3 destinasi cinta

Seorang lelaki keluar dari tandas dgn marah.Mulutnya membebel sesuatu,"..Busuk gila bau t*h*!!"Kebetulan saya berdiri di luar tandas lalu terdengar bebelan lelaki tadi.Rasa kasihan pulak tapi rasa nak ketawa pun ada .Dah namanya tandas,tempat org buang najis.Mestilah busuk!betul tak?!

Sebenarnya saya nak bercakap tentang tempat.Dimana kita berada?kemana kita akan pergi?Apa destinasi kita?Ops!semua orang sudah tahu jawapannya.Kita berada di dunia,kita akan ke padang mahsyar utk dihisab dan destinasi kita ialah neraka atau syurga.Taw tak kat dunia ni,ada satu tempat yg Allah sangat suka.Hinggakan tempat tu dipanggil 'rumah Allah'.Apa lagi kalau bukan masjid.Umumnya masjid di Malaysia menjadi tempat utk orang bersolat walaupun ada juga masjid yg hanya untuk jadi perhiasan,tiada solat didirikan didalamnya.Anda tahu masjid itu,tak perlu saya sebut.

Teringat saya kisah masjid yg dibina utk menunjuk-nunjuk ni.Dirakamkan dalam surah At-Taubah ayat 107-110.Berkenaan dgn masjid Dhirar yg dibina oleh orang-orang munafik kerana mahu memecah belahkan manusia.Jadi saya kira,jika membina masjid utk bermegah-megah tentu saja telah memecah belah kesatuan ummat kerana membina satu masjid sudah menelan belanja billion ringgit.Alangkah baiknya jika wang itu diberikan kpd fakir miskin atau utk perkembangan dakwah!Di Malaysia masih ramai yg miskin dan merempat tahu tak???!!!

(Sebenarnya bukan mata itu buta tapi yg buta ialah hati yg di dalam dada-Al Hajj ayat 46)
Kecik hati saya bila saya pergi kebanyakan masjid,jarang pula saya dapati bilangan ahli jemaah melebihi bilangan tiang-tiang dan kepala-kepala paip yg ada di tempat wuduk masjid.Pabila ditanya,seseorang suami bijaksana(bajet) berdalih,'Saya tak ke masjid sebab saya solat berjemaah dengan isteri saya'.Agak-agaknya alasan ni boleh guna pakai tak utk mengelak drpd dtg ke masjid?

Solat berjemaah ini tuntutan,sunnah Baginda yg sgt mulia,terpuji dan dituntut hinggakan diceritakan Baginda pernah terpaksa dipapah 2 orang sahabat utk dtg solat berjemaah.Sakit pun datang!Saya taknak bercakap soal hukum kerana saya bukan org yg layak.Mazhab syafie menghukumnya dgn fardu kifayah.Pemahaman masyarakat Malaysia tentang fardu kifayah ialah-dua tiga org tabligh(sbb mereka ni la yg selalu solat kat masjid)buat,orang lain tak payah.Ish...syurga semua org nak masuk,tapi solat berjemaah tak semua org nak buat.Apa ni?

Seorang sahabat yg buta pernah mintak kebenaran Rasulallah utk excuse drpd solat berjemaah,tp Nabi tanya,'Kamu dengar azan tak?.Laki buta tu jawab 'ya'.Maka Nabi tak kasi dia excuse.Kena datang juga walaupun susah sebab hanya org munafik memang yg tak dtg solat jemaah masa tu.Masih tak nampak ke betapa pentingnya utk solat berjemaah?Kita sekarang speaker masjid tu tepat-tepat menghala rumah kita,tapi ttp pekak dan bengong.Tak faham ajakan Allah utk dtg solat!Kat Acheh,org sibuk berlindung drpd tsunami dalam masjid.Apakah kita mengunggu hukuman drpd Allah dtg,baru nak g masjid?

