Apakah Itu Pujian?
Pujian ialah penghargaan. Ia seperti gula. Jika tiada, maka akan tawarlah air minuman. Namun, jika ia berlebihan, maka tercemarlah air minuman tadi. Lalu, perkataan yang paling sesuai menggambarkan pujian ialah 'ujian'.
Ujian Buat Org Yang Dipuji
Seringkali kita mendengar akan hadis qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibn Majjah,Rasulallah bersabda bahawa Allah berfirman;"Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu.Sesiapa yg merebut salah 1 drpd keduanya maka akan Aku campakkannya ke dlm neraka!"Orang alim lah yang lebih dekat kepada kesombongan, kerana sejarah dan Al-Quran telah menukilkan peristiwa Iblis yang dihinakan oleh Allah kerana kesombongannya untuk tunduk sujud hormat kepada Adam a.s .Maka hadis ini adalah ancaman keras bagi kita jika kita merasa diri kita baik dan bagus.
Jadi,apakah cara yg paling selamat utk memuji ?
Yang paling utama ialah Jangan berlebih-lebih.Larangan daripada berlebihan atau melampau ini bukan hanya terbatas dalam isu ini, sebaliknya dalam segala perkara. Apa yang pernah terjadi kepada orang terdahulu, mereka terlalu menyanjungi salah seorang manusia daripada kaum mereka dan menyebabkan mereka disesatkan.Umat terdahulu memuja Nabi Isa, Uzair, atau Gautama Buddha hinggakan figura-figura itu diangakat menjadi Tuhan. Tidak jauh bezanya dengan zaman kini kerana umat zaman sekarang telalu memuja artis, personaliti sukan, ahli politik dan lain-lain. Mereka di angkat menjadi idola. Seperti kata-kata Syeikh Yusuf Qardhawi, individu-individu ini telah diletakkan kepada suatu taraf yang melampau- berhala majazi.
Kedua ,pujian yg baik seharusnya dilakukan hanya di dalam hati. Tidak perlu diluahkan kerana bimbang orang yang kita puji itu ditimpa kecelakaan sebab pujian kita. Siapa tahu? Makanya, Rasulallah mengajar kepada kita, sekiranya kita menyukai kebaikan yang ada pada seseorang, maka doakanlah orang itu dengan doa, "Barakallah hu fik".
Adakah ini bermaksud kita tidak boleh puji orang?
Tak! Tak! Rasulallah juga seringkali puji para sahabat. Saidina Abu Bakar dan Umar r.a diiktiraf sebagai pembantu Rasulallah s.a.w di bumi. Uthman r.a dipuji sebagai manusia yang malaikat pun malu dengannya. Ali pula dikatakan sebagai kunci ilmu. Khalid al-Walid sebagai pedang Allah. Abdul Rahman Bin Auf digelar oleh Rasulallah sebagai saudagar Tuhan. Bilal bin Rabah, pelopor iman dari Habsyi. Salman al-Farisi, pelopor iman dari Parsi. Banyak lagi!
Kerana itu, pujilah. Ia tidak salah. Cuma, ia memerlukan tujuan yang baik iaitu mahu membina persaudaraan, mengeratkan ukhuwah, menaikkan motivasi, meningkatkan semangat dan juga memperbaiki hubungan sesama kita.
Paling utama, perlulah kita sandarkan pujian itu kepada Allah, kerana setiap kebaikan itu datangnya hanyalah daripada Allah. Maka, Allah lebih berhak menerima pujian kerana Dia berkuasa mengubah kebaikan tadi kepada keburukan, sekelip mata cuma.
Bagaimana pula dgn org yg menerima pujian?
Orang yang menerima pujian seharusnya beristighfar banyak-banyak. Di samping itu, mereka juga seharusnya memperbaiki amalan kerana dibimbangi dicemari dengan sifat sombong dan riak itu tadi. Di kala ini, muhasabah diri sangat diperlukan.
Bentuk-bentuk Pujian
Kalau kita bukak Al-Quran, Allah tak sebut banyak pasal dosa-pahala, atau pasal larangan, sebaliknya Allah banyak sebut 'Ghafurr'-iaitu Maha Pemaaf. Ini adalah kerana Allah hendak tekankan kepada manusia bahawa walau sebanyak manapun larangan Allah yang kita langgar atau sebanyak manapun dosa kita lakukan, Allah Maha Pengampun. Asalkan ada taubat dan penyesalan...Maka dengan itu, kita telah melihat bentuk pujian pertama iaitu pujian Allah kpd diri-Nya.
