ke masjid KLIA utk berkumpul bersama-sama ikhwan yg lain.Kami paling akhir sampai(Bos mmg selalu lambat),jd kami bertolak ke Bagan Lalang.Sampai di sana cuma beberapa minit sblm jal 12tghari.Program bermula dgn ucapan alu-aluan drpd mc,akh anuar.(Ingatkan sebaya,rupanya dia tua sikit)Lepas makan nasi berlaukkan sardin+telur+kicap manis,kami solat zuhur berjemaah di rumah yg kami sewa tu.Agak sempit juga.

Kemudian ada aktiviti 'pecah ais'.Kami dipecahkan kpd beberapa kumpulan.Kami diminta bertaaruf sesama ahli dan diminta pula menghafal nama ibu,nama nenek dan tarikh lahir ibu setiap ahli kumpulan kami.Jenuh juga menghafal,tapi ibrahnya(pengajarannya) sgt jelas iaitu kita wajib menghargai ibubapa kita dan ibubapa saudara kita.Kemudian diadakan aktiviti 'telefon buruk' yg sgt menguji kretiviti kami dalam menyampaikan maklumat tanpa bersuara. Mcm-mcm gaya dinuat agar maklumat dpt sampai dari org pertama hingga org terakhir dgn jelas.Seronok sgt,tp ibrahnya juga jelas bahawa kita perlu kretif dalam melaksanakan dakwah.Mengajak org lain kpd kebaikan bukan hanya dgn satu cara,tp banyak cara.Yang penting kita ini kenalah bijak dan kretif.Bukankah Allah menyuruh kita supaya berhikmah?Dlm Quran surah An-Nahl ayat 125-"Serulah manusia kpd Tuhanmu dgn hikmah dan pengajaran yg baik..."

Kemudian,kami solat asar dan terus bersiap utk riadah.Kami ke pantai utk bermain beach soccer!Yahoo!!sgt seronok!Dah lama sy tak main bola,ptg tu mmg main 'betul-betul' smpai sakit kaki.Selesai main,kami dibenarkan mandi laut.Oh!tak berselera lah mandi air masin,jadi saya lepak saja tepi borak-borak ngn ust izzat dan akh usamah.Tapi akhirnya terpaksa juga ke pantai utk mengambil wuduk.Kami juga berpeluang melihat matahari terbenam.Sgt cantik ciptaan Allah.Firmannya dlm Surah A-li 'Imran, Ayat 27,

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Kami solat magrib di atas pasir pantai yg bersih.Syukurlah syariat umat ini membolehkan solat didirikan dimana-mana saja tempat yg bersih.Tapi masih tetap ramai yg tak mahu solat!hmm.. Azan yg dilaungkan oleh Akh Zaki dari GMI sgt menusuk kalbu.Mesejnya jelas bahawa solat itu wajib.Maka berbondong-bondong manusia mula berhenti mandi utk bersolat.Alhamdulillah.Solat atas pasir membuatkan jiwa hamba ini sedih.Rasa hina bila bersujud.Barulah teringat bahawa kita ini hambanya yg hina,tapi selalu menyombongkan diri.Dari tanah itu kita diciptakan dan kepada tanah itu kita dikebumikan.Tenang dan lebih kyusuk...

Selesai solat,kami pulang utk membersihkan diri dan solat isyak berjemaah.Kemudian kami makan BBQ!!Sgt sedap!Tak sangka dgn hanya rm10,saya dan kwn-kwn dpt penempatan siap buat BBQ lagi!Entah sapa la yg sgt urah hati utk sponsor ayam dan daging semua tu.Malam tu juga kami menerima kedatangan ikhwan dari UiTm Shah Alam.Ni kali kedua saya bertemu mereka,Akh hafiz,zafrin,dll.Dulu pernah sekali ke kolej mereka utk berhalaqah bersama.Selesai solat,kami semua bertaaruf.Ramai org soleh yg saya dpt kenal.Walaupun baru kenal,tapi sudah menjadi akrab!Lepas tu ada game 'polis dan pencuri'.Best juga!

Tidur pula slps jam 12mlm,dan bangun sblm jam 5 utk tahajjud berjemaah.Kemudian,kami solat subuh dan teruuussss ke pantai!Masih gelap dan sunyi.Kami membaca al-mathsurat bersama-sama dan mendengar tazkirah drpd syeikh Muhsin yg bakal berkahwin bulan 5 nanti(ops~hehe).Ringkas,tp sgt mendalam.Allah memngajar kita utk menghargai nikmatNya dgn hanya perkataan;Alhamdulillah.Tapi kita jika mahu menghargai manusia,kita perlu bersusah payah beri hadiah sdgkan menghargai nikmat Allah itu cukup mudah,tp kita tak mampu buat. Maluu...Surah Ibrahim ayat 7->Sesape yg ingkar nikmatKu,maka siksaKu amat pedih menanti!

Pagi tu main bola lagi kat pantai!Saya team dgn Dr.Syafawi!Dia old boys di Star tahun 1998 dan skrg doktor di Hospital Selayang(klo tak silap).Memang terer dia main bola.Nasib baik team dia,kalau tak abis kena buli dgn dia.Dalam keseronokan,satu kemalangan kecil berlaku.Adik kecil kami,Adik Islah(8tahun) terkena rembatan bola.Nasib baik geng dari uitm pelajar medik,so diorang tolong tengok-tengokkan.Habis main,mandi pantai!Again!!Saya dengan ustaz Hafiz main dgn bangkai obor-obor.Jakun sbb tak penah tgk yg real!Hebat sungguh ciptaan Allah. Benar,Allah Maha Kuasa!