Eh!lupa nak jwb soalan lelaki td.Solat jemaah dgn isteri memanglah baik,tapi 2 org aje kan?Sabda Nabi,4 org yg solat berjemaah lagi baik drpd 3 org.5 org pula lebih baik drpd 4 dan bergtulah selanjutnya.Lagi ramai jemaah,lagi baik!Saya risau juga sebenarnya sebab statistik menunjukkan lebih 70% umat islam moden sekular Malaysia tak solat.30% je yg solat! Masalah ummat tu.Kata Nabi,'Sesiapa yg tak rasa risau tentang masalah yg melanda umat islam,maka dia bukan termasuk golongan itu'.Tak rasa risau ke bila tengok kawan kita tak solat?Lagi teruk kalau dia housemate kita!!(housemate sy alhamdulillah)Maksiat yg sangat besar tu!kalo azab turun,bukan dorang aja kena,tp kita kena jugak!

Malaysia cukup terkenal dgn sarang pelacuran,tempat perjudian dan tempat hiburan.Bersepah dan tak dikawal.Ingatlah pemimpin negaraku,semua ini akan ditanya di hadapan Allah.Apa kita buat?Sebagai rakyat biasa,saya dan anda hanya boleh mencegah dgn lisan dan dgn hati(membenci dan doa).Perasan tak,orang berduit selalu pergi tempat-tempat maksiat ni.Kenapa?Kerana mereka mencari ketenangan~

Fakta->Hakikat bahagia itu ialah ketenangan dan ketenangan ni milik Allah(semua memang milik Allah pun).Ramai org yg kononnya nak tenang,jadi dorang g isap shisha,main snooker, bowling,tengok wayang,clubbing atau apa-apa la kononnya nak dapatkan ketenangan,tp sebenarnya dorang dapat najis saja!ops...Allah kata,"Ketahuilah hanya mengingati Allah akan menjadi tenang".Haa....Allah lah yg beri tu!“Dialah yg telah menurunkan SAKINAH (ketenangan) ke dlm hati org-org yg beriman agar keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka(yg telah ada).”-Al Fath ayat 4.

Kesimpulannya,satu-satu tempat/kawasan/persekitaran itu membawa kesan yg sgt significant bagi diri kita.Environment boleh merubah kita kerana kita punyai hati yg sifatnya mcm buah mempelam tawar.Direndam dlm cuka jadi masam,tapi derendam dlm air gula ia jadi manis!Sekeliling kita masam(fitnah),jadi kita nak atau taknak,kita wajib pergi ke tempat manis seperti majlis ilmu,majlis zikir atau masjid utk mengelakkan hati kita masam.So,kurang-kurangkanlah berjalan ke tempat2 hiburan yg lagha melalaikan dan sia-sia ni tapi paksalah diri utk berada di tempat-tempat yg boleh membuatkan kita ingat kdp Allah.Mudah-mudahan iman kita bertambah.

Tambahan-->boleh baca ebtry sy yg lepas tentang masjid di sini dan sini
Previous
Next Post »
23 Komentar
avatar

Lagi ramai yg berjemaah. lagi baik. :)

aku hairan alasan org.. minum arak untuk hilangkan masalah. kalau tiba2 eksiden masa bawa kete.. mmg terus hilang masalah kau!

Balas
avatar

Tedi==>
Org akan timbulkan mcm-mcm alasan utk memuaskan nafsu mereka.Walaupun terpaksa menjual agama dgn kepentingan duniawi dgn harga murah..Nauzubillah...

Balas
avatar

salam..

betul tu iba..
islam memang asing skang ni..
sehinggakan ada yang ke masjid dipandang serong,
tetapi jika ke konsert :-
konsert??
sape nyanyi??
owh ok.. enjoy yek..!

Nauzubika min dzalik =)

Balas
avatar

Masjid sekarang tak macam dulu lagi. Dulu, masjid di tempat saya sangat meriah tapi di sebabkan pepecahan politik, masjid juga terbahagi. Ada masjid Pas, ada masjid Umno. Akhirnya, ramai yang bersolat di masjid lain dan mengabaikan masjid di tempat sendiri.

