Dakwah Mr.Bean

Dlm artikel kali ni,saya nak ajak anda semua menonton video mr bean sbb ia ada kaitan dgn artikel saya yg lepas yg bertajuk kasih sayang.Apa kaitan ke Mr Bean dgn dgn Pondok Cinta?wahahaha..kan tema pondok cinta ni,berhibur sambil belajar..ok..layan dulu
Dah tengok video mr bean tu dah?lawak kan?wahahaaa...ok..saya assume yg semua org dah tengok video tu sbb saya nak cerita sedikit pengajaran tentang dakwah yg dinamakan,dakwah mr.bean

Kurang Bercakap
Mr Bean jarang bercakap.Dalam mana-mana video dan movie pun,dia sgt kurang bercakap.Mostly yg keluar drpd mulut dia cuma 'uhhh','ooo'..semuanya bahasa dia aje yg paham!Tapi masih 1 dewan,1 panggung boleh ketawa walaupun dia tak cakap apa-apa.Ini kerana ;awak mr.bean datang drpd tingkah laku,perbuatan dan gerak gerinya sendiri.Dan di dalam islam,ia dinamakan dakwah bil hal.

Dakwah Bil Hal
Senang cerita,dakwah Bil Hal ni ialah kita tunjukkan contoh utk diteladani oleh orang.Saya tak nafikan,yg nak dakwah org yg kita sayang tu sgt-sgt susah.Lebih-lebih lagi ahli keluarga kita sendiri,dan kawan baik kita.Saya mulakan dgn kawan baik dulu.Kalau silap cakap,seminggu muncung mcm itik! Lagi teruk kalau membe jenis hati kaca..sikit-sikit nak period,ops..nak emosi,nak mengamuk..kalau mcmtu punya kawan,apa kita nak buat?

Kanak-Kanak
Nabi dah tunjukkan cara mengajak kpd kita.Dlm islam,kanak-kanak berusia 7 tahun mestilah diajar dan diberitahu utk bersolat.Hari-hari kena mau suruh,takleh pukul lg.Tapi bila dah 10 tahun,kalau dia malas gak,baru kita boleh pukul slow-slow utk mengajar.3 tahun suruh,baru boleh ambil tindakan.

Cmne dgn org tua pulak?takkan nak kena suruh hari-hari gak?Kalau dia jenis yg mmg pekak,silakan la suruh hari-hari,dia takkan marah,tp dia juga takkan buat juga sbb pekak.Tapi kalau org yg sihat,mesti akan fed up.Mesti punya!

Man dah besar la mak.Man tahu la camne nak idup!

Ko ni membebel,kalah mak nyah taw! auuwww

Sibuk la ko ni!Kubur lain-lain!

Org yg hati kapas,mesti dah down dan tak nak tegur lg.Tapi tu bukan sifat muslim.Org muslim hati waja,atau hati kevlar,atau hati titanium.Kuat,teguh dan tak mudah putus harapan dgn Allah.

Tunjukkan contoh
Org yg dah besar,baya kita takleh dibebel.Diorang takkan suka.Sapa yg suka kena bebel?saya sendiri tak suka! Jadi cara menyedarkan mereka yg terbaik ialah dgn jd mr.Bean.Kita tak perlu banyak bercakap,tapi kita kena banyak senyum(mesra),banyak bekorban(khidmat) dan banyak menunjuk.

Maksud menunjuk ialah menunjuk-nunjuk lah!Sapa kata menunjuk-nunjuk tu semuanya tak dibenarkan?Semunya riak?huh..!Saidina Umar r.a bersedekah secara terang-terangan kerana mahu dicontohi oleh sahabat yg lain.Saidina Abu Bakar r.a membaca Al-Quran dgn suara merdu dan lantang di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah.Mereka lakukan ini ikhlas kerana Allah dan kerana mahu dicontohi orang lain.Senang cerita,saya maksudkan..tunjuk contoh teladan!
 (Sila banyakkan membaca Al-Quran.At least 1 muka sehari)
Saya tunjuk contoh; Nak memotivasikan sahabat-sahabat dgn solat,maka kita kena dirikan banyak solat sunat kat rumah.Biar mereka tengok.Dan timbul kemaluan..ops..timbul rasa malu.InsyaAllah sedikit demi sedikit diorang akan friendly dgn solat juga

