Kita pemuda islam

Ajaan Sesat
Saya nak reveal kpd anda semua tentang 2 jenis ajaran sesat yg diterima pakai di seluruh dunia hatta Malaysia sendiri pun.JAKIM dan mana-mana jabatan agama rasanya mcm masih belum menfatwakan fahaman-fahaman ini sesat padahal ia sgt bertentangan dgn ajaran islam yg sebenar.
Ajaran sesat atau fahaman sesat tentang islam yg pertama ialah fahaman bahawa ‘masa muda aku ialah utk bersuka ria.Tua nanti baru aku taubat dan mempraktikan islam’.Ini fahaman yg banyak terpahat dlm otak kita.Diturunkan dari 1 generasi ke generasi seterusnya.Fahaman kebendaan ini nampaknya cukup berjaya melahirkan anak muda yg celik akalnya tapi buta hatinya.

Masa Gila
Demi Allah,saya tak mahu menyalahkan sesiapa kerana itu tak menguntungkan kita.Sebaliknya,sy harap kita sedar (sikiiit pun jadilah) bahawa masa muda ini adalah masa emas(sbnrnya lebih bernilai drpd emas!).Masa muda ini Allah hadiahkan dgn kesihatan tubuh,kecerdasan berfikir dan banyak nikmat lain.Dan dgn pakej itu,seharusnya kita gunakan utk mencari kurnian Tuhan yg maha luas.Maaf,saya tulis artikel ini bukannya utk menyindir,marah atau nak tunjuk baik.Saya cuma sedar bahawa Rasulallah pernah bersabda yg maksudnya.’masa muda ialah sebahagian drpd kegilaan’.

Mmg masa ini kita akn berperangai mcm org gila.Kita terdorong utk berbuat sesuka-hati,teringin utk mencuba itu dan ini(mcm org gila yg tak boleh kawal diri).Maka,penting utk diri kita kandangkan nafsu-nafsu kita itu!Caranya hanya 1 saja,kita kena mantapkan akidah kita juga.(ape?ingat lembu kambing aje ke yg kena dikandangkan?)

Fahaman masa tua baru nak bertaubat dan mula beramal ialah 1 fahaman yg jauh terpesong drpd islam yg asli!Masa tua sebenarnya masa utk persiapan terakhir,bukannya baru nak bersiap.Contoh: org yg nak naik bas.Jika bas jam 1 ptg,jam 12.50 tghari sepatutnya dia sudah berada di stesen bas.Mana mungkin jam 12.50 baru dia nak kemas baju,nak lipat,nak cari beg,nak mandi dan bersiap dll.Mana sempat!Begitu juga manusia.Kita hidup sekali je.Sbb tu lah kita patut gunakan peluang hidup yg sekali ini utk mencari bekalan kehidupan yg kekal.

Tulang Belakang
Pemuda adalah tonggak(harapan) kpd sesebuah organisasi.Dlm satu hadis-”Adalah kami berperang bersama Rasulallah s.a.w sedangkan di kala itu,kami adalah (golongan) pemuda”-riwayat Ahmad.(hadis ini cerita pasal org muda).Kita lihat sejarah kegemilangan islam.Siapakah pemuda-pemuda islam yg menghabiskan masa muda dgn Allah Taala?Antara yg famous ialah Abdullah bin Mas’ud(ibnu mas’ud),Abdullah bin Abbas,Abdullah bin az-Zubair,Ali bin Abi Talib dan ramai lg.Mereka pemuda,mcm kita.Tapi bezanya,mereka gunakan masa muda mereka dgn jihad,kita habiskan masa muda dgn Jehan(nama perempuan).

