Teman sejati yang paling setia

Hari itu..saya dapat pengalaman baru yg sgt berguna.Allah beri saya peluang utk belajar drpd sebuah kematian.Hari ini(minggu lepas dah),jiran saya meninggal dunia.Arwah meninggal lebih kurang jam 5.30ptg.Hendak dikebumikan mlm tu juga,jd terpaksa org kmpung dan undertaker kampung  guna backhoe utk gali lubang kubur.

Balik saja dari masjid,sy terus menunggu mayat yg dari hospital di rumah arwah.Dekat 20min,jenazah tiba jln kaki dgn ambulan,siap dimandi dan dikafankan.Kami solat jenazah(nasib baik takde org ruku').Kemudian terus ke kubur utk tanam bunga mayat.Hadis drpd Rasulallah; Hak umat islam kpd umat islam yg lain ada 6 perkara.Salah satunya ialah mengiringi jenazahnya ke kubur jika dia mati.So kwn-kwn..jomla mula kita kenal-kenal dgn kubur..heee

Definasi kematian
Mungkin ad org tak taw apa itu mati?Kematian itu adalah satu transit,atau stesen pertukaran dari 1 alam ke alam yg lain(bukan haiwan 2 alam).Yg dinamakan kematian itu juga adalah suatu kenikmatan dan rehat kpd org beriman,tapi ia juga suatu musibah kpd org yg kufur.Yg dipanggil kematian itu juga adalah 1 pengajaran.InsyaAllah entry kali ni sy cakap dari sudut pengajaran.Kalau ada masa,satu hari nanti kita akan bincang tentang satu bab yg sgt menarik iaitu fadlul maut-kelebihan mati.

Apa yg saya mahu ceritakan disini,bukanlah utk memalukan apatah lagi menceritakan keburukan sesiapa.Sebaliknya saya mahu memperingatkan dan memberi pengajaran kpd kita yg masih bernyawa ini terutama diri saya.

Saya terkilan
Saya tak pernah kenal arwah,bahkan tak pernah lgsung dengar nama dia.Cuma baru-baru ini shj mak ayah ada cerita pasal arwah.(Saya bukannya kera sumbang di kg taw!)Arwah mmg sejak remaja sudah tidak tinggal di kg saya.Dia berhijrah ke tempat lain dan tak pernah pulang sehingga dia dijumpai terlantar sakit di hospital.Keluarga arwah mengambil arwah pulang slps puluhan tahun dia lesap dari rumah.Arwah sakit.Penderitaan yg dialaminya jelas terpancar pada susuk tubuhnya yg kurus melidi.Tak sanggup rasanya saya nak ceritakan pasal penyakit yg dialaminya itu..sgt kasihan.(apesal post kali ni banyak ayat skema je??)

Apa yg saya terkilan ketika mengangkat jenzah ke dlm van mayat dan menyolatinya ialah ‘dimanakah dia yg bernama sahabat?’ Dimanakah sahabat yg dulunya bersama-sama dgnnya ketika senang?mengapa harus ditinggalkannya ketika susah?Bukankah seharusnya sahabat baik berada di sisi kita ketika kita dlm kesusahan serta kebaikan?Saya ambil contoh drpd peristiwa arwah; apa gunanya kawan,kalau bila kwn kita mati,kita tak solatkan jenazahnya sedangkan kita dtg rumah arwah,tapi kita cuma lepak di luar rumah berborak-borak kosong dan hisap rokok nak ikut mati ke??!Tidakkah kita rasa terpanggil utk memberi sumbangan terakhir kpd sahabat kita?

Teman Sejati
Allah katakan dlm surah at-taubah ayt 16.”Apakah kamu akn menyangka bhw kamu akn dibiarkan dibiarkan begitu shj,padahal Allah belum mengetahui org-org yg berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman setia selain drpd Allah,RasulNya dan org-org beriman?Allah Maha Teliti terhadap apa yg kamu kerjakan”

Seorang kawan baik,pasti mahukan kawannya mendapat kebaikan dan dihindarkan drpd keburukan!

Dlm ayat di atas,mengapa Allah mengiktiraf diriNya,rasulNya dan hambaNya yg beriman sbgai teman setia kpd kita?Ini kerana Allah mahu semua hambaNya masuk ke syurga.Oleh itu,Rasul diutuskan utk membimbing kita.Allah tak mahu hidup kita terumbang-ambing,hanyut dan rosak.Dia turunkan Quran.Pandua hidup,kalau kita tak follow...sesat la weiii..

Rasul juga mahu semua umatnya hidup dlm kebaikan dan kejayaan.Oleh sbb tu,Rasul telah menunjukkan contoh teladan yg terbaik kpd kita utk kita ikuti.Rasullah sgt-sgt risaukan keselamatan kita.Baginda sentiasa berpesan,menasihati dan memikirkan nasib kita hingga di ambang-ambang kewafatan Baginda pun,Baginda masih memikirkan kita.Kita ada pernah rindukan Baginda tak?Oh..ade awek,ada pakwe..tak payah rindu Rasul la ek?huh..

