Pengajaran drpd mamak putih

Kawan saya pernah cerita kpd saya.Dia pernah bersembang dgn seorang mamak yg kerja di kafe tempat kami belajar skrg.Kafe tu mmg mamak punya.

Kwn saya :Kamu muslim?
Mamak :Ya.Muslim Pakistan. 
Kwn saya:(dalam hati; ooo..patutlah tak hitam) Tak solat?
Mamak:Bos tak kasi.Sini Malaysia,orang islam ramai tak solat,kena kerja.

Tidakkah kita merasakan bahawa tindakan bos yg menghalang pekerjanya drpd bersolat itu sgt melampau dan zalim?sedangkan bos dia pun sama islam!bahaya betul kedai mamak ni!pikir nak untung aja

Pengajaran drpd kisah ini ialah; Jika benar kita taknak dan tak suka buat baik,janganlah sesekali kita menghalang org lain pula utk membuat kebaikan.Ini adalah kerana jika kita halang org lain buat baik,maka kita telah menjadi syaitan dlm bentuk manusia tahniah Benda ni sy selalu pesan kpd kwn-kwn saya dan skrg,sy berpesan kpd anda semua.Jika kita tak mampu sokong kwn kita buat baik,lebih baik kita diam.Jgn lah kita nak menjatuhkan semangat dia dgn mengata dia,ejek dia hatta buat muka ketat pun jangan.Saya tahu kita semua melayu,dan mmg sifat melayu suka menjatuhkan sesama bangsa sendiri.Realiti bukan?
Dalam Quran sendiri Allah ada menceritakan tentang sifat org munafik-bakal mendiami neraka.Antara sifat mereka ialah memperlekehkan org yg nak buat baik.Ada dicertitakan dlm surah at-taubah ayat 79.Ni ada asbabun nuzul dia.Panjang sbnrnya,tp sy dah ringkaskan insyaAllah.Asbabun nuzul dia drpd ibnu mas'ud.Beliau berkata tatkala turun ayat ke103 surah at-taubah(ayt tentang kwjpan tunai zakat),aku ttp membayar zakat wlalupn aku buruh tukang pikul.Lalu,ada org yg bersedekah dgn jumlah yg banyak.Kaum munafik pun berkata,'Dia melakukan itu kerana riya!' Namun,bila ada org yg bersedekah dgn 1 sha(unit ukuran yg nilainya sikit),mereka munafik tu berkata,'Allah Yang Maha kaya tak perlukan sedekah yg sedikit mcm ni!.Maka turunlah ayat 9;79..(hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika kita seorang yg ada akal,pasti kita taknak jd org munafik atau jd syaitan manusia kan?Jadi kesimpulannya, kalau kita dah jadi org atasan,jgn halang org bawahan kita utk taat kpd Allah.Kalau kita jd kwn,jgn halang kwn kita buat baik walau kita sgt tak suka..rayuan saya,tolong jgn benci kpd kebaikan kerana itu tandanya iman kita negative.Nauzubillah...

nota tambahan: sy sedang bercuti di kampung halaman.Wesak Day punya cuti tambah cuti weekend!Wah!!Bestnya~ internet connection takde.Jadi saya auto-publish aje post kali ni,sampai ahad nanti.Doakan keselamatan perjalanan sy
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

memang keji orang yang menghalang org lain membuat kebaikan.. atie tak bersih tu...

balik dari kampung jangan lupa buah tangan untuk ku lalalaaa :)

Balas
avatar

Salam Iqbal.

Ada 2 perkara di sini, satu yang menghalang tu memang tak beriman, yang menurut tu satu perkara lagi.Imannya juga lemah. Kadang2 sengaja adakan alasan pun ada juga.

Allah Maha Mengetahui.

Semoaga selamat dalam perjalanan pergi dan balik, selamat bergembira di kampung bertemua saudara sekampung.

Balas
avatar

tp kn iqbal..asal dia ckp cni malaysia,rmai yg xsolat,kna buat keje?boss dia je yg xsolat,knp seluruh muslimin muslimat kt malaysia ni dia nk libatkn sekali.adusss..mcm2 la.tokey dia tu kn.klu dia xsolat jgn la halang org tu buat ibadat.

Balas
avatar

bese laa tuh org kite!
org nak buat pahal halang!
org nak buat dosa lagik digalakkan!
cheh

Balas
avatar

manusia mmg macam-macam
banyak ragam
tapi kalau iman yg kuat insyaAllah

Balas
avatar

mmg sakit hati.. diorg yg halang tu bkn dengki pon, cuma diorg malu sbb diorg x mampu nk buat baik, asik buat bnda x baik x henti2.

betul.. org mcm sy ckp tu wujud..

Balas
avatar

suka entry nih
ramai orang suka memperlekehkan orang yg nak buat baik

selamat bercuti

Balas
avatar

Salam..

Kedai mamak di mana-mana pun begitu.

Pernah saya tanya pekerja mereka pasal solat jumaat, mereka kata boss tak bagi pergi, takder orang jaga kedai.

Lemahnya iman..

Balas
avatar

salam iqbal,

bestnyer b'cuti :) ni la malaysia kan..org lain punya raya, satu malaysia sambut cuti ^^

alahai, kedai mamak mmg mcm tu la. kat area umah akak ni kalau ditanye napa tak pi solat jumaat? dia kata last week dh pi, this week turn kwn dia. hmm..apo nk dikato?

Balas
avatar

Iqbal,

kamu tahu tak, di pusat membeli belah AMpang Point, banyak majikan yang mengambil pekerja perempuan tapi dengan syarat mereka bersetuju untuk tidak memakai tudung.

Benda nih pernah jadi kat saya. Saya memang marah giler, dan terus blah dari kedai tuh. Plus, maki2 kedai tuh dalam hati..

Tak faham.

Sepatutnyer, kerajaan kuatkuasakan undang-undang untuk halang benda sebegini.

Balas
avatar

dulu aku gaduh dgn manager mcd aku sebab dia tak bagi aku cuti ari jumaat..aku mintak sbb aku nk solat jumaat..pas tu time orang semayang dia suh aku keje kat luar cuci lantai..malu tu..

aku wat report terus kat manager besar..terus aku mcm kena pulau

Balas
avatar

tak bersolat hukumnya berdosa besasr, malah ada ulama yg mengkafirkan org yg tak bersolat. menghalang org lain (pekerja ) bersolat) lagilah laknat namanya.

Balas
avatar

masa saya mula2 kerja, ada sikit fikiran negatif kat lelaki indonesia yang kerja di situ..dua orang..

yelah, dah orang2 terdekat asyik pesan, hati2 dengan indon, nanti kena hembus, kena jampi, kena rogol, kena bawak lari pi lombok & macam2.

tapi dah dekat sebulan ni, saya perhatikan indon dua orang tu tak tinggal solat. masuk waktu, dia nanti masuk stor untuk solat.

& juga ingatkan saya untuk solat.

sedangkan orang malaysia (manager dan staf lelaki lain), waktu solat pun buat dek ja. walaupun awal2 kerja dlu ada jugak saya tanya,

"eh dah solat? tinggal la kerja ni kat saya, pi solat dulu."

lepas tu saya simpulkan,

org indon yg solat lebih baik dibuat kawan daripada org malaysia yg tak solat. hehe

Balas
avatar

-Ain Fatihah-
Betul gak kata kamu tu..sbb saya pun ada kawan ngn bangla dan indon yg keje construction site kat depan apartment saya.Mmg diorang ni jenis yg peramah,selalu solat berjemaah dan rajin....best!

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443