Menjawab soalan ikhlas

Seperti yg pernah sy janji,harini sy rasa mcm nak cerita sedikit tentang ikhlas.Kalau tengok kat atas,saudari reen_sofee pernah bertanya,"bagaimana nak tahu amalan kita ikhlas atau tidak?".Pertama sekali sy nak ucapkan tahniah kpd reen_sofia yg nampaknya begitu istiqomah dan konsisten membaca setiap entry-entry saya yg pada kebanyakan org,mungkin terlalu islamik.Dan bila islamik,ia akan menjadi suatu yg sgt membosankan,lbh-lbh lg kpd org muda.Sy sendiri kurang suka membaca penulisan yg terlalu islamik sbb kdgkala sgt susah nak faham.Itu pasal,saya suka menulis sesuatu yg ringkas.Semoga mudah utk kita sama-sama faham dan amalkan.InsyaAllah.

Persoalan ikhlas itu sgt rumit sbnrnya.Ikhlas itu hanya diketahui oleh Allah.Kita sendiri tak tahu sama-ada kita benar-benar ikhlas atau tidak.Ulama-ulama menggambarkan ikhlas itu seumpama seekor semut hitam yg berdiri di atas batu hitam di dalam gua yg gelap di tengah malam yg gelap gelita!Boleh nampak tak?mustahil!Oleh itu,ikhlas bukan letaknya di mulut,sebaliknya ia terletak dalam hati kita.Ops,sebaik-baiknya kita lihat apa erti ikhlas.Ikhlas itu bererti BEBAS.Bebas drpd kepentingan-kepentingan selain hanya mengharapkan Allah semata-mata.

Saya tak nafikan bahawa utk ikhlas dlm sesuatu amalan itu sgt-sgt sukar.Seringkali akan timbul rasa riak dan bangga diri.Kadangkala terasa diri ni hebat,baik dan alim dan tak terlepas pula rasa merendah-rendahkan org lain yg mungkin.Oleh sbb kesukaran itulah Allah telah menjanjikan bahawa sesiapa yg berrsedekah walaupun dgn separuh tamar,akn dibalasi pahala sebesar gunung uhud.Sangat besar ganjaran amalan yg ikhlas!Dan syarat penerimaan amalan kita juga ada 2 iaitu dgn mengikut cara Baginda s.a.w dan ikhlas hanya kpdNya.

Berbalik kpd soalan;cara mengetahui kita ikhlas atau tak.Kita boleh rujuk surah Al-Hasyr (59;9)-"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan sesiapa yg memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."

Utk menilai tahap keikhlasan kita,kita boleh menilai tahap pengorbanan kita.Kerana ikhlas dan pengorbanan itu seiring.Oleh sbb itulah Rasulallah menganjurkan kita supaya bersedekah benda-benda yg kita suka dan syg.Ada kisah sahabt r.a ketika nak meninggal dia kata,'alangkah baik jika baru'.Sahabat tanya Rasulallh sbb apa dia nak mati dia ckp cmtu.Rasulallah kata sbb dulu dia ada 2 baju sejuk,dia beli baju baru.Tiba-tiba dia ternampak seorang pengemis kesejukan,lalu di tanggalkan baju lama,bagi kpd si pengsmis td.Jadi sblm mati,Allah dah tunjukkan balasan sedekah dia.Jd dia menyesal sbb bagi baju lama,sbb kalau bg yg baru lagi banyak pahala.

Ramai org sedekah benda yg dia dah tak guna.Pernah terjadi,org sedekah langsir buruk dan koyak-koyak kat surau tempat saya.Haha.ingat surau ni tapak pelupusan sampah ke?Tak kurang org yg sedekah makanan yg dah nak dekat basi.Kalau gulai kambing,dia sedekah la sikit daging 3 atau 4 ketul,selebihnya 1 bekas besar tu kuah aja.Itu bukan ikhlas namanya tu!Kita lihat peristiwa korban itu sendiri.Antara syarat binatang yg hendak dikorbankan,ia mestilah sihat dan gemuk.Bukannya boleh guna lembu yg kurus kering utk buat korban.Sebab pengorbanan,akan melahirkan keikhlasan.