Sama juga,org yg beriman juga mahu saudara seakidah mereka mendpt kebaikan dan tak mahu saudara mereka ini menerima keburukan.Oleh kerana itu,org yg beriman saling berpesan-pesan,nasihat-menasihati dan bantu-membantu sesama org islam.(oh!itu bukan saya lagi..)Org beriman juga akn sedaya-upaya
meyelamatkan saudaranya drpd ancaman dan bahaya dari sudut fizikal dan rohani.


Jenis-jenis sahabat
Kwn karib atau best friend sepatutnya ialah org yg selalu ajak kita buat kebaikan!Best friend sepatutnya tidak sekali-kali mengajak kita buat jahat!Ingat tak entry pasal ajak-ajak ayam ni?Kalau mereka ada ajak kita buat jahat,mereka tak layak jd kwn baik kita!Saidina Ali pernah berkata; sahabat itu umpama sepasang kasut.Kasut kiri akan sama dgn kasut kanan.Maksudnya ialah kalau kita best friend dgn org nakal,mmg kita akan jd nakal.Dan kalau best friend kita baik,insyaAllah kita akn terikut jd baik.

Sgt penting bagi kita utk memilih kawan.Siapa org yg kita tak boleh kawan,siapa kwn biasa dan siapa kwn baik kita?…itu semua kita kena tahu.Sudah tentu kwn yg perlu dijauhi ialah org yg sekiranya kita berkawan dgn mereka,mereka akan pengaruh kita utk buat jahat dan kerosakan.Ini perlu dijauhi,bukannya saya kata tak payah kawan langsung..Kwn biasa-biasa pula kwn yg jika kita berkwan dgn mereka,mereka tak menyebabkan kita lupa Allah.Manakala kwn baik kita ialah org yg akn menyebabkan kita semakin dekat dgn Allah.


Belot
Mungkin juga anda pernah kena tikam dari belakang?atau best friend pernah belot?Ini semuanya berlaku sbb kita pilih org yg bukan-bukan sbgai kwn baik kita.Percayalah dgn sungguh-sungguh kata-kata saya ni!Kalau kita jadikan Allah,Rasul dan org beriman sbgai best friend,sesekali takkan anda dibeloti atau dikhianati..

Mari Mula Bertanya
  • Adakah kita menjaga aib dan keburukan sahabat kita?
  • Bermanfaatkan kita kpd mereka?
  • Berapa kerapkah kita mendoakan sahabat kita?
  • Setakat hari ini,berapa banyakkah kita menyakiti mereka?
  • Sanggupkah kita membiarkan sahabat kita terus lalai dgn benda yg sia-sia?
Sifir,rules,calculation atau adab berkawan pimple simple je.Kalau kita menjaga aib org lain,insyaAllah org lain pun akan jaga aib kita.Kalau kita selalu memberi manfaat dan kebaikan kpd org lain,insyaAllah kita akan sentiasa mendapat manfaat dan kebaikan drpd org.Kalau kita selalu mendoakan org,maka kita sendiri akan didoakan malaikat dan kwn-kwn kita.Kalau kita tak menyakiti org,insyaAllah kita juga tak akan disakiti.Jika kita tak sanggup melihat sahabat kita terus dlm kelekaan dan hanyut dgn benda yg merosakkan akidahnya,nescaya kawan-kawan kita juga akan risau,ambil peduli dan care kpd kita.Mudah saja bukan?

Pengajaran Ayat
Dlm surah al-Baqarah ayt 257-“Allah mengeluarkan org beriman drpd gelapnya kekafiran kpd terangnya keimanan sedangkan syaitan mengeluarkan org kafir drpd cahaya keimanan kpd kekafiran”
Dua ikhtibar drpd ayat Allah ini,hanya jalan Allah yg akan membimbing kita kpd kejayaan.Yakinlah,takkan menyesal kita kalau berkwan dgn org baik!Tapi kalau kita kwn dgn syaitan dan ejen-ejennya(org yg akhlak buruk),maka kita akan sedikit demi sedikit berubah drpd baik kpd jahat!Pengajaran kedua ialah ‘drpd cahaya kpd kegelapan’.Ini membuktikan mmg kita semua lahir sbgai suci dan baik.Kerana beberapa faktor,yg suci dan baik menjadi gelap dan kotor.InsyaAllah lain kali kita bincang dgn lebih mendalam pasal ‘fitrah’ ini.

Kesimpulan
saya menghulurkan tangan(perempuan takleh pegang.hahaha)dgn rasa penuh hina dan pendek rendah hati.Izinkan saya menjadi kwn kpd anda.Saya tak jamin bhw saya boleh menjadi kwn yg baik,tetapi sekurang-kurangnya izikan saya mencuba menjadi kwn anda yg baik.InsyaAllah kita akan sama-sama merasai nikmatnya ukhuwah itu.Last but not least,(cehhh..speaking konon)sy nak mengutarakan sebuah hadis drpd Jabir Bin Abdullah r.a,Nabi s.a.w bersabda;’sebaik-baik manusia ialah yg paling banyak member sumbangan kpd org lain’-riwayat at-Thabarani.Oleh sebab itu,sy minta peluang utk sy menjadi sahabat anda utk mencuri-curi kebaikan yg ada pada anda.Saya jauh daripada sempurna.
Wahai org-org yg beriman!Betaqwalah kamu kpd Allah dan bersamalah kamu dgn org-org yg benar!-At taubah ayat 119
Previous
Next Post »
32 Komentar