Fenomena
Adakah sesuatu yg mustahil,utk melihat masjid-masjid penuh dgn anak muda?Kalau di kg saya,mmg susah la nak tengok org muda kat msjid.Ramai jemaah yg dah mcm siput(maksud saya:berjalan mcm siput),lambat-lambat dtg masuk saf solat.huu..nak buat mcmana,semua dah tua dan dah sakit.huhu.Nasihat saya; kalau ada masa,kita join la sikit-sikit dgn program masjid.Dekatkan diri dgn rumah Allah.Boleh?kita cuba ya..
(kecik-kecik pun boleh bersolat)
Kelebihan Muda
Dlm sebuah hadis yg menceritakan tentang 7 golongan yg dinaungi Arasy Allah,hampir kesemua golongan itu adalah golongan pemuda(bukan pemuda UMNO atau pemuda DAP).Antara mereka ialah-1-pemuda yg membesar dlm keadaan beribadah kpd Allah 2-pemuda yg hatinya terikat dgn masjid 3-pemuda yg saling berkasih syg kerana Allah 4-pemuda yg menolak ajakan zina,kerana takutkan murka Allah(haa…yg ni susah!!) 5-Pemuda yg bersendirian lalu dia menangis kerana mengingati Allah(yg ni lg best drpd tengok hindustan!) 6-pemuda atau lelaki yg sedekah tangan kanan,tgn kiri tak tahu.

Kita Punya Tanggungjawab
Islam tak pernah mengahalang kemahuan dan kehendak kita.Islam menggariskan panduan dan tatacara kpd kita.oh!!Saya juga lelaki mcm anda,baru 20 tahun,lebih kurang umur anda,saya juga memiliki keinginan dan minat yg sama mcm anda.Saya suka bola!layan world cup juga!saya juga suka lepak-lepak,tengok movie(fakta ni ragu-ragu),musics dan apa-apa sajalah yg anda suka.Sama! Tapi sampai bila kita nak suka benda-benda ni saja?sampai bila kita nak tetap fikir game,bola,artis..bla..bla.. Kita semua ni takkan selama-lamanya remaja.Kita punyai tanggungjwb.

Kita bukan makhluk yg diciptakan Allah utk mengikuti tuntutan nafsu semata-mata.Kita manusia!Rujuk surah At-tin ayat 4 hingga ayat 6-‘Allah mencipta manusia dlm bentuk yg paling baik.Kemudian Allah kembalikan ke tempat yg serendah-rendahnya kecuali org-org yg beriman dan mengerjakan kebajikan.Mereka diberi pahala yg tak putus-putus.Manusia jika tiada amal soleh..hmm..faham-faham sajalah.Maksud ayat Quran td tu direct!

Kenapa masa muda kita ni banyak sgt cabaran,dugaan dan ujian?
utk menjawab soalan ni,kita kena tengok dari mana dtg dugaan,cabaran dan ujian itu.Apa yg saya perhatikan,Yahudi laknat dan kuncu-kuncu munafikin nya(boleh jadi sesiapa sahaja) telah berjaya merosakkan hati-hati dan pemikiran-pemikiran kita.Mengapa pemuda islam yg mereka serang?Jwapannya mudah->pemuda yg jahil dan nakal akan membesar menjadi belia yg jahil dan nakal dan menjadi ibubapa yg jahil dan jahat dan melahirkan anak-anak yg jahil juga.Penggantian demi penggantian.(faham tak flow dia?)Jika pd generasi tersebut,ada yg ter’sedar’ maka Alhamdulillah!Tapi jika tiada yg sedar kesilapan mereka yg terlalu mengikuti nafsu,maka ini adalah kezaliman yg besar kerana hingga 7 keturunan(dan lebih) akn rosak!

Perubahan Harus Bermula Dari Mana?
Jika ditanya kpd saya..maka jawapan saya ialah bermula pada diri saya sendiri.Saya seorang tak mampu utk menyedarkan semua org.Jika anda rasa saya kawan anda(link),maka sahutlah seruan saya.Kita jadi pemuda islam.Pemuda islam yg berani mengatakan yg hak!Pemuda islam yg gagah mempertahankan maruah diri dan agama!Pemuda islam yg digeruni oleh org fasik dan syaitan-manusia.Pemuda islam yg berbakti kpd ummat dan masyarakat.Pemuda islam ialah sebaik-baik gelaran utk kita!Tidakkah kita malu jika diri kita tak disenaraikan sebagai pemuda islam di sisi Allah?