Bentuk pujian kedua pula ialah Allah kpd makhluk. Banyak sekali diceritakan dalam al-Quran pujian-pujian Allah kepada manusia. Antaranya kepada orang beriman dan kepada Nabi-nabi dan umat terdahulu. Satu contoh ialah dalam surah As-Saffat ayat 78- Allah memuji Nabi Nuh a.s. Tidak inginkah kita dipuji oleh Allah dengan gelaran orang beriman?
Bentuk ketiga pula ialah makhluk kepada Allah. Ini adalah ibadah dan lambang kedudukan kita sbg hamba. Dan bentuk terakhir pastinya pujian makhluk kpd makhluk.
Kesimpulannya
Berpada-pada dan besederhanalah dalam memuji, kerana pujian yang berlebihan hanya layak utk Allah semata-mata.
Kesimpulannya
Berpada-pada dan besederhanalah dalam memuji, kerana pujian yang berlebihan hanya layak utk Allah semata-mata.
33 Komentar
kadang2..pujian boleh mnyebabkan orang riak..so puji pada tempatnye ^_^
Balasbaru lepas kena puji ni...
Balasalhamdulillah
entri ini berjaya membawa saya berpijak semula
terima kasih
terbaru dari saya : resah sentiasa akan menggigit
jarang2 kena puji. jadi mungkin lebih bhya kot ea. skali kne puji, wah! kembang xkuncup2~ hehe
Balasarigatou gozaimas! :)
idop ini suatu ujian untuk dipilih siapa paling baik amalannya
Balaskalau Allah bagi kekayaan, ia suatu ujian; bukan semata-mata kerana kira berusaha keras maka kita layak dapat sebaliknya diuji apakah kita makin pemurah atau sebaliknya
tima kasih banyak info terutama tang idol tu, baru tau...
kadang tu pujian tu kan boleh menaikkan semangat kita..
Balasp/s:pujilah dgn seikhlas hati...insyaAllah dapt pahala kan..
manusia memerlukan pujian utk menjadikan seseorang itu terus bersemangat tetapi pujian juga boleh membinasakan seseorang..
Balasjarang aku praktikan list2 kat atas..selalu bile kene puji terus kembang habis..paling busuk pn merendah diri balik je
Balastu la ko..
Balassuka puji aku lebih2....
kan aku dah kata jgn puji lebih2
bahaya
hehe..akhirnya ada ada entry nih
P/S : Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nih?
(1)-cik bucken
BalasSaya cukup bersetuju.Pujilah mengikut kesesuaian.
(2)-cg Normah
sama-sama.. =)
(3)-munie
Jarang2 sbb munie bagus la...sbb org penat dan rasa dah malas..hehe..masuk akal kan?
(4)-cemomoi
Sama-sama bang~ujian dan kehidupan,kembar kan?takleh dipisahkan
(5)-Ckin kembaq
Menaikkan semangat~yes...itu betul..mungkin itulah pujian ikhlas yg kamu maksudkan itu..kan?
(6)-Pencacai Alim
maka ianya harus kembali kpd ilmu..jika seseorang tak tahu cara memuji dan menerima,maka binasalah dia..huhu
(7)-hentak berlipat
aku pun sama..kdg2 gak..tu pasal aku tulis,supaya kita dapat sama-sama praktis.kan?hehe..insyaAllah~
(8)-hans
Ko takpe...ko kan idol..eh..tak..ko kan mentor aku,erh...sejak bila ya..hehe..takpew..puji ko,ko pandai merendah diir.so,takde problem kan?hehe
pujian ikhlas tak pe.. jangan pujian "bodek" atau pujian "perli"... macam mak nak anak dia berjaya kena selalu puji2... baru bersemangat anak dia ;)
Balasbila dipuji kadang2 terasa seperti di perli pulak. sukar nak tebak hati orang yg memuji. ikhlas atau ada maksud tersembunyi.
Balaspujian pade manusia mesti ikhlas
Balassupaya nnti tak disalah erti
(:
pujian = compliment..
Balaskalau pada orang tersayang..memang kena puji selalu..
sy x puji entri ni. sy hanya bace n faham letak dalam otak n ati hi3 =)
Balassangat kagum dengan penulisan anda.
Balasbanyak fakta berguna yang boleh di tauladani oleh semua. =)
tuh arr!
Balaskdg kdg lebih prefer dikutuk dari dipuji.
kalo dikutuk atleast boleh betulkan kesilapan diri.
neh kang dipuji hah, hidung tinggi sampai cecah awan tuh!
tak nampak dah laa rumput kat bawah!
tapi ade sesetengah org suke sgt dipuji!
kalo dipuji tuh lagik tergedik gedik!
kdg kdg saje puji lebih lebih kasik die perasan!
hahahah
speechless...
