David Brain ialah seorang ahli perniagaan yg berjaya.Dia ialah seorang warganegara Britain tapi sudah separuh dekad dia berhijrah ke Malaysia.Seawal usia 30, dia tlh diberi amanah utk mengurus satu syarikat gergasi di Kuala Lumpur.Hidupnya di sini sungguh mewah.David ialah seorang Kristian.Beliau lahir dalam keluarga yg mempunyai pegangan agama Kristian yg kuat.Namun,dia sendiri tidak berminat menjalani dan mengamalkan ajaran Kristian kerana ragu-ragu dan keliru dgn ajaran agama ini.Terlalu banyak percanggahan dan kadangkala tidak releven.Akhirnya,dia meninggalkan terus agama Kristian dan kini dia sudah hampir 10 tahun tidak pernah pergi ke gereja.Dia sudah tidak percayakan adanya tuhan di dunia ini.Baginya,apa yg berlaku di dunia ini semuanya terjadi dgn semulajadi.
Sejak dia berhijrah ke Malaysia,dia banyak berkawan dgn sahabat-sahabat yg berbangsa melayu dan beragama islam.Jiran tetangganya pun ramai yg beragama islam.Dia kerap dijemput ke majlis-majlis kenduri dan rumah terbuka yg dianjurkan oleh sahabat muslimnya.Bagi seorang yg tiada pegangan agama dan tidak mempercayai kewujudan tuhan,hidup David penuh dgn hiburan dan bersuka-ria.Namun,segala tanggapan dan fahamannya berubah sekelip mata apabila dia terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya.Kebetulan,di hadapan sebuah masjid.
ujan lebat yg turun menghadkan jarak penglihatannya.Kereta yg dipandunya hilang kawalan lalu berlanggar dgn sebuah lori dari arah yg bertentangan.Perlanggaran yg dasyat itu menyebabkan keretanya remuk.Para jemaah yg berada di masjid itu terkejut beruk apabila mendengar bunyi perlanggaran yg kuat itu lalu mereka bergegas ke tempat kemalangan itu yg hanya beberapa meter dari pintu masuk ke masjid.Kaki David patah dan dia mengalami kecederaan yg parah,tapi dia masih sedarkan diri.Detik itu,semasa dia dikeluarkan dari keretanya yg hancur utk dikejarkan ke hospital oleh jemaah masjid berkenaan,dia terdengar seruan azan yg dilaungkan muazzin.Kebetulan,masuk waktu isyak! Dalam hujan lebat itu,dia mengerang kesakitan yg amat.Tetapi apabila dengar saja azan,hatinya tiba-tiba sayu dam kesakitan itu semakin menghilang.Dia berasa satu kelainan yg amat sgt!Padahal ini bukan kali pertama dia mendengar azan.
David dikejarkan ke hospital berdekatan dgn segera menggunakan kereta imam masjid itu sendiri,Ustaz Razak.Dia ditahan di dalam wad.Keadaannya stabil tetapi kedua-dua kakinya terpaksa disimen kerana patah.Semasa di dlm wad,dia telah diziarah oleh Ustaz Razak.Sedari dari peristiwa tersebut,dia bersahabat dgn Ustaz Razak,imam muda masjid itu.Umur mereka yg sebaya menyebabkan David senang dan mudah mesra dgn Ust Razak.
Selepas dibenarkan keluar hospital,Ustaz itu masih lagi berkunjung dan menziarahnya di rumah.Hubungan mereka semakin akrab walaupun berbeza fahaman.David benar-benar terhutang budi kpd Ustaz itu yg menolongnya semasa kemalangan tersebut.Manakalan minat David terhadap islam pula semakin hari semakin mendalam kerana tertarik dgn perwatakan sahabat barunya itu,sehingga dia mengambil keputusan utk membeli terjemahan al-Quran utk bacaan slps disyorkan oleh sahabat baiknya tadi.
Ustaz Razak sgt menghormati David.Beliau tidak pernah memaksa dan mendesak David utk menganut islam.Beliau cuma bercerita tentang keluhuran dan keagungan ajaran dan nilai yg terdapat dalam agama ini.Beliau juga sering bercerita perihal Nabi Muhammad dan para sahabat yg membuatkan David kagum dan tertarik.Menurut David,apa yg dia belajar dan tahu semasa di Britain sungguh berbeza daripada kebenaran sirah Rasulallah sebagaimana yg diceritakan oleh Ustaz tersebut.Di sana,mereka melabelkan Muhammad s.a.w itu sbgai pengecut!sebagai org jahat dan pengganas! Kini,barulah dia tahu itu semua hanyalah fitnah yg sgt jauh menyimpang.
Semakin hari,semakin dia bertambah berminat dalam membaca terjemahan Quran.Kini dia sedar bahawa ada Tuhan yg tlh menciptakan alam ini.Dia mula berfikir bahawa Allah itu benar-benar wujud dan dia tahu bahawa ajaran dan peringatan yg terkandung dalam Quran bukanlah rekaan manusia.Dia juga kagum perintah-perintah serta larangan-larangan yg terkandung dalam Quran kerana semua perintah Allah itu membawa kebaikan kepada semua manusia dan bukan sekadar bermanfaat kpd org islam itu sendiri.
Akhirnya,David tekad utk memeluk islam.Dia mahu berjumpa Ustaz Pian utk menyatakan keislamannya.Lalu,dengan kereta baru,dia memandu ke rumah sahabat karibnya itu.Sepanjang perjalanan,dia memerhati sekelilingnya.Memang itu kegemaran beliau.Memerhati!Jauh di sudut hatinya,dia pelik melihat kelakuan dan tingkah laku org islam di Malaysia yg rata-rata mereka sungguh berbeza dan berlawanan dgn sifat org islam yg dia baca dalam Quran tadi.