Lebih parah apabila masjid "dikuasai" oleh sebilangan ahli-ahli tertentu. Orang-orang biasanya yang ingin menjaga kepentingan peribadi. Solat tonggang-terbalik tapi kalau orang yang tak biasa datang bukan di jemput naik tapi di herdik, di sindir dan orang itu pun balik.

Malang melihat masjid jadi medan pertempuran politik dan fungsinya hanya tinggal sebagai tempat solat semata-mata.

Balas
avatar

Salam...

Pemahaman dan kesedaran kebanyakan kaum Muslimin masih lemah. Dengan berbagai alasan, akhirnya mereka lebih memilih solat di rumah. Suatu fenomena yang jika terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w, mereka akan diancam dengan dibakar rumah mereka. Bahkan, bagi sebahagian Muslimin, kewajipan solat dikesampingkan oleh berbagai kepentingan dunia dan tentunya, bisikan syaitan. Na'udzubillah!

Balas
avatar

assalamu'alaikum...
takdir Allah kan...
saya pun di tempat saya nie, ada krisis mengenai surau...surau je la sebab saya duduk dlm kolej kediaman.
Tapi yg peliknya, pihak pentadbiran kolej suka menyempitkan fikiran bahawa surau hanya utk solat. Jika ada student yg datang utk study, berita nie sampai ke pengetahuan pihak pentadbiran kolej, jd kami nie akan kene la. Sedangkan, sblum nie, surau tue sgt sunyi, kurang makmumnya, kurang aktivitinya...huhu...saya cuba menarik kawan utk study di surau tersebut, alhamdulillah, selepas itu setiap waktu, semtiasa ada makmum, ukhwah antara kami pun makin erat...tp sedih pihak pentadbiran yg xfhm tue, diorang sendiri xdtg trun solat...jadi surau untuk apa??? Jgn terkejut...surau kat kolej saya nie, di tengah2 antara blok perempuan...jd muslimin yg dtg solat, memang tahap jaga iman la...sedihkan...

Balas
avatar

mengikut ustazah saya, kalau pemimpin itu menggalakkan rakyatnya berhibur maka sudah pastilah rakyatnya galak berhibur..kalau pemimpin mengajak rakyatnya mengimarahkan masjid dan beliau sendiri turut mengimarahkan masjid..maka sudah pastilah rakyatnya berlumba-lumba untuk mengimarahkan masjid..

Balas
avatar

betul tu..sgt sedikit org yg pergi surau@masjid utk solat berjamaah..
kalau kat tmpt sy ni bila dah azan maghrib sempat lg nak timbang2 bola..

marilah sama2 kita mengimarahkan surau/masjid kita! walau sibuk sekalipun kalau boleh biarlah sekali dalam sehari kita pergi masjid..

Balas
avatar

Muzhafar==>
entah la muz...aku pun bukannya penah tengok konsert pun.hehe..


Pei Pan==>
itulah penyakit masyarakat...Tak sanggup mengorbankan kepentingan politik masing2 demi kepentingan agama.Islam tak penah ajar kita berpecah.Sebaliknya kita wajib bersatu walaupun ideologi politik berbeza..Tapi awas,seseorang yg tak percaya dgn hukum Allah,bererti dia tak bertuhankan Allah lagi..nauzubillah...


Abd Razak==>
Sedihnya masalah ummat.Selagi terdaya kita nasihatkan mereka.Solat bukan sesuatu yg boleh dianggap mudah.Jika solat kantoi,amalan lain pun Allah tak pandang.Takutnya jika kita,ahli keluarga kita dan sahabat handai kita juga termasuk dlm golongan yg melalaikan solat...huhu

Balas
avatar

nUr_Of_IsLaM==>
Tahniah.Moga usaha saudari diterima sebagai satu amal soleh dan diganjarkan dgn pahala yg berlipat ganda.Alhamdulillah... Bukankah Rasulallah bersabda bahawa 'sesiapa yg mendirikan satu masjid,Allah akan mendirikan sebuah mahligai utknya disyurga'.Namun demikian,keutamaan mengimarahkan masjid dan surau itu ternyata lebih utama sekarang.Masjid Quba' yg pertama dibina sendiri pun sgt uzur.Namun,ia didirikan atas dasar taqwa!

