Kenapa risau?

"Mengapa kita meminta syurga sedangkan kita kata kita ikhlas?",tanya seorang sahabat rapat saya sambil tersenyum.Dalam hati saya tertanya-tanya apa tujuan dia bertanya soalan yg sedikit menjerat ni?mahu mengujikah?Spontan saya menjawab,"kerana kita belum betul ikhlas.Kalau betul kita ikhlas,maka kita tak minta sebab kita yakin kita akan dapat syurga".

Pastinya ia bukan jawapan yg paling tepat,kerana Rasulaallah sendiri mengajarkan kita doa supaya meminta syurga dari Allah.

Namun,saya tak berhajat pula mahu bercerita panjang tentang syurga neraka,sebaliknya saya mahu bermuhasabah diri sendiri.Kiranya selama ini,saya juga masih jauh drpd ikhlas.Terima kasih sahabat,kerana pertanyaannya secara tak langsung membuatkan saya berfikir kembali  tentang tujuan asal kewujudan Pondok Cinta.

"Kenapa kita nak orang baca tulisan kita sedangkan kita ikhlas?" 

Soalan ini saya ajukan kpd diri sendiri,kerana sesungguhnya saya tak mampu ikhlas!Acapkali saya menulis kerana mahukan org membaca,bukannya kerana saya sendiri mahu membaca.Seringkali saya blogwalk dari 1 blog ke 1 blog yg lain,mempromosikan blog ini.Untuk apa?

Supaya dipandang sebagai org berilmu?org alim?Atau dikatakan sebagai seorang yg berbakat dalam penulisan?Atau mungkin kerana mahukan nama disebut-sebut?

Oh tuhan..malu sungguh aku kepada Engkau.Aku lupa,bahawa kemuliaan seseorang manusia terletak hanya kpd nilai taqwa disisi Engkau..(Al-Hujurat ayat 13)

"Blog ni bagus"
"saya suka entry-entry kamu"
"Kamu ni baik lah"

bla..bla..bla..

Cukuplah...saya tak layak dipuji.Saya bukan seorang yg baik,juga bukan seorang yg berhati mulia.Saya bukan seorang yg alim atau berilmu yg layak dipuji.Saya cuma seorang lelaki yg tak lepas drpd hipokrasi dan menipu diri sendiri.Saya lah lelaki yang Allah sebutkan dalam ayat kedua dan ketiga surah As-Saff,"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."


Saya takkan give up menulis kerana saya tahu,jika saya ikhlas menulis,saya tak perlu peduli kalau takde sesiapa nak dtg baca artikel-artikel kat sini pun.Kerana saya juga faham,bahawa tarbiyyah hanya utk mereka yg mahu...dan hanya Allah yg berhak memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia mahu.

Justeru,saya mahu memohon maaf kepada teman-teman sekalian kerana saya gagal mencerminkan apa yg saya katakan ke dalam realiti kehidupan saya.Tapi insyaAllah,saya sudah mendapat semangat dan motivasi utk memperbaiki diri ini.Kerana Allah telah menyatakan dalam surah Al-Hijr ayat 92 dan 93-"Maka demi Tuhanmu,Kami pasti akan menanyai mereka semua,akan apa yg telah mereka kerjakan dahulu!"..dan saya sgt berharap kelak,jika Allah tanya,mengapa kamu menulis dlm blog ni,saya mampu menjawab,"Aku menulis kerana mahu mengingatkan diriku dan saudara seakidahku dan mencari redhaMu"...
Previous
Next Post »
34 Komentar
avatar

i know..it's something you could not literally comprehend yet to apply it in life..thanks..for being so thoughtful that i'm sure many of us jut easily put this aside,

Balas
avatar

nak like gak entri neh walaupon iqbal tak ske di puja sebab this entri goes back to me!
tulis sebab nak org bace.
hmmm.
iqbal, kalau update sile bgtahu di fb yeah, sebab malas nak log in blog.
huhuhuh
:)

Balas
avatar

besh sgt2 entry nieyh!

Balas
avatar

iba,tolong buat review pasal main gitar.hehe saje nak dgr pndagan kau.boleh?

Balas
avatar

thx.. dat is all i can say~

Balas
avatar

entry ni buat sy terfikir...
dan..rase spechless!

Aku menulis kerana mahu mengingatkan diriku dan saudara seakidahku dan mencari redhaMu"

truskan!

Balas
avatar

salam sahabat.
ya, kita menulis, tentulah mahu menyuruh sebanyak mana org yg mampu membaca tulisan kita.semua kembali kpd niat.jika kita mahu mengerti sendiri,sudah tentulah kita tidak akan menulis.ya,kita menyampai,ia proses timbal balik.untuk diri kita dan org lain.dan kita cuba bersungguh2 mengotakan janji yg ditulis.jika dicaci,dipuji anggaplah ia sbg dugaan utk memotivasikan diri kita.