Menurut Ust Fadhullah Syuib; Sesiapa yg tak merasa sukar atau susah,maka dia belum benar-benar ikhlas.Ini membentuk satu indicator yg menunjukkan kita ikhlas-iaitu dgn berbuat sesuatu dgn sepenuh hati.Jika kita ikhlas,maka kita akan berbuat sesuatu dgn sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.Selain drpd itu juga,kita boleh jugak check tahap keikhlasan kita dgn menyemak niat kita.Kita kena periksa niat kita sebelum,semasa dan selepas kita melakukan sesuatu amalan.Kita juga mesti melakukan sesuatu dgn istiqomah kerana istiqomah akan melahirkan keikhlasan.Dgn istiqomah juga kita boleh semak tahap pengorbanan dan kesungguhan.Syaitan bersumpah dalam Quran (15;39-40),bahawa hanya org yg ihlas akan terselamat drpd tipu dayanya.

Tapi,selepas sy cerita pasal ikhlas,ramai org faham bahawa Amalan yg tak ikhlas itu tak diterima Allah.Ini sgt benar kerana Allah hanya menerima amalan yg ikhlas.Ini disebutkan dlm surah Al-Hajj(15;37)-"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu" Maka,terbitlah alasan yg berbagai jenis seperti,-"Aku bukan taknak solat berjemaah,tapi kalau aku pergi pun bukannya sbb aku ikhlas tapi sbb nak makan" atau "aku bukan taknak baca Quran,tp sbb kau suruh aku jd tak ikhlas lah nanti".bla..bla..bla..

Mcm-mcm alasan yg akan dtg.Betullah pepatah melayu ada mengatakan,'hendak 1000 daya,taknak 10 000 dalih'.Saya sendiri pun banyak kali dengar alasan-alasan mcmni.Lawak jugak kdg-kdg.haha..Mana tidaknya,bila diajak kpd ibadah pasti akan timbul jutaan alasan.Kalau bab berhibur,tak payah ajak.Set terus!haha..Bila org bagi alasan sprt diatas,saya selalu akan tanya balik kpd diorang."Dulu masa ko kecik-kecik ko sembahyang sbb mak ko suruh kan?Masa kecik-kecik kita mana reti ikhlas ke tak.Tapi bila dah besar,kita masih tetap solat jugak kan?Maka ini membuktikan walaupun sekarang kita tak ikhlas,tapi kalau kita selalu buat dan selalu cuba buat,maka lama-lama kita akan ikhlas secara automatik."
Itu cara saya lah,dan nampak tak berkesan sgt pun.Bagi anda yg mengalami situasi yg sama,mungkin kita boleh kongsikan cara bagi mematahkan hujjah org yg suka berdalih ni.Ok?

So,secara kesimpulannya,marilah sama-sama kita periksa tahap keikhlasan kita.Jika bukan harini,esok.Kalau bukan esok,lusa.Apa yg penting ialah kita mestilah berusaha utk ikhlas kerana Allah telah menjanjikan syurga kpd kita,org-org yg beramal.Ini disebutkan dlm surah az-Zukhuf ayat 72-'Dan itulah syurga yg diwariskan keatas kamu ats apa yg kamu lakukan'.See?Kalau tak beramal kat dunia ni,jgn mimpi lah nak masuk syurga.Jadi,either kita ikhlas atau tidak,kewajipan tetap perlu dilaksana,tapi dlm masa yg sama,keikhlasan ttp perlu dititik berat dan diusahakan.Moga bermanfaat~Wallahua'lam
Previous
Next Post »
17 Komentar
avatar

hmmm..dolu2..kite penah bace kat satu article..die kate..ikhlas tue xdapat dzahirkn dgn kata2..sbb tue susah nk sure kn pasal keikhlasan ni..ALLAH je tau hati kite..bkn skadar ble kita ckap mcm.."aku ikhlas ni..trima la"..atau.."saya xmintak pe2 sbg balasan..btol2 ikhlas"..mnunjukkn kite btul2 ikhlas..:)


p/s --> hehe..dh lame xjenguk sini..:)

Balas
avatar

entry yang bagus & mudah difahami.

Balas
avatar

suke bc yg part solat tuh..harap2 nti bila selalu solat timbul rsa keikhlasan yg sbnr tu

Balas
avatar

itula
ikhlas itu hanya kita yg tahu kan

Balas
avatar

memang bermanfaat! jazak allah khair atas perkongsian..

ikhlas ni macam sesuatu yang berada di tempat yang tinggi..nak capai ikhlas yang berada di tempat tinggi tu, kita kena la mendaki dari bawah..
mungkin sewaktu kita mendaki tu, ramai yang nampak usaha kita, tapi kita kena terus fokus supaya kita terus mendaki, dan mendaki, dan mendaki sehingga kita dapat rasa ikhlas tu..

mungkin ikhlas dicapai bila mana kita buat sesuatu yg baik, kita tak rasa apa2..sedekah byk2 pun relax je..

tapi tula, untuk mencapai ikhlas tu, bukan senang, tetapi kita kena berusaha ke arah itu. insya-ALLAH..

