cikgu bintang

Tiba-tiba rasa mcm nak tulis entry pasal guru.Nak meraikan guru-guru.Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yg kat STAR dulu.Dari tahun 03-07 saya kat sana.Kiranya mmg banyak sgt jasa dan masa bersama dgn cikgu-cikgu,dan banyak kenangan yg menarik juga.Saya kongsikan sikit ya..

Tahun 03,sy form 1.Kiranya tak banyak sgt benda menarik masa f1 kecuali saya masih comel lg masa tu!hahaha.gurau jek.Erm,masa f1 saya biasa-biasa saja.Tapi f1 special!solat 5 waktu wajib berjemaah.Tak boleh sodorm(solat dlm dorm).Masuk saja f2,saya dah ada rekod disiplin.Sy dan ramai kwn-kwn terjebak dlm gejala ragnarok online!hee..ketagih main game pulak.

Jadi pernah 1 ketika,hari jumaat dan dlm perjalanan utk solat jumaat,kami singgah ke cybercafe utk dengar khutbah main game.Tapi mmg masa tu awal lg.Baru awal pukul 12.Niat cuma nak main sekejap.Tiba-tiba masuk 2 org polis pengawas sekolah.Dgn itu,secara official nya,kamu di kantoi!Kejadian tak berhenti setakat tu aja.Hari ahad tu saya fly lagi.Tapi dgn kebenaran!Entah la apa masalahnya,mula-mula kwn-kwn kata dpt kebenaran,tp lps tu warden pulak kata kebenaran itu palsu dan tak sah.Bla...bla..bla..nak diringkaskan,saya tertipu dan utk kali yg kedua dlm tempoh 3 hari,2 kesalahan sy buat.Tahniah iqbal.

Apa yg bagusnya,dlm perhimpunan isnin,nama saya dan kwn-kwn dipanggil utk pegi depan.Ratusan mata memandang kami.Sgt segan dan malu.Cuma nasib baik semua lelaki.Jadi tak kesah sgt.Sy ingat guru disiplin saya.Namanya cikgu Kamaruddin atau nickname dia ringgo.Nickname ni legal punya,cuma tak didaftarkan saja.Mmg cikgu2 lain pun ada panggil dia cmtu.Dia mmg jenis ganas sikit.Dia lempang saya kat situ.Perrgghh..mmg tak boleh blah.Rasa mcm-mcm bila kena lempang dpn public.

Tapi itu bukanlah pengakhiran kisah fly saya.Seingat sy,masa akhir tahun form4 baru sy berani balik nak fly.hee..tak bersara lagi.Form 3 sy takde misconduct tp sy ni mmg pemalas nak blaja.Tu pasal PMR dpt 7A aje.Haa..cuma 1 benda sy buat salah,tp tak kantoi iaitu main terup dlm surau.Gila keji ar kami.Main kad tu sudahlah dibenci,tambahan pulak main dlm surau!Saya bru nak main dlm round tu,tgh agih kad,cikgu shahnun dtg.Kantoi.Habis!dia marah sgt!Habis punggung budak2 yg main kena rotan.Sy tak mengaku sy main,tu sbb sy tak kena sebat jugak.Tapi mmg betul sy tak main lg,sbb baru je duduk.heehe
(ni gambar masa form 3.Dimakah saya?haaha)
Tapi kat star dulu,rasanya ada kot sampai 50 kali punggung kena sebat.Mcm-mcm lah sebab dia.Lewat,tak kemas,lupa nak pakai nametag,badge,tie,bla..bla..bla..mcm-mcm la!Kiranya itulah yg mematangkan saya.Jadi sy sgt yakin bahawa seorang ramaja harus membesar bersama rotan.Kwn sy pernah kena lagi teruk.Tak nak cerita kena apa,tp mcm military punya cara.At the end,alhamdulillah..dia positif.Sama lah mcm saya,rasanya nakal tu hanya dpt dibendung melalui cara keras.