Bagaimana Mahu Menjadi Pemuda Islam?
Jwapannya mudah.Semuanya bermula dgn berhati-hati.Terhadap makanan yg kita makan,kita perlu berhati-hati.Ambil makanan yg halal dan baik.Makanan halal banyak,tapi tak semua yg halal itu baik! Terhadap hiburan juga kita perlu berhati-hati!Jgn terjebak dgn hiburan yg melalaikan dan merosakkan.(kalau Tv rosak senang nk repair,manusia rosak susah)Yg paling penting,berhati-hati dgn penggunaan masa.Pemuda islam banyak tanggungjwb!Kita tonggak ummah,maka wajarlah kita banyak tanggungjwb.kan?

Kesimpulan
saya menulis berapi-api,tapi dlm masa ni,saya tahu tak ramai org yg ada membaca artikel ini.Maka saya pohon jasa baik org yg baca dan sedar tentang hakikat kejatuhan nilai pemuda islam ini,utk sama-sama memberi kesedaran yg sama kpd sahabat kita yg lain yg tak membaca artikel ini.Pemuda islam takkan selama-lamanya tidur..InsyaAllah,islam akan kembali berada di puncak..hanya sekiranya saya dan anda berjaya menjadi pemuda islam.
Previous
Next Post »
43 Komentar
avatar

eehhh... ape adiq2 aku wat kat cnie? patot la cari dari smalam tak jumpa2 heheeee

memang salah pemikiran klau dah tua baru nak beramal sebab utama coz kita sendiri tak tau ajal kita. confirm sangat ke umo 60, 70 baru kita mati? klau dari muda tak beramala, dah tua nanti mesti dah liat punya la.

toink2!! ku dah berkurun mengbloglistkan blog menarik nih :)

Balas
avatar

dua orang kat atas nie nampak sgt xsuka membaca...

nampak sangat


ermmm....

pasal entri ko nie kita kena kuatkan iman kita dulu....
sekarang dugaan banyak...
apa2 pun.. nice entri nie...
rajin menaip..


or














copy paste?

>>______________<<

Balas
avatar

salam iqbal,

akak selalu ajar anak2 (mereka masih kecil ye) supaya tak terlalu asyik dgn tv. hadkan 2 jam tgk tv, then tutup. main pulak. opah dan papa diorg selalu pesan kat akak "tak elok la budak kecik mcm ni tgk gambar2 tak senonoh kat tv tu, joget sana-sini, violent etc". ni contoh tv. kalau bab mknn plak, untungnya akak ni suka m'cuba resepi baru. jd kuranglah anak2 mkn junk food beli tu. alhamdulillah. akak rasa kalau pendidikan/pendedahan mcm ni (contohnya) bermula sejak awal, insyaallah generasi pemuda islam yg ideal boleh direalisasikan.

p/s: farid mofasad tak baik syak wasangka dan tuduh melulu kan? :(

Balas
avatar

farid

knape pulak kamu kate saya tak suka membaca?

cuba klau nak cakap something, pk dulu hati orang

salam

Balas
avatar

yela iqbal...
bukan kg ko je...kat taman aku ni pun sama jer...adoi...aku pun sama gak arr...malu...malu...
kene berubah ni...insyaAllah...thanks tuk ingatan ko ni bro,,,

Balas
avatar

iqbal:taip sendiri ke, copy paste ke..both tak jadi hal kn iqbal,atleast ade org leh bace kt sini..
bagus2...n tq~~~ manusia perlu diingatkan sentiasa~:)

Balas
avatar

Tertarik dengan keadaan remaja pd zaman Rasulullah yang hidupnya dihabiskan dengan jihad dan ibadat. Agak jauh berbeza dengan remaja akhir zaman macam sekarang.

Termasuk diri ini yang selalu lupa...

Balas
avatar

yup,betol
menarik hadis tu
masa muda nie la kita teringin buat mcm2
sptotnyer masa nie la guna untuk buat ibadah
=]

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Owh.. kat sini ker puncanya isu tak suka membaca tuh. Hurmm..

Honestly, aper yang boleh saya cakap.

1. Topic entry nih memang best. Alhamdulillah, saya dah baca sampai habis.

2. Tapi dengan jujur, saya mula bosan di tengah jalan. Tapi, saya cuba juga. Mungkin dari segi penulisan. Nampak begitu mendatar. Tak ape. Biasalah tuh, Rupanya Iqbal masih berumur 20 yer. Mungkin pada masa akan datang, penulisan Iqbal akan lebih mantop!! Cth cam Ustaz kat Saifulislam.com.