"dunia ini adalah kerisauan dan dukacita,jika terdapat kesenangan di dlmnya,itu bererti keuntungan"(salafussoleh)

-dr sahabat kepada sahabat

Balas
avatar

Alhamdulillah, segala kesedaran adalah hidayah dariNYA. sama berkongsi, belajar dan berusaha untuk tetap ikhlas :)

Balas
avatar

sama... cuma berharap dapat melaksanakan perintah 'menyampaikan ilmu walau satu ayat' dan semoga terlepas dari tanggungjawab memberi peringatan sesama manusia

Balas
avatar

Ikhlas itu hanya Allah s.w.t sahaja yg boleh menilai....jauh darp pandangan dan sangkaan manusia.
kita sampaikan apa yg kita mampu dengan apa yg kita rasa dan doa supaya Allah memperbaiki keikhlasan kita setiap masa.

Balas
avatar

salaam alaykum.
thanks for the sharing.
keep ur spirit up to spread the truth and make sure that you do everything that you wrote here.
May Allah bless U!

p/s : beware!every deeds is accountable :)

Balas
avatar

(1)-amira
Sama-sama..yup..obviously,i'm looking forward to continue my writing journey~Thanks again


(2)-reen
Ok!nanti saya notify kat FB ajew..thanks jd pembaca yg konsisten


(3)-Umar
TQ bro


(4)-ayap
buat review?er..er..aku tak tahu sangat la..kalau nak elaborate pasal ni..sory..nanti2 la ea


(5)-maCy
Oh!kalau begitu,saya pun hanya akan mampu jawab,'sama-sama'..hehe


(6)-echah
InsyaAllah.Itu niat asalnya.


(7)-pasifist
Terima kasih atas kata-kata yg menyegarkan ini..saa hargai sangat~


(8)-msori
InsyaAllah...akan diusahakan sentiasa


(9)-cemomoi
hmm..ya..saya lebih banyak menulis kerana tanggungjawab.ya..tanggungjawab yg besar!


(10)-UnglyPooh
Allah jua yg Maha Menilai,dan Allah juga yg Maha Tahu.Semog setiap hari,keikhlasan kita tak tercemar

Balas
avatar

memang kita tulis untuk org bace pun.

cube iqbal tak datang hari2 blog rina, sure rina tak dtg blog iqbal..

lepas tu iqbal comment pula entries rina, membuatkan rina rasa, rina patut comment entries iqbal..

scare tak langsung, rina perlu baca..

alhamdulillah, rina terima kasih sgt pd iqbal, atas usaha2 iqbal tu..

harap iqbal tak putus asa, tariklah blogger yang lain juga..

mmg btol, Allah yang pilih pd siapa dia nak bg hidayah.

kalau macam tu, tak perlu la ade pendakwah..dtg berdakwah dr rumah ke rumah etc.

chaiyo2 hehe

Balas
avatar

thnx iqbal selalu share ilmu. Ingatkan diri sendiri dan pembaca. pondok cinta blog pengisian. xrugi singgah dan baca blog kamu

Balas
avatar

mmm...ko tulis jelah weh...jgn risau apa2...

Balas
avatar

u are right..niat kita kena sentiasa betul..thanksss atas ingatan ini...=)

Balas
avatar

salam iqbal ^_^

As-Saff,"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

"Aku menulis kerana mahu mengingatkan diriku dan saudara seakidahku dan mencari redhaMu"...

***Ayat yg buat akak berfikir...eeerrrmmmm***

Balas
avatar

sgt besar pengertiannya. tq iqbal. sy sdri terasa dgn luahan hati iqbal tu. malu je kan. lg2 blog tu wat tulis hal2 peribadi. haigu~

thanks for the muhasabah. it really knocks me.

"sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barang sesiapa mengkehendaki (kebaikan pada dirinya) tentu dia akan mengambil jalan menuju Tuhannya" [77:29]

Balas
avatar

saya pun nak memohon maaf gak..ngee..

muka iqbal sama ke ngan budak kecik yg nak nangis tu...hehe

Balas
avatar

salam iqbal~

such a great reminder~! jazakallahu khayr..by the way, selagi Allah beri ilham untuk kita berkongsi ; berdakwah dengan orang lain walau mungkin dengan hanya menggunakan media massa sebagai medan perantaranya just go on..

*ku mengingatkan diriku sendiri serta sahabat2 seMuslim ku yang lain...ampunilah segala dosa kami di atas kelalaian diri kami sendiri..

“Islah nafsak, wad’u ghairak!” Perbaiki diri kamu DAN ajak orang lain. (Sheikh Mustapha Masyur)

wallahua'lam..

Balas
avatar

sy suka blogwalking pd blog2 yg sy rasa 'patut' sy pegi.. yakni blog2 remaja or dewasa (around 20's) yg mengarut2, gosip psl org lain, ckp pasal bopren gelfren, ckp lagho2.. huhu. then i drop down my link. hahhaha.. (when i have spare time la..)

yg pegi blog2 kepunyaan daie-daei tu mmg sy cari pengisian rohani sndri..

