Tuhan satukah atau banyak tuhan?

Tak lama dulu,kita heboh dgn isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan kristian.Sebagai umat islam yg prihatin terhadap masa depan generasi akan datang,kita sepakat tidak membenarkan 'perkongsian' ini.Kita kata,"Kalimah Allah hanya utk orang islam!!!".Tapi sejauh manakah kita bertuhankan Allah?Adakah cuma Tuhan semasa solat,puasa,zakat atau haji?

Ramai orang tak faham,tak tahu bahkan malas nak tahu bahawa sesungguhnya kewajipan untuk bertuhankan Allah bukan hanya terbatas dalam ibadah shj.Maka,dgn seringkas mungkin saya cuba membawa pengertian kalimah agung لا إله إلا الله ‎ ini.Setiap orang yg mengucap dua kalimah syahadah أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله wajib meyakini:-

1-Tiada tuhan selain daripada Allah
Saya meyakini bahawa hanya Allah sebagai tuhan.Oleh itu,sy menolak kewujudan tuhan selainNya.Saya juga wajib mempercayai bahawa selain Allah,semuanya ialah makhluk termasuklah malaikat,syurga,neraka,dosa,pahala.

2-Tiada pencipta selain drpd Allah
Saya wajib meyakini bahawa setiap benda yg ada didunia ini ialah ciptaan Allah.Dalam surah Al-Furqan ayat 2,Allah berfirman,"Dan Dia menciptakan segala sesuatu,lalu menetapkan ukuran-ukurannya dgn tepat'.Saya juga perlu yakin bahawa setiap mesin dan teknologi yg dicipta oleh manusia hakikatnya ia datang drpd Allah.Dia memberi keupayaan utk manusia berfikir dan hasil pemikiran itulah terhasilnya mesin-mesin.

3-Tiada Pemberi Rezeki selain drpd Allah
Wajib bagi sy meyakini bahawa bukan Boss,bukan majikan dan bukan juga pengarah syarikat yg memberi sy rezeki.Sebaliknya rezeki itu datangnya drpd Allah.Ini bertepatan dgn firmanNya dalam surah Az-Zariyat ayat 58,"Sungguh Allah Dialah Pemberi Rezeki yg mempunyai kekuatan yg kukuh".Saya juga tidak boleh putus asa atau kecewa jika dibuang pekerjaan dan meyakini bahawa rezeki itu luas kerana firmannya dlm surah Al- A'raf ayat 10,'Kami tempatkan kamu di bumi dan di sana kami sediakan sumber penghidupan utkmu'.

4-Tiada Pemilik selain Allah
Setiap yg ada pada saya bukanlah milik saya,sebaliknya ia milik Allah.Saya cuma meminjam dariNya.Firmannya dalam surah An-Nisa ayt 132,"Milik Allah lah apa yg ada dilangit dan dibumi."Jadi,saya tak boleh bongkak,sombong atau kedekut utk membantu org-org yg memerlukan bantuan.

5-Tiada Raja selain Allah
Saya meyakini bahawa Allah adalah sebenar-benar pemilik kerajaan,dunia dan juga akhirat.Firmannya dlm surah Ali Imran ayt 189,"Dan Milik Allah lah kerajaan langit dan bumi;dan Allah Maha Kuasa atas sesuatu".

6-Tiada Pembuat Hukum selain Allah
Saya wajib berhukum dgn hukum Allah.FirmanNya dalam surah Yunus ayat 40,'Keputusan itu hanyalah milik Allah'.Saya wajib mengikuti syariat kerana perintah Allah dalam surah Al-Jasiyah ayat 18,'Ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti keinginan org-org tak tahu'.Saya juga takut utk mengambil hukum selain yg ditetapkan oleh Allah kerana firmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 36,"Dan tak pantas bagi laki mukmin dan perempuan mukmin,apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan,akan ada pilihan yg lain bg mereka tentang urusan mereka.Dan siapa yg derhaka kpd Allah dan RasulNya,maka sungguh dia telah tersesat dgn kesesatan yg nyata"