Tak banyak bezanya situasi saudari itu dgn kebayakan surau-surau di kolej2.Org hanya fikir surau utk solat shj.Maka tiada aktiviti kerohanian dan pentarbiahan.Sabarlah saudari,kerana itu ujian dalam dakwah~


Nazrul Fazli==>
Sangat benar apa yg saudara katakan! Kerana Nabi s.a.w sendiri bersabda bahwa kekuasaan itu kunci kpd kebaikan atau keburukan. Ini kerana si pemerintah mampu buka seluas-luasnya pintu maksiat atau buka seluasnya pintu kebajikan.Terpulang kpd dia,kerana dia berkuasa.Tapi di Malaysia,nampaknya pintu maksiat lebih banyak...tengoklah pemimpinnya siapa...


fitrijohari007==>
Tak banyak beza antara kita.Tiap kali sy lewati mereka,saya akan senyum dan ajak juga.positif jawapannya wlpun mereka tak dtg.hehe...doakan agar terbuka juga hati mereka utk jadi ahli solat~amiinnn

Balas
avatar

suka baca blog ni,,,sangat membina..tapi pelik la nape bila aku letak link kamu kat blog aku..dia tak bagitahu bila updated,,so bila blog kamu updated kamu tetap dibawah sekali..cuba kamu tengok..naper ya?kamu tahu tak?

Balas
avatar

a'ah la embun tgah malam...banyak kali jugak saya dapat aduan mcm ni..tapi saya pun taktaw.so,cmni la..klo saya da update,saya notify kamu ya!keep in touch..salam ukhwah ya sahabatku~! =)

Balas
avatar

Nak tengok kekuatan umat Islam, tengoklah solat jemaah nya. Dan jangan lupa, masjid yang lebih banyak tiang daripada orang adalah salah satu tanda kiamat.

---------

Malaysia cukup terkenal dgn sarang pelacuran,tempat perjudian dan tempat hiburan.Bersepah dan tak dikawal.Ingatlah pemimpin negaraku,semua ini akan ditanya di hadapan Allah.Apa kita buat?Sebagai rakyat biasa,saya dan anda hanya boleh mencegah dgn lisan dan dgn hati(membenci dan doa).

I could not agree more. Tapi, jangan hanya mengharapkan pemimpin untuk mengubah keadaan. It starts from you!

------------------------

Perasan tak,orang kaya atau perasan kaya selalu pergi tempat-tempat maksiat ni.Kenapa?

Iqbal, pleaseeee dont paint all with the same brush.

--------------

Dah terlalu banyak masalah sosial di negara kita. Terlalu banyak! Zina, buang anak. Memalukan sebab yang banyak buang anak ialah Melayu yang sinonim dengan Islam. Terlalu banyak.

However, i do believe someday Islam itu akan tertegak semula. And it's my responsibility to regenerate the ummah. Stop pointing your fingers to others. Each of us should know our own responsibility.

Balas
avatar

shahida==>
i strongly believe that i'm not pointing to others nor u!NO! but i just wanted to give awareness!

saya tak bermaksud menghina sesiapa,tapi saya mahu mencipta kesedaran.Sungguh,saya tak faham apa yg ada dalam fikiran kamu!

Pemimpin di Malaysia dipilih melalui demokrasi,jadi saham kezaliman tu ttp dtg kpd org yg menyokong nya.Bukankah begitu?

Shahida,pleassseee..dont be so narrow minded...

Saya tak poiting aja,tapi saya sedang melakukan tanggungjawab. Saya tak menghukum sesiapa pun.Saya cuma menyuarakan kebenaran.Saya belum cukup 21 utk berpolitik.tapi saya sedih dgn nasib kawan-kawan remaja di Malaysia!

Kami disajikan dgn hiburan melampau sejak dari kecil,lalu kami menjadi org dewasa yg jahil.