=)

Balas
avatar

Alhamdulillah..sme2 la kite berubah ke arah kebaikan

Balas
avatar

ramli sarip kata: "Aku menulis bukan kerna nama..."

Balas
avatar

wahhh..nice...
mmglah..
kite kne minta doa slalu kpd Allah..
minta syurga..
tapi agak2 la..
jangan minx syurga,tapi maksiat buat jerk..huhu

jom bace entri terbaru nas klik:

minum minuman segera tak elok

Balas
avatar

(11)-Perindu Ilahi
waalaikumussalam.Thanks for reading..yes..may Allah keep us and let us die in this muslimeen path..amin~


(12)-Rina
Terima kasih Rina..rasa mcm tgh makan ais kacang pula..sejuk bila baca komen ni..hehe..Thanks sgt2~


(13)-amirah
InsyaAllah.Thanks a lot amirah sbb sudi singgah sini,selalu~


(14)-mario
Ni yg aku suka!male blogger punya nasihat,mmg lain sikit!hehehe...Tq bro!!InsyaAllah~


(15)-hANySS
Sama-sama..terima kasih juga~


(16)-cun09
Erm...saya pun berfikir sama...huhu


(17)-MuNie
terima kasih munie atas sokongan..Hmm...saya suka ayat yg manie bagi dari surah al-insan,surah ke 76.hehe..takpew..biasa la tersilap..anyway,Terima kasih sgt2...saya sgt hargai~


(18)-hentakberlipat
Thanks ye korang dtg sini!Thanks a lot~


(19)-Mawaddah
Laa...nak mintak maaf nape?muka saya?of cos la tak sama..sbb saya lebih cute dr budak tu!hahaha..no..just kidding~


(20)-S.Hajarul Hamraa
Terima kasih atas perkongsian,penambahan dan kata-kata semangat yg akan saya pegang kuat-kuat..Saya sgt hargai dan terima kasih banyak2..thanks a lot~

Balas
avatar

(21)-Ciknas
Owh...nice idea~hehe


(22)-Mama Yuki
InsyaAllah..itulah matlamat saya...menjadi lebih baik..doakan~


(23)-ziarah76
Haha..betul tu~bukan kerna nama...sbb tu enta tak letak nama kan?hehe


(24)-nas
Erm...Thanks bro!
Betul apa ko kata,kalau mintak syurga...buatlah amalan ahli syurga..jgn tahu mintak,tapi tak tahu nak behave..kan?huhu

Balas
avatar

ala..biarla nak minta maaf...hehe..iqbal cute erk..hehehe

Balas
avatar

'Aku menulis kerana mahu mengingatkan diriku dan saudara seakidahku dan mencari redhaMu'

Prinsip sama yg dipegang sy ketika menulis tapi semenjak 2 menjak ni sudah jarang menulis kern kekangan masa.

So sad but i'll try.Kerana Allah.

Balas
avatar

insyaallah
kita ambil yang baik dari setiap entry
tak kira apa latar belakang penulis
selagi ada ilmu ambil jer lah kan
xada manusia yang sempurna
teruskan menulis

P/S : Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nih?

Balas
avatar

(25)-Mawaddah
Hahaha...Takde la...tak cumel pun..biasa jew..


(26)-Sidratul Muntaha
Takpew...priority tahap tanggungjawab tu kan berubah dengan berubahnya masa..so,skrg sebagai student..tanggungjwb utk belajar tu lebih besar~


(27)-Hans
suka aku ngn comments ko hans..sejuk~Thanks bro!!thanks a lot!

Balas
avatar

Menulislah dari hati. Itu yang aku amalkan! :)

Balas
avatar

salam awak.. time kasih sebab ingat kan pu3 yang selalu lupa nie k.. pu3 baru je baca entry nie... sronok baca sampai xsedar dah lewat nak ke klinik.. haha..

btw, "Mengapa kita meminta syurga sedangkan kita kata kita ikhlas?"
bagi pu3 xsalah kita jadikan sesuatu yang baek itu kayu ukur untuk kita menjadi yang lebih baek..

"Kenapa kita nak orang baca tulisan kita sedangkan kita ikhlas?"
snanya pu3 pun selalu hadapi masalh nie tau..so kita serupa la kan? hihi..

jadi jom kite tulis sesuatu yg berfaedah dekat blog kite.. untuk kita ingat kan diri kita n org2 disekekiling kita.. so setiap penulisan n pembacaan kita akan memperoleh keredhaan dari yang MAHA ESA..

=)

Balas
avatar

This goes right to my face. Thanks for reminding me =)

Balas
avatar

(28)-hami asyraff
menarik!Tips yg sgt baik..insyaAllah akan cuba buat benda yg sama~


(29)-Put3mas
sama-sama~hehe..insyaAllah akan sedaya upaya menulis utk kebaikan~


(29)-nisa
Most welcome~Thanks for reading also.. =)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443