3. Saya aser tak patut saudara Farid claim orang len tak membaca. Sebab Saudara Farid takder bukti.

4. Ini komen saya tentang entry nih. Bagus Iqbal. sebab Iqbal cuba bangkitkan kesedaran dikalangan pemuda beragama Islam sekarang. yer, ramai yang ambil mudah isu ini. Btw, saya rasa Iqbal tak banyak fokus kat pemudi kan? Hehehe.. Atcelli pemudi sekarang pun banyak masalah. Banyak juga yang leka dan makin leka.

Okay, saya akan linkkan entry nih kat blog saya.

Thanks Iqbal. =D

Balas
avatar

suke entri neh!
mase muda mase yg paling gile!
hadoii
sudah nak jadik pemuda yg betol betol 'islam'.
ntah laaa

Balas
avatar

pemuda tonggak negara ;)

bkal pemimpin..peneraju..

Balas
avatar

Salam...

Masa muda hanya sekali dan masa yang sangat berharga utk mengutip ilmu dunia dan akhirat..

Andai ia berlalu tanpa diambil manfaat dlmnya, ia takkan kembali lagi..

Balas
avatar

(1)-nis
Mmg la dorang tu comel..kalo tak cumel,dorg takkan masuk blog yg cumel ni.hahahahaha(gurau~)


(2)-nisya
Mmg~kalau muda tak beramal,dah tua mmg akan liat gila..ok..maksud saya liat dan gila.hahaha(gurau lg~)


(3)-faraid MOUFASAD
Wahaha..ko bukan org pertama yg tanya aku tulis ke copy.Ok..aku mengaku...aku ada copy paste,tapi dalil naqli la..Quran dan hadis takkanla aku nak reka ayat Quran dan Hadis kot?kafir la aku..yg lain ayat aku tulis...ko jgn rso ea.InsyaAllah aku takde tipu2 ni..ko pun tak tertipu.heehee

Apa yg ko kata tu betul gak..kita kena cuba tingkatkan iman sbb nak jd taqwa,iman kena mantap~


(4)Kak Lynn Nasir
Betu la akak..mmg pendidikan mcm ni kalau bermula sejak awal,pasti islam boleh bangkit semula.Ibubapa mcm akak la penggeraknya~jeeje..saya lmbat lag~~~~weeee.Untung anak dan hubby akak,sbb boleh makan sedap2(er...sdap ke?hehehe.Gurau~)

(5)-nisya
Alaaa sya..saya kenal Farid tu...dia mmg suka bergurau~sya jgnla ambil hati ea..da gurau jew tu~chill~~


(6)-mario
Alaaah...aku tulis ni sbb aku nak kasi peringat kat diri aku.Aku yg kena banyak berubah ni!huhu..takpela rio,kita sama-sama berubah..sikit2..huhuhu


(7)-fisha
Betul kata kamu tu!Dlm islam takde hak cipta terpelihara.Kalau la imam ghazali atau imam syafie atau ulama mana-mana pun..kalau dia kedekut ilmu(tak sebarkan ilmu),maka kita semua ni takde punyalah kenal islam..dlm islam,apa yg kita tahu..kena sebar..tak kesah la copy paste ke tulis sendiri ke..heee..tq singgah~


(8)-sidratul muntaha
Jauh berbeza,tapi masuh dikira bernasib baik kalau masih mampu menjaga akidah.Akhir zaman mmg sgt bahaya~saya rindu dgn sahabat r.anhum...moga dpt bersama mereka,beborak2 dlm syurga nanti..huhuhu


(9)-syahira ariff
Hehehe..salam cik syahira!
Hadis,kalau ia keluar drpd mulut Rasulalallah..mmg pasti akan menarik~sepatutnya mmg masa muda kena banyak buat ibadah dan kebaikan~


(10)-afra
salam afra!heee...wah..teruja dgn komen kamu!
1-hehe..topik ajew yg best~
2-alaaa...tgh jalan bosan ea..ok,sy akan cuba improve~
3-Farid gurau ajew tu..hehe
4-saya tak fokus kpd pemudi sbb saya tak kenal sgt dgn makhluk bernama perempuan.al-maklumlah,dari zaman sekolah hingga zaman slps skolah,saya takde kwn perempuan yg real(kat alam maya ramai la~)

Thanks juga afra!