Apapun,terpulanglah kpd kamu nak menilai saya bagaimana.Saya cuma melaksanakan tuntutan iman saya iaitu mencegah dengan mulut dan membenci dengan hati.Kamu saya tak tahu...harap kamu juga membenci maksiat.

Dan jika kamu perasan,dlm hukum islam pun ia dilaksanakan depan khalayak ramai.Dapat pahala lagi kalau pergi tengok!Maknanya,tak perlu sorok-sorok kezaliman,maksiat dll kononnya akan mengaibkan pesalah.Apakah kamu fikir bahawa apa yg saya tulis ini mengaibkan 'mereka'?

Jika YA,MAAF saya pinta.Jgnlah kerana perkara kcil begini,kita putus ukhwah.Maafkan saya... =)

Al- hujurat ayat 10,"sesungguhnya setiap org islam itu bersaudara"

Balas
avatar

pegi mana shoutbox???

Balas
avatar

tak juga
kalau kita pandai jaga tandas
tempat yg kita anggap kotor dan busuk itu boleh jadi indah dan wangi
masalah umat islam xamalkan kebersihan walaupun hakikatnya islam itu suci dan mementingkan kebersihan

Balas
avatar

nUr_Of_IsLaM==>
aritu delete da,sebab ingat nak give up from blogging..haha..


Hans==>
aku setuju sgt2 ngn ko bro!thanks~

Balas
avatar

I think you misunderstood my points. Reread my points. And please dont "attack" me if you didnt understand my points! Check dictionary.

What im trying to say is, kita refleks balik diri kita. Apa yang kita dah buat untuk sedarkan orang?

Yes i do agree yang pihak tertentu juga mempunyai saham sebab mereka ada kuasa tapi they do nothing! Tapi, kalau kita mengharapkan mereka semata-mata, trust me, kita akan berakhir tanpa anjakan paradigma.

It starts from you! (Baca, ia bermula daripada AKU). Apa yang bermula daripada AKU? Aku yang akan melakukan perubahan itu. Neither do i blame u nor the other readers. Cuma saya nak cakap, bila ada benda yang berlaku, kita perlu cakap kat diri kita, i have a responsibility untuk regenerate the ummah. Aku kena buat sesuatu untuk ubah persekitaran aku.

Gejala sosial semakin berlambak-lambak. Create awareness! We must and we do not have any other options.

Do u see any of my statement that support what the government nowadays make? If u did, then please point that out.

You have been given choices. It's up to you, which path do you take. Kamu dihidangkan dengan lauk ikan dan ayam. Ia terpulang kepada kamu, lauk mana yang kamu mahu pilih.

Tidak dinafikan, persekitaran akan mempengaruhi kita. Tapi sejauh mana kita mampu untuk "adapt" dengan persekitaran, itu berbalik kepada diri kita.

Saya disajikan dengan keratan akhbar yang kurang cukup baju. Adakah saya terpengaruh? Tidak. Sebab saya memilih untuk tidak terpengaruh. So, pucuk pangkalnya diri sendiri. Kita ada hak untuk memilih.

Saya rasa lah kan, kita perlu mingle dengan orang lain. Bergaul untuk dapat gambaran sebenar masalah ummat kita. You do your part and i do my part. The most important thing is unite.

Balas
avatar

We Need To Change Ourselves First!

Dengar, Hayati, Faham dan Bertindak.

http://www.youtube.com/watch?v=hOrDZJdM93o

Balas
avatar

Shahida,thanks sgt2....tp better kalau kamu tak nampak apa saya buat di Malaysia ni,kamu bersangka baik dgn saya..ok?Sangka baik dgn saya...adakah kamu nak say ceritakan semua???

I dont want to impress people!

Balas
avatar

Saya sentiasa berlapang dada dengan kamu cik iqbal. *duh* confused sudah bah. Saya silap cakap ke kamu silap interprete apa yang saya cakap? isk..isk..

Tengok video ini. Hayati.

http://www.youtube.com/watch?v=hOrDZJdM93o

Balas
avatar

Saya silap tulis la tu~haha =) ok,Thanks ya!

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443