Surah ke 111
Dalam Quran,Allah turunkan 1 surah special kpd Abu Lahab.Surah pendek yg selalu kita baca dlm solat.Nama surah tu Surah al-Masaad,mengandungi 5 ayat.Surah ni Allah turunkan utk memberi kehinaan kpd Abu Lahab.Jom kita tengok sebab-sebab penurunan surah ni. Rasanya semua org tahu bahawa Abu Lahab tu bapa sedara Nabi s.a.w dan sgt menyayangi Nabi masa Baginda baru lahir kita tapi bila nabi s.a.w menerima wahyu dan berdakwah,Abu Lahab jadi sgt benci dan memusuhi Baginda.Sebab penurunan ayat ni ialah bilamana Allah menurunkan wahyu drpd surah al-hijr ayat 94 yg memerintahkan supaya Baginda berdakwah secara berterus-terang.
Lalu Rasulallah mendaki bukit Safa memanggil kabilah-kabilah Arab Quraisy utk berkumpul.Apabila org ramai dtg,Baginda mula berdakwah.Baginda bertanya kpd org ramai,’Kalau aku katakana di sebalik bukit ini ada tentera berkuda yg sedia utk menyerang kamu,adakah kamu akan percaya?’Mereka semua menjawab,’Ya.Kami percaya kerana kami mendapati kamu tak pernah berbohong sekalipun”.Lalu Rasulallah bersabda,”Sesungguhnya aku mahu memberi amaran kpd kamu akan azab yg pedih”.Abu Lahab bila dengar aja terus dia berkata,”Binasalah kamu!Apakah utk tujuan ini sahaja kamu mengumpulkan kami?”
Lelaki dan Perempuan
Oleh sbb itu,Allah turunkan surah al-Masaad.Surah ini juga menyebutkan tentang isteri Abu Lahab sbgai ‘pembawa kayu api’.Maksudnya ialah berjalan sambil mengumpat.(perempuan sinonim ngn mengumpat?ye ke?pendapat anda?)Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil.Pasangan suami isteri ini tinggal berjiran shj dgn Rasulallah dan mereka mmg cukup membenci dan memusuhi Baginda.Seringkali mereka menyakiti Baginda s.a.w,mengumpat Baginda serta meletakkan najis,duri dan kotoran di pintu rumah Rasulallah.
PengajaranJadi apa pengajaran drpd cerita diatas?Pertama: Jgn kita mencela makruf.Abu Lahab atau nama sebenarnya,Abdul Uzza bin Abdul Muthalib bertindak mengejek,menghina dan mencela ajakan rasulallah.Kita lihat sendiri kpd diri kita.Adakah kita pernah merendah-rendah,mencela atau menghina kwn-kwkn kita yg ajak kita buat baik?Saya ambil contoh dlm isu pemakain tudung.Ramai org yg free-hair bila diajaka supaya menutup aurat,mereka akan berdolak dalih dgn berkata; “alah..org yg pakai tudung belum tentu baik.Ramai yg lagi jahat drpd aku”.Subhanallah..
Jangan Mencela!
Adik kakak..kalau lah kita taknak buat perintah Allah,cukuplah dgn tak payah buat!Jgn lah kita mencela org yg ajak kita tu atau mencela org yg pakai tudung!Jangan!Jgn jadi mcm Ummu Jamil!Kalau lelaki pula,bila diajak supaya pergi masjid utk solat berjemaah,jgnlah kita hina atau ejek org yg ajak kita.Biasa lah kita dengar,”Kau boleh la pegi solat sbb kerja kau cikai-cikai.Aku kerja professional,sbb tu aku sibuk.Takde masa nak gi masjid-masjid ni!Lagipun aku lagi kaya drpd kau!’Kesimpulan,jgn sekali-kali kita jadi org yg mencela dan mengejek org yg berdakwah atau nasihat kita.Ok?
Pengajaran kedua ialah akhlak seorang pendakwah.Kita tengok akhlak Baginda.Baginda tak pernah berbohong hinggakan org Quraish mmg sgt mempercayai Baginda.Seharusnya,org yg mahu berdakwah(mengajak kpd kebaikan) kenalah memiliki akhlak yg mulia kerana akhlak yg mulia akan menjadi perhiasan diri kita.Memilik akhlak mulia,org ramai akan suka,syg dan mudah menerima nasihat dan teguran kita.InsyaAllah.
Jangan Salah Faham!