(11)-reen sofee
weee..mmg gila..tapi jgn gila pulak~jd pemuda islam mmg susah..apatah lg jd yg bertaqwa!huhu


(12)-cik lynn
Betul tu!Tapi pemudi(pompuan) jgn lupa tanggungjwb membentuk pemimpin dan peneraju tuu~heeheehe


(13)-Abd Razak
Betul sgt2 tu saudara...sekali je seumur idup.maka kita kena gunakan dgn cara terbaik dan terindah~Jazakallah~

Balas
avatar

salam ....ada award n tag untuk Iqbal..sila ambik k...

Balas
avatar

salam ziarah,
lme x drop comment blog nie.


psl entri pemuda islam ni,

Cara terbaik untuk melahirkan pemuda islam,

kembali kan semuanya pada wahyu ilahi,
dekatkan pemuda dgn alquran n assunah,
supaya hati-hati para pemuda lebih memahami hakikat islam dengan sebenar2 kefahaman berpandukan wahyu ilahi..

wallahulam..

usaha2 kite juga lah y menggerakkan jiwa2 y tertidur..

Balas
avatar

(14)-allen
Wahhh...terima kasih Allen!sgt terharu!!


(15)-TULIP PUTIH
maka betul lah..imam al ghazali juga mengatakan perkara g sama.Penyakit umat sekarang hanya mampu diubati dgn ubat yg digunapakai umat terdahulu iaitu pendekatan Quran dan Sunnah~

Balas
avatar

hu2...bgos la ko ni :) prkongsian yg pnuh mkna..he~

Balas
avatar

laptop rosak?
dah baiki ke iqbal....harap2 laptop dah sihat

satu dunia menghadapi masalah pemudanya yang leka dan tidak serius, tetapi pemuda Islam memang lebih kronik

walau bagai mana pun, saya lihat sekarang pemuda seperti Iqbal, makin ramai... makin sedar dengan tanggungjawab dan kewajipan. alhamdulillah.

semoga terus beriltizam dan istiqamah

Balas
avatar

salam..
pernah terbaca dlm majalah SOLUSI, katanya Untuk berubah jadi baik dimulai dengan solat...betulkan solat kita...upgrade kualiti solat kita..

~salam ramadhan~

Balas
avatar

yang perlu dikejar itu akhirat, tapi jangan dilupa dunia(28:77).tapi berbeza sekarang, 'dunia2 juga,akhirat jangan lupa'.


kita mangsa strategi orang yang ingin merosakkan islam tapi bukan maksudnya kita perlu redha menjadi mangsa. kita perlu bangun dan bukan lagi menjadi mangsa.

jazakallah khairan kathira

Balas
avatar

salam,nice entry btw..yer mmg aku akui gak mase muda mmg mase giler2..tapi xsemuanya giler2..kadang2 kite ni kena giler2 dulu barula kite dapat belajar untuk mengatasi giler2 tu. kita ni hamba Allah yang kerdil,hamba yang sentiasa melakukan kesilapan. mase muda jugaklah kita nak belajar sesuatu yang baru, belajar nak membezakan mana yang buruk dan mana yang baik,untuk persiapan di hari tua nnt. :) ade btulnya apa yang ko tulis tu. bg pmbaca, tepuk dada tny selera :D

Balas
avatar

Iqbal:betul lah fenomena...dh tua baru nak beramal ibadat tu...!!Ade jugak org di sekeliling sy yg mc tu...termasuk dgn saya..mati tak pilih tua atau muda..kan..Haih..insaf...seketika...minta dr Allah..moga ape yg sy bace tadi..terus lekat dlm ingatan..!!Cabaran terbesa manusia ialah melawan hawa nafsu..!!

Balas
avatar

Ilmu+persekitaran+asuhan ibu bapa+kesedaran diri sendiri

semua elemen tu kena main peranan..
media terutamanya yang paling dekat dengan masyarakat kena siarkan rancangan yang memberi 'acuac' pemuda Islam ini.. bukan hiburan yang melalaikan,,

Balas
avatar

mati bila2 mase x perlu tgu esok lusa...

