Kaki tak melangkah

Hujung minggu!yeahh!cuti!Saya sgt suka kalau cuti!lagi lama lagi best..mcm masa sy abes SPM 2007,kiranya hampir 8 bulan jugak sy lepak rumah tak buat apa-apa.Sebagai balasan ats cuti yg sgt lama tu,sy kini terpaksa berdepan dgn training schedule yg sgt tight.Minggu depan no more 8am till 6pm,coz w'll have afternoon shift again!Hate this very much!Tak efficient langsung belajar dari kul 12pm hingga 9pm.huhu...

Itu masalah pertama.Masalah kedua lagi berat ni.Masalah iman yg turun naik,lagi tepat keluar masuk.Mood blogging pun takde ni.Apatah lagi mood nak study.Rasa down sbb exam susah tu masih tak hilang lg walaupun dah banyak kali diperingatkan tentang ayat 22 surah al-Hadid.Itulah sifat iman yg lemah,selalu rasa mcm putus asa.Baiklah,sy tak sepatutnya cerita yg bukan-bukan.Sebaliknya sy nak sambung tajuk bualan kita tentang soalan yg akan Allah tanya kpd kita.

Kalau dlm entry-entry lepas kita dah tengok 2 bentuk soalan,iaitu sebab perbuatan kita dan solat kita,maka harini kita nak tengok pula persoalan yg akan Allah tanya berkaitan kehidupan kita.Diceritakan dalam hadis,bahawa kaki anak adam takkan berganjak di hadapan Allah sebelum dia dipersoalkan dgn 4 soalan berkaitan hidupnya iaitu;
  1. Umurnya : Dimana ia dihabiskan?
  2. Ilmunya : Kemana ia digunakan?
  3. Kesihatannya : Bagaimana ia digunakan?
  4. Harta Benda : Bagaimana ia didapati dan digunakan?
Saya sebenarnya gerun dgn semua soalan ni.Sbb rasanya mmg terlalu banyak penyelewengan yg saya dah lakukan terhadap umur sy.Sy banyak habiskan ia utk berhibur.Rasanya hampir keseluruhan umur saya dihabiskan dgn ketawa dan bergembira.Banyak ketawa akan merosakkan badan-(riwayat Baihaqi).Umur yg dihabiskan utk menuntut ilmu dan beramal pula rasanya sgt sikit.Lebih parah,mungkin Allah tak terima amalan sy,sbb kot-kot ada unsur riak dan ujub.Takutnya..

Persoalan tentang ilmu dan bagaimana ia digunakan?Subhanallah.Soalan ni pun sgt menakutkan,sbb rasanya selama ni sy seringkali mencuaikan tuntutan ilmu.Saya tahu ia salah,tapi selalu juga saya buat.Saya tahu ia perlu buat,tp sy kdg-kdg tak buat.Lebih sy takutkan ialah kalau-kalau ilmu yg sy ada ini membuatkan sy semakin jauh drpdNya,membuatkan saya rasa takjub,bangga diri dan sombong!sedangkan Allah telah mengharamkan syurgaNya kpd org yg sombong!Takut..lagi saya takutkan ialah jika saya menjadi sprt org Yahudi dan Nasrani yg menjual-beli dan memperdagangkan agama!Takutnya..

Allah juga akan bertanya tentang kesihatan yg dikurniakanNya kpd saya dan sy seharusnya bimbang akan perkara ini.Rasanya sy seringkali menyalah gunakan kesihatan sy.Apatah tidak,masa muda dan sihat ni sy banyak sgt bermaksiat dan sgt kurang beramal.Sedangkan Allah sgt mencintai anak muda yg beramal dan menuntut ilmu berbanding org tua.Tapi itu bukan isu,sbb banyak sgt rasanya org tua separuh abad yg masih berjiwa 'remaja'.Masih boleh merogol,boleh buka aurat,boleh berfoya-foya walaupun tua dan tak sihat.Nauzubillah...sy takut kerna saya tak tahu bagaimana masa tua saya.Paling sy takut ialah jika nikmat kesihatan ni sy gunakan utk menentang kebaikan dan menegakkan kebatilan.Faham kan?sbb bukan sedikit org yg sihat yg menghalang org nak berbuat baik.Takutnya..