Hikmah
Semua org tahu ayat 125 surah An-Nahl,Allah suruh kita berhikmah.Tapi ramai tak reti utk berhikmah,termasuk saya.Hehe.Senang cerita,hikmah menurut Ibn Katsir bermaksud; bercakap ikut keupayaan akal org tu.Takkan la nak cakap dgn Bro Lok,ana anta...maunya dia anggap saya terrorist.(Wahahahah..bro,aku gurau jew..hehehehe..)Cerita pasal hikmahnya dakwah Nabi,sy teringat 1 cerita pasal pompuan tua buta yg tiap2 hari Nabi dtg ziarah dan suapkan dia makan.Baginda akan kunyah dulu kasi lembut makanan tu lalu baru dia bagi pompuan tua tu makan.Dah tua,mane boleh kunyah sendiri.Masa tgh makan tu...pompuan tua tu asyik pot pet..pot pet memaki hamun.Siapa yg dimaki?Dia memaki Muhammad s.a.w yg duk suap dia makan tu!!pergghh...Kalau hangpa la...hangpa nak watpa ngn org cmtu??

Nabi senyap dan senyum je tanpa cakap apa-apa.Pompuan tu makan sampai kenyang.Dipendekkan cerita,amalan Nabi ni kantoi dgn Abu Bakar r.a lalu slps Nabi wafat,Abu Bakar pula yg suapkan pompuan tua tu tapi pompuan tu tahu yg org yg suap dia kali ni bukan Rasulallah sbb Abu Bakar tak kunyahkan dulu makanan tu.Lalu pompuan tu tanya siapa dia,lalu dijawab oleh Abu Bakar bahawa org yg suap makanan dulu tu Rasulallah yg mulia dan Baginda dah wafat.Pompuan tua tu nangis menyesal sbb hina Baginda depan-depan,lalu dia peluk islam.

Lagi kisah hikmah ialah tentang Maulana dgn penagih arak.

Pokok Rambutan
Dakwah ni sbnrnya mcm jd sebatang pokok rambutan.Mmg kita akn jd tempat org baling batu,org baling selipar dan jolok dgn galah.Sakit!,tapi kita ttp beri buah kpd org yg sakitkan kita.Kita perlu sedia disakiti,utk memberi manfaat dan itulah kemuliaan umat ini!dakwah..(pesanan khas utk diri sendiri)

Ibubapa
Nak dakwah ibubapa?ingat tak kisah pemuda zaman Nabi Musa a.s(bakal jirannya di syurga) yg memandikan ibubapanya yg jd babi tu?ibubapa dia disumpah jd babi tunggal oleh Allah kerana diorang derhaka kpd Allah.Tapi si anak soleh tu ttp berbakti kpd 'babi'.Dipeluk,dimandi,dicium,dilap..ayat famous drpd si anak soleh itu;'Benar,mereka telah berdosa kpd Allah.Tapi itu dosa antara mereka dan Allah.Aku sbgai anak tetap wajib menjalankan tanggungjawabku dan aku tak pernah jemu berdoa supaya mereka diampunkan Allah'.Berkat anak soleh,'babi' pun boleh masuk syurga!!Kesimpulan; berbaktilah kpd ibubapa...itu dakwah seorang anak.

Kesimpulan
Kawan-kawan mmg takkan suka kita push.Slow-slow.Dakwah ni bukan short term punya kerja.Boleh jd sblm mati,dia teringat kita lalu dia taubat.Boleh jadi.kan?Yang terbaik,jadi kawan mereka bukan jd lawan mereka.Dan jgn lupa..senjata utama kita,iaitu doa.Ingat!Jika kita doakan saudara muslim kita dlm senyap,Allah hantar malaikat utk mendoakan kita balik!(ada dlm hadis).Apapun ini cuma pendekatan saya dan tulisan 2 sen drpd saya.Segala kedhaifan sy mohon maaf.


p/s-Tahniah kerana berjaya membaca sampai habis!hehe
     -Ada org tanya saya adab berfacebook.InsyaAllah slps entry ni.
Previous
Next Post »
31 Komentar