7-Tiada Pemerintah selain Allah
Allah ialah sebenar-benar pemerintah.Maka ketaatan saya adalah mutlak untuk Nya.Firmannya dlm surah Al-A'raf ayat 54,"Ingatlah!Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya"

8-Tiada Pelindung selain Allah
Saya wajib yakin bahawa pelindung saya bukanlah mak saya,abang,suami atau polis.Tapi Allah lah sebenarnya pelindung saya.Firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 257,'Allah pelindung orang yg beriman.Dia mengeluarkan mereka drpd kegelapan kpd cahaya(iman).Dan org-org yg kafir,pelindungya ialah syaitan."

9-Tiada Yang Lebih Ditakuti selain Allah
Saya tak boleh takut kpd manusia,hantu atau takut mati kerana semuanya adalah makhluk.Saya hanya boleh takut kpd Allah kerana firmanNya dalam surah Al-Baqarah juga,ayat 40,'Dan takutlah kpd-Ku saja'.Saya tak boleh takut utk menyuarakan kebenaran dan menentang sebarang bentuk maksiat kpd Allah.Selain itu,sy berdoa dan berusaha utk menjadi golongan yg disebut oleh Allah dlm surah At-Taubah ayat 18,'Sesungguhnya org-org yg memakmurkan masjid Alla hanyalah org yg beriman kpd Allah dan hari kemudian,melaksanakan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kpd apapun) kecuali Allah".

10-Tiada Yang Diharapkan selain Allah
Saya tak boleh mengharap kpd makhluk kerana setiap makhluk juga berharap kpd Allah sebenarnya.Jika dtg bantuan pun,itu dtg drpd Allah juga!Sebaliknya saya wajib berharap hanya kpd Allah kerana firmanNya dlm surah Asy-Syarh ayt 8,'dan hanya kpd Tuhanmu engkau berharap'

11-Tiada Yang Memberi Manfaat dan Mudharat selain Allah
Org yg berniat jahat takkan dpt beri mudharat kpd saya melainkan dgn izin Allah.Org berniat baik pun tak boleh bagi kebaikan kpd saya melainkan diizikan Allah.FirmanNya dlm surah Al-An'am ayat 17,"Dan jika Allah menimpakan satu bencana kpdmu,tidak akan ada yg dpt menghilangkannya selainNya".

12-Tiada Yang Menghidupkan dan Mematikan selain Allah
Saya boleh mati walaupun sedang muda dan sihat.Saya juga boleh tetap hidup lama walaupun sudah terlantar bertahun-tahun sakit kanser.Saya boleh mati jatuh kerusi,atau saya boleh hidup walaupun jatuh tingkat 30.Ajal saya milik Allah.FirmanNya dalam surah Al-Mulk ayat 2,'Yang mencipatakan mati dan hidup,utk menguji kamu siapa yg paling baik amalannya'.Jadi saya perlu sentiasa mempersiapkan diri utk mati dgn menyediakan amal yg baik.

13-Tiada Yang Memakbulkan Doa selain Allah
Saya wajib sentiasa berdoa kpd Allah bukan hanya semasa susah,tapi sepanjang masa kerana firmanNya dlm surah al-baqarah ayat 186,"Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa pabila da berdoa kpd-Ku'

14-Tiada Daya dan Kekuatan selain Allah
Saya wajib meyakini bahawa Allah berkuasa atas segalanya.Ini dinyatakan dalam surah A-'An'am ayat 18,'Dan Dialah yg Maha Berkuasa dia atas hamba-hambaNya'.Allah berkuasa ats hati saya!Oleh itu,saya akan sentiasa berusaha dan berdoa supaya mati dlm keadaan berserah diri(muslim) hanya kpdNya

15-Tiada Tempat Meminta Pertolongan selain Allah
al fatihah ayat 5,'Hanya kpd-Mu kami sembah dan kpd-Mu kami mohon pertolongan'.Jika ditimpa masalah,saya akan berdoa dan berusaha,seterusnya bertawakkal.Saya taknak menjadi seperti org-org yg sesudah penat mengalami kegagalan dalam usahanya,barulah dia nakmintak tolong drpd Allah!Saya yakin,ujian yg ditimpakan kpd saya adalah utk menguji samada saya akan mengetuk 'pintu' manusia atau 'pintu' Allah kerana akhirnya Allah juga yg akan tolong,melalui manusia itu.