Balas:)
(9)-ardinihumaira
BalasHehe...betul~pujian boleh memberi semangat!!hehe..mcm budak2 sekolah..makin dipuji,makin rajin~
(10)-GaDis CoMeL
Haha..ye ke?susah la nak beza puji ngn perli...er..agaknya selama ni saya selalu kena perli kot?hehe
(11)-Nis
Hehe..yeahh~nice..moga tak salah faham kan?
(12)-nosembilanbelas
Haha..masalahnya takde org tersayang..cuma ada org-org yg Tersangat sayang,ibubapa je~hehe
(13)-MinssXYZ
haha..ok..thats much better~moga bermanfaat~
(14)-reen_sofee
hahaha..betul la...tapi lebih sesuai kot dgn wanita,atau lelaki pun sama je?takde kan..?hehe
(15)-fisha
Takpew~hehe..saya pun tbe2 speechless gak ni!hehe
Salam ukhwah
BalasAlhamdulillah- All praise be to Allah. Pujian adlh satu ujian.
Betul, org alim yg selalunya terjebak dgn riyak dan takbur. Sume d'sbbkn krn menganggap diri mereka lebih mulia dr org lain.
Topik menarik. Teruskan usaha dlm berdakwah di jalan Allah. Kita menulis kerana Allah, InsyaAllah.. :)
sbb tu bila org tak puji, jgn bersedih hati ...
Balassbb kalau puji, msti ade kmbg ckit kan?
sama2 kita saling mngingati;)
Nisa tak mampu berkata-kata atau ingin menambah kerana Iqbal sudah pon menerangkan apa yang patut.
BalasLove all your entries =) Good job. Am looking forward for another entries from you.
(16)-light of happiness
BalasSalam cik sakinah~Pujian bagi org beriman...mmg ujian..huhu..erm..sama-sama beringat~insyaAllah
(17)-jane
Lama gak cik jane tak dtg sini~huhu..tapi kali ni,saya sgt suka menyambut kedatangan cik jane!hehehe..ok..sama-sama beringat..insyaAllah~
(18)-nisa
Thanks nisa~saya bakal menulis sblm berangkat ke Pangkor lusa~hehe
saya bila kena puji..rasa haishhh..suke!
Balasso sekarang da tahu da.bila dapat pujian,first istighfar :)
kalau dipuji ucap alhamdulillah.. jd doa juga.. pujian itu satu penghargaan, juga satu ujian.. ibarat cantik, satu anugerah yg indah, tapi sebenarnya juga satu ujian yg sgt hebat.
Balas(19)-cik Lin
BalasMoga bermanfaat...hehe..
(20)-maCy
=) thanks maCy atas kesimpulan yg sgt baik
susah sikit nk kene puji ni..kalau puji main2 ade le..;-)
Balasbetul tu... ada cerita juga .. seorang sahabat rasulullah marah jika dipuji dan ingin melontar batu kepada yang memujinya.. ini kerana beliau begitu takut akan dtg kesombongan dalam dirinya seterusnya mendapat murka daripada Allah... begitu tinggi taqwa beliau kan... pujian sebagaimana yang diceritakan iqbal juga... adalah satu penghargaan.. manusia memang sifatnya dan lumrahnya.... inginkan pernghargaan, ingin rasa dihargai...dan bukan pujian melambung tinggi...cukuplah pujian yang diberikan sebagai motivasi utk terus konsisten dengan kerja yang dibuat ...ya sebagai..satu motivasi...
BalasTerima Kasih Cool N Nice Entry
BalasNew Entry Prof-Hariz
HADITH MENGENAI WANITA
(21)-xangonila!!
Balashehehe..kiranya anda mmg jenis yg susah memuji la..org cmni mmh detail sikit dalam sesuatu perkara~kan?
(22)-Uj
Thanks atas penambahan..ya!pujian utk memberi semangat,itu yg Nabi buat kpd sahabat
(23)-hariz
Yeaahhh~sama-sama~
kdg2 xnak puji..tp terrr puji sbb mmg niat ikhlas...tp mnyesal lak pastuh...
Balasaku actually suker bila orang puji...
Balastapi aku tak over lah..
ehehehe..
harap2 pujian tue membina...
keyword minggu nie pelik-pelik
ader banayk aspek yang kita kena tengok bila beri pujian..
Balasno satu kena tengok niat..
no dua kita beri pujian tapi ingat pujian tu hendaklah dipulangkan kepadaNya
ikut ilmu psikologi..pujian boleh boost mood seseorang dan tingkatkan self-esteem, kalau dalam P&P, pujian adalah salah satu positive reinforcement biar murid or pelajar lebih semangat nak ikuti pembelajaran.. so.. pujilah..jangan berlebihan.. jaga niat.. !!
suka...:)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443