Balas
avatar

pemuda harapan negara dan agama...
susah nak cari pemuda yang betul2'pemuda' sekarang ni.. islam makin jauh dengan kehidupan...

Balas
avatar

yes...sangta betul..kita sangt perlu teliti dalam baba makanan..kerana ia menjadi darah danging..."setiap daging yang tumbuh dari perkara haram, maka api neraka terlebih layak baginya." (maksud hadis)

Balas
avatar

I like this entry! :)

bole like x? as in fb nye like?

Balas
avatar

jadilah pemuda islam yang sejati...:)

dimanakah pemuda kalu tiada di masjid? ermmm...

tiada pemuda..tiada lah yang tua...
muda dulu..baru tua....

*apa aku merepek nie..hehe

Balas
avatar

Salam...apa2 yang kita buat pun ingat mati je..Mak selalu kata kematian tu pengajaran paling baik dan menginsafkan buat kita (sepatutnya lah..kalau xinsaf juga memang iman dia xtahu dah kemana)

Dan sekarang umur muda bukan penentu kita takkan mati awal..Tengok arwah kawan2 kita cukuplah...

Semoga kita sama2 manfaatkan masa muda...sementara masih muda dan sihat..buat bekalan di hari tua..(kalau Allah panjangkan umur)

Thanks Iqbal for this article..walau mcm mana pnjang or plain ke writing awak...saya tetap tertarik nak baca..sebab sesuatu yang penuh ilmu tu memang menarik :)

Btw 7 golongan dapat perlindungan arasyh tu pompuan xda ke..i think in arab dia memang guna muzakar tapi merangkumi both jantina..

maaf kalau saya tersilap..thx...:)

Balas
avatar

ha..saye stuju..tah mane punye ajaran mase muda enjoy xyah beribadah..harap kita tak termasuk dalam golongan macam ni

Balas
avatar

Salam Alayk.

Jihad paling susah = Memerangi nafsu sendiri

"Maka biarkanlah mereka tenggelam dan bermain-main sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka"
(70:42)

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang dibiarkan!

Teruskanlah berjihad memerangi nafsu wahai pemuda-pemudi Islam.

Ingatan untuk diri sendiri dan semua~

Wallahu A'lam.

Balas
avatar

iqbal...

iqbal punya idea dan semangat, teruskan keberapian itu...

Balas
avatar

NICE SHARING IQBAL.. suke datang sini.. even bz and lame tak singgah pun, once sy singgah mesti bace sume entry yg blum di bace..best!

Balas
avatar

nice..taw xper...kat surau mesti yang kerap nampak orang berusia lebih 40an keatas...yang tua2 banyak..n yang kecik2 sebesar tadika...
yang muda2 sikit jerk..
sedih2...

Balas
avatar

pemuda islam takkan selamanye tidur
(:

Balas
avatar

setuju..masa muda2 ler kena rajin...
masa dh tua nanti tenaga dh kurang..nk ibadat pn susah..

Balas
avatar

Assalamualaikum. jehan tu cam name lelaki je..jenab la..haha..apela komen psal tu plak..syukran sbb bt entry ni..untk manfaat smua.. :)

Balas
avatar

Alhamdulillah...

e eh,asal ipin tutup mata nak solat?

Balas
avatar

jgn gundah dgn tuduhan itu, awk berdiri di jalan kebenaran, teruskan langkahmu :)

maaf dah lama dtg sini..inshaAllah akan aktif semula..

Balas
avatar

correction,

maaf dah lama tak dtg sini..huhu..tertinggal lak 'tak'..

teruskan bayyinat awk ni..nice

Balas
avatar

alkisah, di masjid tempat saya juga dipenuhi dgn org2 tua...org2 muda ada la sorang dua, yg lain ghaib entah ke mana...sampaikan, kalo org tanya nk gi mana pon sampai segan nak jawab 'masjid'...seolah-olah tlh termindset bahawa hanya pakcik2 tua yg dah xlama hidup saja yg pergi ke masjid :(

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443