Sepanjang jalan,dia boleh melihat umat islam melakukan kerosakan di merata-rata.Di taman reksriasi,dia melihat pasangan remaja islam bercumbu-cumbuan.Tak jauh bezanya dgn di negara asalnya.Di tempat tandas awam,keadaannya yg sgt kotor menyebabkan dia jelek.Apakah ini sifat umat islam?Berbeza dgn sifat org islam yg dia baca dlm Quran iaitu org yg menjaga harta benda dan kebersihan.Bertambah aneh ialah ramai sahabat dan rakannya yg tak bersolat lebih-lebih lg solat jumaat.Semua kekeliruan itu dia terbuku di dasar hatinya.
Apakah benar ini yang diajar oleh islam?
Mengapa mereka umat islam berperangai sebegini?
Tiada tamadun...sama sahaja dgn masyarakat Barat...tiada disiplin...
Ketika dlm perjalanan itu juga,David terlihat dua orang perempuan muslimah berpakain buruk sedang menunggu bus.Dia teringat akan apa yg dibacanya dalam surah An-Nisa' tentang aurat perempuan islam.Tekad David utk menganut islam tadi sedikit demi sedikit luntur apabila melihat keadaan umat islam itu sendiri yg seoalah-olah tidak yakin akan adanya Allah,adanya kiamat,adanya syurga dan adanya neraka.
David bingung.Mahu sahaja dia pusing dan patah balik lalu batalkan hasratnya utk berjumpa Ustaz Razak memeluk islam.Namun,dia tetap gagahi juga kerana dia ingin mencari kebenaran.
Akhirnya David menjadi seorang islam selepas mengucapkan syahadah di hadapan Ustaz Razak,sahabatnya yg banyak mengajarnya tentang agama yg benar ini.Kini,semua kemewahan yg ada padanya sudah banyak yg telah diinfakkan dan dikorbankan untuk jalan dakwah.Demi agama Allah ini,David meninggalkan kehidupan mewahnya dan hidup secara sederhana.Dia tenang hidup sederhana dan bahagia bersama-sama isterinya yg merupakan adik perempuan Ustaz Razak! David Squah kini menjadi Muhammad David Brain Bin Abdullah.
**********************************************
Ni cuma cerita rekaan semata-mata.Saya sekadar menulis cerpen pendek yg skema serba kurang ini untuk memberi gambaran dan contoh akan beberapa perkara.
- Kita dituntut utk berakhlak mulia.Tetapi mengapa akhlak kita sama seperti akhlak org jahiliyyah?Dalam satu hadis yg mafhumnya,dua perkara yg membuatkan ramai orang kesyurga iaitu taqwa dan akhlak mulia,manaka dua perkara yg membuatkan ramai manusia ke neraka iaitu kemaluaanya dan mulutnya.
- Adakah kita ni penghalang kpd hidyah utk diri kita dan org lain?
- Suara kita mcm suara keldai tak?(kalau tak faham soalan,sila baca artile pendek ni)
Semoga kita tak menjadi org yg berdiri di muka pintu,masuk tidak..keluar pun tidak lalu menyebabkan org yg mahu masuk,tidak dpt masuk...
17 Komentar
ingat tadi cerita betul...
Balascerpen sndiri?ingt cite btul..huuhuu
Balasskema itu indah:)
ko tulis..hebat gila kau
Balas1. cikgu normah
Balas-entah..saya reka jew.hehehe..tak kesah la kak.yg peting mesej tu..kan?
2-echah
skema tu indah,tapi kdg2 serabut gak!heheheheeh
3-embun
yeeee...ko dtg sini!aku tulis jew..ko lg hebat sbb ko baca dan tulis~hehe
tuh laa!
Balasperangai org islam sendri pon terok .
cam mane nak bg org tertarik!
agak terasa di situ!
hadehh
laa..igtkan cite betul..lama x singgah cni..tp alhamdulillah..maintain jugak..moga terus tsabat..syukran masih sudi beri peringatan..
Balaswow... mcm real. seyes ingtkan betul.
Balasgood job bro! =)
haha..ingat cerite betul tadi..
Balaswalopun ini cuma rekaan tapi hakikatnya ada cerita sebegini terjadi. Saya buat statement ni sebab pernah baca satu buku (tak ingat tajuk) pasal himpunan kisah org-orang yang dapat hidayah dan peluk islam.
BalasDah baca buku Dialog Islam kristian /The Choice?
buku tu menerangkan perbezaan antara Islam dan Kristian.
P/S: Kamu ada bakat dlm bidang penulisan. Teruskan membaca sebab dengan membaca kita dapat menulis untuk kebaikan masyarakat. :)
tak kisah benar mahupun rekaan.. Yang terpenting mesej yang nak disampaikan bejaya difahami.
BalasMacam mane org bkn islam nak pecaye & yakin dengan islam klau org islam tu sendiri tak berperangai sperti sorang islam..
Di mane2 skarang nie org dah ilang rase malu. Depan org rmai pun dia dh tak kisah wt dosa. Rimas!
sy suke cite2 cmni ;)
Balasbest2!!!
Balasingat cerita betul tadi..huhu
Balastapi tak apa.. y pnting,msg y ingin dsmpaikan bukan? :)
TQ semua org!
BalasA'alar.. ingatkan cite betul..
BalasTapi, saya setuju.. Memang cerminana umat Islam itu penting untuk mengajak orang bukan Islam masuk Islam..
Ramai orang tak ambil berat benda nih.
kadang2 malu dgn non-muslim yg menegur keburukan org muslim sndri
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443