Persoalan harta benda yg saya miliki juga sama menakutkan!Mengapa tidak...kerana Allah akan bertanya dgn sgt-sgt detail seperti seteguk air yg sy minum.Allah...aku takut kiranya rezeki yg aku nikmati hasilnya itu dtg dari sumber yg haram.Bukannya mudah nak melepaskan diri drpd perkara-perkara haram apatah lagi syubhah,tapi itu bukannya alasan utk membenarkan sesuap makanan yg tak halal masuk dlm perut sy!Saya takut kerna Baginda s.a.w mengatakan bahawa badan yg membesar kerana makanan haram akan ke neraka,Nauzubillah.Saya jg takut dan risau utk ditanya tentang bagaimana sy menguruskan kewangan saya.Allah pasti akan bertanya apakah yg saya beli dan guna.Malang sekali rekodnya semua ada.Lengkap dan tersusun rapi,lgsung tiada peluang menipu!Ya Allah...alangkah ruginya jika ada 1 sen drpd duit sy yg sy gunakan utk maksiat.Takutnya...

kesimpulannya,saya rasa tak payah buat kesimpulan kot sbb sy yakin anda semua tahu apa yg saya mahu katakan.Gunakan masa muda kita dgn sebaik-baiknya!Kita takkan dpt mengulangi masa muda kita ini.Maka wajarlah kita gunakan dgn sebaik mungkin.Dunia ni bukan tempat utk kita enjoy,sebaliknya dunia ni tempat utk kita bersusah-payah kerana Allah sediakan 1 tempat rehat yg paling sempurna utk kita dalam syurga.
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

Salam Iqbal.

Sangat benar nasihat ini. Nikmat sihat dan masa patut disyukuri. Jangan sampai dah sakit dan tua baru nak sedar. Tapi betul jugalah kata Iqbal tu, ramai juga org2 tua yang belum tahu bersyukur. Mudah2an kita terpelihara daripada perkara-perkara yang merugikan itu. InsyaAllah.

Balas
avatar

hmmm..sy pon rsa sy x patuhi or x ikut bnda2 ni.kdg2 terlalai..thnx ye for this n3 ;)

Balas
avatar

lalai yang sendiri dicari, marilah kita sama - sama saling ingat mengingati

Balas
avatar

perkongsian yang bagus tapi bila diperingatkan sperti nie, rase gerun...

Balas
avatar

gunalah masa sebaik2nya
yups
betul2

Balas
avatar

Salam...

Tegasnya, kita mengetahui soalan-soalan di alam barzakh namun tak ramai yang mahu bersungguh-sungguh bersedia utk ke alam itu.

Jika dilihat pada amalan kita ni tak satu pun antara kita bisa terselamat di alam barzakh apatah lagi di akhirat kelak.

Mudah-mudahan atas segala nasihat sdra di sini membawa kita kepada kesedaran dan bersungguh-sungguh untuk bersedia sebelum kita kembali kepadaNYA.

Balas
avatar

terkena kat batang idung aku sendiri barangkali..

berubah dan terus berubah,,

and last

chelsea menang lagi!!!!!!hehehehheh

Balas
avatar

samalah kita...semua soalan memang menakutkan..adakah kita mampu untuk menjawabnya nanti?

Balas
avatar

salam alaik iqqbal :

syukran ats peringatan..
inni akhafullah..tetapi mengapa kadangkala kaki ini sering tersasar. (T_T)

Balas
avatar

salam iqbal,

bertenanglah dik. minta tolong dgn Allah swt bila rasa susah hati. adik teruskan amal mcm biasa dan rehatlah tika perlu. jgn paksa diri, spashly utk blogging :D belajar lg penting kan? ^^

Balas
avatar

kita tak sempurna
dan Allah maha pengampun

Balas
avatar

salam adik iqbal...

peringatan yang penting agar kita tidak lalai dalam menjalankan amanah allah swt...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443