Mencari Wajah Tuhan


Mencari wajah tuhan,
menemukan aku dgn wajah jelek diriku sendiri,
tiada yg indah pada wajah ini,
hanya secebis nilai hamba,
yg masih tersisa.

Mencari wajah tuhan,
menemukan aku dgn anjing-anjing dunia,
mengenalkan aku dgn samseng-samseng kehidupan,
mereka-mereka yg tak pernah berputus asa,
memanggil namaku utk menyertai saf mereka,
memperjuangkan syurga sengsara.

Mencari wajah tuhan,
membuka sejuta kerosakan,
membongkar semua rongga kesulitan,
membunuh segala keluh kesah,
membersihkan segala karat dan kotoran,
lalu takbir dilaung penuh merdeka,
bebas tanpa duka lagi.

Mencari wajah tuhan,
menemukan aku erti hidup,
yang selama ini ialah rahsia,
kisah cinta sejati,hamba kepada tuannya.

Wahai Allah yang Maha Pengasih,
aku telah jatuh cinta kepada Mu
hidupkanlah aku dalam cintaMu,
dan matikanlah aku dalam kasihMu,
Izinkan aku menjadi salah seorang hambaMu,
yg akan menatap wajahMu dalam syurga,
tiada duka,tiada sengsara,cuma kebahagian yg hakiki,
balasan atas kekerdilan diri,
mencari wajah tuhan.

26/8/2010
Previous
Next Post »
25 Komentar
avatar

harrap2 aku akan dapat menjumpai wajah tuhan suatu masa nanti dengan keadaan yang baik....
insya-Allah...

jom bace entri terbaru nas klik:

maksiat masih berluasa di bulan puasa!

Balas
avatar

mahu kenal makhluk.. kenal dulu Pencipta...

Balas
avatar

tgk tajuk kt blog update terkezut! bace je wah!! huuu~~ ayat yg hebat, menggetarkan jiwa. 'menemukan wajah jelik diriku sendiri', 'yg akan menatap wajahMu dlm syurga..' :') thanks for sharing..

Balas
avatar

teringin nak tengok wajah Allah. dulu kecik2 salu tny mak ustazah sume, cmne muka Allah. pastu nnti kene marah. suruh istighfar..jangan dibayang, jangan ditanya, mati nanti baru tau. hehe...
*dr kcik sy kuat btanye ye*

Balas
avatar

salam....

'terasa'... sangat2 'terasa'

**semoga sihat ^_^**

Balas
avatar

mencari wajah tuhan tak semudah lidah berbicara

Balas
avatar

like!!!
mahu menyintai DIA!
mahu dicintai DIA!

Balas
avatar

nabi Muhammad saw je pnh tgk live..

Balas
avatar

orang bertanya kepada Rabi'atul Adawiyyah, "Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu?"

Rabi'atul Adawiyyah menjawab, "Jika aku tidak lihat DIA aku tidak akan menyembah-NYA."

Balas
avatar

(1)-Nas
InsyaAllah..usalaha utk itu :)


(2)-Amira
Semestinya :)


(3)-MuNie
Tiada yg hebat pun dlm entry ni :)


(4)-Rina
No empat takde hadiah.Harap maklum.hehehehe.Dari kecik kuat bertanya?nape besar2 taknak jadi polis?hehe


(5)-cun09
Terima kasih atas kunjungan akak :0


(6)-cemomoi
Yup.sgt betul tu...sbb tak mudah la,saya perlukan motivasi utk terus mencari


(7)-reen
Semua org impikan perkara sama :)


(8)-Pencacai Alim
Tak juga.Tiada yg pernah tengok :)


(9)-mama Hidayah Amin
sama hal nya dgn Yusuf a.s,kerana mata hatinya bisa melihat kudrat Allah,maka snggup dirinya dipenjara kerana menolak ajakan berzina :(


(10)-cik Lin
Dia jua mahu kita bertemuNya,kerana itu...ikutlah kitabNya :)

Balas
avatar

sedang mencari.. sudah dapat merasa sedikit cinta meskipun hanya yang tersisa, sudah cukup membuat bahagia~

Balas
avatar

setiap kali bersemangat untuk mencari pasti ada halangan.. lemahnya iman ini.. (TT__TT)

Balas
avatar

(11)-maCy
sedikit pun sudah membawa bahagia,kalau banyak?hehe


(12)-faarihin
Halanagn itu biasa,sbb halangan itulah menjadi bukti kelak :)

Balas
avatar

saye suke dengan rangkap yg pertama tu =)

Balas
avatar

kuat tny kne jd polis ke?

rina dlu pna bcita2 nak jd polis, peguam, wartawan. sume yg ske bbtanye kan hehehe

Balas
avatar

selalu menyesal kejap je..pastu buat jahat lagi..T___T

Balas
avatar

(13)-nabilla
hanya sedikit percubaan saya utk menulis


(99)-Rina
banyak2 dlm list tu,semua tak kena..last2 kena jadi org elektrik!haha


(14)-echah
pintu keampunan sentiasa terbuka

Balas
avatar

subhanallah!

nice poem,may Allah bless!

hope that we'll find the 'wajhah' that we looking for.

Balas
avatar

(15)-perindu Cinta Ilahi
Terima kasih..moga kebaikan bersama anda :)



(16)-hentakberlipat
Sama-sama~thanks dtg!

Balas
avatar

SUBHANALLAH...karya yang baik!
mencari wajah tuhan hingga wajahku tertunduk kesal mengenang kehinaan diri

Balas
avatar

semoga Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangnya...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443