Balik rumah mandi dan sarapan dgn biskut.Kemudia sambung dgn perkongsian drpd Ustaz Saufi dan Ustaz Dr Syafawi.Kemudian kami diberikan sedikit masa utk menyambung hafalan ayat hafazan surah Al-Hujurat ayat 6 hingga 13.Setakat entry ni ditulis,sy masih belum dapat menghafal kesemua ayat.Mungkin kerna hati gelap dengan dosa.Astagfirullah...huhu..Kemudian kami makan tengahari dan solat zuhur.Solat jamak dgn asar.Lepas solat,ada tadabbur ayat hafazan oleh Ust.Muaz.

Selepas itu kami bersalaman dan berpelukan.Sedih sgt2 rasa bila nak berpisah.Rasa mcm cepat sgt.Ukhwah yg terjalin menyebabkan personally,sy rasa berat hati nak berpisah sebab kematian yg tidak saya ketahui.Entah ada umur utk bertemu lg atau tidak.Terasa cinta kerana Allah mengalir hangat bersama pelukan.Sedih dan hiba.Jam 4,kami tiba di Ara Damansara.Kesian Abg Ihsan drive sorg-sorg.Rumah dia di s.alam,jadi dia terpaksa drop kami dulu baru dia balik rumah.

Apa yg paling best ialah,kami diminta bawak setiap seorang 2 bungkus megi,tapi masa balik saya dapat 2+5 bungkus megi lebihan manakala Shamil dapat satu botol sos!Sebab barang makanan tu tak dimasak dan tiada siapa yg mahu claim balik!haha..Membazir kalau buang..

Kesimpulannya,ini merupakan suatu pengalaman yg sgt2 mahal buat saya yg baru hampir 3 bulan menyertai usrah ini.Banyak ilmu,pengisian berfaedah dan kebaikan yg saya dapat.Dan apa yg penting sekali,saya dapat merasakan suatu kelainan dlm beribadah.Ibadah terasa lebih enak,mungkin kerana salah 1 drpd 3 ciri halawatul iman(kemanisan iman) saya miliki iaitu saling mencintai sesama muslim kerana Allah Taala.Sesungguhnya Allah telah menemukan kita semua dgn cinta ats dasar ukhwah.Dear brothers,i love u..lillahitaala...

Nota penting!Kalau nak tengok gambar-gambar,boleh buka paksi.net.Saudara Normen sudah upload =)
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

assalammualaikum iqbal

menengok gambar2 rehlah di bagan lalang tu teringat masa zaman akak dulu pun masa ikut2usrah ada juga pergi2 buat aktiviti camtu

memang best

Balas
avatar

thanks yee untuk komen hari tuh!
saye suke itu komen.
nyway, dah jumpe buku yg awak suruh bace tuh.
akan start bace dalam shari dua lagik!
thanks again iqbal. ^^

Balas
avatar

salam wahai sahabat.

if u dunt mind, just drop by to my blog http://reefluvislam.blogspot.com/
i need comment from senior blogging.hehe
-wassalam-

Balas
avatar

salam,

rehlah tu apa ba? aku tak tahu

Balas
avatar

to be in the halaqah has significantly soothed our soul,
as well as to be closer to Allah,
to understand more deep about islam..

alhamdulillah..

Balas
avatar

assalamu'alaikum...
la...org kat belah2 KL juga ke?
ehmm...merasa tenangkan bila berada bersama insan2 yg berada bersama di jalan Allah...alhamdulillah, saya pun mengikuti satu daurah juga masa 10 dan 11 april lepas..."shadatul haq". InsyaAllah akn dikongsi jua di blog saya nnt.

Balas
avatar

Salam...

Seronoknya dpt bersantai sambil adakan tarbiah..

Balas
avatar

aktiviti yang penuh dengan pahala..insyaallah

Balas
avatar

lme da xg mcm ni...last tyme 2 thn lps..huhu..buat dkt pantai merdeka, kedah...sgt best~

Balas
avatar

Perkongsian yang membuka minda untuk melihat kehidupan ini dari sudut yang berbeza. Tidak ada yang kekal... Teruskan usaha. Lillahi Taala. Syukran untuk kata2nya...banyak membantu..

Balas
avatar

seronok baca sambil turut sama merasa hiba itu...

Balas
avatar

salam,seronoknya kalu dpt pergi rehlah mcm tu..encik iqbal dh dpt salah satu drpd halawatul iman...



p/s:kpd encik ashraf yg bertanya mksud rehlah,rehlah b'mksud berkelah /percutian...

Balas
avatar

salam ziarah...
saudara...saya ain...saya dah tukar URL blog saya...dan nama blog saya dari "lukisan cantik @ tidak" kepada "seikatsu no tabii"...tq

Balas
avatar

waahh..aku penah men game telepon buruk tuh..x ingat time kem apa..tp mmg kaw2 syokk..


hikmah sebalik game tu,yg ang siratkan sgt bes!!

Balas
avatar

Nubli-->

yup!game telefon buruk tu paling best.Ko taw,aku punya group dapat mesej ni,"anjing suka panjat dinding tandas".Tapi sampai-sampai aje kat org last,mesej dia jadi cmni,"Kucing suka panjat dinding rumah".

haha...anjing sudah jadi kucing~

Balas
avatar

salam ziarah
lama dah x singgah kt blog sang pencinta..
tahniah..dah ada murabbi sendiri..
semoga anda dihadiahkan keindahan dan kemanisan berhalaqah/usrah..

~radhitubillah~

Balas
avatar

dah bace

baru tau leh wuduk ngan air laut. Agak jahil bab agama

Balas
avatar

hanie@nisya--
Saya pun sama.jahil..kita sama-sama belajar ya~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443