Balas
avatar

Salam..

Ikhlas ni melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.

Balas
avatar

(1)-Nuraisyyah-
Yup!Betul!Tepat sekali~betul ala apa yg kamu kata tuu...mmg ikhlas bukan letak di mulut.Hatta kita sendiri pun tak taw kita ikhlas atau tidak~

p/s-->kalo rasa dah lama tak dtg,kenalah selalukan diri utk dtg~heeeeee


(2)-hanie@nisya-
alhamdulillah.moga ada manfaatnya ya~


(3)-sugar2 kapas strawbeery-
InsyaAllah.saya pun sedang berusaha utk ikhlas.huhu

Balas
avatar

(4)-Hans-
Mana ada mcmtu..kita pun takkan tahu kita ikhlas atau tak dlm amal.Moment utk kita tahu cuma bila kita dah 6 kaki dalam tanah(mati)..Allah saja yg tahu,dan akan mengganjarkan~kita wajib usaha!


(5)-muz-
Perumpamaan yg sgt baik,menarik,dan tepat!Kalau dlm tgh mendaki.kita terlalai,maka akan jatuh la...huhu


(6)-Abd Razak
jazakallah atas penerangan yg lebih tepat dan mendalam~

Balas
avatar

hohoho!
adoii
terime kaseh ye iqbal!
menjawab soalan saye!
heheheh
susah nak iklas neh sebenanye!
mesti ade gak timbul riak tuh!
terutama nye cam neh.
kite buat benda tuh memang ikals, tak menunjuk sume.
tapi bile org disekeliling kite mule sebut kebaikan yg kite dah buat tuh mule laa rase cam kembang semangkuk. rase riak tuh mule laa keluar.
padahal kite buat benda tuh tak dek niat pon nak berbangga atau menunjuk nunjuk.
kalo cam tuh kire tak iklas laa kan???

Balas
avatar

sedang cuba untuk ikhlas.
hari-hari insya Allah :)

Balas
avatar

susah nye nak ukur ikhlas dlm hati kita ni..

slalu tny...ikhlaskah aku???
entah .. tp sdg cuba utk ikhlaskan segalanya =)

Balas
avatar

CONTOH:

ade sorg ni yg kita rasa x bape nak best kwn dgn dia, tp satu hari dia dtg dkt kita masa kita tgh mkn, kononnya dia x de kwn nak mkn sama so dia dtg join kita. klu kita doa mkn2 sama tu bleh jd asbab utk hidayah Allah tersebar maka kita terima dia duduk dgn kita dgn besar hati..

;-)

Balas
avatar

(7)-reen sofia-
Kalau kita suka disebut-sebut.Kita rasa seronok dipuja dan kalau kita redhakan perasaan bangga itu wujud,maka itu mmg tak ikhlas la~So,apa yg perlu dibuat,kita kena tolak pujian mereka dalam hati.Dalam hati,kita kena selalu istigfar sbb kita mmg tak patut memiliki rasa tu.Allah Maha Pengampun reen...insyaAllah~

Balas
avatar

(8)-vanilla popsicle
Iya~kena praktis hari-hari supaya nanti timbul rasa ni


(9)-jane-
Yg penting usaha kena ada.Allah melihat usaha,bukan melihat hasil :-)


(10)-inas-
Agak tak faham~heehehe..tapi insyaAllah hidayah Allah akan dtg,kdg2 melalui cara yg kita sendiri tak boleh huraikan misterinya tuu

Balas
avatar

niat sesuatu perbuatan kebaikan kerana allah..insyaallah

Balas
avatar

syukur... dah lama x komen, tp bila bace entry ni tersa nak komen...

kadang2 diri ni pun terfikir, ikhlas kah orang terima perbuatan yg baik kita lakukan..

biasalah manusia, sifat dengki tetap ada...

tapi betul juga pepatah melayu, buat baik berpada, buat jahat jangan dibuat langsung...

buat baik dengan ikhlas, niat betul.. dan paling betul adlh kena pada tempatnya...

TQ for xplen...

Balas
avatar

(11)-embun
insyaAllah~heehe

(12)-Fid
Thanks Fid ziarah blog aku~hehehe.
Betul tu...buat baik biar banyak,buat jahat jgn seskali-kali~Gudluck~moga ada manfaat bersama

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443