RM500

Alhamdulillah.Laptop saya dah sembuh dah.Rupanya ‘muka’ dia sakit,teruk sakitnya.Jadi hodoh dan nampak bodoh,jadi terpaksa saya tukar muka baru.Hutang dgn mak rm500 utk tukar skrin!(Nanti kerja saya bayar ye mak!hehehe)

Kesilapan
Hari rabu dlm pukul 2 pagi,masa tgh khusyuk blogwalking,laptop ni buat hal.Kabur aje skrin ni.Bergaris-garis, dan langsung tak nampak apa-apa tulisan!alaa..mcm Tv rosak la.Masa hantar kedai,tokey tu kata skrin rosak sbb sy slalu smackdown (tutup ganas-ganas) skrin lappy ni.Tu pasal circuit dia rosak.Hehe..mmg pun sy selalu buat mcmtu(bajet rock!).hehe.Moral of the story; Sila jaga laptop atau computer anda dgn baik.

Musibah
Saya percaya bahawa setiap yg berlaku itu bersebab.Allah sebut dlm surah al-Baqarah ayat 156 bahawa sesungguhnya sifat org yg sabar itu ialah apabila ditimpakan dgn musibah,dia akan ucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”,(sesungguhnya kami milik Allah,dan kepadaNya kami kembali).Persoalannya,kenapa kita diajar utk mengucapkan perkataan itu?jeng..jeng..jeng..pikir la..Jwpnnya adalah utk menanam rasa redha ,harap ,rendah diri dan sabar di samping mendekatkan diri kpd Allah.
Praktikal Selepas Teori
Sehari sblm musibah,saya baru aja jumpa dgn 1 hadis pendek riwayat imam Tirmizi: “Iza sa’alta fas alillah”-maksudnya: Jika kamu memohon,maka pohonlah kpd Allah! Perasan tak?sifat kebanyakan org terutamanya saya,kita hanya ingat Allah bila susah.Bila dah dlm masalah,barulah nak cari Allah.Bila senang,jarang atau mmg lupa terus nak berdoa.Tapi okey jugak la.At least kita masih membuka ruang utk mengingati Allah dlm hati kita ni.Tak sangka,cepat Allah uji.Inilah yg dinamakan tanggungjwb keatas ilmu iaitu mengamal dan mengaplikasikan apa yg kita tahu.

Mengapa Perlu Mengadu Kpd Allah?
Pertama,mengadu,merintih,menangis dan merayu kpd Allah itu adalah ibadah.Para Rasul dan org soleh sentiasa mengadu kpd Allah ketika dlm kesusahan hatta dlm kesenangan sekalipun!Buka lembaran sejarah islam,kita boleh baca sifat org-org alim zaman dulu yg sgt dekat dgn Allah.Manja sgt dgn Allah mcm baby.Sikit2 nak ibu..sikit2 nak ibu..Org dulu-dulu,sikit2 Allah..sikit2 Allah.Bagus sgt! Tapi sgt berbeza dgn kita yg sgt jauh dgn Allah.Tolong lah rasa sedih sikit….

Kedua,mengadu kpd Allah itu adalah sifat org pandai.Org jahil berfikir,’Kenapa perlu mengadu masalah kereta pancit ni kpd Allah?Bukannya dapat elok pun!Baik aku call aje mekanik.Paling lama 20minit siap la”Sombongnya org mcmni!Contoh kes saya pula,mengapa perlu doa dan mengadu kpd Allah?Setakat berdoa,rasanya laptop ni bukannya baik semula pun. Lain la kalau hantar kedai,iya boleh elok.Sama aje doa atau tak..(ayat ni lagi sombong!!) dan semua ni ialah tanggapan org bodoh mcm lembu tak pandai.Tanggapan sprt ini tak betul sama sekali.Ini kerana jika kita berdoa kpd Allah,walaupun laptop tak elok dgn sendirinya atau tayar pancit jd elok automatic,tapi sbnrnya kita selangkah semakin dekat dgn Allah.

Dan syukur Alhamdulillah.Saya dapat rasa nikmat mengadu.Biasa lah mcm budak-budak kecik,kalau takde problem,tak mengadu kat mak kita.Tapi kalau ada org buli kat skolah(ada masalah),barulah nangis-nangis cerita kat mak!kan?

Lompat
‘Seorang imam,tempatnya bukan sekadar di dalam masjid.Kita perlu lompat ke dlm masyarakat’

Kata-kata Ust Syed dlm rancangan realiti imam muda membuatkan saya tersenduk tersentak.Saya terfikir bahawa rupanya mmg banyak sgt masa yg saya telah habiskan di depan laptop ni.Rasanya tanggungjwb saya kpd jiran tetangga ada yg dicuaikan.Tanggungjwb saya kpd kitab dan buku-buku yg bertimbun saya beli juga saya telah abaikan.(boleh menghampiri kpd pembaziran kalu tak baca)Betul!Banyak sgt masa sy habiskan depan laptop.
(Ustaz Syed yg kanan tu.Sy suka dengar ceramah dia!)
Cyber Café
Sepanjang laptop rosak,saya lepak c.c dan sempat jugak kenal-kenal,atau lebih tepat tayang muka dgn budak-budak kwsn kejiranan saya ni.Zaman dah berubah.Budak-budak bandar ni sgt lain dgn masa saya budak-budak kt kampung dulu.Pukul 7 malam balik kompem kena rotan!Kat bandar,kul 12mlm pun boleh keluar main lagi.Mak bapak tak peduli ke?Apa yg pasti...tanggungjawab yg besar sedia menanti kita,org dewasa.Moga adik-adik kecil ni tak ikut perangai bangkai buruk kita.

Terima Kasih
Sebelum berpisah(style Tv),sy nak ucap terima kasih kpd anda yg masih sudi singgah di pondok saya utk mencari sedikit hiburan berbentuk ‘dunia-like-akhirat pun like’.Er…tak..maksud saya,hiburan alternatif.Apapun,saya harap sedikit sebanyak saya dpt manfaat diatas kesudian anda dtg sini.Terima kasih lagi sekali
Previous
Next Post »
23 Komentar