Tapi kita jgn salah faham pula.Ini tak bermakna org jahat atau akhlak buruk terselamat drpd kewajipan utk saling mensihati dan menegur.Apa kata Allah?Dlm surah al-asr,’semua org rugi tak kisahlah dia pencacai ataupun jutawan,dia ttp rugi selagi dia tak berpesan-pesan kpd makruf dan kesabaran.Saya memetik kata-kata seorang ulama besar,’Dakwah itu wajib.Jika sepasang lelaki dan wanita sedang melakukan maksiat dan ketika itu,lalu seorang perempuan yg tak berjilbab,mereka tetap berkewajipan utk menegur perempuan yg tak berjilbab itu walau mereka dlm keadaan tgh buat maksiat”.Walau kita masih belum buat baik,tp kita ttp kena ajak org buat baik.Walaupun kita buat jahat,kita ttp kena halang org lain buat jahat.Faham ke tak ni?
Ini Tugas Semua Orang!
saya taknak org salah faham dan fikir tugas menasihat dan mengajak buat baik ni hanya tugas ustaz atau org berkopiah berjubah.Tak!Tak!Semua org kena buat.Semua org kena tegur/nasihat kalau nampak kejahatan dibuat depan mata!kesimpulannya,mari sama-sama hiasi diri kita dgn akhlak mulia insyaAllah Allah sayang dan manusia semua akan sayang dan org akn mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar kita.
11 Komentar
yer2
Balasperempuan mmg suke mengumpat
1st, x de kaitan jantina klu mengumpat, both are same. hanya IMAN yg membezakan antara mereka yg mana paling senang lidah tu utk mengumpat.
Balas2nd, allah mmg x specifik kan golongan mane yg kena buat dakwah. ko cikgu ke, ko ustaz ke, ko penghulu kampung ke, ko keja dgn jabatan agama islam ke, ko tukang kutip sampah tepi jln ke, dakwah mmg tanggungjawab ko.
klu x mampu nak dakwah org tu utk buat kebaikan, jgn redha org tu buat kejahatan. tanam dlm hati rasa risau dan benci.
(ni ckp kat diri sndri)
entah laa iqbal!
Balassusah nak tegur org neh!
macam macam peel.
diri sendiri pon tak betol lagik.
nanti tak pasal pasal die kate cam tuh.
yg mberi prngtn tu kena slalu perfect ke?
Balaskdg2 susa na igtkn, sbb bile igtkn, ade y nk kte sntiase smpurna..
sedangkn mberi ingtn dgn hrpn org len dpt igtkn kte jgk~
Salam..
BalasDakwah yang diberkahi Allah ini (dakwah kepada tauhid dan Sunnah) harus diperjuangkan oleh para dai, supaya tegak dan berkembang.
Para dai yang menyeru kepadanya tidak boleh merasa takut. Kepada para dai yang menyeru kepada dakwah yang haq ini, jangan merasa takut apabila mendapat celaan, cubaan, penolakan, dan pertentangan.
Jangan sekali-kali mundur dalam menegakkan kebenaran dan tidak mau lagi berdakwah. Dakwah mengajak manusia kepada tauhid dan Sunnah harus terus berjalan meskipun orang mencela, mencemoh dan menolaknya.
satu undi untuk november zulu dari aku....
Balasumpat mengumpat ni bukan kerja satu jantina je.ramai je kenalan umpat mengumpat,tp kalau x ngumpat keji mengeji orang plus kutuk mengutuk.
jantina mane2 pun same. ade je lelaki yg mengumpat.
Balas>>___<<
Balasberpesan2 pada kebaikan ...
berhemah ntry ni saya kira. :)
tulis lagi I.S.
weeeeeee ~~~
salam singgah! setuju jgk dgn novemBer Zulu n Abd Razak.
Balasjantina hanya alasan!
btw,nice header laaaa. :)
ssh la nk tego org
Balastmbh2 ag kwn2..geng..
besfren..
kalo tego kang,,,
muncong pjg sedepa!>..
hu2..cane nk wat tuh?
btw..folow2 la blog saya k...
http://owlkieranaa.blogspot.com/
Ada seseorang menasihati sy.
BalasTengok apa yang dia nak sampaikan.Bukan siapa yang menyampaikan.
Apapun, bersetuju seorang pendakwah perlu ada nilai akhlak yg baik dan mampu buatkan org lain tertarik padanya. Tapi tak bermakna orang yg kurang baik akhlaknya dipinggirkan dakwah dan tegurannya...
wallahu'alam~
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443