Saya sbnarnya kecewa sgt dgn anak-anak org skrg.Cikgu skrg takde peluang lgsung nak sentuh anak diorang.Sikit-sikt nak saman cikgu!Apa yg terjadi,sudahlah anak-anak tu jadi makin rosak mcm dlm cerita anakku sazali,hilang pula keberkatan drpd guru-guru!Sgt tak wajar mak bapa terlalu manjakan anak-anak.Tak salah,bahkan sgt dituntut utk kita ikut cara Nabi s.a.w mendidik anak-anak!masa mereka kecil,jadikan mereka raja.Bila sudah besar sikit,layan mereka seperti hamba.Maknanya perlu dipukul dan dimarahi serta dileteri jika mereka buat salah.Jgn biar  kesalahan tu berlarutan.Dan bila lagi besar,layan anak-anak mcm kawan.Kongsikan masalah dgn mereka.Sbb jika ibubapa gagal jadi kawan karib kpd anaknya,maka anaknya akan ada banyak kwn baik di luar sana.
Saya sentuh sedikit tentang keibubapaan disini,kerana sy tak tulis pasal hari ibu.Jadi sy selitkan sikit.Apapun yg penting disini ialah tanggungjwb mendidik itu.Dahulu,mak dan ayah sy pernah suruh sy apply ke maktab dan jadi cikgu.Entah la,mmg takde rasa nak jd cikgu pun.Tapi bila sy meningkat dewasa,sy baru faham bahawa menjadi cikgu tu tak semestinya perlu mengajar di sekolah.Sebaliknya tugas mentarbiah itu ialah tanggungjwb setiap org!Paling kurang ialah kpd diri sendiri.

Ditambah pula dgn gejala-faham-faham sendiri la- mmg setiap org samada rela,separuh rela atau mmg tak rela...perlu kpd makanan rohani.Syukur,sy rasa Allah temukan sy dgn turning point yg merubah 360 darjah hala tuju hidup saya yg dahulunya teruk,hanya kerana berkat doa ibubapa saya dan solat saya.Kata-kata Umar r.a yg sgt mahsyur;kita adalah umat manusia yg dimuliakan dgn islam!Jadi saya berbangga(dgn tujuan memotivasi) mengatakan bahawa sejahat-jahat saya dulu pun sy tak pernah tinggal solat.Kalau tanya pasal qada' tu mmg selalu sgt la.Lagi-lagi hari sabtu.Hari outing,keluar bandar.Jadi mmg zuhur tu masuk dlm asar lah.

Saya percaya dn sgt pasti bahawa org yg tinggal solat fardu dgn sengaja ialah seumpama layang-layang putus tali.Dia akan hilang kawalan.Kesannya,dia akan ikut saja arah angin bertiup.Apa-apa yg buruk,dia buat saja kerana tiada kawalan dan perlindungan.Dengarlah pesan saya,setakat mana nakal pun kita solat jgnlah tinggal walau sekali pun.Kalau pernah tinggal,usahakan utk qada' kerana dlm mazhab syafie,seseorang yg berhutang dgn Allah (solat),tak layak utk solat sunnat selagi hutangnya blm diqada'.Nasihat ini juga sy selalu kata kpd jiran-jiran saya sbb ramai yg masih bersekolah menengah.

Pernah 1 hari,sy dan seorang sahabat makan-makan.Tiba-tiba kami nampak seorang budak yg terkenal dgn kenakalannya,lalu kami ajak dia duduk sembang-sembang.Mula-mula mmglah dia menolak tapi kami belanja dia minum,barulah dia nak duduk.Mula-mula sembang dulu,biasa-biasa.Kemudia baru kami nasihat dan antara nasihat itu ialah pasal layang-layang putus tali tu la.Alhamdulillah positif.Terus dia pergi surau solat isyak!Ok,kesimpulannya...nak berdakwah kena hikmah.Dakwah tu erti bahasa ialah ajak.Nak ajak org,kena bijak cara.Sy nk kongsi tips '3-am' iaitu 1-salam(kenal-kenal dulu). 2-ta'am(makan-makan,belanja kalau perlu). 3-kalam(nasihat yg baik dan tak menyinggung).Mungkinkah anda ada teknik yg lebih baik?Share la..

Akhirkata,selamat hari guru kpd semua individu dan pihak yg pernah berjasa memberi didikan secara langsung dan tak langsung kpd saya.Semoga anda semua tetap thabat,istiqomah dan sabar melombong pahala-pahala semasa hidup ini kerana janji Rasulallah,pahala drpd ilmu yg bermanfaat akan terus mengalir ke dlm kubur.Ingatlah pesan Baginda,"Jadikanlah dirimu orang alim(berilmu),atau orang yang menuntut ilmu,atau orang yang selalu mendengar pengajaran,atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima kerana engkau akan binasa."(Riwayat al-Bazzar)
Previous
Next Post »
28 Komentar