Rasanya banyak kelemahan dan kekurangan drpd perkongsian saya ni.Sebab saya dah janji nak tulis seringkas mungkinJadi saya harap jika pembaca sudi memperbetulkan atau menambah baikkan artikel ini dan dapat faham.Moga-moga kita beroleh manfaat.Selamat bermujahadah! dan Selamat beramal~ Pastikan kita tidak lagi bertuhankan wang,pangkat atau harta benda dan nafsu.

dan bertaqwalah kpd Allah dan cukuplah Allah sebagai pemelihara-Al Ahzab ayat 3
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

wah....motivasi mlm...

Balas
avatar

Perkongsian yg menarik..:)
Sebaik2 p'gantungn hanye lah pd Allah SWT..Allah tdak pernah lpe akn hamba2nye..tp kte sbg hamba2nya sering lupa dn engatn kte kembali kpd Allah hye pd saat sush..pn bgitu..Allah masih sudi pkenankn pmintaan hmbe2nye..kn3..?? :)

Balas
avatar

Ikmal fayadh==>
iya..tuhan hanya satu.Itu yg sebenarnya.Tapi manusia tetap ada yg menyembah taghut...


Nuraisyah==>
betol betol betol
Inilah yg disebutkan oleh Baginda bahawwa keampunan Allah lebih luas drpd kemurkaanNya.Dia sangat mencintai kita,tapi kita yang sering durhaka kpdNya.Syukur,kita masih ada peluang utk bertaubat.Jom!

Balas
avatar

aku naik saksi tiada tuhan melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah

Balas
avatar

Salam..

Kalimah ad-Din bermaksud tunduk dan patuh. Ketundukan dan kepatuhan ini merangkumi seluruh aktiviti kehidupan manusia.

Moga kita akhiri kehidupan kita tetap dalam kalimah agung ini
لا إله إلا الله

Balas
avatar

ouh,
teringat ape yg ditulis oleh habiburrahman dalam novel die ketika cinta bertasbih pasal tuhan banyak neh.
hmm, nyway, terima kaseh berkongsi.
^^

Balas
avatar

assalamu'alaikum...akhi iqbal,
saya baru bercadang ingin mengulas mengenai isu kalimah Allah...apa kata akhi berikan pendapat yg boleh jua saya isikan dlm entry saya nanti...time kasih.

Balas
avatar

embun di tengah malam==>
tiada tuhans elain Allah!untungnya kita,lahir terus dalam islam~


Abd Razak==>
Benar tu saudara.Hanya org yg patuh dan tunduk shaja akan beroleh kejayaan yg sebenar-benarnya.Matinya kita belum dijamin samada mati sbgai muslim atau kufur....huhu..risalah kita...


reen_sofia==>
ada ke dalam novel tu?saya tak come across pun dgn ayat tu..hehe..mybe sbb sy baca skip2,nak cpat abis jew..hehe


nur islam==>
Alhamdulillah.Ukhti tulis la,nanti ana baca klo berkesempatan.InsyaAllah

Balas
avatar

Salam Iqbal. Satu penulisan yang baik. Teruskan dengan istiqamah...

Balas
avatar

macam best je ni.
minta copy nak baca kat umah
**skrg dok cc..

Balas
avatar

Salam. ana nak tanya, macam mana nak follow blog ni? ana baru berjinak2 dalam dunia log ni..Ana tertarik dengan padangan saudara tentang kehidupan..

Balas
avatar

Babah==>
doakan juga supaya dapat istiqomah~


peluncur islam==>
wah...walaupun da lama kita kenal knal dlm blog ni,tapi masih saya tak tahu nama tuan..ish2...


musafir kehidupan==>
salam kembali akhi..nak follow?just add link ni kat blog list saudara.selamat membaca.Semuanya Allah yg beri~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443